Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

31 March, 2011

Mar 31, 2011 - CUTI 3 HARI

Salam ....
Buat follower setia blog ni ...di ucapkan terima kasih
Tapi nk bagi tau ...esok until Sunday ...aku akan bercuti...
So tak der lah post2 pada hari2 tu ......

maybe co-blogger boleh update something buat tatapan follower...
if have something to update....go ahead & update.

until next week ...bye

Mar 31, 2011 [HIBURAN] - Top 10 artis wanita Malaysia paling seksi

Top 10 artis wanita Malaysia paling seksi



Hasil kajian mendapati Fasha Sandha merupakan artis wanita paling seksi dengan peratus undian tertinggi yaitu 14.76% (578 undian), diikuti janda kontroversi popular yang tak jadi pencen berlakon, Rozita Che Wan sebanyak 10.31% (404 undian). tempat ke-3 dan seterusnya:

mar 31, 2011 [INFO] - Burger KFC ada cacing mati!

Burger KFC ada cacing mati!




Eww! Nak termontah kalau gi KFC beli burger sat lagi tengah sedap makan, ops! Ada cacing mampuslah. Rilek lu der, kejadian ni bukan berlaku di Malaysia tapi di China kot? Kat Malaysia KFC-nye bersih punye.. Konfom, cumeeeeeeeeeee… Servis lembab like shit especially drive thru kan. Lagi gambar cacing dalam burger KFC after the jump.

Mar 31, 2011 [AKHBAR] - Pelanggan, gadis urut takut terbakar lari bertuala

Pelanggan, gadis urut takut terbakar lari bertuala

KUALA LUMPUR: Seorang pelanggan pusat refleksologi bersama tukang urut wanita warga Indonesia berusia 20-an berlari dengan hanya bertuala selepas premis terbabit yang terletak di tingkat atas sebuah pasar raya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, terbakar petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pusat refleksologi itu yang beroperasi tanpa permit terbakar kira-kira 70 peratus dipercayai akibat letupan berpunca dari wayar elektrik yang bermula di bahagian dapur di tingkat sama.

Saksi kejadian, seorang penjual kerongsang di kaki lima bangunan itu, Umi Kalsom Mohd Noor, 50, berkata dia terkejut selepas ternampak kira-kira 15 orang termasuk seorang lelaki dan wanita yang hanya bertuala kelam-kabut berlari turun dari pusat refleksologi berkenaan.

Menurutnya, pasangan itu mungkin berurut dan tidak sempat mengenakan pakaian mereka selepas bahagian dapur pusat itu terbakar.

“Saya bukan sahaja terkejut melihat kelibat pasangan itu yang hanya memakai tuala, tetapi turut berasa takut seluruh bangunan ini akan terbakar selepas melihat asap tebal dari tingkat satu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, tindakan pantas pengurusan pasar raya menutup punca bekalan elektrik di premis berkenaan yang terletak di tingkat bawah menyebabkan api dapat dikawal.Sementara itu, seorang pekerja pasar raya yang terperangkap di tingkat dua bangunan itu yang dijadikan asrama pekerja risau dokumen peribadinya terbakar dalam kejadian itu.

Sahifah Tun Nur, 49, berkata dia tidak risaukan nyawanya sebaliknya terfikir untuk terjun bagi menyelamatkan dokumen peribadinya.“Saya tidak dapat turun melalui tangga akibat asap tebal di pintu depan dan belakang dan diselamatkan anggota bomba yang memecahkan cermin depan,” katanya

Mar 31, 2011 [AKHBAR] - Belasah isteri hamil mengidam

Belasah isteri hamil mengidam

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.
Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Mar 31, 2011 [AKHBAR] - Isteri tekad akhiri derita

Isteri tekad akhiri derita




SEORANG wanita menunjukkan tingkap rumahnya yang dipalang selepas mendakwa cuba dipecahkan suaminya di Padang Sera, Jitra semalam.



JITRA – “Penderitaan selama saya hidup bersama bekas suami sangat perit dan saya sudah serik. Hanya Allah yang tahu bagaimana seksanya saya sejak bernikah dengan dia (suami) lima tahun lalu.
“Walau apa pun yang terjadi, saya tetap dengan keputusan saya dan tidak akan kembali kepadanya. Muktamad!”
Kata-kata itu diluahkan oleh seorang wanita berusia 34 tahun bagi mempertahankan dirinya selepas dia didakwa membeli surat cerai taklik palsu dari Songkhla, Thailand untuk bercerai dengan suaminya, 43.
Menurut wanita itu, dakwaan itu tidak berasas kerana dia memliki surat itu secara sah daripada The Islamic Committee of Songkhla.
Katanya, dakwaan suaminya mengatakan ia palsu dan dibeli hanyalah omongan kosong semata-mata.
“Suami saya menunjukkan perangai sebenar selepas bernikah. Dia jenis yang panas baran selain suka memukul dan menendang saya jika bertengkar.
“Sejak kami bernikah di Songkhla, Thailand pada 2006, saya terpaksa bekerja untuk menanggung perbelanjaan keluarga sedangkan dia langsung tidak ambil pusing kerana dia tinggal bersama isteri pertamanya di Arau, Perlis.

30 March, 2011

Mar 30, 2011 [AKHBAR] - Korban cinta tidak berbalas

Korban cinta tidak berbalas

DI SINI...rumah sewa tempat mangsa dibunuh, semalam.
DI SINI...rumah sewa tempat mangsa dibunuh, semalam.
KESAN DARAH...tempat mangsa tidur ketika ditikam.
KESAN DARAH...tempat mangsa tidur ketika ditikam.
MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.
Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.
Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu.“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

29 March, 2011

Mar 29, 2011 - Mutiara Kata

DUNIA INI ADALAH PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH.

Mar 29, 2010 - Weekend yang SEJUK & `MENGENYANGKAN'

Assalamualaikum ...berjumpa lagi
ari nie, nak citer pasai aktiviti aku pada weekend yang lalu ......quite wonderful weekend ....

Aku balik kampong lagi minggu ni....skrg ni almost every week aku balik kampong
Kadang2 tu 2-3x dalam seminggu ....Tu lah untungnya kahwin orang dekat ...
Rumah aku approximately 15 minit jer perjalanan ngan umah mak aku ... so tk der masalah nak
berulang 3-4x pun .....

abis jer keje ari jumaat tu , aku terus balik kerumah org tua aku ....pas maghrib juga la....
pergi pekan dulu withdraw duit ....beli sikit barang . siap semua baru bertolak . Dalam perjalanan
sempat lagi singgah pasar malam kat simpang 4 sidam kanan tu .....org sidam panggil kepala titi ....
beli murtabak posmen 2 biji , beli putu mayam & beli durian 3 biji .  Dalam Avanza aku terlupa nak bagi tau ada 43 biji kelapa.....aku bawa balik nak bagi mak aku... mak aku kan jual kuih ...so banyak guna kelapa la.....

