Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label CERITA. Show all posts
Showing posts with label CERITA. Show all posts

04 January, 2012

Ibu: Tuduhan Nur Amalina liar hanya fitnah



JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.

15 December, 2011

Tukul cemburu



MIRI: Seorang wanita cedera di kepala dan kaki kanan akibat diserang menggunakan tukul besi oleh seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki wanita berkenaan menjalin hubungan sulit dengan bapanya sejak beberapa bulan lalu.
Sebelum kejadian, mangsa berusia 44 tahun itu dikatakan sedang minum bersama beberapa rakan di ruang tamu rumah di Kampung Pasir, Lutong, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi objek keras dibaling ke dinding jam 11 malam.

Terkejut dengan kejadian itu, wanita berkenaan melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila melihat seorang lelaki tiba-tiba muncul di depan pintu rumah sambil memegang tukul besi dan terus menyerang dirinya dan rakan.
Menurut sumber, sejurus melakukan serangan itu, lelaki terbabit terus melarikan diri bersama beberapa rakan yang menunggu tidak jauh dari tempat kejadian.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan tidak dapat menahan perasaan marahnya selepas dapat menghidu hubungan istimewa antara mangsa dengan ayahnya sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, difahamkan mangsa tidak pernah menjalin hubungan istimewa dengan ayah suspek, sebaliknya hubungan mereka sekadar rakan kerja, namun perkara itu disalah anggap oleh anak lelaki terbabit.
Rakan mangsa dikenali sebagai Aju, 42, mendakwa, ketika kejadian mereka sedang minum dan tergamam kerana belum pun sempat menjenguk ke luar rumah, lelaki terbabit sudah muncul di depan pintu rumah sambil memegang tukul besi dan menyerang mangsa.

“Malah, saya sendiri turut menjadi mangsa apabila ditumbuk lelaki berkenaan ketika mahu membantu mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Lutong, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai kejadian itu.

20 October, 2011

Derita buah zakar terlampau besar

MENDERITA...Warren berdepan dengan pelbagai
kesukaran ketika berada di luar rumah

Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.

Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.
Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.

Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.

Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu
“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa
Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.

“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.

Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.

“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.

Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau. - TS
LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.

Ilmu Pengasih Din Kudong

Ilmu pengasih asap rokok
JOHOR BAHRU: “Din mengamalkan ilmu pengasih menggunakan asap rokok dan bagi menjadikannya lebih mujarab, ia perlu dihembus kepada mangsa di hentian bas,” kata seorang guru sebuah sekolah di bandar raya ini yang mendakwa menjadi mangsa kasanova berjari 17 dikenali sebagai ‘Din Kudung’, semalam.
Mangsa mahu dikenali sebagai Siti, 32, berkata, melalui pengalaman dan cerita mangsa lain, semua perkenalan mereka dengan Din Kudung bermula sama ada di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin mahupun hentian bas lain.

Menurut Siti, pertemuan pertama dengan Din Kudung serta pengalaman mangsa lain membuktikan lagi telahan lelaki terbabit akan bertindak menghembus asap rokok ke muka mereka.
“Saya berkenalan dengan Din Kudung menerusi panggilan telefon dibuatnya pada awal September 2010 sebelum kami bertemu di hentian bas berhampiran sekolah tempat saya mengajar,” katanya.

“Kali pertama bertemu, Din Kudung banyak bercerita berkaitan diri saya seperti kehidupan peribadi serta mata pelajaran yang saya ajar, membuatkan saya menyenanginya dan mahu berkenalan lebih rapat,” katanya.

Lebih menghairankan, katanya, Din Kudung beberapa kali menghembuskan asap rokok ke mukanya dan mulanya terasa seperti mahu marah tetapi akhirnya hanya mendiamkan diri
“Sejak pertemuan itu, saya kerap bertemu Din Kudung yang turut mendakwa bertugas sebagai kontraktor dan mempunyai beberapa projek dalam pembinaan sekitar bandar raya ini.

“Lelaki terbabit turut membawa saya ke beberapa lokasi projek pembangunan sekitar bandar raya ini yang konon miliknya.
“Din Kudung mendakwa berdepan pelbagai masalah seperti pekerja ditahan Jabatan Imigresen dan kekurangan wang untuk meneruskan projek.

“Terpedaya dengan helah lelaki berkenaan, saya bersetuju membuat pinjaman bank RM50,000 di sebuah institusi kewangan di pusat bandar raya ini, pertengahan September 2010,” katanya.

Bagaimanapun, Siti terkejut kerana kurang tiga jam, urusan pinjaman itu diluluskan dan dia menyerahkan wang berkenaan kepada lelaki itu.

Menurutnya, dua minggu kemudian, Din Kudung menghubunginya dan memaklumkan perlu RM50,000 lagi untuk menyelesaikan masalah kewangannya.

“Saya akhirnya setuju membuat pinjaman itu selepas didesak, ia diluluskan pada hari sama dan cek pula dikeluarkan atas nama seorang lelaki yang juga rakan kepada Din Kudung.

“Pertengahan Oktober pula, Din Kudung sekali lagi meminta saya membantunya dan saya menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan RM8,000 sebelum menyerahkan wang berkenaan kepadanya,” katanya.

Menurut Siti, tidak lama kemudian, lelaki terbabit menghilangkan diri, malah turut menukar nombor telefon bimbitnya.

, Siti juga tertekan kerana Din Kudung berjanji konon mahu menjadikannya rakan niaga selain mengahwininya.

Siti berkata, awal tahun ini, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam sebelum dimaklumkan sebenarnya terkena ayat guna-guna dan diminta mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran.

Katanya, selepas beberapa kali berubat, baru dia dapat berfikir dengan waras.

“Saya akhirnya berjaya mendapatkan beberapa nombor telefon wanita lain yang menjadi mangsa Din Kudung dan apabila dihubungi, mereka turut mendakwa ditipu lebih RM100,000 seorang selain berkenalan di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin.

“Akibatnya, saya kini terpaksa menjelaskan hutang sebanyak RM1,200 sebulan kepada tiga bank dengan tempoh bayaran pinjaman antara 15 hingga 20 tahun,” katanya.

Menurutnya, disebabkan jumlah hutang yang banyak, dia tidak boleh membeli rumah mahu pun menukar kereta kerana separuh daripada gajinya digunakan untuk melunaskan bayaran terbabit.

