Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label DIARI KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label DIARI KEHIDUPAN. Show all posts

11 April, 2012

Kekasih tagih bukti cinta



SAYA ingin meminta pendapat Dang Setia mengenai masalah yang saya alami sejak awal tahun lalu. Saya berumur 21 tahun dan mempunyai kekasih sejak empat tahun lalu. Saya mengenalinya ketika di universiti. Dia teman lelaki pertama dalam hidup saya kerana sejak zaman persekolahan saya anti lelaki berikutan sikap ayah yang selalu baran terhadap ibu.
Saya rasa semua lelaki adalah sama, tiada bezanya. Namun, saya tidak tahu mengapa terbuka hati saya untuk menerimanya sebagai kekasih pertama dalam hidup.

Mungkin kerana dia sangat mengambil berat perihal diri mahupun keluarga saya.

Pada kaca mata sahabat kami, dialah lelaki paling serasi buat saya. Pada awalnya saya yakin dia jodoh saya.
Namun, lama-kelamaan saya menjadi rimas dengan perangainya yang sering berjanji tidak mengulangi sikapnya yang gemar melakukan perkara tidak sepatutnya terhadap saya.

Membuat saya semakin jelak dengan sikapnya, dia sering mengajak saya melakukan perbuatan terkutuk.

Kami mungkin terlanjur jika tidak diselamatkan oleh panggilan ayah ketika itu.

Sejak itu terdetik di hati sesalan dan perasaan berdosa terhadap keluarga dan lebih-lebih lagi kepada Allah SWT. Saya takut terlanjur dan terbit benih hasil perbuatan kami.

Sedangkan setiap hari saya terbaca kisah bayi dibuang akibat keterlanjuran ibu bapanya. Saya tidak mahu menjadi sedemikian kerana saya rasa perjalanan masih jauh dan banyak perkara saya belum capai.

Saya menyayanginya dan tidak mahu terus hanyut dalam dunia kami tetapi saya tidak pasti saya dapat menahan diri.

LAILA
Dungun, Terengganu



Alhamdulillah, diri saudari terselamat daripada melakukan dosa dan noda zina. Panjatkan syukur dan bertaubatlah daripada mengulangi perbuatan sama.

Dang Setia sarankan saudari mengambil langkah menjaga hubungan cinta dengannya sebagaimana diusulkan dalam Islam.

Antaranya, saudari perlu mengelak berdua-duaan dengan teman lelaki di tempat sunyi dan gelap bagi mengelak terlanjur.

Sebagaimana terungkapnya rangkap kedua dalam lagu Kalau Berpacaran dendangan Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet yang berbunyi: ‘Apabila berdua, carilah tempat yang terang, agar tidak pula, mencuba aksi terlarang’.

Jelas lagu itu menyampaikan mesej supaya lebih berhati-hati ketika berdua-duaan kerana dikhuatiri terpengaruh dengan hasutan syaitan serta godaan hawa nafsu.

Tambahan pula saudari mengakui kelemahan diri yang mudah tunduk dengan permintaan kekasih menyerahkan ‘harga diri’ hanya sebagai tanda cinta.

Saudari perlu lebih tegas mengatakan tidak apabila si dia berniat tidak sopan dan cuba menyentuh saudari.

Nasihatkan teman lelaki supaya lebih menghormati dan menjaga perlakuan ketika bersama saudari.

Lelaki baik dan layak menjadi pemimpin dalam rumah tangga ialah yang pandai menjaga kehormatan bakal isterinya.

07 March, 2012

Wanita ini dedah lelaki miliki 6 isteri serentak




[HM] KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.

“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.

22 February, 2012

Madu Kurung Suami !!!


Pernah baca artikel ini? Siaran di Harian Metro bertarikh 21 Disember 2008. Pemilik kisah ini bersemuka dgn saya semalam. Tika ini, dia dah pun bercerai. Kes asal tuntutan fasakh sbb suami gagal adil dlm poligami bertukar menjadi cerai persetujuan bersama apabila suami bersetuju bercerai secara baik. Sebulan slps eddah, dia berkahwin dgn lelaki lain. Mudah dan cepat kan? Sesuai dgn doanya tika saat genting dlm hidupnya sblm itu: "Ya Allah! Aku dah tak sanggup hidup macam ni. Akhirkanlah perkahwinan aku ni dan temukanlah aku dgn lelaki yg lebih baik." Doanya didengar Allah dan dimakbulkan. Semalam, dia bertemu saya kerana keliru. Bekas suami masih menyalahkannya kerana tak sanggup bertahan. Bekas suami masih sayangkannya, menangis merayu kasihnya dan meyakinkan dia, tindakannya sebelum ini kerana tidak mampu menangani isteri muda. Bila saya tanyakan; "akak masih sayangkan bekas suami?" Dia menangis dan mengangguk. "Dia baik sgt Su." "Lebih drp sayangkan suami skrg?" "Akak kawin pun sbb nak balas dendam." "Masih harapkan bekas suami?" "Mana boleh?" "Kalau boleh?" Dia menangis lagi.

"Maaf ye Kak! Yg saya faham, akak tak boleh nak redha dgn apa yg dah berlaku. Allah dah makbulkan doa akak dlm masa yg cepat. Akak kena fikirkan perkara tu. Bekas suami baik? Dia terpaksa? Apa yg baiknya Kak kalau dah berzina sblm kawin? Antara akak dan dia dah jauh berbeza. Dia bukan sayang tp menggunakan akak. Mcm akak ckp, sepanjang kawin akak yg tggung hampir segalanya termasuk menanggung dia. Dia terpaksa ikut isteri muda? Tu namanya dayus Kak. Kudrat wanita apalah sangat nak ditentang oleh lelaki. Akak kena ingat tu Kak. Allah dah bg yg terbaik utk akak. Mulai hari ni, akak kena sayang diri sendiri, sayang suami akak skrg ni. Akak kena redha dgn takdir-Nya Kak."

"Payah la Su nak redha." "Memang payah tapi boleh kalau kita usahakan dan yg penting, mintak bantuan Allah agar bantu kita dapat redha dgn setiap ketentuan-Nya." - buat 'akak', saya kongsikan semula kata2 ini utk akak jadikan peringatan ye. InsyaAllah, segalanya akan jd lebih baik, jika akak benarkan (",)

03 February, 2012

Siswi gila lelaki bini 2



KUALA LUMPUR: “Demi cinta, saya sanggup menggunakan hampir keseluruhan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk berseronok bersama kekasih.
“Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang,” kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.
Nur, 24, yang baru menamatkan pengajiannya penghujung tahun lalu kini menyesal.
Katanya, atas dasar cinta terhadap lelaki yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu, dia bukan saja sanggup berhabisan wang ringgit, malah sanggup menggadaikan maruah dirinya.
“Kami kerap menghabiskan masa bersama dengan pergi ke restoran mewah atas permintaan dia yang lebih gemar berjumpa di tempat tertutup dan kurang pengunjung bagi mengelak daripada bertemu dua isterinya.
“Saya akan menuruti setiap permintaannya termasuk kerap menginap di hotel bagi membuktikan rasa kasih dan sayang kepadanya, walhal pada masa sama perasaan takut sentiasa menyelubungi diri jika terjadi perkara tidak diingini,” katanya.
Nur berkata, semua perbelanjaan setiap kali keluar bersama teman lelakinya itu termasuk bayaran makan dan minyak kenderaan akan menggunakan wangnya menyebabkan dia semakin terdesak untuk mendapatkan duit.
“Dia kerap memberi alasan gaji bulanannya habis digunakan untuk menampung dua isteri dan anak-anak membuatkan saya terharu dan membelanjakan semua wang saya untuk dirinya.
“Sikapnya yang penyayang dan usia yang matang menjadi faktor saya terlalu cintakan dia selain dia berjanji menjadikan saya isterinya. Disebabkan itu, saya terlalu menyayanginya walaupun menyedari dia suami orang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, hubungan cinta mereka dihidu isteri kedua teman lelakinya yang pernah datang ke rumahnya memberi amaran selain mengugut untuk melakukan sesuatu terhadapnya sekiranya hubungan itu diteruskan.
“Saya tak gentar diugut, malah lebih bersemangat untuk mempertahankan hubungan cinta kami kerana terlalu percaya janji dan kata-kata manis diungkapkannya yang mahukan saya bersabar dengan semua dugaan,” katanya.
Nur berkata, hubungan mereka berjalan lancar hingga satu ketika teman lelakinya itu mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan dia seolah-olah gila hingga sanggup mencederakan dirinya sendiri.
“Ketika itu, saya seperti mayat hidup kerana tidak mempercayai dia sanggup meninggalkan saya yang banyak berkorban terutama memberikan wang dan menuruti setiap permintaannya. Mujur mak dan abah banyak membantu dan memberikan semangat,” katanya.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana berjaya menamatkan pembelajarannya dengan sempurna baru-baru ini walaupun pernah melalui perjalanan hidup malang kerana diperdaya lelaki yang bersikap mengikis dan mempermainkan cintanya.
“Kini, saya bersyukur kerana berjaya melupakannya hasil bantuan dan semangat keluarga dan rakan-rakan selain berusaha memulakan perjalanan hidup baru ke arah lebih baik.
“Saya pernah bodoh disebabkan cinta dan selepas ini berazam untuk lebih berhati-hati memilih teman lelaki bagi mengelak mengulangi kesalahan lalu,” katanya.
Sementara itu, ibu bapa Nur yang dihubungi berkata, mereka mengetahui mengenai masalah yang dihadapi anak mereka dan sudah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam untuk memulihkan semangat Nur.
Ibunya dikenali sebagai Samiah berkata, masalah yang dihadapi Nur diketahui melalui rakan-rakannya.
“Mak cik mengesyaki sesuatu kerana dia jarang balik dan sering minta wang. Selain itu dia pernah mencuri barang kemas saya,” katanya.
Selepas ini, menurutnya dia akan cuba memastikan dan menasihatkan Nur supaya tidak salah memilih teman lelaki.

