Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

11 July, 2012

AYAM PERCIK KELANTAN / IKAN BAKAR / PANDAN SWISS ROLL


Ayam Percik Kelantan
Bahan-bahan Untuk Ayam :1 ekor ayam-dipotong empat
4 ulas bawang putih
2 cm halia
4 batang serai-untuk menggalas periuk
Sedikit garam
Bahan-bahan Untuk Kuah Percik :
2 cawan santan
2 cm halia-dihiris nipis
4 batang serai-dihiris nipis
Sedikit garam dan gula
Cara Penyediaan :
1. Kisar serai, halia dan bawang merah bersama sedikit air sehingga hancur.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Tambahkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan ketepikan kuah percik ini untuk sementara.
3. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur. Masukkan sedikit garam. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan ini.
4. Selepas itu masukkan sedikit air ke dalam periuk yang dialas serai tadi. Aturkan ayam di dalamnya. Kemudian curahkan sedikit bahan kuah percik tadi ke atas ayam tersebut.
5. Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana sehingga ayam empuk.
6. Sambil itu, masak kuah percik tadi sehingga separa masak. Kacau sentiasa supaya santannya tidak berketul. Ketepikan dahulu.
7. Apabila ayam tadi telah empuk, angkat dan aturkan di atas penyepit untuk dibakar.
8. Panggang ayam tersebut. Balik-balikkan sehingga kedua-dua belah bahagian bertukar warna.
9. Seterusnya, curahkan kuah percik sehingga menyaluti keseluruhan ayam tersebut. Bakar lagi sehingga kuah tersebut agak kering.
Ikan Bakar
Bahan-bahan :
4 ekor ikan kembung
10 helai daun limau purut-dihiris halus
200 gm cili merah
100 gm cili kering-direndam air panas terlebih dahulu
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
Daun pisang secukupnya
Kicap manis secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Kisar cili merah dan cili kering yang telah direndam air panas.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia muda berasingan.
3. Panaskan minyak dan tumis cili yang telah dikisar sahaja dahulu. Campurkan sedikit sahaja daun limau purut yang telah dihiris.
4. Setelah cili garing, masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumis sehingga terbit minyak.
5. Setelah itu masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan daun limau nipis yang dihiris halus. Perahkan jus limau kasturi sebelum api ditutup.
6. Bakar ikan dengan cara mengalas daun pisang di atas kuali.
7. Bubuh separuh dari sambal tadi di atas daun pisang yang telah diletakkan ikan.
8. Panggang sehingga masak.
Pandan Swiss Roll
Bahan A
5 biji telur - ambil kuningnya
50 gm gula castor
1/4 sudu teh garam
50 ml. minyak jagung
50 ml susu segar atau santan
110 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna-jika perlu
Bahan B
5 biji telur-diambil putihnya
100 gm gula kastor
1/4 sudu teh krim tartar
Sebarang jenis jem atau krim untuk sapuan
Cara Penyediaan :
1. Sediakan acuan swiss roll 12” x 12” yang dilenserkan dan dialas dengan kertas kalis minyak. Alas seluruh acuan sampai bahagian tepinya.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 175c.
3. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
4. Masukkan bahan-bahan A (kecuali tepung dan baking
powder) dalam sebuah mangkuk. Kacau dengan menggunakan whisk saja. Setelah itu masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
5. Di dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan-bahan B. Putarkan dengan mesin pemutar sehingga kembang dan gebu.
6. Kemudian campurkan adunan B ke dalam adunan A. Gaul perlahan-lahan dengan menggunakan sudip plastik sahaja sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama.
7. Tuangkan ke dalam acuan swiss roll yang telah disediakan tadi dan ratakan adunan.
8. Letakkan acuan di bahagian tengah ketuhar dan bakar selama lebih kurang 20 hingga 25 minit.
9. Setelah masak, keluarkan segera kek daripada acuan. Biarkan selama kira-kira 3 minit. Selepas itu barulah sapu dengan jem pilihan.
10. Akhir sekali, gulung kek dengan berhati-hati.

