Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

05 August, 2011

LEMAK CILIAPI IKAN & BELIMBING * AYAM GORENG TOMYAM

AYAM GORENG TOMYAM

Bahan

300 gm isi ayam [potong nipis]
2 s/b pes tomyam [boleh beli atau buat sendiri]
1 batang serai [ketuk]
5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang putik jagung [potong kecil]
2 biji buah tomato [belah 6]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
2 labu bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili api
2 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, pes tomyam dan serai ketuk sehingga layu.

2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.

3. Masukkan carrot, tomato buah dan putik jagung. Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.

4. Tutup api dan masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau rata.

5. Hidangkan dengan nasi atau roti.


PES TOMYAM

Bahan-bahan 

15 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 batang serai [hiriskan]
2 cm lengkuas
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat 
1. Mesinkan semua bahan sehingga halus.
2. Panaskan minyak. Tumiskan hingga naik bau.
3. Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan. Kacau rata.
4. Masakkan sehingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan 
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste.
Sejukkan dan simpan di dalam peti ais. 

LEMAK CILIAPI IKAN & BELIMBING

Bahan-bahan 

3 ekor ikan selar [boleh gunakan ikan kembung/tenggiri atau bawal]
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
10 biji belimbing buluh
1 helai daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan kisar: 
15 biji ciliapi
2 cm kunyit hidup

Cara 
1. Ikan dibersihkan dan potong 2. Basuh dengan asam limau dan bilas. Toskan
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan belimbing buloh dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
4. Bila nampak mendideh masukkan santan pekat dan belimbing buloh.
5. Kacau lagi perlahan sehingga mendidih.
6. Tutup api dan hidangkan. 

Ajak Suami Untuk Hubungan Intim !!!!

Tidak dinafikan, rata-rata isteri di luar sana berhadapan masalah untuk mengajak suami melakukan hubungan intim. Biarpun berbelas tahun perkahwinan, tetapi masih ada yang segan untuk membuat permintaan.
Mungkin sudah banyak cara dipraktikkan tetapi belum bertemu jalan penyelesaian. Sudahnya, tunggu sahaja ‘pelawaan’ daripada suami dari ‘meminta’ sendiri. Buntu dengan apa yang berlaku, MW ada caranya.
Cicirkan Pakaian Dalam Di Bilik Tidur
Isteri sukar membuat ‘permintaan’ malah untuk melafazkannya terasa bagai ada batu tersekat di kerongkong. Kerana itulah maka anda boleh praktikkan cara meninggalkan
pakaian dalam di tempat tidur. Mungkin dengan cara tersebut suami akan beri perhatian sekali gus membangkitkan rasa ghairah melihatkan ‘barang’ peninggalan anda. Secara tidak langsung dia menerima isyarat bahawa isterinya inginkan ‘sesuatu’.
Gunakan Pakaian Yang Jarang Dan Seksi
Tidak salah jika sesekali anda mengenakan baju yang seksi bagi menarik perhatian suami. Lebih elok kalau kainnya jarang dan menampakkan bentuk tubuh. Pasti menggiurkan. Jangan lupa, semburkan sedikit wangian bagi membangkitkan keghairahan sensual di waktu itu. Jangan terlalu ‘membuka’ sebaliknya simpan ‘bahagian-bahagian’ tertentu untuk aktiviti selanjutnya.
Bijak Gunakan Bahasa Tubuh
Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan intim, sebaik-baiknya pakailah pakaian di hadapan suami. Dari pakaian dalam hinggalah ke ‘uniform rasmi’, sarungkan di hadapannya agar bangkit keinginan untuk bersama. Sambil-sambil itu usaplah bahagian ‘panas’ di tubuh anda perlahan-lahan bagi menaikkan nafsu syahwatnya kerana ada segelintir suami yang gemar melihat isteri beraksi demikian.
Belai Suami Dengan Usapan Cinta
Hampiri suami di atas katil perlahan-lahan dan belailah wajah, telinga serta dada suami dengan lembut. Biarkan rambut anda mengurai ke tubuhnya agar suami berasa lebih seronok untuk melakukan hubungan ‘bersama’. Setelah itu, buat gigitan cinta di leher atau di bahagian yang dirasakan sesuai. Ini kerana, gigitan yang anda lakukan itu mampu merangsang nafsu pasangan untuk beraksi lebih panas.
Wujudkan Suasana Romantik
Bagi membangkitkan lagi suasana, alunkan irama romantik penuh klasik sewaktu berduaan di kamar peraduan. Disirami cahaya suram serta haruman yang mempesonakan, ‘aktiviti’ malam itu pasti lebih menyeronokkan. Usah terburu-buru, sebaliknya godalah pasangan anda dengan ciuman atau hembusan nafas ke telinganya bagi merangsang keinginan ‘
berhubungan’. Dalam pada itu, jangan lupa untuk menatap mata suami anda dengan pandangan yang paling menggoda.