18 November, 2011

Isteri sesat jalan mahu kembali

SAYA hanya ingin berkongsi kisah hidup dan tidak minta dikasihani cuma tiada tempat untuk mengadu. Saya isteri yang curang terhadap suami. Mungkin kerana melangsungkan perkahwinan pada usia muda, saya tidak puas menikmati hidup bujang.
Suami selalu memaki saya dengan perkataan pelacur kerana pernah ditangkap curang. Tidak habis-habis perkataan itu keluar dari mulutnya apabila kami bergaduh. Akhirnya saya kini memang seperti pelacur, bertukar ganti lelaki kononnya mencintai saya sepenuh hati tapi mereka cuma inginkan tubuh saya. Saya inginkan cinta, kasih sayang dan perhatian. Memang lelaki yang mendekati saya pada mulanya seperti sanggup mati untuk mempertahankan cinta. Bagaimanapun, apabila bosan saya ditinggalkan sendirian dan ketika nafsu mereka menginginkan saya barulah nampak cinta dan sayang.
Setiap kali sesuatu hubungan berakhir saya bertekad berhenti dan cuba setia, tetapi hidup jadi sepi, sedih, rasa keseorangan terutama tiada sesiapa yang menemani, saya jadi tidak tentu arah. Hendak dikatakan bodoh, saya mempunyai ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang pengajian. Hendak dikatakan tidak berduit, saya berjawatan tinggi. Hendak dikata sunyi, saya ada suami dan dua anak.

Saya juga kini menyambung pengajian di peringkat sarjana tapi hairan mengapa tetap sunyi walaupun sentiasa menyibukkan diri hingga wujud ruang orang luar mendampingi saya.
Saya baru sebulan menggugurkan kandungan hasil keterlanjuran dengan orang lain. Lelaki itu pergi meninggalkan saya kerana takut dan kini ada orang lain yang menanti kerana inginkan tubuhkan saya.

Dia seorang artis, tetapi saya yakin hubungan ini juga tidak lama kerana saya tidak mahu ada hubungan dengan golongan artis. Saya juga pernah berjumpa bomoh tapi bukan minta pemanis atau susuk. Saya hanya ingin setia dan mencintai suami sepenuh hati dan tidak memandang lelaki lain.

Saya pernah berasakan tidak mampu berubah dan mati saja jalan penyelesaian selain berjumpa pakar sakit jiwa. Mungkin Allah tidak menerima saya.

Saya cuba bersembahyang, namun kesibukan kerja membuatkan saya lupa untuk solat dan akhirnya hanyut lagi. Saya memerlukan tapi semuanya hanya ada ketika saya senang.

Bantulah saya.

ISTERI CURANG,
Kuala Lumpur.




EMOSI seperti rasa sepi, bosan, kesunyian dan ketagihan kasih sayang adalah emosi setiap insan. Ia bersifat kompleks dan unik. Setiap insan berbeza tahap pengalaman emosi mereka. Maksud
nya, ada insan yang lebih mengalami emosi ini daripada insan lain. Tidak hairanlah, walaupun adik mempunyai suami dan dua anak, masih rasa kesemua emosi ini dan masih tercari-cari makna kehidupan.

Seperti adik, insan yang kesunyian seringkali ingin membuat hubungan dengan orang lain. Ini menerangkan sikap adik yang bertukar ganti teman lelaki walaupun sudah bersuami. Tahap tidak percaya suami yang tinggi kepada kesetiaan adik terhadapnya membuatkan adik hilang arah tuju hidup.

Pakar psikologi menyatakan bukannya kuantiti interaksi sosial menentukan kesunyian, tetapi kualiti. Kesunyian tidak semestinya hidup seorang diri.

Orang yang dikelilingi ramai orang juga boleh berasa sunyi. Walaupun, secara kuantitinya, adik dikelilingi ramai orang (suami, anak, teman lelaki) yang boleh membuatkan adik tidak sunyi, natijahnya adik tetap kesunyian.

Perasaan ingin dipercayai dan dihargai suami penting bagi setiap isteri termasuk adik. Apabila adik tidak memperoleh kepercayaan dan penghargaan suami kerana seringkali mengungkit kecurangan adik setiap kali kalian bergaduh, adik mencari alternatif lain untuk memenuhi kekosongan diri.

Isteri yang dipandang hina oleh suami akan berasa satu pukulan hebat. Berasa tidak berguna dan tiada tempat
di sisi suami.

Dr lihat ada kesedaran pada adik untuk lakukan perubahan mengisi kekoso
ngan hidup melalui kaedah yang positif. Adik melakukannya. Tahniah. Contohnya, dengan bersembahyang dan mendengar zikir. Cuma, ada kalanya adik tersekat dan tidak tahu apa perlu dilakukan seterusnya.

Memberi ruang kepada lelaki yang adik sendiri anggap hanya mengambil kesempatan atas tubuh badan adik adalah perkara yang perlu dihindari.

Belajar untuk hanya memberi ruang kepada mereka yang bermakna dalam hidup. Ruang tidak diberi kepada semua orang apatah lagi yang hanya ingin mengambil kesempatan daripada diri adik. Ini termasuk menolak hubungan dengan lelaki yang penuh muslihat.

Menjadi artis adalah satu bentuk pekerjaan. Baik buruk sesuatu tingkah laku bergantung kepada individu, bukannya pekerjaan. Justeru, seperti mana-mana pekerjaan lain, individu yang adik kenal itu yang penuh tipu muslihat, bukan golongan artis.

Jika adik ingin mencintai suami sepenuh hati dan setia kepadanya, adik tidak perlu berjumpa bomoh kerana perbuatan itu salah.

Perasaan cinta terhadap suami datang apabila adik ikhlas dalam perhubungan. Jelaskan kepada suami adik memang ingin menjadi isteri setia kepadanya. Beritahu suami betapa ia melukakan hati adik setiap kali beliau (suami) memanggil adik pelacur.

Setiap manusia biasa melakukan kesalahan. Minta suami beri peluang kepada adik untuk menjadi isteri yang baik dan setia kepadanya. Segala keazaman ingin menjadi isteri yang setia ini perlu adik buktikan dengan tidak menjalin perhubungan dengan lelaki lain.

Dr tahu, bukan mudah untuk suami mengembalikan kepercayaannya, namun jika benar-benar serius adik perlu kuat dan sabar.

Apa yang adik perlu lakukan, iaitu menyedari kesan kesu
nyian ke atas kehidupan sama ada secara fizikal atau mental adalah antara langkah awal kepada pemulihan dan perubahan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mengisi ruang yang kosong dalam kehidupan adik.

