Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label CERITA PANAS ARTIS. Show all posts
Showing posts with label CERITA PANAS ARTIS. Show all posts

11 June, 2014

Rockers pukul isteri depan orang ramai


Kuala Lumpur: Perbuatan seorang rockers terkenal memukul isterinya mengejutkan kakitangan dan pelanggan sehingga menimbulkan kekecohan sebuah bank di Ampang.

Malahan sebelum tiba di bank berkenaan, wanita itu sudah ditampar oleh suaminya dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu. Tak dapat menahan kesakitan Hanya selepas beberapa hari insiden itu berlaku, ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan rockers ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan suaminya.


Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock itu meminta isterinya membuat pengeluaran di bank berkenaan.

Menurut sumber, penyanyi rock itu bertindak sedemikian mungkin disebabkan gagal mengawal perasaan marah terhadap isterinya. - BH

29 November, 2013

Naemah Tayang Aset Buah Dada Di Majalah Mangga


buah-1
Siapa kenal pelakon ini ya?  Naemah nama dia. Gambar ini di ambil dari mangga online. Agak terkejut sedikit sebab kiranya seksi jugalah Naemah ni.
Siapa siapa kenal Naemah ni, kongsikan di sini , tak dapat cari info mengenainya dan jarang tengok drama-drama melayu.
Kalau ikut rupa paras biasa jela KAN.. Taktahulah korang sume macam mana. Tapi aset yang penting tu ditunjukkan baru dapat market sikit.
(Bagi yang pertama kali… Selain berita ini…kami menyajikan banyak lagi berita hangat dan menarik … layari bahagian utama dan terkini kami…anda pasti enjoy)
Hah! mungkin Naemah tak perasan kot, dan over excited masa photoshoot nih. Tapi bagi aku, aku rasa menyampah pun ada gak kadang-kadang. Yelah! bakat tak lah seberapa, tapi masa pose-pose depan camera kemain lagi ye – Mynewshub.my


Read more: http://berita-harian.net/hiburan/naemah-tayang-aset-buah-dada-di-majalah-mangga/#ixzz2m1P0iQZ8

Johan & Lana

Johan As’ari dan Lana Nordin
SETELAH beberapa waktu namanya dikaitkan bercinta dengan penyanyi popular, Shila Amzah, akhirnya pelakon, Johan As’ari dikhabarkan sudah melamar pelakon seksi, Lana Nordin untuk menjadi suri hidupnya.

Berita itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem atau drama.

Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa.

Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu.

Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri.

“Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya.

“Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” katanya.

Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin.

Pelakon filem Paku itu juga akui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan memimpin keluarga.

“Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjaid insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan.

“Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa,” katanya yang enggan berkongsi tarikh pernikahan.

Sejak bercinta, Johan memberitahu bahawa Lana sudah mengelak memakai skirt pendek.

“Saya nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya minta dia bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius,” katanya.

Ketika nama Shila Amzah dibangkitkan, Johan berkata sudah menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik.

Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya – Sinar Harian


Read more: http://berita-harian.net/hiburan/akhirnya-johan-asari-pilih-lana-nordin/#ixzz2m1NHrG2X

28 August, 2013

17 Gambar Percutian Ika Nabila Di Pulau

Pelakon yang boleh dikategorikan kontroversi, Ika Nabila dikatakan mengamuk di Laman Insta miliknya gara-gara terdapat peminat yang biadap di ruangan komen gambarnya.
Baru-baru ini, Ika Nabila telah berkongsi gambar-gambarnya bercuti di Thailand apabila salah satu gambarnya di komen oleh peminat dalam bentuk yang biadap.
Komen tersebut telah dibuang namun difahamkan peminat tersebut meminta gambar bogel milik Ika. Sentap dengan komen tersebut, Ika memuat naik gambar anjing di tepi pantai sambil membalas,
Naked picture? There you go! Tak payah biadap nak request gambar bogel ke bikini ke.. pi suruh mak kau, adik kakak kau post gambar bogel diorang kalau dah sangap sgt. Btw ini instagram aku suka hati aku lah nak post gambar babi hutan sekalipun :) if you got an eyesore, Unfollow me as simple as that.. aku tak hadap lah followers takde adab mcm korang :)
Santapan gambar percutiannya di Thailand selepas ini.
Sumber : Mediamalaya.com