8 Pencetus Ghairah Suami

Tatkala suami seakan tidak bernafsu untuk melakukan hubungan seks, ramai isteri akan menuduh suami punya ‘cawangan lain’. Hanya sedikit yang memandang bahawa puncanya mungkin adalah dari diri sendiri. Tidak mustahil apa yang terjadi ini sebenarnya bukan kerana kehadiran orang ketiga tapi kerana anda lupa untuk menggilap aspek diri yang menjadi pencetus ghairah suami.
Kealpaan ini membuatkan lama kelamaan suami mula bosan dan tawar hati untuk mengadakan hubungan seks. Jadi sebelum ia berlaku pada diri anda maka perhatikan 8 pencetus ghairah seks suami yang pada diri anda dan gilaplah ia sebelum terlambat.
1. Tubuh Isteri
Tak semestinya anda gemuk, anda tiada tarikan. Perhatikan mana satu aset dari tubuh anda yang menonjol maka pamerkannya. Sebagai contoh anda mungkin punya kulit halus mulus jadi kenakan pakaian yang memaparkan sebahagian besar kulit anda. Boleh jadi anda punya payudara yang mantap maka pergunakanlah aset ini sebaiknya.
2. Pakaian Dalam Yang Seksi
Sesekali pakailah coli dan seluar dalam yang berenda dengan warna-warna lembut dari kain sutera yang lembut. Ketika kita teringat akan pakaian seksi yang dipakai, kita pasti akan turut berasa seksi. Oleh itu tayangkan sedikit pakaian dalam ini pada suami. Contohnya mengenakannya sewaktu suami berada di bilik. Secara tak langsung membuatkan suami teruja.
3. Tubuh Yang Wangi
Salah satu daya tarikan seks adalah aroma wangi dari tubuh sang isteri. Oleh itu, pastikan diri sentiasa wangi, segar dan bersih setiap masa. Jangan sesekali malas mandi. Bagi lebih menggoda, kenalilah bau-bauan yang boleh meningkatkan ghairah pasangan. Selain itu kenakan juga aroma yang disukai oleh pasangan anda.
4. Belaian Mesra
Lelaki sebenarnya sangat suka jika diri mereka dibelai. Belaian itu pada mereka adalah tanda sayang. Ketika suami sedang bersantai di kerusi, belailah rambutnya dengan lembut ataupun urut lembut bahunya. Kalau mahu reaksi yang lebih, usap bahagian-bahagian yang boleh menaikkan ghairahnya.
5. Bahasa Tubuh
Anda pasti pernah melihat wanita yang mempunyai lenggok tubuh yang menggoda hingga mampu menarik perhatian lelaki walaupun hakikatnya wajah dan penampilan mereka biasa saja. Inilah yang membuktikan bahawa daya tarikan seks itu bukan hanya pada mekap dan pakaian tapi juga lenggok atau bahasa tubuh. Bahasa tubuh yang baik akan membuatkan diri kelihatan menarik. Misalnya biasakan berjalan dengan tegap dan berkeyakinan.
6. Ketawa
Mungkin ramai yang tidak tahu wanita yang mempunyai humor yang tinggi dianggap seksi oleh lelaki? Waktu ketawa biasanya pipi kita akan berwarna kemerah-merahan dan nampak lebih menggoda. Oleh itu janganlah asyik bermasam muka. Buatlah lawak ketika bersama suami ataupun ketawalah ketika dia membuat lawak.
7. Penampilan Yang Berbeza
Rambut yang kusut masai, muka yang berminyak dan juga mulut yang berbau pastinya membuatkan suami langsung hilang selera. Kecantikan perlu dijaga dan dirawat. Jika kita biasa tampil tanpa mekap di hadapan suami, sekali sekala kejutkan dirinya. Tak perlu berdandan berlebihan, cukup sekadar mekap yang ringkas, asalkan kita nampak segar.
8. Bilik Yang Romantis
Penampilan saja tidak cukup untuk membuatkan diri berasa seksi. Suasana persekitaran juga penting. Oleh itu mulakanlah kemahiran anda untuk mengubah keadaan bilik tidur agar lebih dilihat romantis. Hias bilik dengan warna-warna yang sensual seperti merah jambu, merah hati dan sebagainya.



Terlanjur Dengan Kakak , Nak Nikah Adik !!!!!