21 December, 2011

KEK GULUNG STRAWBERI & KEK KEJU BLUEBERI


KEK GULUNG STRAWBERI
BAHAN-BAHAN :
100 gm campuran span vanila
2 biji telur
25 gm mentega
25 ml air
100 gm inti strawberi
CARA MEMBUATNYA : 
1. Pukul mentega hingga kembang dan masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan campuran span vanila bersama sedikit air.
3. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 hingga 40 minit.
4. Apabila masak, sejukkan kek dan ratakan inti strawberi di atasnya.
5. Gulung kemas dan hidangkan.





KEK KEJU BLUEBERI
BAHAN-BAHAN:
250 gm krim keju
250 gm keju Philadelphia
3 biji telur
30 gm gula
50 gm inti blue beri
200gm inti blue beri -untuk topping
BAHAN A:
200gm biskut
50gm gula aising
60gm mentega
CARA MEMBUATNYA : 
1. Campurkan semua bahan A dan tekankan dalam loyang. Ketepikan.
2. Pukul krim keju bersama gula dan keju hingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan inti blue beri ke dalam adunan dan gaulkan rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang berisi biskut dan bakar pada suhu 140 darjah Celsius selama 40 minit.

07 December, 2011

Sayur Kangkung Goreng Belacan



Bahan-bahan :
500 gram kangkung } dibasuh bersih dan dipotong kecil
2 sudu makan minyak } untuk menumis
2 biji bebola ikan } dipotong
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi }
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci belacan
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau.
2. Selepas itu, masukkan bebola ikan bersama kangkung.
3. Masukkan sedikit garam dan kacau sampai rata. Sedia dihidangkan.

SUP TULANG


Bahan-bahan :
1 kilo tulang lembu
Bahan A :
1 inci halia
6 ulas bawang putih
50 gram rempah sup
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
Bahan B :
2 biji bawang besar
8 tangkai cili padi diketuk
1 batang daun saderi dihiris
2 biji tomato dibelah empat
4 sudu besar perahan air limau nipis
Sedikit daun bawang, daun sup serta bawang goreng
Gula serta garam secukupnya
Cara Membuat :
1. Rebus tulang-tulang lembu yang telah dibersihkan dengan bahan-bahan A sehingga empuk.
2. Selepas itu masukkan kesemua bahan B dan biar sampai mendidih
3. Kacau rata dan akhir sekali taburkan sedikit daun sup, daun bawang serta bawang goreng bagi melengkapkan rasa.

23 November, 2011

OREO CHEESECAKE & BROWNIES

OREO CHEESECAKE


BAHAN-BAHAN :
300 gm keju krim
150 gm gula
256 gm telur
15 gm mentega – dicairkan
25 gm jus lemon
60 gm biskut Oreo
6 gm serbuk biskut Oreo
CARA MEMBUATNYA :
1. Lekat dan susun serbuk biskut Oreo pada bahagian bawah dan tepi bulatan acuan kek.
2. Bagi melekatkan serbuk pada bahagian bawah dan tepi, sapu acuan dengan minyak terlebih dahulu.
3. Pukul keju krim dan gula sehingga lembut dan kembang.
4. Masukkan telur dan jus lemon sedikit demi sedikit. Masukkan pula mentega yang telah dicairkan.
5. Bubuh adunan ini ke dalam acuan kek yang telah disediakan tadi.
6. Masukkan pula biskut Oreo ke dalam kek.
7. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama kira-kira 1 jam 15 minit.

BROWNIES
BAHAN-BAHAN:
50 gm mentega
150 gm gula
85 gm telur
50 gm madu
30 gm serbuk koko
80 gm tepung
150 gm kacang walnut
30 ml krim
CARA MEMBUATNYA :
1. Pukul mentega dan gula sehingga lembut dan mengembang.
2. Masukkan madu, telur dan kemudian tambah campuran ini ke dalam adunan mentega dan gula tadi.
3. Masukkan serbuk koko dan tepung, dan gaul dengan sebati.
4. Masukkan pula kacang walnut, krim dan kacau hingga sebati.
5. Bubuh adunan ini ke dalam aduan empat segi. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 50 minit

27 October, 2011

UDANG LEMAK CILI PADI KULIT RAMBAI & CREAM BRULEE

UDANG LEMAK CILI PADI KULIT RAMBAI
BAHAN-BAHAN :
700 gm udang
10 tangkai cili padi
3 cm kunyit hidup
2 batang serai - diketuk
300 ml santan
100 gm kulit rambai - dikeringkan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT :
1. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama serai, santan ke dalam periuk.
2. Menggunakan api sederhana, masak hingga mendidih.
3. Kemudian, masukkan kulit rambai dan udang. Biarkan ia masak.
4. Angkat dan sedia di hidang.