Memandangkan adik seorang yang bijak, berjawatan tinggi dan cantik, Dr rasakan adik berpeluang tinggi untuk membaiki kesilapan diri.

Fokus kepada membentuk perhubungan berkualiti de
ngan individu yang adik sayangi. Suami dan anak adalah pihak yang boleh memberi makna kehidupan jika berusaha meningkatkan perhubungan.

Berkongsi sikap, minat dan nilai dengan mereka. Daripada memberi fokus kepada pemikiran negatif, tukar pemikiran itu kepada pemikiran positif.

Adik akui melalui sembahyang hati memang tenang, tetapi kesibukan kerja membuatkan lupa untuk solat dan akhirnya hanyut.

Adik menemui terapi ketenangan cuma perlu konsisten dalam melakukan sembahyang. Apatah lagi sembahyang fardu lima waktu adalah wajib bagi umat Islam.

Faedah solat amat besar. Firman Allah yang bermaksud: ‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir kecuali orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap me
ngerjakan solatnya...’ - surah Al-Makrij:19-23.

Melalui sembahyang, ia mencegah perbuatan mungkar seperti firman-Nya yang bermaksud ‘..sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar...” - Surah Al-Ankabut: 45.

Amalan lain seperti berzikir, sembahyang sunat, membaca al -Quran juga membantu me
ngurangkan tekanan. Dr doakan yang terbaik untuk adik, moga dapat mencari ketenangan diri dan bahagia dalam rumah tangga

Isteri sudah tawar hati

SAYA ingin berkongsi kisah perkahwinan saya yang tidak membahagiakan. Status saya ibarat digantung tidak bertali kerana suami tidak mahu menjatuhkan talak.
Dulu perasaan cinta saya padanya mendalam membuatkan saya berkeras hati supaya keluarga mengahwinkan kami. Ketika itu saya menuntut pada tahun akhir dan dia pula sudah hujung semester.
Ibu berkali-kali merayu supaya saya menangguhkan perkahwinan kami dan mengejar kecemerlangan dalam pelajaran dulu. Saya membantah dan tetap mahu berkahwin dalam jangka masa terdekat. Akibatnya, ayah saya jauh hati dengan tindakan saya mengingkarinya.

Saya tidak tahu mengapa waktu itu hati saya bertekad meneruskan perkahwinan, sedangkan kami masing-masing masih belajar.
Berbeza pula dengan keluarga mentua yang menyokong penuh dan sanggup menanggung perbelanjaan perkahwinan kami, menyebabkan saya berani meneruskan rancangan berumah tangga bersamanya.

Tidak dinafikan latar belakang keluarganya yang berada mengurangkan rasa bimbang hidup saya kebulur satu hari nanti. Tidak sangka dua tahun perkahwinan, dia kerap berlaku curang dengan rakan wanita sekampus.

Dia sepatutnya bekerja tetapi disebabkan gemar bermadu kasih dengan ramai wanita di kampus, dia gagal menamatkan pelajaran. Malah, saya terpaksa memandu kereta ketika melahirkan anak hingga saya patah hati dan tidak mahu menerima dia kembali.

Saya mendesak dia menjatuhkan talak kepada saya, tetapi dia berkeras tidak mahu kerana sayangkan saya. Hati saya sudah tawar terhadapnya dan saya bercadang memohon di mahkamah, tetapi saya juga bersimpati kepada keluarga mentua yang menyayangi saya.

Untuk pengetahuan Dang Setia, berkali-kali dia mengecewakan saya, seperti tiada di sisi sewaktu saya melahirkan anak. Malah, dia tidak pernah menjenguk saya mahupun anak ketika saya dalam pantang.

HARTI
Johor Bahru



Mungkin lirik lagu Anang Hermansyah bertajuk ‘Separuh Jiwaku Pergi’ paling sesuai menafsir perasaan puan ketika ini.

Intro lagu berkenaan, “Separuh jiwaku pergi, memang indah semua, tapi berakhir luka” telahan paling dekat Dang Setia boleh gambarkan mengenai tahap kesabaran saudari sewaktu ditinggalkan suami.

Malah, perasaan derita jelas terpahat ketika saudari mengimbas kesakitan melahirkan anak tanpa kehadiran suami di saat memerlukan.

Saudari terlalu kecewa dan marah berikutan sikap suami yang gemar berfoya-foya hingga berasa kehilangannya. Namun, adakah saudari pasti dengan pilihan untuk berpisah dengannya?

Dang Setia lihat saudari lebih gemar membuat penyelesaian tanpa menimbang pilihan lebih baik. Disebabkan kemarahan meluap-luap terhadap suami, saudari buta untuk menilai peluang dan pilihan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Mungkin juga rumah tangga saudari bermasalah berikutan kurangnya komunikasi efektif. Saudari dan dia tidak berbincang daripada hati ke hati, menyebabkan penyelesaian yang ada berakhir dengan nanah di hati masing-masing.

Dang Setia sarankan saudari lepaskan kemarahan dan luahkan kekecewaan di depannya. Jangan disimpan kerana itu bakal bertukar menjadi dendam. Seterusnya ia akan menjadi penyakit hati dan saudari.

Selain dapat melegakan hati, suami lebih jelas dengan suara hati saudari. Ketika saudari meminta dia melepaskan saudari tetapi dia enggan kerana masih sayangkan saudari, di sinilah peluang perasaan dan permintaan saudari didengari.

Oleh itu, pada pandangan Dang Setia, ada baiknya saudari buka ruang untuk saudari dan dia mengenali hati budi kembali

Isteri minta cerai lepas jumpa kekasih lama

SAYA berkahwin hampir 16 tahun dan mempunyai dua pasang anak, yang sulung berumur 15 tahun dan bongsu 10 tahun. Sebelum ini isteri tidak bekerja dan saya mencuba memberi nafkah zahir batin secukupnya hingga terpaksa berhutang kerana hendak menjaga hati isteri.
Kami sering bertengkar dan isteri kata dia sudah tawar hati sebab tidak bahagia. Antara sebabnya ialah kehidupan yang susah sebab wang sering kekurangan dan banyak hutang.
Saya sudah membeli rumah dan kereta. Isteri berjumpa kawan lama yang mengatakan hidupnya tidak bahagia dan mereka kini bercinta.

Isteri sering minta diceraikan dan dia kini sudah bekerja serta sering berjumpa kawan lelakinya itu. Saya menganggapnya sudah menderhaka
Setelah saya halang dan pisahkan mereka, isteri berkawan pula dengan kekasih lama yang sudah berkahwin dan kaya. Sekarang isteri bersungguh-sungguh meminta diceraikan kerana hendak terus berkasih dengan lelaki berkenaan.

Semua ahli keluarganya tahu dan marah dengan cara hidupnya. Mereka juga menasihatkannya, tetapi tidak diendahkan. Sudah beberapa kali saya terjumpa isteri keluar makan dengan lelaki lain dan ada SMS isteri berkasih sayang dengan lelaki itu.

Isteri minta bercerai dengan cara baik, tetapi saya masih sayangkannya dan tidak mahu dia mendapat balasan daripada Allah kerana melakukan dosa.

Jika saya berpisah dengan cara baik, tidakkah saya bersubahat kerana saya tahu kesalahannya tapi membiarkannya? Berdosakah saya jika memfailkan kes nusyuz terhadap isteri dan mengambil hak penjagaan anak?

Suami Terluka,
SELANGOR



SAYA melihat kes ini sebahagian daripada ujian Allah kepada keluarga saudara. Bermula dengan kesusahan hidup, berhutang, isteri menderhaka dan mempunyai hubungan luar kemudian dia meminta cerai.

Sebagai suami dan ketua keluarga sudah tentu rumit dan merungsingkan anda. Tiada jalan penyelesaian dalam hal sebegini selain isteri kembali taat kepada suami dan ajaran agama.

Dengan itu, anda perlu bertindak membetulkan keadaan. Tindakan bagi isteri nusyuz dan tidak baik ialah dengan menasihati secara baik, meninggalkan tempat tidur dan mengambil tindakan berbentuk fizikal secara yang tidak berbahaya.

Sekiranya tidak berjaya, dapatkan bantuan keluarga yang lain. Apabila tidak lagi mampu bertahan, perpisahan adalah jalan terakhir. Jika tidak, anda boleh dianggap sebagai lelaki dayus kerana membiarkan isteri melakukan maksiat secara terbuka.