DANG Setia, saya berusia 25 tahun dan mempunyai teman wanita berusia 24 tahun. Saya merancang untuk berumah tangga selepas lima tahun bercinta tapi kekasih saya kata dia tidak bersedia. Namun tiga bulan lalu, saya sudah menghidu kecurangan kekasih saya terlanjur bersama rakan sekerjanya.
Saya menjadi sangat tertekan. Saya akui pernah terlanjur dengan kekasih beberapa kali, namun saya berazam untuk bertanggungjawab. Apabila kekasih saya tahu hubungannya diketahui, dia bersumpah dia tidak cintakan lelaki itu dan lakukan kerana nafsu.
Dia memberi alasan saya berada jauh daripadanya. Saya terkilan dengan pengakuannya. Saya memang sayangkan dia tetapi tidak dapat menerima perbuatannya. Kini saya hanya memendam rasa, dia cuba memenangi kembali hati saya tetapi saya tidak nampak keikhlasannya.

Jika saya putuskan hubungan dengannya kelak hubungan saya dan keluarganya juga terjejas. Pada masa sama, saya menaruh hati pada adiknya dan berhasrat untuk menikahi adiknya. Adiknya tidak membantah dan juga suarakan hasrat yang sama terhadap saya, apa nasihat Dang Setia?

ASRAF BUNTU Setiawan, Perak



BAGI Dang Setia saudara tidak dapat menerimanya kembali kerana sukar memaafkan perbuatan kekasih menjalin hubungan dengan lelaki lain. Namun tindakan saudara mengahwini adiknya bukan langkah bijak jika alasannya sekadar mahu mengekalkan hubungan baik dengan keluarga bekas kekasih.

Malah saudara pernah terlanjur dengan kekasih saudara beberapa kali membuatkan Dang Setia berasa langkah itu ibarat keluar mulut harimau meniti mulut buaya. Yang pasti ia bukan perkara wajar dilakukan.

Dang Setia bimbang kelak, kisah silam saudara dengannya akan dibuka satu persatu akhirnya menimbulkan konflik sebaik saudara menikahi adiknya. Ini kerana bekas kekasih menyimpan harapan kembali bersama saudara.

Berkemungkinan saudara akan menyebabkan hubungan persaudaraan antara adik dan kakak berantakan dan keseluruhannya keluarganya pasti turut terkesan dengan tindakan saudara.

Adakah adiknya tahu sejauh mana hubungan saudara sehingga terlanjur dengan kakaknya? Dang Setia sarankan saudara leraikan kekusutan hubungan dengan kekasih saudara dulu. Nyatakan saudara tidak mungkin menyambung kembali hubungan lalu.

Saudara tidak dapat menerima kerana tidak percaya kepada dirinya lagi. Saudara juga perlu berterus terang dengan adiknya bagaimana hubungan cinta saudara dan kakaknya. Jika si adik masih menerima saudara, saudara perlu melindungi perkahwinan daripada diancam sejarah hitam cinta lalu.

Sentiasa ingatkan badai yang bakal melanda dalam alam rumah tangga, jika saudara dan dia masih ingin meneruskan rancangan hidup bersama. Disamping itu pohonlah taubat kerana saudara hanyut dalam bercinta sehingga terlanjur dengan pasangan. Ambil iktibar pengalaman perit bercinta sebagai balasan atas noda lalu.

Bimbang gambar lucah tersebar

SAYA pelajar sebuah universiti awam dan akan menamatkan pengajian setahun lagi. Dulu saya remaja liar dan banyak melakukan dosa tetapi seiring dengan peningkatan usia, saya mulai berubah.
Saya sedar kesilapan lalu dan cuba sedaya upaya untuk mengamalkan hidup yang lebih baik. Namun, baru-baru ini kekasih lama menghubungi saya dan mengatakan dia masih memiliki gambar lucah saya. Saya bimbang gambar terbabit tersebar.
Pada masa sama, saya tidak sanggup mengenang kembali sejarah silam dan dilihat oleh orang lain. Saya merayu kepadanya supaya membuang gambar berkenaan tetapi dia enggan.

Malah, dia mencabar saya melaporkan hal itu kepada polis. Tolonglah saya Dang Setia, apa harus saya lakukan? Saya tidak mahu kisah silam saya diketahui keluarga. Saya juga tidak mahu membuat laporan polis kerana bimbang diketahui orang lain.

ILIS
Kuala Lumpur


Dang Setia faham kebimbangan adik dengan kenyataan bekas kekasih yang masih menyimpan gambar adik dalam keadaan mengaibkan.

Namun tindakan berdiam diri bukan langkah bijak dalam menangani masalah itu. Ia gambaran seolah-olah adik akur terhadap ugutan bekas kekasih.

Dang Setia bimbang dia akan bertindak lebih berani dan berniat mengambil kesempatan terhadap tindakan berdiam diri adik.

Sebagai seorang yang terpelajar, adik seharusnya lebih realistik. Jika sekarang dia tidak menyebarkan gambar berkenaan, tidak mustahil pendiriannya akan berubah sepintas lalu.