CREAM BRULEE BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan:
5 biji kuning telur
70 gm gula
250 ml krim masakan
Buah-buahan hiasan
CARA MEMBUAT :
1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2. Bakar dengan menggunakan kaedah bakar kukus selama 25 minit pada suhu 200’C.
3. Setelah masak, sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

05 August, 2011

LEMAK CILIAPI IKAN & BELIMBING * AYAM GORENG TOMYAM

AYAM GORENG TOMYAM

Bahan

300 gm isi ayam [potong nipis]
2 s/b pes tomyam [boleh beli atau buat sendiri]
1 batang serai [ketuk]
5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang putik jagung [potong kecil]
2 biji buah tomato [belah 6]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
2 labu bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili api
2 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, pes tomyam dan serai ketuk sehingga layu.

2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.

3. Masukkan carrot, tomato buah dan putik jagung. Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.

4. Tutup api dan masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau rata.

5. Hidangkan dengan nasi atau roti.


PES TOMYAM

Bahan-bahan 

15 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 batang serai [hiriskan]
2 cm lengkuas
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat 
1. Mesinkan semua bahan sehingga halus.
2. Panaskan minyak. Tumiskan hingga naik bau.
3. Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan. Kacau rata.
4. Masakkan sehingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan 
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste.
Sejukkan dan simpan di dalam peti ais. 

LEMAK CILIAPI IKAN & BELIMBING

Bahan-bahan 

3 ekor ikan selar [boleh gunakan ikan kembung/tenggiri atau bawal]
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
10 biji belimbing buluh
1 helai daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan kisar: 
15 biji ciliapi
2 cm kunyit hidup

Cara 
1. Ikan dibersihkan dan potong 2. Basuh dengan asam limau dan bilas. Toskan
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan belimbing buloh dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
4. Bila nampak mendideh masukkan santan pekat dan belimbing buloh.
5. Kacau lagi perlahan sehingga mendidih.
6. Tutup api dan hidangkan. 

04 August, 2011

GULAI DAGING TERENGGANU + STEAMBOAT ALA2 TOMYAM + AYAM BAKAR SOS CENDAWAN


GULAI DAGING TGANU 

Bahan 

500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh
& toskan]
 
2 s/b kerisik 
2 cawan santan pekat 
2 s/b gula merah/perang [brown sugar] 
2 keping asam keping 
minyak 
garam 

Bahan Mesin 
20 tangkai cili kering 
1 s/b rempah kari daging 
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE 
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE 
7 ulasa bawang merah 
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia 
2 cm lengkuas 

Bahan tumis 
2 cm kulit kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih 
2 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga 

Cara. 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak. 
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi. 
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala. 
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat. 
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

STEMBOT ALA-ALA TOMYAM 

Bahan
 
2 ekor kerangka ayam [potong kecil] 
500 gm ayam [potong kecil] 
3 biji tomato (dibelah 4) 
2 biji bawang besar (dihiris) 
2 batang serai (diketuk) 
8 biji cili padi (diketuk) 
1 ulas bawang putih (diketuk) 
1 sudu besar pes tomyam 
1 batang celery (potong kecil) 
3 helai daun limau purut (koyakkan) 
Air & garam secukupnya 

2 biji limau nipis (ambil jus) 
1 pokok daun ketumbar (cincang) 

Cara membuat 
1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam. 
2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai. 

SOS CILI 

Bahan Mesin 
10 tangkai cili kering 
1 s/b udang kering 
2 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah 
2 s/b oren sunquick 

Bahan Tumis 
minyak 
gula 
garam 

Cara 
1. Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak. 
2. Bila telah wangi masukkan gula dn garam. 
3. Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.
Ayam Bakar Sos Cendawan...