Malam tu hujan tak berhenti-henti ....bukan malam tu saja....sampai pagi ahad......tk berhenti2....
malam aktiviti macam biasa lah.....tengok tV ...and tido . Sebenarnya, aku bawa turun kelapa tu kat satu ceruk kat umah org tua aku ...dia tk tau pun...

Malam tu lbh kurang kul 2 pagi ...abang aku pula sampai dari Sri Manjung. Mmg kita dh janji nak bermalam kat umah org tua aku minggu tu .....dia balik ngan famili dia .....Dia pula bawa balik selungguk durian dari bukit gantang... letak dekat satu ceruk lagi ....

Bngun pagi tu ...adik aku yang bongsu merungut ...sorang abang bawa balik kelapa satu ceruk & sorang lagi bawa balik durian satu ceruk .....

Pagi tu ..pas buat kuih , mak aku buat pulut ....rasanya sekilo lebih juga lah....apa lagi ramai2 pakat makan durian ngan pulut ....kenyang tak terkata ari tu .

sambil makan, dh berbincang pula menu lunch .....aku ada satu favourite menu bila balik kampong .
macam tu juga lah abang aku .....kalau aku ...Gulai Pisang ngan Ikan bilis + Tamban Kering ......manakala abang aku pula favourite dia gulai ikan temenung jer ( ikan kembung). so pas berbincang ....buat keputusan ari tu makan gulai pisang .....kat luar hujan masih tak berhenti....

so lps jer breakfast pulut durian tu ...aku & wife + adik2 aku 2 org pergi ke Pekan Sabtu kuala ketil ...
dapat lah cari pisang emas muda2 sikat..... balik jer ...terus masak ...sekali ngan aku sekali masak....
aku mmg suka masak kalau ari cuti....tak caya...tnya wife aku ....

So tengahari tu ...makan pula gulai pisang ngan ikan tamban goreng... punya lah banyak makan nasi ari tu ....Pas makan kenyang apa lagi.....bum terus la....perut kenyang...kat luar pula hujan tk renti2....

Tapi tido pun tk lama ....sbb ptg tu nak kn pegi visit anak ke-2 aku kat asrama.... so kul 4 dh bertolak balik ke sidam....janganla terkejut ...asrama tu cuma belakang rumah aku jer.....Maktab Mahmud Kulim ....so pas pegi jumpa angah ..aku balik umah kejap ambik kain baju 2-3 helai ....sebab cadang nya nk bermalam lagi satu malam kat umah org tua aku ......

ok lah...panjang dh citer niiiii. dipendekkan citer ...ptg tu turn abang aku & kakak ipar aku pula
buat mee kuah isi ketam.......ermmm boleh tahan gak sedapnya....tu menu makan petang yang dibawa ke malam ........malam nya aku melayan siaran langsung bola M'sia lwn etoile FC  kat 801 ARENA....
wife aku pula sibuk di dapur buat cucur tempek ( org kedah panggil PANCAKE)....makan ngan durian .....mak oi....tak renti2 makan .....malam tu nk tidor..punya lah mengah ....sengkak perut...

hingga jumpa lagi ....salam

Mar 29, 2011 [ADDIN] - Pembuka pintu berkat

Pembuka pintu berkat

GOLONGAN ASNAF...tiada yang lebih menggembirakan apabila dapat membantu golongan kurang bernasib baik.
GOLONGAN ASNAF...tiada yang lebih menggembirakan apabila dapat membantu golongan kurang bernasib baik.
SETIAP manusia sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali merangkumi kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri dan anak yang baik.
Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha.

Teruskan berusaha kerana setiap kejayaan pastinya memerlukan kerja keras tanpa berputus asa melaksanakannya.
Bersikap reda dan bertawakal supaya Allah memberkati segala yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki untuk hamba-Nya.
Semua yang berlaku atas izin-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang diterima.

Jika mereka bertawakal kepada Allah maka Allah pasti mencukupkan keperluannya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Barang siapa yang me�nyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesung�guhnya Allah menyampaikan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.” (Surah at-Taalaq ayat 3).

Namun tahukah kita sikap memberi atau bersedekah mempunyai kelebihan dalam urusan pencarian harta. Malah ia membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang melakukannya.

Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki sese�orang hamba. Allah berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu? Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang; mempu�nyai rumah yang luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negara .

Namun dalam erti kata sebenar, kehidupan kita tidak berstatus kerana ada kalanya kita berada di atas dan begitulah sebaliknya. Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu tetapi kita perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.

Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.

Bersifat individualistik melambangkan seorang itu tidak berhati perut, sukar didekati dan orang ramai tidak menghormatinya. Walaupun memberi dalam kuantiti sedikit tetapi sedikit itulah keberkatannya.

Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang diterapkan dalam diri kita. Sabda Rasulullah:

“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).

Beri setakat mana termampu dulu kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Rasulullah bersabda:

“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).

Allah berfirman:

“Orang-orang yang menaf�kahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak me�nyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah ayat 262).

Apabila bersedekah, kita mesti iringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan.

Rasulullah berbual dengan sahabat, maksudnya:

“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu).

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.

Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Seelok-eloknya, galakkan diri bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin dan memerlukan sebelum melaksanakannya kepada orang lain.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedekah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan.” (Riwayat At-Tirmidzi).

Bersedekah boleh meringan�kan bebanan orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Rasulullah bersabda:

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

Justeru, beberapa perkara perlu diambil perhatian demi kesempurnaan amalan sedekah antaranya barang yang disedekahkan mestilah baik. Tidak wajar sama sekali barang yang disedekahkan itu kita sendiri tidak tergamak menggunakannya.

Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

Kemudian sesuatu yang disedekahkan mesti halal.

Sunat jika bersedekah dengan benda atau barang yang disukai dan disayangi tidak kira ia banyak atau sedikit. Allah berfirman yang bermaksud:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran ayat 92).

Jangan sesekali bersedekah kemudian mengungkit, merungut dan menyakiti hati orang yang menerima kerana perbuatan itu haram serta merosakkan amalan sedekah.
Pegawai Pengurusan Dakwah Munirah Care, Muhammad Khusairi Abdullah, berkata galakan kepada umat Islam bersedekah perlu supaya umat Islam terbela.

“Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal. Perbuatan ini lebih dekat kepada keikhlasan kerana menjauhkan diri daripada riak hingga merosakkan amalan.

“Penumpuan perlu diberikan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Mereka terdiri daripada golongan fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), al-gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikannya), fisabilillah (berjuang di jalan Allah) serta ibnu sabil (musafir yang terputus bekalannya di perantauan).

“Setiap kali bersedekah pastikan niat kita ikhlas kerana Allah. Jika kita menderma hanya sekadar untuk mendapat pujian, nama atau pangkat ia tidak memberi sebarang makna,” katanya.

Beliau berkata, sedekah membuatkan seorang Muslim mendapat pelbagai nikmat dan kesan kehebatan sedekah itu dapat dirasai ketika berada di dunia lagi.