Berikutan itu, Siti membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, 25 Ogos lalu, dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Din Kudung bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsanya

10 March, 2011

Mar 10, 2011 - DIARI HIDUPKU : Part 11

Assalamualaikum w.b.t dan slmt bertemu lagi.....
Sambung sikit lagi cerita semalam .....kisah zaman studi aku kat u
Apa yang nk aku citer ni Cuma kenangan2 yang mengusik jiwa saja....
Yang aku kenang sampai ari ni ....
Untuk pengatahuan uoals , aku studi kat kl selama 2 thn jer....sbb masa aku tahun ke-2
Fakulti kejuruteraan mekanikal kat skudai dh siap ....1988 - semua pelajar baru mechanical
Engineering lapor diri kat skudai...so tahun tu kami tak ada freshie la...semester ke-4, aku
Mula menyewa kat luar iaitu di Jalan Raja Alang, Kg Baru. Sebelah umah sewa aku adalah flat
Dimana Rambo Adam serah diri lepas mengamuk kat pekan chow kit ..
Ok..lupa nk bagi tau ...sem 1 aku masih tk dapat biasiswa....so kn bayar sendiri ....dekat 1K juga la...
Masuk jer sem2 tengok kat notice board, aku ditawarkan pinjaman MARA....so aku terima ja la...
Penghujung sem ke 2 tu ....nk jadi rezeki aku , aku dapat tawaran biasiswa PETRONAS. Alhamdulillah....
So sampai abis hayat aku kt utm , aku dibiayai oleh PETRONAS. Dapat jer duit hujung sem 2 tu ...aku bayar balik
Kat org tua ku duit yang aku guna untuk bayar yuran sem 1 dulu .
Sampai masa ni aku tak der awek lagi .....malu + tak berani = solo....tapi hati teringin macam nak cari .....
Maka tersebutlah sebuah kisah pada satu cuti semester....aku ingat sampai ari ni ....malu yang teramat .
Pada satu cuti semester tu ...aku beseorangan nak balik ke kedah....Kejadian ni berlaku kat Perhentian Bas
Pudaraya. Dalam dok tunggu bas tu , mata aku tertarik kat sorang awek ni ...lawa......lama juga kami saling
Berpandangan tapi aku tak berani nk tegur......sampai lah bas aku bertolak dari Puduraya menuju ke Butterworth.
Dek rasa frustrated , aku buat satu decision yang bodoh .....aku tulis kat suatu ruangan kat Mingguan Malaysia
Dengan harapan budak tu baca dan contact aku ....siap letak dengan alamat sekali ......Pas hantar tu dalam seminggu
Biasa saja...tak da sapa yang hubungi aku pun ....Nak di jadikan cerita, pas 2 minggu camtu , pada suatu hari tu
Aku terkejut dapat lambakan surat dari posmen.....masyaallah ada dekat 50-60 pucuk surat . Rasa glamer giler aku ari tu ...
Macam artis pula...tak larat nk baca.....ada yang siap hantar gambar lagi....
Dah dapat surat tu biar lah...tp hati aku tk senang lagi.....selagi tk dapat baca apa yang ditulis di Mingguan Malaysia.
Aku pun carilah Mingguan Malaysia minggu tersebut ..sehelai demi sehelai halaman ku selak . ..Jeng..jeng..jeng..
Tiba2 jer terpandang tajuk besar ` CINTA BERSEMI DI PLATFORM 10'....tu dia....punya malu aku ari tu....
Tapi aku buat dek jer....member2 kampong apa lagi ...perli aku semacam ja.....
Kesinambungan pada peristiwa tu , dalam banyak2 surat yang aku terima tu , aku cuma layan 2 orang sahaja...
Sorang adik kat KL & sorang lagi sorang kakak kat Benut , Pontian ....Dua2 orang ni aku pernah jumpa dan pernah
Pergi rumah mereka...tapi sebagai sorang abang & seorang adik sahaja......
Banyak lagi peristiwa kelakar ....especially masa nk jumpa si kakak tu kat Benut .....
Tunggu next post ok .....chow...salam

07 March, 2011

Mar 7, 2011 - DIARI HIDUPKU : Part 10

Assalamualaikum W.B.T & salam sejahtera
Lama dh aku nk sambung kisah hidupku ini .......terhenti kat Part 9 ari tu ....
Pastu tk bersambung2......kalau buat filem , mungkin budget tak cukup
tapi ari ni aku nk sambung balik Part 10......

7-7-87 ....lepas segala urusan pendaftaran di UTM selesai...kami lepak di
bilik asrama jer.....bila sampai waktu maghrib....kami semua dikerah berhimpun
untuk menunaikan solat maghrib berjemaah pada ari tu ....kami terus dalam masjid
hingga selesai solat isyak ...

selesai jer solat isyak, kami semua dikerah ke Dewan Besar UTM pula untuk
upacara perasmian minggu orientasi pelajar baru UTM untuk sessi 1987/88.
Perasmian disempurnakan oleh Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid selaku naib
canselor UTM masa tu ....

malam tu nk dijadikan cerita .....tengah kusyuk mendengar ucapan Tan Sri .....
tiba2 jer kepala aku rasa pusing & pening .....Tup2 aku terjatuh.....pitam....
almaklumlah ....siang tu aku langsung tak jamah apa2 makanan...perut kosong
+ badan letih + mata mengantuk = Pitam......

tapi masa orang angkat aku ke klinik .....aku dah sedar. so malam tu , aku skip la
aturcara perasmian...lepak kat klinik jap ..pastu terus balik ke hostel...
next day , aku ikut aturcara macam biasa dari pagi smpai tengah malam ...
tapi yang aturcara malam tu ....geng2 senior dok jeling jer kat aku , takut aku
pitam lagi.....padahal aku mengantuk giler time tu ....

Tu lah citer spnjang minggu orientasi selama seminggu .
masuk minggu ke-2 , kami dah start kuliah .....untuk semester pertama ni
ada satu subjek yang buat aku susah hati sangat2.... Pengaturcaraan Fotran .
Aku tak reti langsung pasai komputer ni masa tu ....inikan pula nk buat
programming .....yang pasti semester tu aku bernazar nak puasa sehari kalau
aku lulus subjek ni ....
bila result keluar ...alhamdulillah...aku lulus semua subjek....tapi CGPA aku
cukup2 makan saja.....

pastu cuti semester ...masuk jer semester ke-2 , ramai giler kawan2 aku yang dh kantoi
dan kena tendang .....rupanya macam tu sistem kat UTM ni.....
Tema betul UTM ~ (U)ntuk (T)uhan & (M)anusia.
Tapi ada definasi2 lain untuk UTM - (U)niv Tolong (M)elayu - pasai 80% student adalah melayu
atau lebih glamer lagi - (U)niv (T)endang (M)enendang - ini yang pasti.....dan aku adalah salah sorang
mangsanya.