19 August, 2013

Adila Telah Bertunang Dan Bukan Dengan Fahrin

on August 19th, 2013 by admin | No Comments »
KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2013: Sebagai seorang ahli perniagaan yang berkeecimpung dalam dunia penerbitan drama televisyen, Datin Zaiton Mohd Jiwa turut dikelaskan setaraf selebriti yang tidak dapat lari daripada terpalit kontroversi mengaitkan dirinya atau syarikatnya, Global Station Sdn Bhd.
8192013_zettybknfahrin-a
Apatah lagi apabila ramai mengetahui mengenai statusnya sebagai kakak kepada ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu suami kepada penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza, membuatkan Zaiton atau Kak Tin turut mendapat perhatian media.
Selain majlis rumah terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang berlangsung pada Sabtu lalu, Zaiton turut mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya, Zetty Adila Ramly yang berlangsung pada sebelah petang hari yang sama, 17 Ogos lalu.
Zetty Adila yang pernah dikatakan rapat dan menjadi teman wanita kepada aktor Fahrin Ahmad, telah mengikat tali pertungan dengan jejaka pilihan hatinya. Pihak Murai telah berjaya mendapatkan komen Zaiton mengenai majlis pertunangan ini.
“Memang dahulu anak saya pernah dikaitkan dengan pelakon Fahrin Ahmad kerana mereka sering dilihat bersama dan sebagainya. Tetapi anak saya sendiri sebenarnya tiada memberitahu mengenai sejauh mana hubungannya dan Fahrin jadi saya anggap mereka rapat atas urusan kerja.
“Anak saya turut terlibat di dalam produksi dan bertindak sebagai eksekutif produser. Mungkin perhubungan mereka yang pada asalnya melibatkan pelakon dan wakil produser itu disalah anggap bila sering dilihat bersama kerana komitmen Fahrin dengan syarikat kami.
“Tiada perkara untuk saya ulaskan kerana ini pilihan anak saya, cuma jejaka itu bukanlah berstatus selebriti,”ujar Zaiton ketika ditanya mengenai status hubungan anaknya Zetty Adila yang pernah digosipkan dengan Fahrin Ahmad.

05 August, 2013

Takziah : Rosnah Mohd Noor ,Pelakon Era 80-an Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu Rosnah Mohd Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini.
Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.
“Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.
Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selapas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Gambar fail yang dirakamkan pada Februari lalu menunjukkan Rosnah bersama keluarganya di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranyaHantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra,24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.-mstar online

GEMPAR! Aidil Sah Cerai Talak Satu Dengan Rita Rudaini

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku ‘perang SMS’ di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: “Aku ceraikan kau talak satu.”
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.
Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.-mstar online
p/s : apa komen anda dengan tindakan Aidil?Wajarkah?Adakah Zubir juga harus dipersalahkan kerana dengan tulisannya menjadikan Aidil hilang sabar?

