29 April, 2013
18 April, 2013
Pendaftaran DAP tak terbatal, boleh guna simbol parti dalam PRU13
| 8:55PM Apr 18 2013 |
dikemaskini Pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya.
Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.
"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman.
Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.
Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak
mengundi.
Dalam satu sidang akhbar di ibunegara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa telah menerima surat ROS bertarikh 17 April, menyatakan ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP.
Berdasarkan keputusan ROS itu, parti tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13, katanya.
Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13.
Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.
Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.
Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.
- Bernama

30 October, 2012
Titik-titik Sensitif Isteri yang Sering Diabaikan Suami
Ghairah seksual wanita dapat dipertingkatkan melalui sentuhan pada titik-titik sensual wanita. Lelaki mungkin melupakan beberapa titik pada tubuh wanita yang memberikan keselesaan dan menambah kenikmatan seksual ketika foreplay.
1. Perut bahagian bawah
Perut bahagian bawah atau kawasan di atas alat kelamin di mana rambut kemaluan tumbuh, juga merupakan bahagian sensitif wanita. Memberikan sentuhan lembut pada kawasan tersebut dapat meningkatkan ghairah dan sensitiviti wanita. Wanita yang merasa lebih positif tentang alat kelaminnya lebih sering mengalamiorgasme dan lebih baik.
2. Di balik lutut
Salah satu titik seksual wanita yang sering dilupakan adalah daerah di balik lutut. Ketika pasangannya menyentuh daerah ini, mungkin wanita akan merasa geli, tetapi akan segera berubah menjadi menyenangkan ketika dipijat dengan lembut menggunakan minyak atau lotion.
3. Perut
Urutan lembut pada perut dapat memberikan pengalaman yang erotis bagi beberapa wanita. Bahkan, dalam beberapa kes, wanita mampu mencapai orgasme hanya dengan melakukan latihan perut tertentu.
Tidak semua orang mendapatkan kesan yang sama dari urutan di perut tersebut, tetapi membelai perut wanita sebelum memulakan foreplay boleh membantu meningkatkan suasana hati. Sentuhan tersebut mungkin juga menyebabkan otot vagina merasa berantisipasi dan meningkatkan ghairah.
4. Bibir
Bibir merupakan salah satu daerah yang paling erotis pada tubuh wanita. Menghabiskan sekurang-kurangnya lima minit berciuman atau hanya menyentuh bibir wanita dengan jari-jari sebelum hubungan seksual boleh meningkatkan ghairah.
5. Kulit kepala
Wanita selalu menyukai urutan di kulit kepala ketika sedang berada di salon. Sehingga suami dapat memberikan sentuhan sama kepada kulit kepala anda untuk melepaskan ketegangan. Para ahli menyatakan bahawa menggosok kulit kepala dapat meningkatkan hormon dopamin dan serotonin pada aliran darah yang membuat rileks.
6. Kaki
Beberapa lelaki mendapati bahawa kaki perempuan kelihatan lebih menarik. Urutan pada titik-titik tertentu pada kaki dapat mencetuskan ghairah seksual serta membuat wanita merasa selesa.
7. Leher
Leher adalah bahagian yang sangat sensual dari tubuh wanita. Memijat bahu dan memberikan ciuman lembut dari garis rambut ke pangkal leher dapat memberikan sensasi seksual yang luar biasa bagi wanita.
29 October, 2012
Kelebihan memakan petai
25 Okt-
Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun menjadi bahan dalam masakan seperti
sambal tumis udang atau sambil ikan bilis dan sebagainya, membuatkan
penggemar-penggemar petai berasa lapar.
Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut yang kurang menyenangkan, petai turut mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. .
Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). .
Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .
KHASIAT PERUBATAN PETAI
Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.
Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.
Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.
Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.

24 October, 2012
[PANAS] Robengah Tak Nafi Dirogol, Sekadar Berkata ‘Saya Orang Kecil, Biar Tuhan Balas’
Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.
“Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini),” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.
Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.
“Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, ‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” katanya lagi.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .
Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.
Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.
Fariz bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.
Memorandum itu, antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuannya sebelum ini.
Memorandum berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam empat petang. -KD

Suami Cekup Isteri Berkhalwat Di Blik Tidur
Ayer Keroh - Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.
Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berkenaan, awal pagi kelmarin.
Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.
“Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri ini biasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
“Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.
Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.
"Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi," katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.
Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.
“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.
"Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya," katanya.
Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman. -SH

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)