“Orang yang istiqamah bersedekah atau berinfak hartanya mudah menerima ilmu Allah, terhindar daripada penyakit, jiwa sentiasa tenteram dan menghapuskan sifat bakhil yang bersarang dalam diri.

“Tidak kira siapa kita sama ada kaya atau kurang hartanya mesti berusaha dan bersedia untuk bersedekah. Umpamanya jika kita mempunyai wang RM10 tidak mengapa jika bersedekah sebanyak RM1 kerana yang penting keikhlasan itu mendapat nilaian istimewa daripada Allah,” katanya.

Beliau berkata ganjaran kepada mereka yang bersedekah cukup besar kerana apa saja yang mereka infak itu pahala terus diterima secara berkekalan.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”

“Dari hadis berkenaan membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan sebelum mata tutup buat selamanya. Jika kita sedekahkan al-Quran atau sejadah untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap sampai kepada kita. Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar,” katanya.

Mar 29, 2011 [ADDIN] - Marah punca masalah besar

Marah punca masalah besar

KITA sebagai manusia biasa, semestinya ada kekurangan dalam diri. Begitulah fitrah kejadian manusia. Sebab itu, kita dianjurkan Islam untuk sentiasa ingat-mengingati sesama Muslim supaya kekurangan itu dapat diatasi dengan cara yang terbaik.
Marah adalah sifat yang ada dalam diri setiap manusia. Sifat itu dicipta bagi menilai sejauh mana tahap kesempurnaan iman seseorang Muslim.
Bagi Muslim yang benar-benar memiliki takwa, sememangnya mudah untuk menghindari sifat marah dalam diri. Sifat marah dikatakan antara punca berlakunya masalah yang lebih besar.

Jika seseorang tidak dapat mengawal perasaan marah, pergaduhan besar boleh berlaku, malah tidak mustahil hingga mendorong pembunuhan yang dahsyat.
Syaitan sentiasa mengimpikan manusia tinggal bersamanya di neraka, lantas melakukan apa saja untuk mencapai impiannya itu.
Justeru, setiap individu Muslim harus sedar, jika mereka gagal mengawal kemarahan dalam diri, bererti mereka tewas dengan tipu muslihat syaitan.

Menjauhi sifat marah antara nasihat peninggalan Rasulullah. Perkara itu dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki (Abu Darda’) berkata kepada Rasulullah: “Berikanlah aku nasihat,” Bagi�nda bersabda: “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi menjawab: “Jangan marah”. (Hadis riwayat Bukhari).

Perkara ini dijelaskan lagi Rasulullah dalam sebuah hadis lain. Pada satu ketika, terdapat dua orang yang saling mencela di sisi Rasulullah. Seorang mencela lawannya dengan penuh kemarahan hingga berubah wajahnya. Maka Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya aku ajarkan satu kalimah yang kalau diucap�kan, pasti hilang apa yang ada padanya. Iaitu sekiranya dia mengucapkan: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan syaitan berusaha memanfaatkan sifat marah bagi memporak-perandakan umat Islam. Sifat marah dalam diri adalah musuh utama manusia.

Sememangnya umat Islam dikehendaki sentiasa memohon perlindungan daripada Allah supaya dijauhkan daripada syaitan yang dilaknat.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200).

Selain itu, secara jelas, Islam memberi jalan penyelesaian bagi mengawal marah. Antara�nya seperti yang terdapat dalam hadis di atas iaitu dengan membaca ta’awwuz (a’uzu billahi min al-shaytan al-rajim).

Kalimah itu diajar Rasulullah kepada sahabat untuk me�ngawal rasa marah.

Rasulullah juga menganjurkan supaya umat Islam yang sedang dikuasai sifat marah untuk mengubah keadaan fizikal mereka ketika itu.

Umpamanya apabila sese�orang itu sedang marah dalam keadaan berdiri, dianjurkan supaya dia duduk.

Sabda Rasulullah: “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

Begitulah keindahan Islam yang amat prihatin terhadap umatnya. Pelbagai cara dan kaedah dianjurkan bagi mengatasi sifat marah. Secara logik�nya, jika seseorang itu marah, dan dalam keadaan berdiri, pelbagai keadaan negatif boleh terjadi jika tidak dikawal dengan cara yang terbaik.

Rasulullah menganjurkan supaya orang yang sedang marah itu duduk dan baring jika rasa marah tidak berkurangan. Umat Islam juga dianjurkan untuk diam daripada berkata-kata ketika marah.

Bayangkan jika rasa marah tidak dapat dikawal, sudah pasti pelbagai kata-kata kesat dan kurang sopan terhambur keluar. Begitu hebat senjata syaitan ini yang tidak jemu menyesatkan manusia.

Sabda Rasulullah: “Apabila di antara kamu marah, maka diam�lah.” (Hadis riwayat Ahmad).

Dalam hal ini, sifat sabar amat diperlukan.

Tanpa kesabaran, tidak mung�kin seseorang itu boleh diam ketika marah sedang menguasai diri.

Justeru, wajar untuk menanam sifat sabar dalam diri lebih-lebih lagi ketika marah. Firman Allah dalam al-Quran: “Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.” (Surah al-Ma’arij, ayat 5).

Jika sifat sabar dapat ditanam dalam diri, nescaya rasa marah sukar menguasai jiwa dan akal seseorang Muslim.

Oleh sebab itu, darjat orang-orang yang sabar amat tinggi di sisi Allah.
Terdapat banyak ayat menyatakan sesungguh�nya Allah sentiasa bersama-sama golongan yang sabar. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 66).

Rasulullah amat menyukai orang yang sabar. Baginda pernah memuji seorang sahabatnya Asyaj ‘Abd al-Qays yang memiliki sifat lemah lembut khususnya sabar.

Rasulullah bersabda: “Sesung�guhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah iaitu sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa).” (Hadis riwayat Muslim).

Menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah, sifat sabar boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Kategori sabar yang pertama ialah sabar ketika melaksanakan perintah Allah, kedua adalah sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan jenis yang ketiga adalah sabar ketika ditimpa ujian (musibah).

Selain itu, Islam juga me�nganjurkan orang yang sedang marah segera me�ngambil wuduk. Selain berfungsi sebagai penghapus dosa-dosa kecil, wuduk juga boleh menghilang�kan perasaan marah.

Sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguh�nya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

Banyakkan mengingati Allah dengan cara berzikir kepadanya antara cara terbaik mengawal perasaan marah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati pasti menjadi tenang dan tenteram.

Jika hati dipenuhi zikrullah, syaitan tidak akan dapat bersarang di dalamnya. Firman Allah: “Ingatlah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra’d, ayat 28).

Rasulullah menganjurkan kita berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku dapat berbicara yang benar ketika marah dan reda.” (Hadis riwayat al-Nasa’i).

Pengiktirafan yang tinggi diberikan kepada mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah. Sabda Rasulullah: “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti (bergaduh), tetapi kekuatan sebenarnya adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi).

Rasulullah menyatakan ganjaran akhirat bagi mereka yang berjaya mengawal perasaan marahnya menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah pasti memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari syurga.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidzi).