Oleh itu, seandainya mahu bebas daripada terus dibelenggu perkara lalu, adalah lebih baik adik berdepan masalah ini.

Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bincang dan beranikan diri supaya tidak terus tunduk dengan ugutan itu. Nyatakan adik akan mengambil tindakan undang- undang jika dia bermaksud mengaibkan adik.

Isteri Orang Cumbu rayu dengan kekasih gelap

SAYA sudah berkahwin dan ada seorang anak. Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman Facebook. Dia tahu status saya dan tidak kisah berkawan dengan saya.
Dia duda dan anak lelakinya masih bersekolah. Perhatian dan layanannya pada saya melebihi layanan yang saya peroleh daripada suami.
Namun, suami tidak tahu mengenai kekasih gelap saya. Malah kami tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berbual melalui telefon dan laman sosial. Saya kadangkala rasa bersalah dengan suami kerana dia terlalu baik dengan saya.

Dia tidak pernah gagal menurut kehendak saya tetapi begitu juga kekasih gelap saya. Apa saja yang saya minta pasti akan ditunaikan mereka berdua. Saya keliru.

Saya sayangkan suami dan pada masa sama saya turut cintakan lelaki berkenaan. Saya pernah menyatakan kepada kekasih saya, dia tidak perlu menunggu saya kerana saya sayangkan suami saya.
Namun, dia tetap berkeras untuk menunggu saya dan sanggup datang dari jauh semata-mata memujuk saya supaya tidak meninggalkan dirinya. Sehingga kini saya berusaha mengawal diri untuk tidak bertemu dengannya.

AZWA
Penaga, Pulau Pinang



TIDAK seharusnya saudari keliru. Ini kerana jelas saudari tahu yang mana sebenarnya benda yang baik mahupun elok buat diri saudari.

Saudari sudah menolak pelawaan untuk bersama kekasih gelap dan setia bersama suami. Memang itu tindakan paling tepat dan Dang Setia menyetujuinya.

Bukan saja tepat menerusi penilaian agama dan moral, malah di segi rasional juga lebih menyebelahi keputusan terus bersama suami.

Tergamakkah saudari mempersia-siakan suami yang tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap saudari?

Malah, mempunyai anak juga menjadi sebab untuk saudari kekal dan setia kepada suami. Jika saudari mengambil keputusan untuk bersama kekasih, sudah pasti hubungan bapa dan anak juga terjejas kerana dorongan nafsu saudari yang haloba.

Saudari perlu tangani segera kekeliruan ini supaya ia tidak terus menghantui hidup. Paling utama, saudari perlu putus hubungan dengan bekas secara total. Dan tidak lagi mempunyai sebarang ikatan, baik melalui telefon mahupun laman sosial.

Pergi jauh daripada kekasih gelap dan cuba lebih rapat dengan suami. Banyakkan masa berbual dan cuba semai kasih sedia ada supaya lebih subur dan insya-Allah, hubungan ini lebih diredai Allah berbanding jalan satu lagi.

Ingatlah, tempat Isteri solehah dan kehormatan seorang wanita ialah di sisi suami. Malah, Islam memartabatkan isteri menjaga suaminya seperti diungkap dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar, Nabi SAW bersabda:
“Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran tetapi sangat sedikit di kalangan isteri-isteri yang menyempurnakan hak- hak suami mereka.” (HR. al-Imam Bazzar)

Suami Suka Melayan Wanita Lain !!!!!!

SAYA dan suami berkahwin tahun lalu selepas bercinta lima tahun. Ketika bercinta, kami pernah bergaduh besar beberapa kali. Ia berpunca daripada sikapnya yang suka melayan wanita lain.
Bila saya tegur, dia kata saya tidak percayakan dia. Bila sudah percaya, dia pula berlaku curang. Namun hubungan kami tetap kukuh sebab dia menyayangi dan menjaga keperluan saya.
Sehingga kini kami hidup bahagia walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, semuanya berubah apabila saya menemui komen suami dalam laman sosial Facebook.

Saya menggunakan tanda pengenalan suami dan terjumpa mesej perbualan lama yang masih tersimpan dalam peti simpanan e-mel.

Saya kecewa dan marah sebaik meneliti semua perbualannya dengan beberapa wanita kerana semuanya berbaur seks. Esoknya saya tergerak hati memeriksa e-mel dia yang lain. Kali ini lebih ramai gadis dilayan dalam lama sosial maya itu.

Daripada mesej yang ditemui, ternyata suami saya cuba mengurat semua wanita berkenaan. Saya sangat sedih dan tertekan sebab tiada tempat mengadu.