Bahan Perap Ayam: 
2 keping dada ayam 
1/2 cawan fresh cream 
3 ulas bawang putih [tumbuk lumat] 
1 s/k lada hitam 
garam 

Gaulkan semua bahan pada ayam dan perapkan selama 3 atau 4 jam 

Sos Cendawan 

Bahannya.. 
1 tin mushroon soup 
1 tin air 
1 paket Cendawan MAGGI 
1/2 cawn air + 1 s/b tepung jagung 
1 s/k lada hitam 
1 s/b minyak atau majerin 
6 biji cendawan butang [potong nipis] 

Cara memasaknya 
1. Masukkan semua bahan kecuali air tepung jagung. 
2. Masakkan sehingga mendideh. 
3. Masukkan air tepung jagung dan kacau lagi sehingga mendideh. 

PISANG REBUS + AIR BANDUNG SODA CINCAU + FRUIT COCKTAIL DRINK

 PISANG REBUS 

Bahan
 
pisang nangka 
kelapa parut muda 
gula perang [brown sugar] 
garam 

Cara 
1. Pisang dikeratkan kedua-dua hujungnya dan basuh. 
2. Masukkan pisang, air dan garam dalam periuk. 
3. Masakkan sehingga mendideh dan toskan air. 
4. Hidangkan dengan kelapa muda yg telah diparut
[boleh gunakan kelapa biasa tapi hanya gunakan yg putih saja] dan juga gula perang


AIR BANDUNG SODA CINCAU 

Bahan 
1 tin susu pekat 
2 liter air sejuk 
pewarna merah 
1 cawan cincau [cincang halus] 


1 gelas ice cream soda
ais kiub 

Cara 
1. Bancuhkan susu dan air juga pewarna. 
2. Masukkan dalam jug besar dan masukkan cincau dan ice cream soda. Kacau rata. 
3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan. 
FRUIT KOKTEL DRINK 

Bahan
 
1 liter oren susu 
1 cawan kecil [150 ml ] yogurt perisa buah 
1 tin fruit koktel 
ais ketul 

Cara 
Campurkan semua bahan dan hidangkan

RESEPI PILIHAN : DAGING MASAM MANIS & LEMAK CILI API REBUNG


DAGING MASAM MANIS 

Bahan 

500 daging [hiris nipis] 
5 s/b sos tomato 
5 s/b sos cili 
kunyit 
garam 
minyak 

Bahan Hiris 
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia 
2 biji cili merah 
2 biji cili hijau 

Cara 
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar. 
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut. 
3. Masukkan sos tomato dan sos cili. 
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati. 
5. Angkat dan hidangkan. 

LEMAK CILIAPI REBUNG 

Bahan-bahan
 
500 gm rebung jeruk 
50gm ikan bilis 
3 cawan santan pekat 
2 batang serai [ketuk] 
2 cawan air 
garam 

Bahan Mesin 
20 biji cili api 
3 ulas bawang kecil 
2 cm kunyit hidup 

Cara Memasak 
1. Rebuskan rebung dgn garam sehingga mendideh dan lembut. Toskan. 
2. Masukkan bahan mesin, serai, ikan bilis , rebung dan air dan didehkan perlahan sehingga daging lembut. 
3. Bila dah mendideh masukkan santan dan garam. 
4. Kacau supaya tidak naik minyak dan bila dah nampak pekat/elok masak boleh tutup api. 
4. Hidangkan dengan nasi putih.