Mar 29, 2011 [AKHBAR] - ‘port’ pemuas nafsu

‘port’ pemuas nafsu

MELAKA: Seorang remaja perempuan mengaku ketagih seks sejak setahun lalu apabila menjadikan tandas awam di pekan Bemban, Jasin sebagai ‘port asmara’ dengan kekasihnya.
Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia membeli kondom terlebih dulu sebagai ‘persediaan’ bagi memuaskan nafsu bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu masih belajar di sekolah sama.

Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya.

Pendedahan itu dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai syarak dan penduduk selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di Kesang, Jasin, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Remaja itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun, hasrat pasangan terbabit menjadikan rumah keluarga perempuan berkenaan sebagai tempat maksiat tidak tercapai apabila diberkas dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), untuk siasatan dan tindakan lanjut.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah bersamanya.

Katanya, sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan perkara terlarang sehingga melakukan seks dengan memilih tandas awam sebagai tempat melakukan perbuatan itu.

“Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu.

“Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman lelakinya itu.

“Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu,” katanya.

Rahimin berkata, serbuan dilakukan selepas pegawai syarak terbabit menerima aduan menyatakan ada seorang lelaki dipercayai bukan muhrim masuk ke rumah selepas penemuan sebuah motosikal yang diletakkan secara tersorok di belakang kediaman keluarga perempuan berkenaan.

Katanya, bertindak daripada maklumat itu, pegawai syarak bersama penduduk ke rumah berkenaan dan selepas beberapa kali memberi salam pintu dibuka oleh remaja perempuan terbabit.

“Pemeriksaan menemui seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan dan soal siasat dijalankan mendapati dia tidak mempunyai hubungan mahram bersama remaja itu.

“Ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam rumah berkenaan dan ibu bapa dan anggota keluarga lain perempuan itu pulang ke kampung,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit datang ke rumah itu sejam setengah sebelum serbuan dilakukan

Mar 29, 2011 [AKHBAR] - Isteri ‘jerat’ suami

Isteri ‘jerat’ suami

SEREMBAN: Akibat tidak tahan dengan tabiat suaminya yang dipercayai gemarkan ‘wanita muda’, seorang wanita melapor perbuatan sumbang itu hingga menjerat lelaki itu dalam satu operasi khas di kediaman mereka di Taman Senawang Jaya, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, lelaki berusia lewat 30-an itu dikesan berdua-duaan di bersama pasangannya, wanita warga Indonesia berusia 20-an.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) dengan kerjasama anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) taman selepas menerima maklumat isteri lelaki berkenaan.

Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki itu bersembunyi atas loteng berhampiran tangki air kediamannya bagi mengelak dicekup, namun tindakan berkenaan tidak berhasil apabila mereka ditahan tidak lama kemudian.

Sumber berkata, sebelum itu, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita memaklumkan suaminya berkurung dengan seorang perempuan bukan mahram di dalam kediamannya.

Menurutnya, ketika operasi dijalankan, isteri kepada lelaki terbabit bersama anaknya tiada di rumah kerana mempunyai urusan di luar.“Operasi membabitkan 20 orang mengepung rumah dan menunggu hampir setengah jam sebelum dapat masuk ke kediaman itu kerana pasangan itu enggan bekerjasama,” katanya.

Mar 29, 2011 [AKHBAR] - 3 bintang realiti TV sertai AF9


3 bintang realiti TV sertai AF9


BAKAL BERSAING...12 pelajar AF9.

KUALA LUMPUR: Tiga daripada 12 peserta Akademi Fantasia 9 (AF9) yang diumumkan petang semalam terdiri daripada bintang realiti TV bukan terbitan Astro.
Pengumuman yang diadakan di AEON AU2 Setiawangsa memperkenalkan Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 24, bekas peserta program Mystar LG musim pertama manakala Mohamad Azri Abdullah (Azri), 23, menyertai musim kedua program sama.
Seorang lagi pelajar yang pernah menyertai program realiti TV ialah Hairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 19, yang pernah menjadi protege Jaclyn Victor.
Bagaimanapun, ketika menyertai program itu Erul tampil secara berkumpulan menerusi kumpulan Evo.
Tidak hanya menampilkan bintang realiti, AF9 turut memperkenalkan adik bintang AF4, Diddy Hirdy iaitu Nur Haidir Muhd (Kay), 22.
Selepas lima kali percubaan bermula musim kelima, tahun ini nasib menyebelahi Kay apabila diterima sebagai keluarga AF9.

Selain itu, Afif mempunyai tali persaudaraan dengan pelakon kacak, Kamal Adli yang muncul dengan filem Kembar Siang.

Melengkapkan kuota enam pelajar lelaki AF9 ialah Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 18, dan Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 20.

Manakala, pelajar wanita terdiri daripada Lenaber Haidir (Lena), 20, Zulaika Zahari (Laika), 22, Nur Atiqah Shaffudin (Eka), 21, Roshammizah Rosli (Miza), 27, Nur Suhada Jebat (Aida), 18 dan Queennera Francine Francis Kitingon (Nera), 19.

Lebih menarik, semua peserta AF kali ini mempunyai ciri khas suara yang unik serta personaliti tersendiri.

Pada majlis sama, barisan tenaga pengajar turut diperkenalkan. Mereka ialah Syafizawati dan Ning Baizura yang mengendalikan vokal, Adlin Aman Ramlie (seni persembahan), Fatimah Abu Bakar (guru bahasa Inggeris dan motivasi) dan Aris sebagai guru tari

28 March, 2011

Mar 28, 2010 - launching of new label called `DIARI KEHIDUPAN'

Assalamualaikum W.B.T

slmat berjumpa lagi !!!! just a short message ....
kalau tengok entri2 ari ni ada satu label baru - DIARI KEHIDUPAN .

entri2 ni bukan bermksud nk buka pekung seseorang ....ianya tak der kena mengena dengan yang hidup atau yang mati ....Ianya cuma sekadar perkongsian cerita apa yang berlaku disekeliling kita ....
Asam garam kehidupan .....

Kita semua bukan Maksum macam Nabi Muhammad SAW....
Kita semua cuma insan biasa....yang tak lari dari melakukan kesilapan dan dosa......
Tapi .....jangan lah jadikan ini sebagai alasan utk kita terus bergelumang dengan dosa.

So, sama2 lah kita mengambil iktibar dari apa yang dipost disini ....
kalau kita pnh buat dosa yang lebih kurang sama hatta lebih teruk dari apa yang dikongsikan disini pun ....ALLAH itu maha KAYA dan maha berKUASA.....Pintu Taubat NYA sentiasa terbuka untuk kita bertaubat ......INSYALLAH ....