Nak diceritakan kepada keluarga, saya berasa malu. Pada masa sama saya rasa tertipu, seolah-olah dia mempunyai dua personaliti berbeza.

Dia juga mengaku pernah keluar temu janji dengan wanita lain. Dia berjanji tidak mengulangi lagi perbuatan itu dan memohon maaf.

Saya maafkan tapi sukar mempercayainya kerana dia kaki perempuan. Saya percaya tabiat ini bermula sejak dulu dan sukar dikikis hingga ke hari ini. Dia suami yang baik di segi nafkah dan menjaga keselamatan saya. Cuma saya kurang pasti dengan kesetiaannya.

MAI
Maran, Pahang



Dalam memastikan hubungan suami isteri terus harmoni, tidak semestinya sekadar nafkah dan mengasihi pasangan saja. Sebaliknya, kejujuran dan taat setia antara suami isteri nilai penting dalam memastikan hubungan itu kekal.

Sepatutnya membawa gelaran suami atau isteri dapat membantu membataskan diri daripada perbuatan mungkar dan menjaga individu itu daripada terus terjerumus dalam kemaksiatan.

Namun, itu yang dikesalkan Dang Setia, mengapa suami lebih senang bermesra wanita bukan muhrimnya, sedangkan dia mempunyai isteri yang halal baginya.

Dang Setia bimbang perkahwinan diharap berkekalan ke anak cucu rapuh di pertengahan jalan kerana tabiat buruk suami.

Untuk itu saudari perlu berdepan suami dan berbincang daripada hati ke hati. Luahkan kekecewaan saudari terhadap sikapnya.

Tanyakan pendapat suami, adakah dia rela jika saudari menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika saudari masih isterinya. Sudah pasti tindakan suami merelakan isteri bersama lelaki lain disamakan dengan dayus.

Bagaimana pula gelaran wanita merelakan suaminya bermesra di luar. Jika dia nyatakan kesediaan untuk berubah, bantulah dan maafkan.

Kadangkala peluang kedua mendatangkan kebahagiaan lebih besar kepada mereka yang sabar

Gadis ada pakej takut bercinta


SAYA gadis berusia 23 tahun dan bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Saya pernah melalui zaman keindahan di alam percintaan, tetapi tidak berkekalan.
Entah kenapa saya rasa kecewa dengan percintaan. Ramai kawan-kawan menganggap saya mempunyai pakej yang cukup untuk mengejar cinta.

Tetapi pada saya itu semua hanya ‘bonus’ yang Allah anugerahkan.

Saya berasa takut untuk jatuh cinta kerana sering dikecewa dan dipermainkan.
Namun apabila perasaan itu datang semula saya menafikannya seolah-olah menyeksa diri dan perasaan daripada menerima cinta kembali.

Adakah saya sudah hilang perasaan itu untuk selamanya atau datang apabila saya sudah menemui cinta sebenar?

Saya berasa takut sangat untuk bercinta semula. Tetapi pada pandangan mata orang, saya hidup dalam kegembiraan dan tersenyum riang.

Hakikatnya senyuman saya hanya palsu untuk menyembunyikan perasaan sedih itu.

Syukur kerana saya tidak melakukan sesuatu yang di luar kewarasan dan membuat keputusan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Bantulah saya untuk membina semula semangat kerana benar-benar rasa terasing dengan diri dan perasaan sendiri.

KECEWA
Selangor




DR memahami perasaan takut adik untuk jatuh cinta lagi. Adik dilukai dan sering rasa kecewa serta dipermainkan cinta yang terselit pendustaan.

Ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan. Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Apa yang harus dibenci serta dihindari adalah kepalsuan cinta. Itu adalah jawapan kepada adik sama ada hilang perasaan cinta untuk selamanya.

Adik boleh membina semula semangat dalam percintaan supaya diri dan perasaan tidak terpenjara serta terasing. Cerita sedih cinta adik adalah kenangan masa lalu. Kini adik perlu mencari satu dimensi kehidupan baru. Membezakan antara masa sekarang dan masa lalu amat penting.

Keadaan itu dapat memberi adik peluang dan ruang untuk bergerak ke hadapan, tidak hidup dalam dunia semalam.

Orang yang bijaksana tidak sesekali duduk merapati kegagalannya, tetapi dengan lapang hati mencari jalan untuk memulihkan kembali kerugian dialami.

Maafkan individu yang pernah menghancurkan hati adik. Ia boleh membuatkan adik bangkit semula daripada kekecewaan. Mulakan kehidupan dengan harapan dan usaha adik bertemu lelaki berhati mulia.

Belajar untuk membuka diri dan runtuhkan dinding ketakutan bercinta. Perasaan takut disebabkan adik membina dinding untuk jatuh cinta lagi.