Memfailkan kes nusyuz dan mengambil hak penjagaan boleh dibuat di mahkamah syariah. Perceraian pula mempunyai banyak hikmah, antaranya pasangan boleh menimbang kembali kedudukan keluarga yang sudah dibina selain memberi peluang kepada masing-masing membina hidup baru

31 October, 2011

Sukar buang sikap buruk

SAYA remaja berusia awal 20-an dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkemuka. Tiga tahun lalu, saya pernah terlanjur bersama bekas kekasih dan kini menyesal dan bertaubat bersungguh-sungguh.
Masalahnya, saya masih dihantui keterlanjuran itu serta ia masih bermain di fikiran.
Saya sering membayangkan semula perbuatan itu bersama bekas kekasih hingga mendorong melihat gambar dan video lucah kerana tidak tertahan dengan nafsu hingga menjejaskan ibadat saya termasuk pada bulan puasa.

Saya sering kali memohon ampun dan solat taubat tapi nyata nafsu tetap menguasai diri. Saya juga melakukan onani bagi melampiaskan nafsu tetapi kemudian bertaubat kembali. Perkara ini berulang-ulang hingga menjejaskan pelajaran dan ibadat saya
Saya banyak membaca al-Quran dan berzikir tetapi perbuatan keji saya hanya berkurangan sedikit namun masih gagal meninggalkannya terus. Saya ingin melupakan perkara (membayangkan kembali hubungan seks saya dengan bekas kekasih) dan perbuatan onani ini sepenuhnya.
Bantulah saya yang sangat buntu ini. Saya malu dengan diri sendiri dan juga malu untuk meluahkan masalah di depan ustaz yang tinggal berhampiran.

INGIN BERTAUBAT,
Kuala Lumpur




TAHNIAH Dr ucapkan kepada adik kerana berani berkongsi masalah berkaitan desakan seks tidak terkawal. Dr akui tidak ramai remaja yang berani meluahkan masalah seksual mereka.

Sifat berani berkongsi masalah seksual yang sering dilihat sensitif adalah permulaan kepada satu perubahan. Dalam menyelesaikan sebarang persoalan kehidupan, kesediaan individu mengakui dirinya bermasalah dan inginkan perubahan adalah laluan kepada penyelesaian.

Tidak dinafikan, seks antara keperluan biologikal dan fitrah setiap insan dalam melayari kehidupan masing-masing. Dr faham masalah onani disebabkan fantasi seksual adik. Fantasi seksual sudah lama dilihat sebagai satu cara untuk memenuhi keperluan seksual atau libido lelaki.

Onani pula antara satu cara memenuhi fantasi seksual. Masalah adik ini juga dialami sesetengah remaja pada peringkat umur adik.

Memang sukar untuk mengawal nafsu pada peringkat umur adik kerana tahap ini adalah proses dan persediaan kepada alam dewasa. Namun ini tidak bermakna adik tidak perlu berterusan berusaha menghentikan perbuatan onani itu.

Dr doakan keinginan dan azam yang kuat untuk berubah akhirnya dapat mengatasi keperluan biologikal serta seksual adik.

Berhenti secara mendadak adalah sukar tetapi adik bertuah kerana mempunyai kesedaran untuk berubah. Teori pembelajaran mengatakan untuk menghapuskan sesuatu tingkah laku perlu mempunyai langkah tertentu dan mengambil masa.

Sebagai manusia biasa, adik mempunyai kekuatan, kelemahan dan limitasi sendiri.

Kekuatan psikologi amat perlu untuk adik menjauhi perbuatan onani selain elakkan mencari bahan lucah seperti menonton video lucah.

Setiap kali idea untuk menonton video lucah datang, katakan pada diri adik, “jangan lakukannya, ia hanya mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.” Beri perhatian kepada perkara lain.

Sebagai pelajar, amat baik jika adik menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Adik perlu meneruskan usaha untuk berubah dengan melakukan amalan positif seperti berzikir, taubat nasuha dan membaca al-Quran.

Salah satu jalan membendung nafsu syahwat dengan berpuasa dan bermuhasabah diri.

Memelihara pancaindera zahir seperti mata, lidah, telinga, deria bau, tangan, kaki dan kemaluan adalah langkah kepada pengurangan serta mengakhiri perbuatan onani adik.

Bagi mengurangkan keinginan nafsu, adik boleh meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah termasuk beriadah dan melakukan aktiviti bersama rakan.

Jika usaha mengurangkan keinginan seks sudah dilaksanakan dengan jihad yang bersungguh-sungguh dan kental tapi syahwat nafsu masih lagi tidak terbendung, jalan lain adalah melalui pernikahan. Itu antara penawarnya.

Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi sebarang kesilapan dalam melengkapkan kehidupan ini.

Kesilapan masa lampau adalah pedoman dalam menghadapi masa akan datang. Semoga adik berjaya menghilangkan ketagihan perbuatan onani itu

Isteri cemburu rakan sepejabat suami

SAYA suri rumah sepenuh masa. Suami saya suka berkawan dengan wanita di tempat kerja. Saya tahu suami saya baik hati tetapi masalahnya, saya tidak mengenali wanita itu.
Saya akui suami seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan bukan panas baran. Saya bahagia melayari hidup bersamanya.
Saya bukan isteri yang suka mengongkong suami. Kalau boleh, saya tidak mahu dia berasa terganggu dengan perasaan curiga saya. Adakah saya cemburu buta pada suami?

Bagaimana saya ingin hilangkan perasaan ini? Sedangkan saya tahu setiap hari apabila di tempat kerja, suami sering keluar makan bersama wanita berkenaan.
Walaupun bukan keluar berdua, perasaan saya tidak pernah tenteram.
Saya benar-benar rimas dibelenggu perasaan cemburu. Semakin lama semakin parah perasaan cemburu saya. Bagaimana saya boleh mengubati perasaan cemburu daripada terus menggugat kepercayaan terhadap suami?

SURI
Pulau Pinang



Dalam karya Shakespeare, Othello dan The Merchant of Venice, ungkapan ‘Green-Eyed Monster’ digunakan untuk menggambarkan rasa cemburu.

Manakala dalam bidang psikiatri dan klinikal psikologi, istilah ‘Othello Syndrome’ lebih sesuai bagi menerangkan masalah puan.

Ia mengenai perasaan cemburu yang melampau disebabkan curiga hubungan rapat suami dengan rakan wanita akhirnya membuatkan puan berasa suami tidak setia dan mempunyai skandal dengan rakannya.

Perasaan ini boleh mempengaruhi tingkah laku puan berubah negatif seperti mula mengintip tingkah laku, membuat tuduhan dan bertengkar dengan suami.

Bagi Dang Setia, tidak salah isteri cemburu suaminya sebagai tanda kasih puan masih hangat membara, namun biarlah berpada-pada.

Puncanya, Dang Setia memahami sebahagian besar masa di rumah dan lingkungan sosial puan sangat terhad kerana puan tidak bekerja.

Secara tidak langsung, puan tiada pengalaman sendiri mempunyai kenalan kerja lelaki dan menyebabkan puan sukar memahami situasi suami.

Dang Setia sarankan puan meluangkan masa menemani suami sewaktu makan tengah hari seolah-olah ia sebagai kejutan untuk suami, tetapi bukan bertujuan mengintip.

Malah, untuk mengenali dan memahami rakan sekerja suami, puan perlu kerap menganjurkan majlis makan di rumah.

Sambutan perayaan dan hari penting seperti majlis hari lahir dan rumah terbuka antara pilihan terbaik usaha mengenali mereka.

Selain itu, puan boleh mengiringi suami ke majlis anjuran majikan suami supaya puan lebih akrab dengan rakan sekerja, terutama wanita. Dengan itu, puan tidak akan rasa bimbang dan curiga sebaik mengenali mereka lebih mendalam

Petua tangani suami baran

SAYA berkahwin hampir lima tahun dan mempunyai dua cahaya mata. Sudah lama saya bersabar dan memendam rasa dengan sikap suami. Suami panas baran dan suka marah walaupun puncanya bukan kesalahan saya.
Mujur belum sampai tahap ‘angkat tangan’ kepada saya. Suami sukar diajak berbincang, meskipun saya bercakap dengan baik, dia akan melenting. Kerja di rumah dan urusan anak semua saya uruskan sendiri.
Layanan dan sifat barannya menyebabkan rasa sayang serta cinta saya semakin hilang. Namun, saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Pernah terlintas untuk berpisah tapi memikirkan masalah kewangan, saya buang jauh-jauh perasaan itu.