01 August, 2013

Haniz Zalikha Bingung Bekas Kekasih Sebarkan Gambarnya


Hanis ZalikhaPenulis blog yang kini semakin dikenali sebagai pelakon dan pengacara, Haniz Zalikha tidak tahu punca gambar mesranya bersama seorang lelaki, tersebar luas di internet baru-baru ini. Namun Hanis mengakui lelaki dalam gambar tesebut merupakan teman lelakinya namun hubungan mereka telah lama putus.
“Lelaki tu bekas teman lelaki saya dan sebenarnya gambar tu gambar dua tahun lepas. Dia yang muat naik gambar tu di Instagram dia. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin tiba-tiba dia terkenang kembali kot… “, katanya sambil tersenyum.
Pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, diminta mengulas mengenai isu gambar dia bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya. Gara-gara gambar tersebut, ramai yang mengutuk dan menganggap Hanis suka propa.
Tambah Hanis, pada awalnya dia tidak ambil pusing mengenai gambar tersebut. Tetapi apabila berita itu keluar di akhbar timbul rasa kurang senang dalam dirinya. Pun begitu Hanis menjadikan perkara itu sebagai asam garam dalam dunia artis.
“Mula-mula saya tak kisah sangat, sebab yang upload tu dia bukan saya. Tapi bila dah keluar di surat khabar, saya rasa tak best. Tapi apa yang saya tahu, dia dah delete gambar tu.
“Bagi saya, ini semua lumrah. Banyak yang masih saya yang perlu belajar untuk berdepan dengan situasi macam ni. Tapi sebagai artis, saya faham yang orang akan sentiasa nak tahu tentang kita. Orang yang tak senang dengan kita tu akan sentiasa ada. Itu perkara biasa. Saya juga banyak bertanyakan pada rakan artis yang berpegalaman seperti Lisa Surihani dari segi kerja dan macam mana nak berdepan dengan situasi kalau terjadi hal-hal begini “, ujarnya yang menyatakan sehingga kini dirinya masih solo.
Sementara itu menyentuh tentang kerjaya, tidak sampai setahun bergelar anak seni, Hanis sudah boleh bergembira dengan pencapaiannya setakat hari ini. Banyak peluang diperoleh apabila dia diberi kepercayaan mengacara beberapa program di pelbagai saluran televisyen.
Antarannya seperti Raikan Cinta Musim 2 (saluran Astro), Muzik Ekstra (RTM), Mad Market (TV9) dan pada 15 Jun ini buat pertama kali dia diberi tanggujawab besar, sebagai salah seorang hos bagi mengacarakan acara karpet merah di Anugerah Blockbuster 2.
“Alhamdulillah, saya syukur dengan apa yang saya kecapi setakat ini. Perasaan tu tak tahu nak gambarkan macam mana, rasa bercampur baur. Buat masa ini fokus saya lebih kepada pengacaraan. Banyak lagi yang saya kena belajar.
“Untuk mantapkan lagi gaya pengacaraan saya, saya juga akan ikuti kelas dengan Pak Nil (Aznil Hj. Nawawi). Selain tu sebenarnya saya rindu juga nak berlakon. Dulu cuba-cuba jer, tapi sekarang ni saya jadi minat pula. Kalau ada tawaran dan sesuai dengan jadual saya, InsyaAllah saya akan pertimbangkan” katanya yang pernah muncul dalam filem Gangster Celop. – Malaysian Digest

31 July, 2013

(Video) Nasib seorang janda, terkangkang jua akhirnya…

Sekadar gambar hiasan

Ringan-ringankan kepala yang sedang memikir apa juadah untuk berbuka karang.
Jom tonton video Nasib Seorang Janda di bawah ini.
Yup, video ini memang sudah lama, tahun 2000 lagi, zaman tu jarang ada video-video parody, kalau ada pun live punya…ehehe!
Jom lah layan seketika!