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka hanya membangunkan dinding bukannya jambatan kasih sayang. Bercinta adalah satu risiko. Ambil risiko dan jangan takut untuk jatuh cinta lagi. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai. Itu adalah keistimewaan kehidupan.

Apabila adik membina hubungan emosi dengan seseorang, berterusan membuka hati dan berkongsi pendapat serta perasaan.

Lebih baik jika adik dan siapa pun insan bertuah itu dapat berkongsi cerita berkaitan matlamat, nilai diri serta keutamaan dalam kehidupan. Cuba elakkan persengketaan.

Bina kepercayaan kerana antara syarat utama dalam setiap perhubungan yang berjaya. Peluang untuk ditipu sememangnya ada, tetapi ia berkurangan jika adik mempercayai dan menghargai diri sendiri. Ini bermakna adik mempercayai diri untuk membuat penghakiman terbaik.

Bersifat jujur dan optimistik dalam perhubungan. Dr percaya, dengan pakej adik selain daripada ‘bonus’, ia banyak membantu dalam mencari jejaka ikhlas dalam perhubungan.

Bentuk keyakinan diri. Ketakutan adik untuk ditolak dan keperluan diterima timbul kerana adik kekurangan keyakinan dan merasa rendah diri.

Percayalah bahawa adik adalah insan yang bernilai dan berhak untuk menyayangi serta disayangi.

Gantikan ungkapan dan pemikiran negatif dengan kenyataan positif diri. Bina imej mental diri sebagai seorang yang berkeyakinan, bersifat asertif dan berdikari. Penting juga untuk bertingkah laku atas keyakinan diri ini.

Dr melihat kekuatan diri adik apabila tidak melakukan sesuatu yang di luar kewarasan dan membuat keputusan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di IPTA. Imam Ghazali menjelaskan ‘menuntut ilmu adalah takwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulangi-ulang ilmu adalah zikir dan mencari ilmu adalah jihad.’

Seterusnya, adik ingin mengetahui sama ada perasaan cinta itu datang apabila adik sudah menemui cinta
sebenar. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Apabila percintaan adik tidak berkekalan, mungkin Tuhan menginginkan adik bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Adik harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu.

Ferrari baru Beckham !!!!

LOS ANGELES - Bintang bola sepak England yang bermain untuk kelab LA Galaxy, David Beckham mempunyai koleksi kereta terbaharunya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta baharu Beckham itu merupakan Ferrari 612 Scaglietti yang berharga AS$300,000 (RM894,294.01), berwarna hitam dan mempunyai nombor 7.
Nombor itu pernah digunakan oleh Beckham semasa dia mewakili kelab Manchester United.
Kereta baharu itu dilihat diletakkan di luar rumah Beckham di sini baru-baru ini.
Sejak dilancarkan pada 2004, kereta Ferrari itu mempunyai sistem navigasi satelit, alat pemain muzik MP3, mengenali suara pemilik dan teknologi wayarles.
Sebelum ini, Beckham memiliki satu koleksi kenderaan yang terdiri daripada sebuah kereta BMW, Lamborghini, Aston Martin, Porsche, Escalade, sebuah jip dan beberapa motosikal. - Agensi 

.........saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!”

Tinggal kenangan !!!!
KUALA LUMPUR: “Kita akan begini selamanya...Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu.
Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.
“Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai,” katanya.

Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.

Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya

Refresh - Fahami apa itu waktu IMSAK???

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..



Bulan puasa, disunatkan umat islam untuk bersahur. Dan juga sunat dilewatkan makan sahur. Ada diantara kita yg lewatkan sahur sampai azan subuh. Main belasah je langgar
waktu imsak. Boleh ke camtu. Waktu imsak tu ape?

Waktu imsak ialah waktu berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sebelum terbitnya
fajar sodik (waktu subuh).

Maksudnya masih sah kalau kita makan pada waktu imsak. Biasanya waktu imsak adalah 10 minit sebelum waktu subuh.

Waktu imsak diibaratkan macam lampu isyarat. Bila dia bertukar kuning kita berhati2. Siap sedia hentikan kenderaan. Tapi kalau kita pecut gak time lampu kuning, jawabnya
terlanggar la lampu merah.

Untuk elakkan terlajak,  kan lebih baik kita berhenti makan sahur semasa waktu imsak..



Sumber: Jakim

I officially single’ - Nur Aisyah Zainal


SHAH ALAM: “Saya terkilan kerana hasrat menyambut Ramadan dan Syawal bersama tunang tersayang tidak kesampaian kerana detik rasmi iaitu pada 30 Julai (Sabtu) lalu adalah tarikh putusnya ikatan pertunangan kami.
“Sepanjang tempoh lima bulan mengikat tali pertunangan kami cuba untuk mencari keserasian, namun usaha itu menemui jalan buntu,” kata pengacara popular, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 35, selebriti tempatan terbaru yang disahkan memutuskan ikatan pertunangan bersama naib juara Gadis Melayu 1, Nur Aishah Zainal.