Dan disebabkan pahitnya kenangan aku masa studi kat UTM ni....aku tak nak citer secara mendalam
kisah kehidupan aku disini . Cukuplah secara surface.

Ikuti sambungan nya selepas ni ....wassalam

03 March, 2011

Mar 3, 2011 [CERITA] - Emosi !!!!!!!

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni nk citer tentang apa ek? Kalau kat Hot FM pagi td , dia orang chat pasai peluang kedua......
best juga kan....tajuk tu .....
Tapi dalam banyak2 caller pagi td, ada satu yang menarik perhatian saya
ada sorang caller lelaki .....yang citer ttg peluang kedua dia...
13tahun dulu , dia ada seorang kekasih .......memang nak kahwin ...tapi tak mendapat restu
keluarga sebelah pompuan ....after that dia orang breakoff .

lepas tu masing2 berkahwin dan punya anak .....but at last jodoh masing2 tak panjang
mereka jumpa semula dan kini mereka dah berkahwin.....
so sweet kan ....happy ending camtu.....

Ok ....back tu title entri hari ni .....emosi ....agaknya apa emosi uoal ari ni kan ....
Sebenarnya kalau kita kaji betul2 ....emosi tu sendiri boleh menjadikan kita seorang yang bersyukur kalau kita seorang pemikir......tapi kita sering lupa mengapa kita tiap2 detik ada emosi yang berbeza2... itu lah kuasa Allah SWT.....

Cakap pasai emosi ni....pagi ni emosi aku agak bercelaru dan rasa bersalah.....
Ada 2 perkara yang buat aku rasa bersalah sangat camtu ......malam tadi anak sulung aku called from Langkawi...baru abis pertandingan bowling antara sekolah2 daerah Langkawi.....dia dapat no 10...
Alhamdulillah.....tapi bila dia bagi tau ...orang lain semua datang ngan parent.....along ja pas baling bola , toleh ke belakang tak der abah ngan mama.......sayu juga dengar.... Abah minta maaf ya Along ...
bukan abah tak nk pergi .....tapi keadaan tak berapa mengizinkan....abah tau along tentu akan dapat result lagi bagus ...kalau abah ada kt belakang kan......tak pa lah...nak buat camner....abah tetap berbangga ngan pencapaian along .

lagi satu semalam juga ...wife aku bersungut....letih !!!!! aku memang faham sangat keletihan dia tu ....
Ikhlas bagi tau ....kalau aku pun kat tempat dia.....mungkin dah lama aku bersungut.....manakan nak handle 2 orang hero aku yang sangat lasak tu - irfan ngan haziq....mana nak hantar luqman ke sekolah....mana nak buat keje rumah . Citernya .....dia suruh aku masukkan kelapa dalam keter....besok pagi2 nk hantar ke kedai santan..... Tapi semalam ....aku betul2 letih sangat ......
malam tu aku bangun awal....tengok bola....Chelsea vs MU.....so smlm mengantuk awal.....

Padahal idea nak jual kelapa ni aku punya idea.....tapi last2 dia yang buat semua......drive dari umah aku di pdg serai ke Sg bakap ....ambil 80 biji kelapa....then balik....cari kedai nk jual......semua dia buat ....Terima Kasih Ayang ....apa pun pagi2 tadi .....aku buat apa yang aku janji mlm td.....aku angkut semua kelapa dalam Avanza ......kemudian dia minta aku ikut ke kedai tu......aku ikut jer ngan iswara aku......sampai kat kedai...aku yang turunkan kelapa tu ....

Ayang....apa pun abg hargai sangat apa yang ayang buat........love u so much....

Wassalam

02 March, 2011

Mar 2, 2011 [CERITA] - MASYALLAH - `besarnya kuasa Mu ALLAH' Kisah pokok petai menangis

Assalamualaikum.....

Yang ni aku nak kena tulis juga ....Penting !!!!!
2-3 hari ni kecoh di sekitar Kampong Lembah, Raja Pinang, Tunggal Seberang Prai Utara pasai penemuan sepohon pokok petai yang dikatakan menangis & mengeluarkan air tak henti2......

Alhamdulillah petang semalam , aku dapat balik awal sikit keje...sampai umah dlm 6.30 camtu....
pas minum petang yang disediakan oleh isteri yang tercinta - wife aku ajak aku pegi tengok kejadian
pokok petai menangis yang heboh dikatakan orang itu....aku pun setuju saja la...

lebih kurang 6.45 ptg ..aku & wife serta 2 anak aku - haziq & irfan terus memecut motor kriss 100 aku menuju ke Kg Lmbah Raja.....selang 3 kampong dari kmapong aku.......Actual location tak tau ....
cuma dapat hint sikit2 dari org yang dh pegi tengok .....

Anyhow....aku sampai juga tmpat yang dituju.....aku ikut orang ramai yang berpusu2 masuk.....
Sampai jer...nampak macam biasa jer....sepohon pokok petai tua di belakang umah .....
Aku rapat ke bawah pokok tersebut ....and tiba2 ....

terasa air menitis tak henti2 menimpa ku ......umpama gerimis....Masyaallah besar nya kuasa Mu Ya Allah.....bila renung betul2 kat atas....memamg nampak macam air hujan mencurah dari celah2 ranting pokok petai tersebut........malangnya aku terlupa bawa kamera smlm....snap juga2 2-3 kping guna handphone tp tk download lagi......

Apapun ... aku percaya ini lah Peringatan Allah SWT kpd kita supaya sentiasa ingat akan kebesaran kuasanya.

Insyallah bila download nnti ..aku akan share dlm entri2 berikutnya ...wassalam

25 February, 2011

Feb 25, 2011 - TIPS MENANGI HATI SUAMI

assalamualaikum

nak balik dah ni .....nak sambung sikit citer tadi ....td baru satu artikel
artikel kedua ni berkenaan dengan tips untuk menangi hati suami - supaya suami sentiasa sayang.
Saya tk dapat nk ingat semua fakta - almaklum lah memory dah rendah - 2Gb ja kot
nak kena tukar 8Gb ker baru boleh ingat semua ....