Sekian Wassalam

Mar 28, 2011 [DIARI KEHIDUPAN] - Terjebak cinta isteri orang

Terjebak cinta isteri orang


SAYA berusia awal 20-an namun terjebak bercinta dengan isteri orang berumur 34 tahun dan mempunyai seorang anak. Awalnya, perkenalan kami hanyalah kawan biasa. Oleh kerana saya terlalu mengambil berat mengenai dirinya, dia jatuh cinta dengan saya.
Apatah lagi ketika itu dia menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya. Saya tidak nafikan turut mempunyai perasaan sama kepadanya walaupun mengetahui ia tidak sepatut berlaku.
Saya memutuskan untuk tidak berhubung lagi dengannya. Malangnya, dia tidak dapat menerima dan mencederakan diri kerana terlalu kecewa. Bimbang keadaan itu, saya segera memujuk dan kami kembali berhubung. Alhamdulillah, hubungan kami tidak pernah diselangi dengan perkara terkutuk.

Saya juga sering menasihatinya agar berbincang dengan suaminya mengenai rumah tangga mereka. Saya memang sayangkannya tetapi sedar tidak boleh membiarkan kasih sayangnya terhadap saya melebihi kasih sayang kepada suaminya.
Pada masa sama, saya tahu dia begitu dahagakan kasih sayang. Saya rasa jalan terbaik adalah tidak berhubung dengan�nya lagi tapi saya bimbang jika dia akan melakukan tindakan yang akan memudaratkan dirinya.

Saya buntu dan berharap Dr dapat memberikan nasihat serta panduan. Insan Buntu,
Terengganu



BUTANYA cinta hingga ia tidak mengenal siapa dan hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga. Untuk memudahkan perbincangan, biarlah Dr namakan kekasih adik sebagai T. Jika T menghadapi masalah rumah tangga yang serius, jalan paling selamat adalah menyelesaikan dulu konflik rumah tangganya. Penyelesaian di sini boleh bermakna, rumah tangga T aman kembali atau berlaku perpisahan.

Kehadiran adik dalam hidup T digunakan untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan suami yang dirasakan tidak memberikannya sinar kebahagiaan.
Menjadikan adik sebagai tempat T bersandar harapan dan mengesat air mata mungkin hanya sebagai ubat mujarab dalam waktu sekejap. Dalam jangka masa panjang, ia akan lebih mendatangkan banyak penderitaan.

Jiwa sedih T akibat konflik rumah tangganya memang tidak dinafikan tapi siapa sebenarnya adik dalam drama cinta ini? Sehingga sekarang, T masih memiliki suaminya dan kekasih gelapnya iaitu adik. Daripada apa yang adik nyatakan, Dr tidak melihat adanya usaha yang kuat daripada T untuk membuat pilihan sama ada suaminya atau adik.

Masalah rumah tangga dengan suaminya sudah dilihat tidak penting seperti hubungan adik dengannya. Isu konflik hidup T kini sudah bertambah iaitu daripada masalah rumah tangganya kepada tidak mahu kehilangan adik.

Perbuatan T mencederakan dirinya adalah satu senjata untuk memujuk adik balik ke pangkuannya. Secara psikologinya, T berjaya menggunakan psikologi kebimbangan dan ketakutan adik untuk memenuhi kepentingan dirinya dan memastikan adik tidak lari daripadanya. Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa. Setiap individu bertanggungjawab terhadap dirinya. Ini bermakna tindakan T adalah tanggungjawabnya sendiri.

Mar 28, 2011 [DIARI KEHIDUPAN] - Mangsa ‘lakonan’ suami


Mangsa ‘lakonan’ suami

SAYA wanita berusia 26 tahun dan baru melangsungkan perkahwinan dengan suami tercinta sebulan lalu. Apa yang merunsingkan saya kisah percintaan kami yang orang lain mungkin tak dapat terima. Ini kerana sebelum kami berkahwin, suami saya adalah suami wanita lain.
Saya berada dalam dilema dan pelbagai persoalan bermain di fikiran antaranya, adakah saya akan mengalami hukum karma kerana mengahwini suami orang atau adakah Tuhan akan membalas perbuatan yang bukan sengaja saya lakukan?
Biarlah saya ceritakan sedikit situasi berkenaan supaya Dang Setia mendapat gambaran mengenai masalah saya.

Sebelum suami saya mengahwini wanita itu (isteri pertama) empat tahun lalu, kami memang sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah menengah lagi, cuma kami belum ada jodoh.Beberapa tahun selepas suami menamatkan STPM, dia mengambil keputusan untuk bertunang dengan wanita itu yang dikenalinya di tempat kerja selepas sebulan berkenalan dan berkahwin setahun kemudian.

Suami mengatakan kepada saya bahawa perkahwinannya dengan wanita itu adalah satu kesilapan paling besar dalam hidupnya. Suami mengatakan begitu kerana dia langsung tak menyintainya dan hanya menerima wanita itu selepas mendengar nasihat orang tuanya.

Suami mengaku bahawa dia masih mentah untuk berfikir secara rasional mengenai masa depannya dan hanya menurut kemahuan orang tuanya saja.

Hubungan suami dengan wanita itu memang bermasalah sejak awal perkahwinan lagi. Pada hari pertama perkahwinan mereka sudah tidak sehaluan. Suami mengaku balik ke kampung halamannya selepas lima hari berkahwin dan wanita itu tidak mengikut suami pulang ke rumah mentuanya.

Selepas dua tahun berkahwin, suami membuat keputusan untuk menceraikan wanita itu tapi setelah dinasihatkan keluarga kedua-dua belah pihak akhirnya suami memberikan peluang kedua kepada isterinya.

Empat tahun berlalu keadaan mereka semakin teruk. Suami memberi peluang dengan harapan keadaan rumah tangga akan menjadi lebih baik tapi wanita itu tidak berubah. Mungkin disebabkan faktor usia mereka yang berbeza menyebabkan wanita itu perlu mengawal segala-galanya termasuk suami (wanita itu tua lima tahun daripada suami).

Dipendekkan cerita, saya bertemu kembali dengan dia melalui ruang sosial yang terkenal. Suami menyatakan yang dia gembira sangat selepas bertahun-tahun tak berjumpa.

Saya dengan perasaan hairan hanya menerima luahan hati suami tanpa bertanyakan kenapa dia terlalu gembira menemui saya melalui ruang sosial berkenaan. Seperti pasangan berlawanan jenis yang mula tertarik antara satu sama lain, kami memulakan semula pertemuan berkenaan dengan bertanyakan khabar masing-masing sehinggakan soal status. Suami mengaku masih bujang dan tanpa rasa ragu-ragu saya percaya semua kata-katanya.

Kami membuat keputusan untuk bertemu dan mula menjalin hubungan cinta romantik. Dia akan menelefon saya sebelum tidur hingga ke pagi jika saya tiada kuliah awal pagi keesokannya. Dia kerap menelefon saya tidak kira masa menyebabkan saya langsung tidak syak bahawa dia sudah berkahwin. Hubungan kami menjadi sangat intim sehingga saya disahkan mengandung. Dia sangat gembira dan teruja bila mengetahui saya mengandung.