Ally ketika ditemui di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam mengesahkan sudah memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nur Aishah, Sabtu lalu apabila kakak dan bapa saudaranya yang bertindak sebagai wakil ditugaskan ke rumah bekas tunangnya (rumah kakak Nur Aishah) di Ampang menyampaikan hasrat memutuskan pertunangan.
“Keputusan ini dibuat atas kata sepakat dan dibincang bersama sejak 23 Julai lalu. Dalam tempoh seminggu, kami cuba berbincang dan memperbaiki hubungan ini, namun usaha kami gagal, akhirnya jalan penyelesaiannya adalah putus tunang,” katanya.

Menurut Ally, walaupun akur dengan keputusan itu, kedua-dua mereka tidak pernah berbalah malah perpisahan itu diuruskan dengan baik mengikut adat Melayu.

Katanya, walaupun mereka sudah mengenali sejak 2008 lagi, namun tempoh tiga bulan mengenali hati budi masing-masing iaitu sejak November tahun lalu sehingga Januari tahun ini tidak cukup buat mereka sebelum mereka mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu.
“Kami merancang mendirikan masjid (berkahwin) pada hujung tahun ini, namun apakan daya jodoh di tangan Allah kerana dia lebih mengetahui ada hikmah di sebalik apa terjadi.

Ally menegaskan, di sebalik keputusan itu tidak pernah timbul isu wujudnya pihak ketiga sebaliknya ia berpunca kerana tiada kesepakatan dan ketidakjelasan hubungan mereka.
Ketika diajukan soalan mengenai tindakan Nur Aisyah memuatkan kenyataan ‘I officially single’ (secara rasmi saya masih belum berpunya) di lama facebook, Ally menganggap perkara itu adalah hak peribadi bekas tunangnya

Kaki terjulur atas tangga

IPOH: “Saya mengucap panjang melihat kaki manusia terjulur dari gulungan selimut ‘toto’ ditinggalkan di atas tangga bertentangan pintu rumah,” kata Azlina Abu Talib, 33.
Azlina jiran kepada Dr Rohani Kasim, 38, ditemui mati dicekik di kediamannya di tingkat satu Pangsapuri Permai Lake View di Tambun, dekat sini, awal pagi semalam.

Azlina berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 3 pagi semalam, selepas kecoh di luar rumahnya di tingkat bawah ketika bangun untuk bersahur.
“Saya terkejut mendengar bunyi bising dari arah tangga bertentangan pintu rumah saya dan keluar untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Saya seperti tidak percaya apabila diberitahu pengawal keselamatan di pangsapuri terdapat mayat di atas lantai tangga menuju ke tingkat bawah, betul-betul di hadapan kediaman saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia memberanikan diri naik ke tangga untuk melihat balutan tilam didakwa mengandungi mayat wanita itu dan terkejut apabila mendapati kaki manusia terjulur dari dalam tilam itu.
“Saya diberitahu pengawal keselamatan bertugas ternampak kelibat dua lelaki mengusung balutan tilam berkenaan ketika melakukan rondaan.

“Namun, suspek mencampak tilam itu ke lantai tangga sebaik menyedari kehadiran pengawal berkenaan. Dua lelaki itu melarikan diri melalui tingkap rumah berhampiran yang tidak berjeriji sebelum menuju ke arah sebuah kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui seorang lelaki menetap di pangsapuri itu ditahan sejurus polis dimaklumkan kejadian itu. Azlina berkata, dia baru mengenali mangsa yang berpindah ke pangsapuri ini awal bulan lalu dan tidak sangka kejadian ngeri itu menimpanya.

Dia berharap polis memberkas segera penjenayah itu bagi mengelakkan penduduk dihantui ketakutan.

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan

 

CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.
"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.
Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.
Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.
Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.
Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.
Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.
Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi

Lelaki ‘bersahur’ dengan anak gadis

KAJANG: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anaknya untuk bersahur tergamam sejurus mendapati seorang lelaki tidur nyenyak bersama anak gadisnya dalam kejadian di Batu 18, Hulu Langat, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa masuk ke dalam bilik tidur anaknya yang berusia 14 tahun untuk mengejutkannya.

“Sebaik masuk, ibu mangsa terkejut apabila mendapati mangsa tidur bersama seorang lelaki warga Indonesia berusia 21 tahun yang dipercayai teman lelakinya.
“Lelaki terbabit yang terkejut dengan kehadiran ibu mangsa bingkas bangun lalu memohon maaf selain mengaku hanya tidur dan tidak melakukan apa-apa bersama mangsa,” katanya.