Tapi apa yang penting , sebagai sorang suami & daddy ....apa yang diperkatakan dalam artikel ni semacam ada kebenarannya . setelah 18 tahun mengharungi alam rumah tangga ni - saya agak bersetuju dengan pendapat / tips yang dinyatakan ...

TIPS-1  - Tetapkan matlamat kebahagian bersama.......
Cuba selaraskan suatu matlamat yang boleh membahagiakan kedua2 suami & isteri .....Masalah timbul bila si suami dan isteri ada matlamat sendiri2.....bila kedua2 pasangan ada matlamat yang sama dan saling bekerjasama untuk mencapai matlamat tersebut ....kebahagian mesti menjelma.....
Contoh nya saya sendiri ....saya dan isteri dah ada matlamat kami  - nak renovate rumah sedia ada
kpd double storey and by age of 50 , insyallah kami nak ke tanah suci mekah ....

TIP- 2 - ABAIKAN SESUATU & SESEORANG UNTUK DIA
Cuba untuk abaikan lain- lain perkara atau lain2 orang agar si suami merasa dia sentiasa dihargai ....
dalam hidup berumahtangga ini ...tipu lah kalau dikatakan sehati sejiwa dalam semua perkara....kalau sehati sejiwa pun , paling tidak satu dua perkara mesti berbeza......
So , apa yang perlu uoals buat , cuba minati apa yang suami suka buat dan jauhkan apa yang suami tak suka .....

sama juga dalam hidup saya, tak semua perkara kami berpendapat sama - banyak yang bercanggah
tapi , alhamdulillah tolak ansur yang penting  - saya akan ketepikan ketidaksukaan saya sometimes untuk membahgiakn wife saya , dan dia sendiri pun sama sometimes terpaksa turut kata saya .....
End in mind - TIP 1 matlamat kebahagiaan bersama.

So , Suami & Isteri must alligned kesukaan & ketidaksukaan masing2 untuk mencapai satu matlamat kebahagiaan .....

Last but not least ....saya tau ada follower untuk entri2 saya ni ...saya bukan pakar nak selesaikan
semua masalah tapi saya percaya satu perkara sahaja .....

TIADA MASALAH YANG TIADA JALAN PENYELESAIAN NYA  dan ingat ini sampai bila2 -

ALLAH SWT TAK KAN MENGUJI MAKHLUK NYA LEBIH DARI KEMAMPUAN MAKHLUK TERSEBUT .......

Ingat lah ....muhasabah diri bila ditimpa musibah atau masalah .

Wassalam

  

Feb 25, 2011 - TAKDIR HIDUP Vs SIKAP DIRI

Assalamualaikum ....

Hari ni nk citer sikit pasai 2 artikel menarik yang saya baca semalam .....
Kedua2 artikel tu berkenaan ngan sikap kita sendiri yang saya rasa ada kebenarannya....

Artikel pertama berkenaan dengan TAKDIR HIDUP yang berkaitan dengan SIKAP DIRI ....
Posting ni tak bermaksud nak kata kat sapa-sapa tapi saya nak ajak semua jom pakat2 fikir balik
ada tak kebenarannya....pakat2 muhasabah diri ....Kita selalu suka mempersalah kan orang lain bila kita ditimpa musibah atau berdepan masalah . Kita jarang nak tanya & selidik kelemahan diri kita....

contoh kisah benar yang diberi dalam artikel tu , bagaimana sorang pompuan yang ditipu oleh suaminya sendiri selama berbelas tahun....dan ditinggalkan oleh suaminya dengan beban hutang yang banyak sehingga hidupnya susah....

Tapi setelah mendapatkan pandangan dari pakar psikologi keluarga, didapati sikap pompuan tu pun ada masalah - suka mungkir janji dan banyak perkara2 negatif. Ada lagi satu kes , suami isteri yang selalu bergaduh . Si isteri nyatakan yang suaminya sorang yang baran tapi setelah si suami pula mengemukakan bukti2 punca kebaranan nya - nyata baran si isteri lebih dari dari si suami . baran si suami mengikut pakar psikologi tersebut adalah untuk mengimbangi baran si isteri.....manakan suami tak baran kalau si isteri snaggup memanggil nama suami dengan panggilan yang biadap dan yang tak sepatutnya....

So Konklusinya  - kalau ditimpa musibah atau masalah, cuba tanya diri sendiri dulu apa salah kita...
sebelum menyalahkan orang lain . Insyaallah kita akan dapat tangani masalah tu dengan tenang .....

Akhirkata bak kata prof. IZi  - renung2 kan dan amal2 kan.






  

24 February, 2011

Feb 24, 2011 - NAK CITER APA NI!!!!!

Assalamualaikum .....jumpa lagi

Hari ni ...mcm hari2 yg lepas masih lagi terperap dalam Pangkor Room ngan customer ......
alhamdulillah ...depa pun dah balik dah kul 5.15 td ....aku pula yang sangkut...hujan lebat la ni ....

Ermmmm......nak citer pasai apa ya?????
Aku dok fikir sejak semalam rasa nak cerita pasai suami yang cemburu atau `King control' .
Aku pernah dengar dulu kat HOT FM AM Crew, citer pasai sorang isteri yang rasa terkongkong sangat sbb suaminya yang terlalu cemburu & terlalu mengongkong . Dia keje Ofis.....
sampai keje kena sms, nak balik keje kena sms...tengahari kn balik makan kat umah dan banyak lagi peraturan2 yang hubby dia kena kan...pendek kata si isteri ni rasa amat tertekan ....tak boleh langsung nk kuar lunch ngan rakan2 sepejabat ....jangan kata ofis mate lelaki ...office mate pompuan pun tk boleh . 

dan aku tertarik ngan pandangan sorang caller tu  - pompuan . nak tau apa dia kata -
leave it macam tu .....sbb maybe satu hari dia kan missed / rindu semua tu ....Dan kalau uoals nk tau
sekarang ni ... i pun buat camtu .....setiap pagi , park jer kete kat parking lot , fisrt thing aku akan SMS wife bagi tau dh sampai ......

And tk kurang gak orang2 yang aku kenal yang mengalami nasib yang sama .....
AKu sendiri pun tk tahu nk describe macam mana? selama aku berkahwin , aku tk pnh rasa cemburu kat wife aku sbb aku percaya sangat kat dia.....

so aku cuba cari apa sbb nya suami cemburu .....ini pandangan aku ....
1. Si isteri ni kategori nice-looking  ( cantik ) & kategori suka melaram
2. Bekerja di pejabat
3. Yg dealing ngan client especially lelaki
4. Yang ada YM atau akaun FB -

yang no 4 tu  yang hubby2 paling takut sbb baca ja la artikel2 dlm posting2 sblum ni  - Penangan YM & FB apa kesudahannya...

apa pun ini pandangan aku lah ....
kalau uoall tk setuju terpulang la

salam


















   

23 February, 2011

Feb 23, 2011 - Not a good thing to start the day!!!!!