Saya hanya tahu dia suami orang selepas saya disahkan mengandung anaknya (suami dan wanita itu tidak memiliki cahaya mata). Hanya Tuhan saja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Saya bertanyakan pendapat kawan-kawan apa yang perlu saya lakukan terhadap kandungan saya sebelum diketahui keluarga.

Semua kawan-kawan menasihatkan saya untuk menggugurkannya memandangkan saya belum konvokesyen (saya baru saja tamat pengajian ketika itu) dan belum ada masa depan yang menjamin kehidupan saya suatu hari nanti.

Demi Tuhan saya mengaku tidak terlintas langsung di fikiran untuk berbuat demikian kerana dalam agama yang saya anuti amatlah melarang umatnya untuk menggugur kandungan. Saya bertanya kepada dia kenapa dia sanggup melakukan begitu kepada saya dan jawapannya sangat mudah dan tanpa rasa takut dia berani bertanggungjawab.

Dia mengatakan sekiranya dia mengaku nescaya saya tidak mahu meneruskan hubungan cinta dengannya. Terus terang dari hati saya katakan bahawa saya langsung tidak berniat untuk terbabit dengan rumah tangga mereka.

Dia mengaku dia memang sudah lama merancang pelan B sekiranya rancangan asal dirasakan tidak akan membuatkan saya mengahwininya dalam masa terdekat. Untuk pengetahuan Dang Setia, pelan yang dimaksudkan suami adalah rancangan untuk membuatkan saya mengandung sebelum saya tahu dia sudah beristeri dan untuk membuatkan saya mengahwininya.

Masalah saya sekarang adalah saya dibelenggu rasa bersalah terhadap kaum sejenis walaupun saya tahu masalah rumah tangga suami dengan wanita itu bukan disebabkan saya. Suami sendiri mengaku yang saya tiada kaitan dengan keputusannya menceraikan wanita itu untuk kedua kalinya.

Apa pendapat Dang Setia? Leraikanlah sedikit sebanyak kekusutan yang saya alami ini. Adakah saya bersalah?

ISTERI DILEMA,
Kuala Lumpur.



“Orang cemerlang sentiasa fokus pada apa yang dapat dilakukan dan tidak perlu risau berkenaan apa yang tidak mampu dilakukan,” begitulah petua ke-19 dalam buku karya pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Bagi Dang Setia, petua itu boleh dipraktikkan dalam kehidupan puan. Dalam soal itu, puan tidak bersalah 100 peratus kerana puan jelas adalah mangsa keadaan dek 'lakonan' suami puan.

Kesalahan puan lebih kepada terlalu mudah menyerahkan kesucian diri dan terlalu percayakan kekasih tanpa menyiasat latar belakangnya terlebih dulu.
Apapun, kesilapan itu sudah pun berlaku. Puan tidak perlu menoleh ke belakang lagi. Apa yang penting, puan menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga demi anak yang bakal dilahirkan kelak.

Mengenai hukum karma kerana merampas suami orang, itu semua kerja Tuhan. Puan tiada niat berbuat begitu sebaliknya terpedaya dengan muslihat kekasih yang kini menjadi suami sah.

Berusahalah menjadi isteri mithali dan terbaik buat suami. Senakal manapun suami, jika dia terpikat dengan pakej hebat yang dimiliki isterinya, kebarangkalian untuk dia kekal setia terhadap isteri boleh dikatakan tinggi.

Paling berisiko dalam rumah tangga, kedua-dua pihak tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Sebaik-baiknya hal duniawi harus diimbangi dengan hal akhirat supaya rumah tangga aman bahagia.

Selain berusaha memikat suami, puan juga seharusnya sentiasa berdoa supaya diampuni dosa silam dan dikurniakan keluarga bahagia.

Doa yang boleh dipraktikkan antaranya doa pelindung daripada sifat negatif. “Ya Allah, aku berlindung denganmu daripada perasaan keluh kesah dan dukacita, dan aku berlindung denganmu daripada sikap kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganmu daripada sifat ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung denganmu daripada tekanan hutang dan kekerasan lelaki.”

Dang Setia berharap semoga puan adalah 'Mrs Right' (isteri sempurna) buat suami. Pada masa sama, harap-harap suami puan dapat bertaubat dan menyesali dosa silamnya.

Jika ada keinsafan daripada kedua-dua pihak, insya-Allah rumah tangga akan bahagia apatah lagi jika ada keserasian di antara suami isteri.

Mar 28, 2011 [DIARI KEHIDUPAN] - Retak dek facebook

Retak dek facebook


SAYA tertarik membaca kisah Siti dalam ruangan ini bertajuk ‘Abai suami sendiri, rindu suami orang’ minggu lalu. Kisah ini hampir serupa dengan apa yang saya alami dua minggu lalu. Bezanya, mungkin saya tidak sebaik dan sesempurna suami beliau.
Banyak persamaan antara kisah saya dengan kisah Siti iaitu curang dengan teman lelaki lama berpunca daripada laman sosial facebook, berpura-pura dengan suami, bersayang-sayang dengan teman lelaki, cuma saya tak pasti ada perjumpaan rahsia atau tidak. Saya sangat memahami jika suami Siti sukar memaafkannya.

Kisahnya begini. Saya suami yang bekerja sendiri manakala isteri bekerja sebagai guru. Dalam perkahwinan kami selama 22 tahun banyak cabaran dihadapi, sama ada besar mahupun kecil.

Semuanya kami lalui dengan tabah walaupun sesetengah perkahwinan yang mengalami pengalaman seperti kami mungkin membawa kepada perceraian. Kami masih mampu bertahan, dengan izin Allah SWT.

Isteri mula mengenali facebook daripada kawan guru di sekolah. Apabila isteri menyebut mengenai facebook, saya awal-awal lagi tidak bersetuju dan memberikan beberapa kes kehancuran rumah tangga akibat facebook. Namun secara diam-diam, isteri membuka juga akaun facebook.

Mula-mula berkongsi kandungan facebook beliau dengan saya yang tak pandai guna facebook. Lama-lama beliau semakin bijak dan pandai menggunakan ciri-ciri dalam facebook.Entah macam mana, satu hari saya terfikir untuk melihat kandungan facebook beliau dan saya dapati ada satu mesej yang isteri saya hantar kepada satu nama yang dijumpai, berbentuk pertanyaan adakah orang itu B yang belajar dengannya dulu? Hati saya hancur bila saya dapati B yang dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Lalu dengan sedikit pengetahuan mengenai facebook, saya membuka akaun dengan menggunakan nama hampir sama dengan nama B, lalu saya berpura-pura mencari isteri saya. Satu mesej dihantar, tidak lama, terus mendapat jawapan.

Saya dapat bayangkan betapa gembiranya hati isteri saya ketika itu, dan betapa remuknya hati saya pula. Namun, saya bertahan dan teruskan kerana ingin tahu sejauh mana isteri saya pergi. Daripada mesej isteri saya kepada saya yang menyamar menjadi B, ada mesej yang berbaur keluhan.