01 June, 2011

Jun 1, 2011 - Sajian Untuk Tubuh Langsing Dan Sihat

Sajian Untuk Tubuh Langsing Dan Sihat
Dahl Murg Pedas
BAHAN-BAHAN:
800 gm ayam
50 gm bunga kubis
50 gm lobak merah
1 biji bawang besar } dicincang
1 cawan dadih
1 sudu besar minyak sayuran
Sedikit daun pudina
1 sudu teh garam masala
Sedikit halia (dihiris nipis)
Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Daun ketumbar
CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak sayuran. Masukkan bawang besar dan halia. Tumiskan selama 3 minit atau sehingga menjadi kekuningan.
2. Kemudian masukkan garam masala dan teruskan menumis selama beberapa minit.
3.Seterusnya masukkan dadih, daun pudina,ayam, lobak merah dan bunga kubis juga garam secukup rasa.
4.Tutup kuali dan masak dengan api yang kecil sehingga ayam menjadi lembut. Setelah masak, hiaskan dengan daun ketumbar.
Bebola Tauhu Bakar
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu } dilumatkan
40 gm lobak merah
10 gm daun bawang } dihiris
90 gm isi udang
1 biji putih telur } dipukul
25 gm bawang besar } dicincang
1 sudu besar perencah kari
1 sudu besar minyak sayuran
1 sudu besar tepung jagung
1 helai daun kunyit } dimayang halus
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan ke semua bahan kecualiminyaksayuran dan daun kunyit. Gaul sehinggasebati.
2. Bentuk adunan menjadi bebola.
3. Sapukan minyak sayuran pada loyang dan masukkan bebola tauhu ke dalam loyang. Seterusnya taburkan daun kunyit.
4. Bakar adunan pada suhu 180 darjah Celsiusselama 30 minit. Hiaskan di atas lada benggala yang dipotong seperti bunga.

07 April, 2011

Apr 7, 2011 [RESEPI ] - AYAM LEMON & MEE HOKKIEN

AYAM LEMON
BAHAN – BAHAN :
1 keping ayam
3 sudu sos lemon
2 sudu perahan limau kasturi
Bahan untuk salutan:
1 sudu tepung jagung
2 sudu tepung ubi
1/2 sudu tepung kek
1/2 sudu tepung naik sendiri
Air
BAHAN UNTUK PERASA :
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
Sedikit stok ayam
Sedikit lada sulah
CARA MEMBUAT :
1. Bersihkan ayam dan perapkan dengan bahan perasa selama lima minit.
2. Kemudian, gaulkan dengan pelbagai jenis tepung yang telah dibancuh bersama air. Goreng hingga warna keemasan. Potong kecil.
3. Siramkan ayam yang telah digoreng dengan sos lemon dan perahan limau kasturi. Sedia untuk dinikmati.

 
MI HOKKIEN
BAHAN – BAHAN :
500 gm mi hokkien / mi tebal
50 gm sawi
50 gm kubis
1 sudu bawang putih } dicincang halus
2 mangkuk sup
3 ekor udang saiz sederhana
5 keping hirisan kecil ayam
BAHAN UNTUK PERASA :
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil kicap
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil stok ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan hirisan ayam dan udang.
3. Masukkan sup dan biarkan hingga mendidih.
4. Kemudian, masukkan mi, sawi dan kubis.
5. Sebatikan dengan bahan untuk perasa.
6. Tutup kuali tiga hingga lima minit untuk keringkan sup.
7. Tambah sedikit minyak masak.
8. Kuatkan api hingga kuah kering.
9. Sedia untuk dihidangkan.

23 March, 2011

mar 23, 2011 [RESEPI] - SOTONG SOS GRATIAM & LALA HALIA

LALA HALIA
BAHAN-BAHAN :
100gm lala segar
50gm cendawan hitam
50gm daun bawang
50gm cili merah
50gm halia
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh kicap ikan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :
1. Masukkan halia serta cili merah yang siap dipotong ke dalam kuali dan tumis.
2. Selepas itu, masukkan pula lala dan sos tiram lalu kacau sebati.
3. Apabila lala sudah masak, masukkan cendawan hitam dan daun bawang.
4. Kacau dan masukkan sedikit air, garam dan kicap ikan secukup rasa.
5. Gaul hingga sebati dan hidangkan.

 
SOTONG SOS GRATIAM
BAHAN - BAHAN :
100gm sotong - dibersihkan dan dipotong
50gm bawang putih
1 sudu makan sos tiram
Sedikit garam dan gula sebagai penyedap rasa
CARA MEMBUATNYA :
1. Goreng sotong hingga garing dan angkat.
2. Bagi menyediakan sosnya bawang putih dikisar halus dan ditumis.
3. Masukkan sos tiram dan sedikit air garam bersama gula secukupnya
4. Akhir sekali campurkan sos bersama sotong.