Saya tidak tahu sampai bila dapat bertahan dengan sikapnya. Jika bergaduh, kami tidak bertegur beberapa hari walaupun dia menjadi puncanya, hinggalah saya meminta maaf.
Bagaimana cara untuk saya mengatasi masalah ini supaya dapat berasa kebahagiaan seperti isteri lain?
AINA
Selangor




Dang Setia teringat satu penyataan menarik mengenai lelaki dan wanita dalam sebuah buku.

Menurutnya, kaum Hawa dikurniakan sikap sabar dan boleh menyejukkan lelaki dengan kelembutan yang ada pada mereka.

Lelaki pula terkenal dengan sifat berani, tidak sabar, cepat marah dan bertindak dalam setiap keadaan. Keseluruhannya ini menerangkan keseimbangan wujud, terutama dalam perkahwinan.

Di sini, puan perlu bijak menangani sifat baran suami puan apabila berdepan konflik.

Dengan cara demikian puan dapat menguasai keadaan. Pada pandangan Dang Setia, sudah bersama lima tahun dengan suami, tentu puan sudah masak dengan sebarang perkara yang tidak menyenangkannya.

Untuk meluahkan perkara yang tidak disenangi, puan perlu bijak memilih perkataan dan hadapi situasi dengan tenang.

Jangan gemar mengasak dan menekan perkara yang sama berkali-kali hinggakan dia berasakan puan menjengkelkan.

Guna pendekatan memujuk dan jangan meninggikan suara. Malah, puan perlu menggunakan perkataan jelas dan terus sampai kepada maksudnya.

Di samping itu, ambil masa bagi membincangkan masa depan rumah tangga dan perasaan puan. Nyatakan padanya sifat marahnya membuatkan puan dan anak semakin jauh.

Luahkan perasaan sayang supaya ia dapat membantu memujuk hati puan dan pada masa sama sentiasa doakan semoga Allah melembutkan hati suami

25 October, 2011

Trauma dosa silam

pix_gal0

Saudara baru bimbang dicerai suami kerana lahir anak tak sah taraf

MEMILIKI suami yang baik memang idaman semua wanita. Kalau ditanya apakah ciri-ciri lelaki yang mahu dijadikan suami, ramai wanita inginkan lelaki yang baik, beriman dan tahu tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kalau suami itu turut memiliki wajah yang kacak, sesetengah wanita itu menganggap ia sebagai bonus.

Bagi Insan Dilema, walaupun bersyukur memiliki suami yang baik, tetapi masih ada keresahan di dalam hati gara-gara kisah silam yang menjadi rahsia hidup.
Berikut catatan Insan Dilema dalam e-melnya kepada Kongsi Rasa: “Saya berumur 24 tahun dan berkahwin dengan lelaki yang saya cintai pada Mei lalu. Saya amat menyayangi suami saya, begitu juga dengannya. Banyak pengorbanan suami bagi mendidik saya menjadi Muslimah yang baik selepas mengenali Islam.

“Sebelum berkahwin, sekitar tiga tahun lalu, saya seorang yang hanyut dalam kehidupan sosial tidak terkawal sehingga terlanjur mengandung anak luar nikah hasil hubungan saya bersama bekas teman lelaki saya selama dua tahun.

“Pada Mei 2009, saya sudah melahirkan anak tak sah taraf, tetapi meninggal dunia ketika dilahirkan. Saya bersalin sendirian di rumah kerana takut diketahui keluarga. Ketika hamil anak itu tiada anggota keluarga menyedari perubahan diri saya. Saya juga tidak merujuk mana-mana hospital selepas bersalin. Saya hanya merawat diri saya sendiri berpandukan buku perubatan yang saya beli dan baca.

“Walaupun tidak berdepan masalah besar, emosi saya begitu terganggu selepas bersalin anak tak sah taraf. Saya begitu menyesal di atas keterlanjuran saya. Saya sedar sudah melakukan kesalahan besar dalam hidup. Dosa berzina dan melahirkan anak tak sah taraf membuatkan saya trauma sehingga kini.
“Saya akhirnya mengambil keputusan berpisah dengan bekas teman lelaki saya untuk menjalani kehidupan baru.

“Setahun selepas hidup bersendirian, saya bertemu dengan suami saya sekarang. Dia banyak mengajar saya mengenai agama Islam dan saya amat bersyukur kerana diberi hidayah dan peluang kedua untuk hidup sebagai seorang Muslim sejati.

“Selepas mendapat bimbingan suami, saya baru sedar betapa indahnya agama Islam yang saya anuti itu.

“Suami saya tahu zaman silam saya yang bebas tetapi dia tidak tahu saya pernah melahirkan anak luar nikah. Saya takut jika saya tidak dapat memberikan zuriat kepada suami.

“Saya juga takut untuk mengandung lagi kerana bimbang rahsia terbongkar. Adakah perlu untuk saya berterus-terang kepada suami saya mengenai kejadian hitam yang saya alami? Saya takut dia tak dapat menerima dan akhirnya perkara ini akan menghancurkan rumah tangga kami, sedangkan saya benar-benar sudah insaf,” katanya menutup bicara.

Kak Ani bersyukur kerana Insan Dilema mendapat peluang kedua membina hidup baru. Memang sukar untuk Kak Ani bayangkan liku-liku perjalanan hidup yang Insan Dilema lalui, tetapi itulah keunikan Islam yang mana .

Tuhan begitu menyayangi setiap insan yang menyedari kesalahan dilakukan dan bersedia untuk bertaubat. Perkenalan Insan Dilema dengan suami sekarang adalah pembuka jalan bagi membetulkan tanggapan Insan Dilema terhadap agama yang baru dianuti, gara-gara perbuatan teman lelaki terdahulu yang tidak kuat pegangan agamanya. Kak Ani minta Insan Dilema lupakan pengalaman pahit daripada ingatan.

Tumpukan sepenuh perhatian kepada kehidupan sekarang bersama suami yang bersedia membimbing Insan Dilema ke jalan yang benar. Sebenarnya seseorang lelaki dapat mengagak sama ada wanita yang dikahwini itu dara atau tidak pada kali pertama dia bersama isterinya.

Seperti yang Insan Dilema jelaskan, suami tahu mengenai kehidupan sosial Insan Dilema sebelum ini, tetapi suami tetap menerima anda sebagai isteri seadanya. Ini bermakna suami menerima setiap kekurangan yang ada pada diri anda.

Insan Dilema tak usah curiga dengan keikhlasan hati suami, yang penting anda patut buat ialah menghargai kasih sayang suami itu dengan menjalankan tanggungjawab ikhlas sebagai isteri salihah.

Ingatlah tanggungjawab besar lelaki untuk mendidik isteri seperti termaktub dalam surah An-Nisaa ayat 34 yang bermaksud:

“Golongan lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap golongan perempuan, oleh kerana Allah SWT sudah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Maka perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

Selain bimbingan suami, Insan Dilema perlu berusaha meningkatkan ilmu agama dengan menyertai pengajian yang boleh didapati di surau dan masjid dan mencari kawan yang boleh membimbing anda menjadi seorang Muslim yang baik

Bermadukan wanita seberang

pix_gal0

MENCURI baca khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim seorang wanita dari Indonesia dalam telefon suami membongkarkan rahsia yang disimpan suami selama dua tahun.

Ibu empat anak yang mahu dikenali sebagai Has tidak menyangka SMS itu memberi jawapan kepada persoalan yang bersarang dalam kepalanya selama ini. Berikut luahan hati Has yang dihantar menerusi e-mel kepada Kongsi Rasa:

“Saya isteri, berkerjaya di sebuah syarikat telekomunikasi dan ibu kepada empat anak.
“Pada awal April lalu, saya terbaca SMS (dari Indonesia) berkaitan hubungan suami saya dengan wanita dari Medan, Indonesia yang masih belum dibaca suami.