Kononnya saya sentiasa sibuk, tak ada banyak masa untuk dia. Dang Setia, saya hanya peruntukkan satu malam setiap minggu untuk membina kerjaya saya sehingga larut malam. Hari lain, selepas kerja, saya gunakan untuk keluarga. Namun syaitan memang begitu, membesar-besarkan sesuatu yang boleh merosakkan umat.

Setelah beberapa mesej saya terima, akhirnya saya tak dapat bertahan lalu saya dedahkan apa yang saya dapat daripada mesejnya. Dipendekkan cerita, isteri saya mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Saya maafkan. Hati saya sedikit lembut kerana beliau sebenarnya hanya dipermainkan oleh saya yang menyamar menjadi B.

Beberapa bulan lalu, saya rasa tidak selesa dan hati saya meronta-ronta untuk mengetahui adakah isteri saya benar-benar insaf. Ini kerana, saya ternampak dalam bil telefonnya, satu nombor luar daerah yang mempunyai masa berbual agak lama.

Allah nak tunjuk agaknya, entah maca mana, satu hari saya terpandang telefon bimbitnya dengan satu nama lelaki di muka telefon.

Agaknya, dia lupa nak balik ke menu asal selepas membuat panggilan. Bila saya periksa nama dan nombor itu, ia sama seperti yang saya jumpa dalam bil. Berderau darah saya. Ketika saya sibuk di tingkat bawah, agaknya dia sibuk menghubungi lelaki itu. Saya namakan sebagai Z.

Ketika sarapan pagi, saya tanya isteri saya siapa Z? Dia kata tak kenal... hmm.. mustahil. Saya desak, baru dia kata, itu kawan lama ITM... saya musykil, mana ada ITM keluarkan doktor perubatan pada 1980-an? Macam-macam alasan isteri saya buat. Dia pujuk saya, dia kata kawan lama di ITM, tak ada apa-apa dan hanya berhubung sekali.

Selang beberapa minggu, hati saya tak sedap lalu saya periksa telefon bimbit isteri, ada satu panggilan keluar ke nombor Z, dan ada satu mesej daripada Z bertanyakan “naperrr...” Saya bukan bodoh, isteri saya kata dia tertekan nombor itu. Saya terima alasan itu tapi saya terfikir mengenai mesej “naper...” Isteri saya kata Z kawan lama dan hanya sekali mereka berhubung, tapi jawapan “naperr..” seperti itu biasanya untuk orang yang biasa berhubung dan mesra. Saya mula mengatur strategi. Dipendekkan cerita, siasat punya siasat, rupa-rupanya isteri menjalin hubungan sulit dengan Z.

Z juga teman lelaki lamanya yang dia jumpa semula dalam facebook. Namun isteri saya pandai, dia tak bercinta dalam facebook tapi membuka satu akaun e-mel baru dengan nama yang nampak macam e-mel kerja. Allah nak tunjuk, saya dibantu oleh sahabat yang pandai bidang IT, kami berjaya mengesan kata laluan facebook dan e-mel isteri saya.

Terkejut dan kecewanya saya. Kata laluan yang digunakan adalah kombinasi nama isteri saya dan nama Z. Ya Allah! Ini bukan hubungan biasa. Saya berjaya membaca e-mel mereka. Alangkah kecewanya saya bila membaca satu e-mel isteri saya kepada Z yang dimulai dengan lagu Maher Zain-Till The End Of My Life.

Hancur luluh hati saya. Dalam kesibukan isteri saya, dalam diam, dalam kepura-puraan, rupa-rupanya bercinta. Bila kisah ini berjaya saya bongkar, isteri saya merayu-rayu memohon ampun dan ingin bertaubat.

Bak kata Siti, walaupun suaminya memaafkan, masakan sama hati suaminya dulu dengan sekarang... itulah hati saya.

Air mata saya mengalir setiap kali mendengar lagu Maher Zain itu, terbayangkan bagaimana ia dinyanyikan oleh isteri saya di depan Z. Saya sangat kecewa dan sedih. Anak tempat saya mengubat hati sekarang ini.

Saya nasihatkan kepada mereka yang berkahwin dan sekarang bersosial dengan facebook, hentikanlah kalau ia digunakan untuk berhubung dengan bukan kaum sejenis, terutama dengan kenalan lama. Inikan pula teman lelaki lama. Percayalah, walaupun bilangan kes seperti saya ini kecil, tidak mustahil ia akan bertambah.

Bayangkan, dengan usia facebook yang baru setahun jagung, banyak rumah tangga retak dan musnah, tidak mustahil banyak lagi yang menunggu musnah. Yang sudah memulakan percintaan songsang, bertaubatlah!
AZAM
Shah Alam

Mar 28, 2011 [DIARI KEHIDUPAN] - Abai suami sendiri, rindu suami orang


Abai suami sendiri, rindu suami orang

SAYA sebenarnya isteri bertuah tetapi tidak tahu menghargainya. Saya berkahwin hampir tujuh tahun lalu dan mempunyai dua anak.
Suami saya baik, penyayang dan sangat mencintai saya, baik dengan anak, tidak pernah tinggal solat, malah boleh saya katakan dia memiliki ciri-ciri suami yang susah dicari pada zaman ini.
Pada saat kawan lain merungut dan kecewa dengan sikap suami masing-masing yang bermata keranjang, panas baran dan pelbagai sifat negatif lain, saya hanya tersenyum dan bertuah kerana suami tidak bersikap sebegitu.

Segala-galanya berubah apabila saya menghubungi kenalan pada zaman sekolah yang saya panggil Z melalui facebook (FB). Pada awalnya, saya cuma ingin bertanya khabar tetapi semakin lama semakin melarat.Betul kata seorang ustaz, bila umpan syaitan sudah mengena, yang haram dianggap halal. Daripada berhubung melalui mesej di FB, hubungan kami melarat melalui telefon dan sesekali bila ada peluang, kami berjumpa di luar.
Saya tidak segan lagi mengucapkan perkataan rindu, sayang dan ingin hidup bersamanya. Biasanya kami berhubungan pada tengah malam ketika orang lain tidur. Saya sering memberi alasan kepada suami yang saya lambat tidur untuk menyiapkan kerja pejabat.

Saya mula mengabaikan keperluan batin suami. Saya benar-benar bahagia. Dalam sehari, tujuh hingga lapan kali saya menghubungi Z kerana merinduinya. Saya juga rela menghabiskan wang untuk membayar bil telefon kerana biasanya kami bergayut lama setiap kali ada peluang.

Hubungan ini akhirnya dapat dikesan isterinya. Walaupun isterinya merayu supaya tidak mengganggu suaminya, saya tetap teruskan hubungan ini.

Akhirnya perkara ini sampai juga ke pengetahuan suami saya. Ketika membasuh kereta saya, suami terjumpa sampul surat mengandungi foto Z dan surat cintanya. Suami saya hampir pengsan apabila membaca surat berkenaan.

Dia langsung tidak menyangka saya tergamak berbuat begitu padanya. Malah, suami tidak boleh menerima kenyataan saya sanggup memusnahkan rumah tangga orang lain.