Assalamualaikum ....slm sejahtera.. & jumpa lagi..

For a start , just wanna tell uoals how am i started my day today.....
Bangun awal pagi around 6.15am , mandi & solat subuh .....
bersiap & breakfast .....

Sharp 7am....after a morning kiss to my beloved wife , left the house....
dalam kete dok layan panggilan hangit hot fm....not bad bila si FBI & Jay pekena
Prof. Izi Hj Ali .......

hari ni plan nak isi minyak at Shell Penanti kat highway BKE.....
Kadang2 isi kat Petronas Padang Serai......Turn jer masuk highway kat lunas....
tup2 enjin kete semput......tau dah......minyak abis....dekat sangat dh ngan petrol pump
kalau nk diikutkan ...abt 1km

nak tak nak park kete kat tepi highway...call my wife....
almost 8am , baru abang ipar smpai ngan petrol....consequences nyer
8.40 baru clocked in kat ofis......

ok....that's what i mean not a good thing to start the day.......
salam

22 February, 2011

Feb 22, 2011 - KULIAH AGAMA ( smbungan) - ISTERI CONTOH !!!!

sambung citer tentang isteri contoh tadi......

Alkisahnya Fatimah yang merasa cemburu dan kehairanan mengapa semua orang ketika itu hatta suaminya -Syaidina Ali asyik bercakap tentang kebaikan mutiah .......sedangkan beliau adalah anak junjungan besar Nabi Muhamad SAW.....

Maka suatu hari , Fatimah bersama puteranya syaidina hussin telah pergi ke rumah mutiah untuk find out apa yang baik sangat tentang Mutiah ni.....Sampai saja dirumah Mutiah , beliau terkejut melihat Fatimah dengan anak nya Hussin yang datang .... Beliau berasa amat berbesar hati kerana yang datang itu bukan calang2 orang - puteri kepada seorang yang agong - Nabi Muhamad SAW. Maka bertanyalah Fatimah kepada Mutiah ...apa yang dia buat sehingga semua orang memperkatakan tentang kebaikan dirinya.

Maka berkatalah mutiah ....tiada apa yang istimewa pada dirinya berbanding dengan Fatimah . Setelah lama berbual di luar , Fatimah berasa hairan mengapa Mutiah tidak menjemputnya masuk kedalam rumah .....maka fatimah bertanya mengapa tidak mereka berbual didalam rumah......Maka Mutiah yang faham akan maksud Fatimah pun berkata - Maaf wahai Fatimah , aku tak dapat nak ajak kamu masuk kedalam rumah ku , kerana suamiku telah berpesan jangan bawa lelaki yang ajnabi , bukan mahram kedalam rumah .... Dan disebabkan Hussin bersama fatimah , maka beliau tidak boleh membenarkan mereka masuk ....walaupun ketika itu , hussin masih lagi kanak2 kecil......
Maka fahamlah Fatimah .......

Tidak puas hati dengan apa yang dilihat nya , maka suatu hari yang lain Fatimah datang lagi .....
kali ini beliau pergi berseorangan .....sampai saja dirumah Mutiah...belia telah disambut dengan cukup besar hati oleh mutiah .....

Seterusnya , berbual lah mereka satu persatu apa yang Mutiah lakukan dalam kehidupannya seharian ....

1. waktu pagi sebelum subuh , beliau akan bangun awal pagi sebelum suaminya bangun untuk menyediakan makanan / sarapan untuk suaminya.....setelah siap barulah beliau mengejutkan suaminya....

2. Selepas suami nya bersiap untuk pegi kerja...maka di hantarnya suaminya ke muka pintu dengan muka yang manis. Beliau akan melambai tangan selagi suaminya nampak di pandangan mata..

3. selepas itu , beliau akan buat kerja rumah macam biasa.....

4. Bila suaminya pulang dari kerja, beliau akan sambut suaminya di muka pintu dengan senyuman ....
    Beliau tidak akan bertanya apa-apa kepenatan suaminya...sebaliknya beliau akan sediakan makanan
    untuk suaminya.....

5. Dan bila tiba waktu malam - sebelum tidor, beliau akan mendatangi suaminya dengan sebatang rotan.....diberinya rotan tersebut kepada suaminya lalu berkata.... rotanlah saya ...kalau layanan saya kepada abang sepanjang hari ni tidak memuaskan abang........

Maka fahamlah Fatimah, mengapa semua orang memperkatakan tentang kebaikan mutiah , hatta Syaidina Ali sendiri .


Persoalannya .....ADA LAGIKAH ISTERI YANG BEGINI HARI NI?????????

Salam.

Feb 22, 2011 - With Customer !!!!!

Salam ....jumpa lagi....ari ni just a short posting....sbb aku ngan customer dlm meeting room .
This week , quite tight aku punya schedule customer from seremban will be here for the whole week...

and tak ada apa yang menarik pun......cuma nk berkongsi sikit intipati kuliah maghrib yang aku ikuti kat surau hari ahad malam yang lalu .......

Pernah satu ketika, nabi pernah bertanya kepada umatnya......Nak ke kamu masuk Syurga?
maka jawablah keseluruhan umatnya - NAK !!!!!! Kemudian Nabi SAW terus bersabda....
kalau kamu semua nak masuk Syurga -
1) Pendekkan angan2 keduniaan mu......
2) Tetapkan ajalmu diantara 2 mata mu
3) Mesti ada rasa malu ......

Kesimpulannya .....kalau berhajat nak masuk syurga......
Janganlah dok berangan nak senang didunia ni saja......sentiasa ingat kan mati......dan bak kata Suhaimi Meor Hassan.....Malu itu senjata orang yang beriman ......

Juga ada satu citer tentang seorang isteri yang paling baik .....namanya bunyi macam mutiah ( tak berapa pasti ejaannya) . Isteri ni terlalu menjadi sebutan semua orang dizaman tu sehingga menimbulkan rasa cemburu puteri nabi - Fatimah ...

nak tau citer seterusnya , nanti sambung ....