Isu Ditangkap Tidak Puasa Tak Jejaskan Lana Nordin


PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menyifatkan isu kononnya dia ditangkap gara-gara tidak berpuasa dan meminum arak di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong pada 12 Julai lalu langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai seorang selebriti.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil.
“Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata.
“Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya.
“Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Lana, dia juga sering membuat lawak dengan isu diri ditangkap dengan teman-temannya kerana menganggap ia satu perkara yang tidak berasas lebih-lebih lagi dikatakan meminum arak sedangkan dia tidak pernah mengambil minuman keras.
“Diakui, saya seorang yang gemar ke kelab, tetapi tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Saya dah biasa orang selalu memberi tafsiran negatif berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran,” ujarnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharunya, Lana bakal muncul menerusi drama Jodoh Itu Milik Kita yang akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.
Bagaimanapun, Lana berasa kesal apabila ramai penerbit menganggap dia sudah meletakkan harga bayaran yang tinggi sejak dicalon untuk Pelakon Pembantu Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) tahun lalu.
“Sejak dicalonkan dalam FFM, saya semakin kurang menerima tawaran lakonan. Tak faham dibuatnya, saya bukannya menang, tetapi ramai penerbit menganggap harga saya dah naik.
“Jadi mereka takut untuk mengambil saya berlakon. Sedangkan, harga bayaran lakonan saya masih lagi macam biasa. Saya harap menerusi kenyataan ini, mereka tidak salah anggap lagi,” tuturnya.

30 July, 2013

[DUNIA ARTIS] WOW!!! GAMBAR NORA DANISH BERKEMBAN SELEPAS MANDI.


Hari ni ramai yang frust bila artis cantik si Nora Danish tu digossipkan ada hubungan dengan anak Nazri Aziz.. Biasalah beb.., pompuan ni akan suka kalau lelaki tu banyak duit dan kaya raya.. Tak hensem pun takpa janji mahsyukkkk...

Dan kebanyakan pompuan cantik ni bersikap materialistik kononnya kemewahan sajalah yang mampu bahagiakan dorang sampai ke liang lahad.. Tapi sebaliknya yang kita selalu tengok.., tak bertahan lama pun jangka hayat perkahwinan artis cantik yang kawin dengan lelaki kaya..

Nak buat macam mana kannn..., last-last tak ada jodoh jugak jadi alasan dorang padahal kita pun tahu takkan kemana kalau kawin berasaskan kerana harta benda ni..

So..., untuk meredakan hati peminat-peminat Nora Danish (khususnya lelaki) yang tengah frust tu.., gua letakkan gambar Nora Danish yang super cute ni.. Semoga reda lah kekecewaan tu ye.. Kikikiki....

SUPER HOT!!! NORA DANISH KANTOI DENGAN ANAK MENTERI DI DANNOK THAILAND??


Terkini mengenai pelakon Nora Danish, beliau elalui akaun instagramnya telah berkongsi gambar-gambarnya bersama anak Menteri Perlancongan, Nadeem, dan juga rakan-rakan produksi yang lain ketika melawat keluarga salah seorang kru produksi yang meninggal dunia di utara tanahair.

TIdak cukup dengan itu, beberapa keping gambar lain turut dimuat naik ketika berdua-duaan dalam lif, dan juga ketika makan di sebuah restoran di Danok, Thailand.


Gua rasa kalau setakat pergi makan-makan dan menziarah kengkawan, itu tak jadi hal beb.. Cuma biasalah mulut orang kann.., naik lif hotel tu nak buat apa pulak??

Itu boleh menimbulkan gossip yang terlampau tu beb.. Nasihat gua.., kalau hati dah berkenan.., kawin je lahh.. Itu akan mencegah dari menimbulkan persepsi buruk dari orang ramai.. Tak gitu?

GAMBAR LANA NORDIN BERAKSI MANJA DALAM INSTAGRAM.


Jika sebelum ini Lana Nordin tampil dengan gaya agak seksi dan melampau sehingga sering dihentam dan dikritik peminat, kali ini pula Lana Nordin dilihat mengubah sedikit cara penampilannya kepada gaya manja dan comel. 

Masih mengekalkan gimik muka dan senyuman, Lana kelihatan lebih cantik, ayu dan berseri-seri.

Lebih menarik, tiada respon atau komen negatif dari peminat diterima Lana di akaun Instagram miliknya berkenaan gaya terkini beliau ini.