“Selepas membaca SMS itu, saya mengesyaki suami mempunyai hubungan sulit dengan wanita itu, tetapi suami menafikannya sekeras-keras dengan mengatakan wanita itu sekadar kawan berbual saja.

Perasaan curiga saya bertambah apabila melihat perubahan suami.

“Dalam tempoh dua tahun itu, saya mengesyaki suami ada hubungan dengan wanita lain kerana berlaku perubahan mendadak terhadap tingkah laku dan layanannya terhadap saya dan anak-anak.
“Suami pernah membenci dan merendahkan diri saya. Malah beliau sering mengherdik dan membaling barang kepada saya sekiranya saya bertanya kepada beliau mengenai hubungan sulit dengan wanita lain. Saya pelik kerana sebelum ini beliau adalah suami yang cukup penyayang terhadap saya dan anak-anak begitu juga dengan ibu bapa beliau,” kata Has.

“Kami sering bergaduh kerana saya tidak percayakan suami dan merujuk kes itu kepada ustaz serta dimaklumkan bahawa suami saya terkena sihir wanita itu.

“Akhirnya selepas dipujuk, suami menurut kehendak saya untuk berubat membuang sihir itu.

“Selepas berubat, suami saya berterus-terang dengan saya bahawa dia sudah berkahwin dengan wanita Indonesia itu sejak 2009 dan sudah mempunyai anak sebaya dengan anak bongsu saya yang berusia setahun. Suami saya memberitahu saya, dia menyesal mengahwini wanita itu,” kata Has.

Suami memberitahu Has, dia mengenali wanita itu yang menjadi kedi golfnya ketika menetap di Malaysia.

“Suami saya mengaku tergila-gilakan wanita itu dan terus berkahwin dengannya tanpa berfikir panjang. Mereka kahwin lari di Medan dan suami saya menceritakan sepanjang perjalanan ke Medan, dia lupa saya dan anak-anak serta jalan pulang ke Malaysia.

“Akhirnya mereka bernikah dan wanita Indonesia tersebut pandai melayan suami seperti mencium tapak kaki suami saya setiap hari.

“Saya terkejut mendengar pengakuan suami. Saya sendiri tidak percaya suami bertindak sejauh itu sedangkan dia amat mencintai saya dan menyayangi anak-anak,” katanya.

Suami Has juga mendakwa pernah menemui tangkal dalam beg wanita Indonesia itu.

“Suami mengaku sudah membuat kesilapan besar dan bersedia menceraikan isteri keduanya itu.

“Akhirnya di depan saya sendiri, dia menelefon isterinya di Medan dan melafazkan talak,” kata Has.

“Selepas berubat, suami sudah melupai wanita Medan itu. Dia sedikit pun tidak berminat untuk menemui isteri dan anaknya di Medan.

“Walaupun suami tidak menjejakkan kaki ke Medan dalam tahun ini, saya anggap apa yang berlaku selama ini sebagai mimpi ngeri,”.

Menurut Has walaupun suami sudah pulih, hatinya fobia dengan kejadian itu.

Dia tidak lagi boleh memberikan kepercayaan sepenuhnya terhadap suami.

“Saya fobia dan hilang kepercayaan terhadap suami saya kerana rasa ditipu sejak 2009,” katanya menutup bicara.
Sebagai wanita, Kak Ani amat memahami masalah yang dihadapi Has.

Perasaan curiga terhadap suami yang pernah curang memang lumrah dirasai setiap wanita bergelar isteri. Biasanya seseorang isteri yang prihatin mempunyai deria sensitif yang dapat ‘menangkap’ perubahan yang berlaku pada diri suami.
Kak Ani bersetuju dengan tindakan Has menemui ustaz untuk memulihkan suami daripada sihir. Perbuatan mereka yang bersahabat dengan jin dan syaitan hanya boleh ditentang dengan menggunakan al-Quran.

Walaupun amalan sihir tidak dapat dijangkau dengan mata kasar, perbuatan menyekutukan Tuhan memang ada diamalkan oleh mereka yang lemah iman dan tiada keyakinan diri.

Mereka yang bertindak sedemikian biasanya terlalu ikutkan nafsu serta mempunyai sifat pentingkan diri sendiri.
Bagaimanapun, Has kena ingat setiap perkara yang berlaku hanya akan dilaksanakan dengan kehendak Tuhan. Dia yang menguasai segala-galanya.

Sebagai orang beriman, setiap yang berlaku itu ada jalan untuk mengatasinya. Syabas Has berjaya melalui ujian getir dengan berusaha berjumpa ustaz untuk memulihkan suami.

Namun begitu, Has tidak boleh membiarkan perasaan dendam terhadap wanita Medan itu menjadi ‘kudis’ dalam kehidupan Has sekeluarga.

Sebagai seorang Islam, kita kena terima qada dan qadar Allah.

Walaupun Has berjaya meleraikan ikatan perkahwinan suami dengan wanita Medan itu, Has jangan lupa suami tetap kena bertanggungjawab terhadap anak yang lahir hasil perkahwinan kedua itu. Ingat, anak itu juga anak tiri Has yang mempunyai hubungan darah dengan anak Has. Dalam badan anak itu ada darah suami yang kalau dicincang pun tak akan putus tali persaudaraan. Jika anak itu perempuan, dia memerlukan suami atau abangnya untuk menjadi pernikahannya nanti.

Menanam kebencian kepada suami di atas apa yang dilakukan selama ini bukan jalan terbaik. Lagi pun perkahwinan suami dengan wanita adalah sah dari segi hukum Islam.

Sebagai wanita Islam, Has sepatutnya mengingatkan suami untuk menunaikan tanggungjawab memberi wang sara hidup untuk anak itu.

Anak-anak Has perlu dijelaskan bahawa mereka ada adik di seberang sana. Penjelasan ini perlu untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini pada masa hadapan.

Antara Medan dan Malaysia bukannya jauh. Mana tahu suatu hari nanti anak tiri akan ke sini untuk menjejak ayah dan adik-adiknya. Lagi pun anak itu juga berhak ke atas harta pusaka suami.

Akhir kata Kak Ani minta Has anggaplah apa yang berlaku sebagai ujian untuk menguji kesabaran dan juga memberi peluang kepada Has memperbaiki diri.

Walaupun Has rasa diri tiada cacat cela, ia bukan bermakna Has begitu sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan Allah

24 October, 2011

Kawan baik rampas tunang

SAYA lelaki berusia 23 tahun dan baru-baru ini, saya putus tunang disebabkan tiada persefahaman dan hubungannya dengan bekas kawan baik saya sendiri.
Saya tidak menjangka bekas tunang saya menjalinkan hubungan sulit dengan kawan baik saya.
Ini kerana di dalam setiap perhubungan cinta saya, saya sentiasa meletakkan kepercayaan tinggi di dalam hubungan yang dibina demi kebahagiaan kami bersama.

Namun, Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Berkuasa di atas tiap-tiap satu perkara. Hubungan mereka diketahui sendiri oleh saya kerana perkara itu berlaku di hadapan mata saya sendiri.

Justeru, saya meminta penjelasan dengan nada dan emosi yang cukup terganggu pada masa itu daripada bekas tunang saya dan ternyata mereka memang menjalinkan hubungan sebelum saya bertunang dengannya lagi.
Lantas, perjumpaan di antara keluarga kami diaturkan sendiri oleh saya dan kami putus tunang secara baik dan beradab, walaupun di hati saya ini terlalu sedih.

Tidak dinafikan bahawa saya terlalu kecewa dan terkilan kerana setiap pengorbanan, kasih sayang, kejujuran, keikhlasan dan bimbingan saya hanya sia-sia.

Dang Setia, bantulah saya kerana hampir seluruh jiwa saya hilang selepas saya gagal dalam pertunangan.

Sekarang ini, saya mengalami gangguan psikologi dan emosi yang agak teruk kerana saya pikul ia sendirian.

Saya menangis sendirian apabila saya mengenang saat manis sewaktu bersama si dia. Meskipun ketika itu saya di khalayak ramai, saya tidak segan menangis kerana sangat tertekan. Bantulah saya Dang Setia.

Ejot
Selangor



Dang Setia memahami keseksaan dan azab ditanggung saudara dikhianati tunang yang tergamak menjalin hubungan dengan teman baik saudara sendiri.