18 February, 2011

Feb 08, 2011 - tak der citer menarik ari ni

salam....sorry lambat sikit posting ari ni ...bz sangat ...non stop meeting & conference call....
ari ni tk ada citer2 menarik dari metro and mw.....so tak der apa yang nk di share kan .

cuma aku tertarik nk citer pasai rancangan TV smpena maulidul rasul ari tu . Satu drama di TV3
bertajuk - Hijab di Kalbu . bagi aku best drama tu .....kisah masyarakat ari ni ....mmg ada yang betul2 macam tu kat sekeliling kita ....

ada orang pakai Antu raya sbb nak lingkupkan perniagaan orang lain dan nak kaya....
ada pompuan yang pakai susuk sbb nak lawa & nk pancing pucuk muda.......
erm macam2 la...

Tapi kesudahan citer tu best , macam mana bini dia mati terbakar akibat kecurangan nya.....
ngan susuknya....so mari lah sama2 kita ambil iktibar dari citer tu .....

hingga jumpa lagi next week...bye
salam

14 February, 2011

Feb 14, 2011 - Alkisah hidupku di Fasa Remaja - Part 9

assalamualaikum ....jumpa lagi dlm sambungan alkisah hidup ku ....bila review balik ...panjang bebeno dah citer ni ....boleh buat novel......

so mcm yang aku citer dlm part 8....aku terima keputusan dapat masuk U, pada petang buat ketupat ...esok nk raya ...hari ni aku dapat keputusan....punya seronok hati aku tak kepalang ...
raya sakan aku tahun tu ......aku percaya kalau uoals semua kt tmpat aku pun , korang akan rasa yang sama ...betul tak?

Dalam dok happy tu...teringat aku akan NAZAR aku dulu.....nak buat camner...hari tu hari terakhir puasa......aku nazar...kalau dapat universiti aku nk puasa isnin khamis sampai abis bulan (ikut kalendar islam) ....ni aku dapat hari terakhir puasa ramadan....so..sbb berita ni terlalu besar untuk aku bersyukur ...aku buat keputusan untuk berpuasa 6 tahun tu ....start raya ke 2 aku berpuasa 6 terus sampai raya ke 7 .....

Pas raya abis aku pun buat persiapan ...aku hantar surat pengesahan yang aku terima tawaran tu ....
Masa tu duit masuk cuma RM200.00 jer.....tu pun puas juga nak cari....faham2 je la...kerja estate / kampong   camtu lah......200 tu cukup besar...mana kan nk sedia kelengkapan semua lagi ......
Kesian mak bapa aku nk cari duit ......

Dalam dok buat persiapan tu , aku masih pegi sekolah .....Tingkatan 6 Bawah....sempat ambik ujian bulanan sekali .....lulus gak aku .....walaupun sekadar main2 jer.... Dalam dok tunggu tarikh berangkat ,
tak disangka2 , aku dapat surat tawaran ke UPM juga.....terkejut aku ....kan aku cerita apa yang berlaku masa interview dulu....tak sangka aku ...boleh dapat . Aku ditawarkan kursus - Diploma Perniagaan Tani - pilihan ke 5 aku masa permohonan..... Tapi yang teruknya - nk  masuk sini kena prepare RM1080.00.....

jadi dek kerna RM tu , aku decided untuk ke UTM sahaja....lagi pun aku dh hantar surat pengesahan penerimaan tawaran.

7-7-87 secara rasminya aku menjejakkan kaki ku ke perkarangan kampus universiti teknologi malaysia (utm) , jalan gurney. macam2 perasaan bermain difikiran aku .....seronok , sedih , takut dan macam2 lagi.... FYI - aku tk pernah berenggang ngan mak bapa aku lagi sebelum ni ......so ini lah kali pertama, aku nk berenggang ngan depa....tu yang rasa sedih.... sehari masa hari pendaftaran tu ...aku dh tak lalu makan...aku tak makan langsung hari tu........

bila dah selesai semua urusan berdaftaran...orang tua aku pun balik.....aku pun mula lah kehidupan aku sebagai sorang mahasiswa & penghuni asrama buat kali pertama dalam sejarah 18 thn hidup aku ...Aku ditempatkan di Kolej Pertama UTM  (dalam kampus) iaitu di Blok B, bilik no 72. Room- mate aku masa tu - nama dia Fazley , anak towkey balak dari Pahang . Dia budak Elektrik . (SKE)

So , pas kemas semua...just lepak dalam bilik tunggu aktiviti sebelah malam ....
Perasmian Minggu Orientasi Pelajar Baru Sesi 87/88 oleh Naib Canselor masa tu - Allahyarham Tan Sri Ainudin Wahid....

Ada peristiwa yang tak diingini berlaku pada malam....
Nak tau , teruskan membaca post selanjut nya....salam

11 February, 2011

Feb 11, 2011 - Alkisah hidupku di Fasa Remaja - Part 8

sori...tk smpat nk citer panjang tadi.......

Pas semua borang permohonan aku dh settled...aku pun jalani hidup aku cam biasa...bangun pagi terus masuk kebun getah....menoreh....balik petang kadang-kadang ikut arwah bapa aku pergi menjala ikan ....tahan pukat dan macam2 lagi ...biasa la kehidupan budak kampung macam aku ....

cita2 aku nk masuk universiti masa tu cukup menebal....nak tau apa yang kuat mendorong aku ??????
Sebuah drama melayu , aku ingat lagi tajuknya - PENGHUJUNG RINDU. Heronya kalau tak silap aku  Harun Hashim and heroin nya pula Liza abdullah. Kisah cinta budak2 universiti....  punya berangan nk masuk universiti masa tu .

Selang seminggu lepas hantar borang permohonan tu , aku dapat slip jawapan dari UTM mengatakan permohonan aku sudah diterima dan sedang diproses....alhamdulillah ..syukur...Aku ingat lagi masa tu aku bernazar.....kalau aku diterima masuk universiti ...aku akan berpuasa setiap isnin & khamis sehingga abis sebulan ( bulan yang aku terima keputusan tu)

selang sebulan camtu , aku dapat panggilan temuduga dari UTM . Temuduga diadakan di Butterworh.
( sekarang ni Dataran Pak Lah) . Lupa nk bagi tau , aku minta kursus - Sarjana Muda Sains (Pendidikan )  untuk UTM dan Matrikulasi utk UPM .  Sampai tarikh yg ditetapkan aku pun pegi lah temuduga. Tu lah kali pertama aku hadiri temuduga....ermmm biasa saja rupanya....tk ada lah susah sangat .....