Katanya, ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengakuan lelaki itu mendesaknya untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Atas desakan berterusan ibu mangsa, lelaki itu mengaku sudah melakukan hubungan seks dengan mangsa ketika ahli keluarga lain sedang tidur. “Lelaki itu juga mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.
“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang melarikan diri membuat laporan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat,” katanya.

04 August, 2011

Kilafairy ( anak rohana jalil) yg Cun


Nice Comic - DORAEMON ( Versi Kelate)







Pakaian Artis Wanita Malaysia di bulan Ramadan !!!! Manis !!!!!

Tiz Zaqyah

Fouziah Ghous

Erra Fazira

Neelofa

Nora Danish

Lisa Surihani

Maya Karin

Fasha Shanda

Dato' Siti Nurhaliza

Nur Fazura
siti saleha A.K.A Nura Elena

GULAI DAGING TERENGGANU + STEAMBOAT ALA2 TOMYAM + AYAM BAKAR SOS CENDAWAN


GULAI DAGING TGANU 

Bahan 

500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh
& toskan]
 
2 s/b kerisik 
2 cawan santan pekat 
2 s/b gula merah/perang [brown sugar] 
2 keping asam keping 
minyak 
garam 

Bahan Mesin 
20 tangkai cili kering 
1 s/b rempah kari daging 
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE 
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE 
7 ulasa bawang merah 
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia 
2 cm lengkuas 

Bahan tumis 
2 cm kulit kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih 
2 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga 

Cara. 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak. 
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi. 
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala. 
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat. 
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

STEMBOT ALA-ALA TOMYAM 

Bahan
 
2 ekor kerangka ayam [potong kecil] 
500 gm ayam [potong kecil] 
3 biji tomato (dibelah 4) 
2 biji bawang besar (dihiris) 
2 batang serai (diketuk) 
8 biji cili padi (diketuk) 
1 ulas bawang putih (diketuk) 
1 sudu besar pes tomyam 
1 batang celery (potong kecil) 
3 helai daun limau purut (koyakkan) 
Air & garam secukupnya 

2 biji limau nipis (ambil jus) 
1 pokok daun ketumbar (cincang) 

Cara membuat 
1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam. 
2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai. 

SOS CILI 

Bahan Mesin 
10 tangkai cili kering 
1 s/b udang kering 
2 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah 
2 s/b oren sunquick 

Bahan Tumis 
minyak 
gula 
garam 

Cara 
1. Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak. 
2. Bila telah wangi masukkan gula dn garam. 
3. Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.
Ayam Bakar Sos Cendawan...





Bahan Perap Ayam: 
2 keping dada ayam 
1/2 cawan fresh cream 
3 ulas bawang putih [tumbuk lumat] 
1 s/k lada hitam 
garam 

Gaulkan semua bahan pada ayam dan perapkan selama 3 atau 4 jam 

Sos Cendawan 

Bahannya.. 
1 tin mushroon soup 
1 tin air 
1 paket Cendawan MAGGI 
1/2 cawn air + 1 s/b tepung jagung 
1 s/k lada hitam 
1 s/b minyak atau majerin 
6 biji cendawan butang [potong nipis] 

Cara memasaknya 
1. Masukkan semua bahan kecuali air tepung jagung. 
2. Masakkan sehingga mendideh. 
3. Masukkan air tepung jagung dan kacau lagi sehingga mendideh. 

PISANG REBUS + AIR BANDUNG SODA CINCAU + FRUIT COCKTAIL DRINK

 PISANG REBUS 

Bahan
 
pisang nangka 
kelapa parut muda 
gula perang [brown sugar] 
garam 

Cara 
1. Pisang dikeratkan kedua-dua hujungnya dan basuh. 
2. Masukkan pisang, air dan garam dalam periuk. 
3. Masakkan sehingga mendideh dan toskan air. 
4. Hidangkan dengan kelapa muda yg telah diparut
[boleh gunakan kelapa biasa tapi hanya gunakan yg putih saja] dan juga gula perang


AIR BANDUNG SODA CINCAU 

Bahan 
1 tin susu pekat 
2 liter air sejuk 
pewarna merah 
1 cawan cincau [cincang halus] 


1 gelas ice cream soda
ais kiub 

Cara 
1. Bancuhkan susu dan air juga pewarna. 
2. Masukkan dalam jug besar dan masukkan cincau dan ice cream soda. Kacau rata. 
3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan. 
FRUIT KOKTEL DRINK 

Bahan
 
1 liter oren susu 
1 cawan kecil [150 ml ] yogurt perisa buah 
1 tin fruit koktel 
ais ketul 

Cara 
Campurkan semua bahan dan hidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...