Mungkin ramai yang dah kena block kot ke ramai yang dah faham pendirian Lana? Anyway, jom layan beberapa keping gambar Lana Nordin yang tampil dengan gaya manja. - cerita kosong



26 July, 2013

Artis ini NAFI minum arak


[MStar] PETALING JAYA: Pelakon baru, Ika Nabila berkata dakwaan bahawa dia seorang peminum arak seperti dalam foto yang tersebar di internet merupakan satu fitnah semata-mata. Ika menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia adalah jus sparkling. Ika yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto berkenaan. "Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya. "Dan air itu bukanlah air arak seperti yang disangkakan. Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke. "Saya percaya ini perbuatan khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya," jelasnya yang dihubungi mStar Online di sini, Ahad. Ika berkata demikian ketika mengulas foto yang disebarkan oleh sebuah blog hiburan. Dalam foto tersebut, Ika bersama rakan-rakannya termasuk Mimi Haris menghadiri sebuah parti sambil memegang gelas yang didakwa alkohol. Tambah Ika, dia tahu walaupun telah memberikan penjelasan, masih ada orang yang akan percaya perkara yang tidak dilakukannya itu. "Terpulanglah apa orang nak kata, yang penting saya telah membuat penjelasan dan tahu batas-batas sebagai seorang artis yang perlu dijaga. "Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya. "Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita," tuturnya. Pelakon yang sedang meningkat naik itu kini menjalani penggambaran drama 'Apa Celop' yang bakal disiarkan pada 20 Februari nanti di TV3

22 July, 2013

Gambar2 Kontroversi Minggu ini .

Anzalna + Fasha Sanda

Azza elite & pakaian ketat

ashraf muslim + isteri baru - wan sakinah 

19 July, 2013

ABBY ABADI DAN FARHAN SUDAH 12 HARI BERNIKAH


Abby Abadi akhirnya mendedahkan beliau sudah sah bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagaiFarhan sejak 12 hari lalu. Ini menamatkan gosip liar mengenai Abby yang dilihat semakin berani memuat naik gambarnya di akaun Instagramnya bersama lelaki lain dan ianya menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
abby abadi dan farhan bernikah
“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian. Allah kami dahulukan. InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan, ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal, Allah tunjukkan jalan ke sini. Syukur,” kongsi Abby di akaun Instagramnya.
abby abadi sah bernikah
Tahniah buat Abby Abadi dan Farhan. Semoga jogoh kalian dirahmati-Nya.

06 July, 2013

Metallica gegar KL


Kuala Lumpur: ‘Mimpi’ peminat kumpulan ‘heavy metal’ legenda dunia, Metallica di negara ini untuk menonton persembahan kumpulan itu di depan mata akhirnya menjadi kenyataan apabila Metallica mengesahkan akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka, di sini, pada 21 Ogos ini jam 9 malam.
Metallica yang dianggotai James Hetfield (vokal, gitar), Kirk Hammett (gitar), Lars Ulrich (dram) dan Robert Trujillo (bass) dalam kenyataan di laman web rasmi kumpulan itu kelmarin berkata, Kuala Lumpur bakal menjadi lokasi persinggahan mereka buat pertama kali dalam konsert jelajah di Asia Tenggara.

Selain Kuala Lumpur, Metallica turut singgah di Singapura pada 24 Ogos dan Jakarta, Indonesia pada 25 Ogos.

7 Artis Wanita Malaysia Berbibir Seksi (Gambar)


Salam sejahtera, kali ini bukan artis luar negara mahupun artis Korea tetapi Artis Wanita Malaysia yang mempunyai bibir yang seksi dan menawan. Setelah ditenung dan dikaji secara teliti, beberapa orang artis wanita ini bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik, tetapi mempunyai bakat yang kian menyerlah.
Nak tahu siapakah artis-artis tersebut, mari kita sama-sama lihat gambar pose dengan bibir seksi mereka ini:
1. Diana Danielle

2. Lisa Surihani

3. Neelofa
 

4. Izara Aishah

5. Juliana Evans

6. Marsha Londoh

7. Tiz Zaqyah

Bibir hot mama yg palig seksi jatuh kepada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...