Abis temuduga aku pun balik lah....dalam dok menunggu keputusan tu , ada sepupu aku ( arwah abng mat isa) yang keje di UTM bagi tau aku , suruh buat rayuan minta tukar kursus sebab dia kata kursus Pendidikan ni susah nak dapat ...ramai yang minta....biasa lah masa tu susah nk cari keje...semua nk jadi cikgu ... So, aku pun draft la satu surat rayuan , minta tukar apa-apa kursus dalam fakulti kejuruteraan - civil / mechanical atau electrical dan hantar .....pastu buat tak tau jer...

Tak lama pastu , UPM pula panggil interview. Kali ini kat Sungai Petani ...Dek pengalaman masa interview UTM tu , aku buat dek jer...tk prepare apa langsung. sampai hari yang dinyatakan , aku pun pegi lah tmpat interview tu ...

Nak dijadikan cerita , serba serbi tak kena masa sampai turn aku kn interview.
pertama - aku terhempas pintu dengan kuat .....
kedua - aku tarik kerusi rapat ke meja masa duduk ...aku tak sedar mmg kerusi tu sengaja di letakkan jauh dari meja. Dua2 insiden tu aku kena tegur. Punya malu + geram masa tu ......
Pastu masa sessi soal -jawab...aku lagi geram....macam2 soalan dia orang tanya...semua pelik2.
yang aku masih ingat lagi - depa tanya aku minat bela ikan tak? aku kata ok lah...sbb masa tu susah nak dapat keje....pastu depa tanya lagi ...ikan ada telinga tak???? Tercengang aku sekejap....
Aku jawab ` Tak ada' . depa tanya lagi` Abis Ikan dengar kot mana?'....macam2 soaln pelik lah
yang depa tanya masa tu ...yang paling aku tak tahan ...depa suruh aku nyanyi lagu MR OS - musim durian ......dalam loghat perak tu .....AKu pun bantai je lah ...peduli apa....

So , sepanjang perjalanan balik dari Sungai Petani kerumah aku , aku dok menyumpah org yang interview aku tu ......dalam hati ingat tak dapat pun lantak pi lah.......

Dah inerview 2-2 universiti ,,,,,aku masuk form 6 sekejap sementara nk dapat result ....
Yang tak best nya aku dapat 6 sastera....Nak tk nak masuk juga la.... subjek lain ok lagi
yang masalah nya subjek sejarah. Dh 2 tahun tk beljar sejarah ...tiba2 nk ambik sejarah balik
punya lah masalah ......apa pun aku ikut juga la....masa ni baru nk kenai sikit budak2 Sastera...

Masa lower six ni la , ada ustaz ismail ( adik Ustaz Ibrahim Libya) mai ngajar kami subjek tamaddun islam....best gak ustaz ni ...dia citer macam mana dia kena tahan ISA masa peristiwa memali tu ....
Aku dok form 6 ni adalah dalm 2 bln kot ....hingga lah samai satu hari SABTU  yang paling bersejarah .....sayang nya aku lupa tarikh dia...tapi yang aku ingat sehari sebelum raya puasa tahun 1987 .....aku daapt surat tawaran - ke Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Gurney K.L ( sekarang jalan Semarak) ..Kursus yang ditawarkan - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera.

Ermmm...bayangkan raya aku tahun tu......
Sambung minggu depan k .....bye
slmt berhujung minggu .

Feb 11, 2011 - Alkisah hidupku di Fasa Remaja - Part 7

assalamualaikum ....salam pagi jumaat buat semua....

nak sambung sikit citer smlm .....macam yang citer smlm ...secara tk semena2...kete pengetua masuk dlm compound sekolah , masa aku dok tunggu bas nk balik umah ...
apa lagi...aku pun berlari masuk semula ke pejabat sekolah .....
Alhamdulillah mood tuan pengetua hari tu cukup baik ......
Dia sign sijil berhenti aku ...dan suruh aku cepat2 ke pekan photostat dan bawa balik kat dia nk
buat pengesahan .....dia kata dia dia kan tunggu sampai aku dtg semula. Alhamdulillah dapat pengetua camni.....tima kasih cikgu AHMAD MUKHTAR......Aku pun tunggu bas untuk pegi kepekan ...dlm 3km camtu jer....

Kat pekan aku jumpa ngan amoi classmate aku lagi - hooi lang . Dh siap potostat....dia ajak aku naik motor ngan dia....punya la malu ...naik motor ngan org pompuan .. dia yang tunggang...aku dok belakang. Aku ingat lagi , aku pinjam helmet kedai surat khabar kat pekan tu ... puas gak aku pujuk dia bagi pinjam helmet dia....Last2 ngan rasa segan & malu ...aku tumpang gak amoi tu balik ke sekolah ....Selesai lah bab tu....

AKu rasa ada sebab ngapa tuan pengetua baik camtu ...sebab tahun tu cuma 4 orang jer yang berjaya masuk U ....aku ngan member aku BASRI ( matrik medic kat UKM) dan juga HOOI LANG & DINAKARAN ( UPM) ....nanti citer lagi bab tu ....

Dh selesai semua urusan kesekolah , aku ke pekan semula....kali ni naik bas....sampai kat pekan aku pulangkan balik helmet yang aku pinjam tadi....baru pegi kedai gambar nk tangkap gambar - instant...
pastu terus ke Pejabat Pos... Sekali lagi pos laju aku buat ... Selesai semua alhamdulillah ....rasa lega & puas hati.....

alamak ..dh kul 11 ni ....aku kena pi meeting dulu ..jap lagi sambung balik .
salam

10 February, 2011

Feb 10, 2011 - Alkisah hidupku di Fasa Remaja - Part 6

Salam ..rupanya ramai gak yang bersungut ....citer aku ni bersambung2.....
nak buat camner...hidup dh 42 tahun ......nak citer dalam sehari mana nak abis kan .....
so kita sambung la sikit lagi .....citer aku nk minta masuk universiti....

ermmmm....aku dapat result camtu pun ...orang tua aku selamba jer...
kalau zaman sekarang rasanya kenduri tumbang lembu seekor. Apa pun aku tau depa semua
bangga ngan aku  - chewah ....cuma tk nak tunjuk kan saja... aku kenal la org tua aku camner......