15 March, 2011

Mar 15, 2011 [RESEPI] - NASI ARAB & AYAM BAKAR KUAH PERCIK

NASI ARAB
BAHAN-BAHAN A :
500 gram beras
3 biji cili hijau
2 biji tomato
700 ml air
BAHAN-BAHAN B – REMPAH
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu teh tomato puri
4 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh jintan manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Rempah kari

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan-bahan B, tomato dan cili hijau.
2. Kemudian masukkan air.
3. Masukkan beras kemudian biar sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

AYAM BAKAR KUAH PERCIK
BAHAN-BAHAN A :
500 gram dada ayam
4 biji bawang merah
2 cm halia
1 sudu teh cili kisar
BAHAN-BAHAN B :
250 ml santan
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT :
1. Gaulkan ayam bersama bahan A yang lain selama 1 jam.
2. Selepas itu bakar sehingga masak. Ketepikan.
3. Dalam pada itu panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan B yang dikisar sehingga kekuningan.
4. Masukkan santan dan kacau.
5. Masukkan garam secukup rasa dan tuang di atas ayam yang dibakar tadi.

08 March, 2011

Mar 8, 2011 [RESEPI] - SUHUN GORENG & DELIMA 2 MUSIM

SUHUN GORENG
BAHAN-BAHAN UNTUK MI :
250gm suhun - direndam sehingga lembut
1 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
100gm kubis
50gm kucai
50gm tauge
50gm ayam - dipotong kecil
50gm udang - dibersihkan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit kicap
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT :
1. Panaskan minyak lalu tumis bawang merah, bawang putih, cili sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, udang, kubis, dan suhun. Kacau seketika.
3. Masukkan pula kucai dan tauge. Bubuh pula sedikit kicap, garam dan gula secukup rasa.
4. Goreng suhun ini sehingga kekuningan dan masak.
DELIMA DUA MUSIM
BAHAN-BAHAN :
1 biji buah sengkuang Cina - dibersihkan dan dipotong dadu
Sedikit tepung ubi
Air untuk merebus
Sedikit pewarna merah
Sedikit santan yang telah direneh
Sedikit air gula putih
CARA MEMBUAT :
1. Sengkuang Cina yang telah dipotong dibasahkan terlebih dahulu.
2. Gaulkan ia dengan tepung ubi.
3. Sediakan periuk berisi air bercampur pewarna merah lalu dididihkan.
4. Masukkan ramuan sengkuang ke dalam periuk berisi air rebusan yang sedang mendidih.
5. Biarkan bebola sengkuang cina ini selama 5 minit.
6. Angkat setelah ia terapung dan cuci dengan air sejuk.
7. Masukkan bebola ini ke dalam cawan. Bubuhkan santan dan air gula ke dalamnya.
8. Sesuai dihidang sejuk.

03 March, 2011

Mar 3, 2011 [RESEPI] - MEE KUNG FU & ABC SPECIAL

MI KUNGFU
BAHAN-BAHAN UNTUK MI :
1 mangkuk mi
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
2 sudu kicap cair
CARA MEMBUAT :
1. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kering dan gaul sebati sampai cili masak.
2. Kemudian, masukkan kicap cair lalu masukkan mi. Kacau sampai mi masak.
BAHAN UNTUK KUAH :
2 ulas bawang putih
1 mangkuk air rebusan ayam
2 sudu sos tiram
2 sudu sos sotong
1 mangkuk kecil udang
1 mangkuk kecil potongan ayam
1 mangkuk kecil sotong
1 sudu tepung jagung
Garam
Sedikit sayuran
CARA MEMBUAT :
1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, sos sotong, ayam, sotong dan udang serta sayuran.
2. Akhir sekali masukkan air rebusan ayam, garam secukupnya dan tepung jagung bagi memekatkan kuah.
3. Setelah masak tuangkan kuah ke dalam mi yang telah siap digoreng tadi.
ABC SPECIAL
BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk ais } dikisar
1 sudu halwa kundur
1 sudu halwa buah pala
2 sudu air gula Melaka
2 sudu air gula } diwarnakan dengan pewarna merah
2 sudu susu sejat
1 sudu aiskrim
1 sudu jagung
CARA MEMBUAT :
1. Masukkan ais yang telah dikisar ke dalam mangkuk.
2. Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk ais tadi.
3. Sedia untuk dinikmati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...