Perasaan kecewa bersulam marah menjadikan segala kenangan indah bersama tunang bertukar memori hitam sukar dilupakan.

Sebaik-baiknya beristighfar dan berilah kemaafan kepada mereka yang berlaku kejam kepada saudara.

Tiada keimanan lebih tinggi dan penawar kemurungan paling berkesan melainkan dapat memaafkan mereka.

Pandang pengalaman duka ini menurut perspektif yang lebih optimis. Bayangkan sekiranya terlalu lewat untuk saudara menyedari, mungkin kekecewaan dan kesedihan ditanggung lebih perit berbanding kini.

Seharusnya panjatkan kesyukuran kerana saudara sempat menyaksikan sendiri kelakuan buruk tunang yang tidak selayaknya untuk saudara.

Lupakan dia dan mungkin Allah merencana jodoh lebih baik untuk saudara. Seharusnya dekatkan diri saudara kepadaNya.

Tidak salah untuk menangis dan melahirkan kekecewaan tetapi berpanjangan bersedih hanya merugikan saudara sendiri.

Lebih elok habiskan masa bersama mereka yang menyayangi dan menghargai diri saudara seperti keluarga kerana ia menjadikan saudara lebih tabah untuk melalui saat sukar.

Jangan bersendirian ketika saudara memerlukan sokongan kerana kesan jangka panjang menyebabkan saudara mengalami tekanan dan kemurungan.

Selain itu, bebaskan diri dengan aktiviti sihat yang saudara gemari agar ia menjadi terapi untuk memperbaiki diri

Isteri tewas godaan !!!!!

SAYA tidak bermaksud ingin menjadi isteri yang nusyuz kepada suami. Namun masalah dan perasaan suka tidak dapat dielakkan.
Meskipun saya sudah mendirikan rumah tangga dan pernah berpisah dengan suami seketika, saya masih terjerumus dengan hubungan luar.
Beberapa kali saya tekad untuk berubah dan tidak mengulangi tetapi jejaka yang menjalin hubungan dengan saya terus menggoda, menyebabkan saya lupa status saya.

Walaupun saya memberitahu mereka saya ini isteri orang, mereka tetap menagih, mengharapkan balasan cinta daripada saya.

Perhatian dan habuan daripada kekasih gelap saya menyebabkan saya hampir terdorong untuk terpengaruh dengan pujuk rayu mereka
Terus terang saya masih sayang suami saya kerana dia baik dan mempunyai pakej menarik. Disebabkan faktor itu saya menerima kembali suami dan membuat keputusan untuk setia dengannya walaupun pada waktu sama lelaki lain tidak putus asa.

Saya benar-benar hendak berubah. Saya memutuskan untuk menjadi isteri yang baik, tetapi ramai pula lelaki yang hadir.

Liena
Selangor



Pernahkah puan dengar pepatah tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Perasaan cinta atau kasih tidak mungkin berjaya jika hanya daripada sebelah pihak saja.

Secara tidak langsung Dang Setia percaya, andainya puan tidak melayan jejaka lain, hubungan cinta terlarang tidak akan terjadi.

Namun sebaik meneliti cerita puan, Dang Setia dapati puan sememangnya lebih gemar bermain api sedangkan puan sedia maklum tindakan itu hanya memakan diri sendiri.

Ada baiknya puan imbas memori saat bahagia bersama suami dalam usaha menghangatkan hubungan cinta sedia ada menjadi lebih intim.

Peranan puan sebagai isteri sepatutnya menjaga kehormatan dan maruah suami. Elakkan daripada berdua-duaan dengan mana-mana lelaki supaya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan.

Fokuskan tumpuan yang tidak pernah berbelah terhadap suami supaya rumah tangga dan kehidupan puan lebih berkat.

Selain itu, tidak putus memohon kepada Allah supaya diberi kekuatan agar puan dapat menolak semua tarikan daripada kekasih gelap puan sebelum ini. Insya-Allah jodoh puan dengan suami akan terus berpanjangan

21 October, 2011

Suami usah jadi dayus’

KUALA LUMPUR: Menyalahgunakan kaedah tebus talak seolah-olah untuk ‘membeli’ isteri orang lain perbuatan yang tidak digalakkan oleh Islam dan boleh mengundang kemurkaan Allah.
Wakil Himpunan Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya, berkata perkara ini jelas berdasarkan satu hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jangan kamu masuk meminang pinangan saudara kamu apatah lagi mengambil isteri saudara (seagama) kamu.”
“Hadis ini jelas peringatan kepada orang yang nak beli isteri orang lain. Ia menunjukkan Islam tidak menggalakkan amalan mengahwini isteri orang lain terutama apabila perceraian itu dibuat secara tebus talak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai pengakuan seorang wanita dikenali sebagai Normah, 31, yang diberi teman lelakinya RM20,000 sebagai bayaran tebus talak supaya diceraikan suami sebelum dia berkahwin dengan teman lelakinya itu
Menurutnya, apabila ada pihak yang mempermainkan hukum kahwin cerai sedangkan nilai akad adalah terlalu tinggi dan melengkapi hidup seseorang Muslim, maka bersedialah untuk menerima hukum Allah kelak.

20 October, 2011

Beli Bini Orang !!!!


<>

TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak
dengan bekas suami
untuk berkahwin dengan teman lelaki.
JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.
Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.
Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.

Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.
“Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.

19 October, 2011

Hati sering terpikat isteri orang

SALAM Dang Setia. Saya pernah ada hati dengan isteri orang berasal daripada negara seberang tetapi hubungan kami tidaklah seintim sehingga terlanjur dan suaminya tahu isterinya curang. Oleh itu, lelaki itu membawa isterinya jauh daripada saya supaya hubungan kami terhenti di pertengahan jalan.
Kini, saya menemui F. Saya sering terserempak dengannya ketika bekerja dan disebabkan itu saya mengenali dia. Saya sering berasa berdebar-debar apabila berjumpa F.
Sebaik tiba waktu pulang kerja saya selalu tergerak hati ingin berjumpa atau berhubung dengannya meskipun tiada sebab untuk itu.

Ada satu ketika saya cuba menahan kereta dipandunya. Dengan tindakan saya, dia mungkin memandang serong terhadap saya dan membuatkan dia mempunyai pandangan negatif pada saya.
Lebih sukar, F memegang status isteri orang. Wajarkan saya menyimpan perasaan terhadapnya?
Zek
Kelantan



Sudah terang lagi bersuluh menyimpan perasaan cinta kepada perempuan berstatus isteri orang bukan satu perkara wajar saudara lakukan.

Malah saudara sendiri pernah melalui keperitan menjalin hubungan cinta dengan wanita berstatus isteri orang di masa lalu.

Mengapa perlu melalui sekali lagi sedangkan saudara mengetahui hubungan itu tidak pernah berakhir dengan kebahagiaan.

Selain itu, perbuatan saudara hanya memudaratkan diri dan boleh mengakibatkan ramai lagi terluka atas perbuatan saudara.

Buruk kesannya jika saudara akur terhadap kecenderungan berminat kepada perempuan sudah mempunyai suami kerana ia bukan saja tidak beretika, malah memecah belahkan keluarga orang lain, sedangkan dalam Islam tegas melarang seseorang Muslim itu melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati saudara yang lain.

Sebagai contoh jika saudari renung kembali satu larangan dalam Islam tidak membenarkan seseorang lelaki Muslim meminang tunangan orang. Secara tidak langsung hukum larangan itu lebih berat kepada wanita sudah bersuami.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal dia membeli pembelian saudaranya dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).

Lupakan saja perasaan itu dan jalinkan hubungan kepada gadis tidak pernah disunting oleh mana-mana lelaki kerana ia lebih afdal.

Isteri terlanjur dengan pengkid

SAYA isteri yang ingin meluahkan rasa hati. Saya mempunyai tiga anak. Masalahnya sekarang, saya bercinta dengan kaum sejenis yang berlainan agama.
Saya cintakan dia sebab dia memahami masalah saya setiap kali saya ceritakan kisah hidup saya dengannya. Suami tahu saya berkawan dengannya, cuma dia tidak tahu saya menjalin hubungan intim dengannya.
Hubungan dengan kekasih berusia hampir dua tahun manakala suami sudah 11 tahun bersama. Namun, saya tiada lagi perasaan cinta terhadap suami.