Pas aku tk dapat cari iklan surat khabar utk masuk universiti tu .....aku dah agak kecewa .....
tak tau nk buat camner.....mcm biasa aku pi tolong orang tua aku menoreh ....hingga lah satu hari tu /.... hari jumaat . Dah abis menoreh , mcm biasa aku akan ke kedai runcit dlm estate tu ....
tmpat tu kita panggil LOT 32....rumah kunci ....towkey dia INdia ...tapi baik ngan aku .....
Bila aku sampai ngan org tua aku , dia tanya aku tk minta universiti mana2 ka..... dia tk tau pun keputusan aku ....tapi tnya cam konfiden jer....mungkin dia tau aku ni budak cerdik ......

aku pun story la kat dia...yang aku dok cari iklan universiti kat paper...tak jumpa2..... TUP2 dia bawa kuar paper tamil - TAMIL NESAN kat aku .....belek punya belek  rupa nya ada iklan 2 universiti dalam tu  - UTM dan UPM . Yang lain semua tulisan merekot2 ( tamil) mujur lah tang iklan tu bahasa melayu .... dia pun koyak page tu kat aku ....time tu semangat aku naik balik .....masalah dia cuma satu jer masa tu .....hari tu hari jumaat ....pejabat pos semua tutup ...kat KEDAH. Mujur juga aku dok kira sempadan ngan penang ....

Aku balik rumah cepat2 mandi dan buat 2 surat minta borang dari dua2 univ. Pastu straight aku pegi Pej Pos Tasek gelugor....buat pos laju.....masa tu dh tinggal dlm  7 hari saja lagi... Alhamdulillah selang beberapa hari aku dapat borang tu ......Dua2 universiti sekali . Apa lagi punya kelam kabut isi  - tinggal lagi 3 hari sebelum tarikh tutup......

Rupa2 nya dugaan untuk aku tak abis kat situ saja......dh siap isi aku pergi kesekolah ....nk minta sijil berhenti....tu pun aku tak prepare awal2....sampai jer kat pejabat sekolah ....tup2 pengetua tak ada hari tu .....nk buat macam mana....puas merayu kalau2 PK ker boleh sign sijil berhenti.....tak boleh juga. Rasa gelap terus masa tu ......tk de hrapan dah rasanya.....

Masa tu bukan aku sorang...ada sorang lagi amoi - classmate aku - nama dia OOI HUI LANG
pun terlambat juga...So dengan perasaan yang kecewa, aku pun jalan kuar dari pintu pagar sekolah
menuju ke tempat tunggu bas....Dalam dok tunggu bas nak balik tu.....Nak dijadikan cerita, nampak
kereta pengetua masuk.....masayaallah .....besarnya nikmat allah....

kita sambung esok....nk kena balik dah
Wassalam

Feb 10, 2011 - Alkisah hidupku di Fasa Remaja - Part 5

assalamualaikum ...berjumpa lagi dlm smbungan kisah hidupku
minta maaf la kalau uols dah rasa boring baca citer hidup aku ni......

nak percaya atau tak - sampai aku abis SPM 1986 ...aku tak de girlfreind. memang lah aku jenis nakal , tapi dengan pompuan aku mmg pemalu ...sbb tu aku tk de awek sampai la aku abis SPM .
mcm cerita sebelum ni , ada berkenan kat seseorang tapi org tak berkenan dekat kita ...nk buat camner.

abis SPM, aku teruskan life aku cam biasa.....aku tk keje pun ....tolong mak & bapa aku menoreh getah ....punya lah boring life ....bangun pagi nampak pokok getah.......masa tu tiap2 malam aku berharap hujan turun lebat jer.....bukan pasai apa....jangan salah faham !!!

kalau ujan lebat , pokok getah basah ...tk boleh nk menoreh  & boleh la relax sikit ....tapi semua tu bukan keje kita kan...kita hanya boleh merancang & berharap....yang menentukannya adalah Allah SWT . Macam tu lah juga life aku .....

Hari demi hari berlalu sampai lah keputusan SPM diumumkan ....aku punya lah suspens....
tk berani nk ambik result sebab tk berapa konfiden...hari pertama result kuar , semua pakat pi ambik ...member2 sekampong ramai pakat dapat gred -2.... cukup bagus result tahun tu ....tapi depa semua art stream....aku sorang jer science stream. Hari pertama & hari kedua aku tak pi ambik lagi result . Masuk hari ke-3 baru aku pi ambik ....dh tk sibuk dah kat ofis sekolah .....

Dengan suspens nyer , aku membuka result aku ........JENG...JENG....JENG.....
Mula2 aku tengok GRED dulu .......GRED 2.....pastu tengok AGGREGATE ......25.....aduhai !!!!!!!
hibanya aku masa tu .....lantas aku baru teringat, masin gak mulut aku ....sbelum EXam dulu aku ada cakap , kalau nk dapat Gred 2....biar dapat yang hujung2....jangan dapat 25....tup2 betul2 dapat 25.
24 dah gred 1.....Tak leh nak cakap apa dah masa tu !!!!!

Pastu  baru aku tengok kepurusan subjek by subjek.....ermmmm macam tak caya.. Semua KREDIT !!!! maksudnya aku boleh minta `U'....subjek sains aku semua aku dapat C6....FIZIK ,
KIMIA, BIOLOGI , ADD MATH dan MATH C.

Masa tu , kepala otak aku cuma fikir satu jer.....walau apapun terjadi ...aku nk masuk U juga tahun tu .. bukan apa !!!! aku nk tunjukkan kat org kampong aku bezanya gred 2 Sastera & gred 2 Sains....
Tapi masalah nya macam mana nk minta U - aku borang pun haram tk ada... tk prepare langsung
padahal tarik tutup permohonan 2 minggu selepas kuar result ....

masa dulu bukan macam skrg ...semua ON9.....dulu kena tengok newspaper - iklan Universiti...pastu kena tulis surat ......minta borang....dah dapat borang kena isi dan hantar semula ......pasai aku tak prepare awal2....semua ni aku terpaksa lakukan dalam masa tak sampai 2 minggu ....

So...pas ambik result, aku tak balik terus kerumah...sebaliknya aku melencong sekejap ke rumah arwah pak su aku ( Pak Su Jid ) sbb aku tau dia beli paper tiap2 hari....so aku pun belek lah paper dari sehari ke sehari......sampai sudah tak jumpa.....aku balik ngan kecewa sangat2......

Panjang dh citer ni....... kn stop dulu ....
nanti smbung lagi ....banyak citer kelakar masa aku nk minta masuk universiti....
jangan lupa ikuti sambungan nya.....


wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...