Suami memang cintakan saya tapi saya sebaliknya. Dulu saya terima peminangannya sebab dikecewakan kekasih lama. Saya cuba tanam perasaan sayang padanya tetapi gagal.
Saya ada tiga anak disebabkan tanggungjawab kepada suami. Sekarang saya dan kekasih tidak boleh dipisahkan lagi. Malah anak juga tahu kemesraan kami.
EVE
Selangor




Jelas keredaan ikatan perkahwinan suci tidak lagi memberi erti kepada kehidupan saudari kerana lebih bahagia menurut tuntutan nafsu semata-mata.

Cuma Dang Setia kecewa dan terkilan kerana saudari memilih untuk terjerumus dalam kehidupan yang dibenci Allah SWT dan menghancurkan kebahagiaan sedia ada kerana godaan nafsu.

Malah saudari sedia maklum Islam jelas melarang hubungan sejenis. Ambillah iktibar daripada kaum Nabi Luth yang dilaknat Allah SWT kerana menjalin hubungan sejenis dengan menurunkan azab kepada mereka berupa hujan batu ‘sijjil’ (batu neraka) serta gempa dahsyat.

Setidak-tidaknya, saudari akan faham bahawa hubungan sesama jenis tidak mempunyai masa depan dan hanya membawa ke arah kemusnahan.

Mungkin kini saudari berasa bahagia kerana kekasih lebih memahami dan seakan-akan serasi dengan saudari. Namun sebenarnya, pasangan wanita lebih rapat dan sangat memahami berbanding lelaki kerana ‘teman sejenis’ berada dalam kelompok sama.

Secara tidak langsung, apa juga kehendak wanita dan keperluan sama dan semestinya prestasi pasangan sejenis lebih baik berbanding lelaki.

Namun ia bersifat sementara. Selain itu, fikirkan kehidupan serta kesannya kepada anak kerana dibesarkan dengan persekitaran tidak sihat.

Tinggalkan kekasih gelap saudari dan bina kehidupan seromantis mungkin dengan suami. Semoga itu akan membantu terbit rasa cinta terhadap suami.

18 October, 2011

Dihantui dosa silam

SAYA pensyarah wanita berusia 30-an, berperwatakan menarik dan ceria. Namun kebelakangan ini saya berasa sangat sedih.
Saya ada rakan lelaki yang sangat akrab dan setia dalam persahabatan. Dia sentiasa ada ketika saya susah, sedih mahupun gembira.
Kami berkawan lebih lapan tahun dan selama tempoh itu hubungan persahabatan kami lancar, namun masing-masing ada kehidupan sendiri.

Baru-baru ini saya memberanikan diri bertanya kenapa sampai sekarang dia masih membujang dan adakah kerana dia sukakan saya?
Seperti diduga, jawapannya positif. Cuma dia tiada keyakinan untuk meluahkan perasaan kerana perasaan rendah diri dengan jurang akademik.
Saya memberikan kata-kata semangat dan motivasi supaya dia berani kerana saya juga mahu menjalin hubungan istimewa dengannya. Dia menerima dan berjanji berusaha merealisasikan hubungan persahabatan ini ke jenjang pelamin.

Saya diulit rasa gembira dan bahagia hinggalah dia berkunjung ke rumah pada Aidilfitri baru-baru ini untuk berjumpa keluarga. Ibu menerima dia seadanya.

Namun selepas seminggu dia mula mendiamkan diri, semua SMS dan panggilan telefon tidak dijawab. Saya hilang punca mengapa dia berubah laku.

Saya beranggapan dia tidak dapat menerima saya. Ketika ini saya dihantui dosa silam kerana pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki ketika menuntut di luar negara dulu. Namun saya benar-benar sudah bertaubat.

JOHANNA
Melaka



Syukur dipanjatkan saudari sudah berubah dan meneruskan penghidupan baru. Meskipun jalan dilalui untuk insaf mulanya mudah dirintangi, saudari perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Dosa silam ibarat kotoran mencemar kain putih; meskipun dicuci berkali-kali kesannya turut terkesan. Namun jangan jadikan ia alasan untuk terus berduka. Seperti saudari ungkapkan, hubungan dengan sahabat yang bakal menjadi peneman hidup berdepan laluan sukar.

Untuk itu saudari beranggapan cebisan sejarah hitam punca hubungan saudari dan dia tidak berjalan lancar dan saudari terus menerus menyalahkan diri.

Pada pendapat Dang Setia, ada baiknya saudari bangkit daripada titik penyesalan kepada tindakan lebih positif. Hanya berdiam dan menyalahkan diri membuatkan saudari terus kecewa.

Ini kerana kesannya pada kehidupan saudari seperti kerjaya dan difahamkan saudari mempunyai keluarga yang menyayangi saudari, terutama ibu.

Bagi masalah saudari dan si dia, saudari perlu bersemuka. Nyatakan padanya, saudari perlu keputusan sama ada dia menyayangi saudari.

Pinta dengan tulus untuk perbincangan daripada hati ke hati supaya saudari dengan dia boleh menyelesaikan konflik hubungan saudari dengannya.

Pujuk dan saudari jangan terlalu mendesak andai dia tidak selesa dengan hubungan baru kerana perasaan rendah dirinya.

Jangan cepat melatah dan bual dengan tenang kerana mungkin dia ada masalah tersendiri. Cuma saudari luahkan perasaan saudari dan betapa saudari hargai dirinya. Selain itu berserah kepada Allah dan terus berdoa semoga dia jodoh baik buat diri saudari.

Buntu tunang ajak projek

SAYA sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan.
Sebelum ini saya pernah bercinta dengan beberapa lelaki tetapi kerap dikecewakan sehinggalah saya bertemu dengan tunang saya ini.
Saya berkenalannya dalam tempoh yang agak singkat dan kami akhirnya ditunangkan atas persetujuan keluarga.

Tunang bekerja di utara Semenanjung, manakala saya di selatan. Ini menyebabkan kami jarang berjumpa.
Masalahnya, saya tertekan dengan sikap tunang yang selalu mengajak melakukan perkara tidak baik setiap kali bertemunya.
Masalahnya, saya tertekan dengan sikap tunang yang selalu mengajak melakukan perkara tidak baik setiap kali bertemunya.
Setiap kali saya menolak ajakannya itu, air mukanya akan berubah dan dia sering menuduh saya tidak menghiraukannya lagi seperti orang lain.

Baru-baru ini, tunang memberitahu saya bahawa dia ingin mencari kenalan perempuan lain untuk menemaninya ketika saya tiada.

Saya tidak setuju dengan tindakannya itu dan kami sering bertengkar mengenai perkara ini sehingga sekarang.

Tolong saya Dang Setia, saya sangat bimbang, memandangkan tarikh perkahwinan semakin dekat dan kami belum berbaik-baik lagi.

Patutkah saya meneruskan hubungan dan seterusnya mendirikan rumah tangga dengannya yang diketahui mempunyai sikap yang kurang molek daripada segi agama dan moral?

ANNISA
Johor Bahru




Pada pandangan Dang Setia, saudari seharusnya meneliti terlebih dulu persoalan hubungan saudari dengan si dia iaitu adakah dia pasangan yang terbaik buat saudari?

Tambahan pula, sebagai suami dia seharusnya menjadi contoh dan teladan yang terbaik supaya dapat mengemudi bahtera perkahwinan yang akan dibina tidak lama lagi.

Dalam perkara ini, di mana pernah diperjelaskan dalam satu hadis Riwayat Muslim mengenai peranan lelaki terhadap wanita.

“Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk paling bengkok adalah bahagian atas. Jika anda meluruskannya, sama ertinya anda memecahkannya. Jika anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, anda harus selalu memberikan nasihat kebaikan.”

Untuk itu, berbincanglah dan luahkan apa yang saudari rasa mengenai tindak tanduk dan perlakuannya tidak menjaga kehormatan saudari.

Nasihatkan dia supaya berubah kerana sebagai bakal suami, dia tidak seharusnya mengutarakan permintaan tidak masuk akal seperti mencari kenalan wanita lain untuk menemani ketika saudari tidak bersamanya.

Jika dia masih berkeras mengekalkan sikap dan perlakuannya, saudari perlu teliti semula perancangan sama ada meneruskan hidup dengan dirinya adalah berbaloi atau tidak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...