Sejak itu, saya benar-benar insaf. Sikap suami terhadap saya mula berubah walaupun sikapnya dengan anak masih sama. Saya juga tidak lagi menghubungi Z selepas itu.

Saya juga beberapa kali menangis di depan suami untuk meminta maaf daripadanya. Walaupun mulutnya berkata maaf, saya tahu dalam hatinya dia belum memaafkan saya.

Suami semakin menjauhi saya dan sering tidur bersama-sama anak. Tolonglah saya Dang Setia, saya benar-benar bertaubat.

Saya tidak mahu kehilangan suami. Dia terlalu baik kepada saya. Kepada pembaca lain, jadikan kisah saya sebagai pengajaran. Kini saya merindui senda gurauan suami. Sehingga hari ini saya belum dapat memaafkan diri saya.

SITI
Kelantan



Dang Setia bukan anti teknologi maklumat (IT) termasuk laman sosial seperti FB dan twitter, tapi laman sosial seperti itu terlalu banyak menghancurkan rumah tangga pada zaman serba moden ini.

Ini berlaku kerana kita, sebagai manusia, lalai dan menggunakan kemudahan itu pada jalan salah. Laman sosial itu ada juga kebaikannya seperti membantu mengesan semula teman lama, sekali gus merapatkan silaturahim di antara umat Islam, terutama sesama jantina.

Namun apabila disalah guna, kemudahan itu boleh menjadi racun. Sebagai contoh, percubaan mengesan semula kekasih lama atau ‘teman tapi mesra’ sedangkan kita sudah bersuami atau beristeri. Itu namanya mencari pasal.

Apa lagi jika FB dijadikan wadah untuk meluahkan perasaan, terutama masalah rumah tangga. Lama-kelamaan, tidak mustahil si lelaki atau si wanita terpikat sesama sendiri kerana kesudian menjadi pendengar setia, atau bijak memberi pendapat.

Apapun, mujur puan menyedari kesilapan besar puan, itupun selepas ‘tertangkap’ dengan suami yang terjumpa surat cinta Z ketika membasuh kereta puan.

Tanyalah lelaki mana sekalipun, ‘luka’ itu sangat pedih dan dalam. Isteri yang selama ini dijunjung tinggi, nampak baik dan sopan di depan mata, rupa-rupanya bercinta dengan suami orang di belakang.

Luka yang dalam tidak akan sembuh sehari dua, sebaliknya mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk pulih sepenuhnya. Begitu juga hati suami yang lazimnya keras, apatah lagi tertipu dengan lakonan isteri.

Apa yang boleh puan lakukan sekarang adalah perlahan-lahan cuba mengambil hatinya semula. Kembali kepada perwatakan asal puan, jadi isteri terbaik untuk suami dan ibu terbaik untuk anak.

Pada masa sama, perbanyakkan solat taubat dan hajat, memohon kepada Allah untuk kembali membuka hati suami supaya menerima puan seperti sedia kala.

Insya-Allah, jika suami yakin puan benar-benar berubah, dia akan menerima semula puan seperti dulu, apatah lagi jika cintanya terhadap puan masih utuh

26 March, 2011

Ya Allah betapa beratnya dugaan yg kau beri.. Apakah aku tabah untuk harungi ni semua...

25 March, 2011

Mar 25, 2011 [AKHBAR] - Dicekup hanya berseluar dalam

Dicekup hanya berseluar dalam

 
KULIM - Seorang isteri beranak dua ditangkap dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelakinya di sebuah rumah teres dekat sini kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat, perempuan berkenaan hanya memakai seluar dalam dan berbaju singlet manakala pasangan lelaki berseluar pendek dan tidak berbaju.

Menurut jurucakap Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, PADK menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 11.30 malam dan sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 12 pagi bersama empat anggota.

Katanya, sebelum membuat serbuan, PADK mengepung rumah itu untuk memastikan pasangan berkenaan tidak melarikan diri.

“Pasangan kekasih terlibat berusia 20-an dan bekerja di Kulim Hi Tech. Ketika serbuan dibuat, pintu pagar dan pintu rumah tidak berkunci. Apabila membuka pintu, PADK mendapati pasangan itu sedang berbaring di ruang tamu dan badan mereka ditutup dengan selimut.

“Dari siasatan dijalankan, perempuan itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Suaminya sedang menjalani hukuman penjara. Pasangan perempuan mengaku mengajak teman lelakinya datang ke rumahnya dan pernah melakukan hubungan seks sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, PADK kemudiannya mengarahkan perempuan dan lelaki itu untuk memakai pakaian sebelum dibawa ke Balai Polis Polis Sungai Kob untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

Pasangan perempuan kemudiannya di tahan di lokap Balai Polis Lunas manakala teman lelakinya di tahan di lokap Balai Polis Kulim.

Mereka akan di siasat dibawah seksyen 9(1)(2) Enekman Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mar 25, 2011 [FIKRAH] - Berbincang elak perceraian

Berbincang elak perceraian

SAYA dan suami sering bertengkar kerana dia tidak memberi kasih sayang dengan adil antara saya dan ibunya. Suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah.
Hal berkenaan menyebabkan saya cemburu terhadap apa yang dia berikan pada ibunya. Ibunya banyak bergantung pada suami berbanding adik-beradiknya yang lain.
Sekarang, saya marah dan membenci ibu mentua dan tidak dapat menerimanya lagi dalam keluarga kami. Wajarkah saya meminta fasakh daripada suami lantaran tidak berasa bahagia lagi berada di sisinya?

Kami juga sering bertengkar atas sebab suami lebih mengutamakan ahli keluarganya daripada isteri dan anak sedangkan adik-beradiknya sudah berkahwin tetapi masih bergantung harap pada suami.
NURIN FATIHAH, Selangor


BERDASARKAN paparan puan, suami tidak sepatutnya berbuat demikian. Suami hendaklah faham tanggungjawabnya kepada keluarga sendiri iaitu anak dan isteri.

Anda juga perlu memahami bahawa suami juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu dan adik-beradiknya. Mungkin lebih elok berbincang secara baik tanpa perlu bertengkar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Apa yang penting di sini, anda berdua perlu saling faham memahami serta nasihat menasihati antara satu sama lain. Sebagai isteri, puan hendaklah menghormati suami sebagai ketua keluarga.

Bagi saya, masalah ini dapat diselesaikan secara baik sekiranya ada permuafakatan dan tolak ansur sesama sendiri dan keluarga mentua. Letakkan ketepi hasrat untuk bercerai atau memohon fasakh.

Asas utama yang perlu difahami, perceraian itu dibenci Allah. Perceraian ada kesan negatif pada diri dan anak-anak. Walaupun begitu, Islam tidak menolaknya sebagai penyelesaian terakhir dalam krisis rumah tangga selepas tiada lagi usaha dapat dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Seorang isteri tidak sepatutnya secara mudah meminta cerai daripada suaminya atau seorang suami menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah.

Mar 25, 2011 [FIKRAH] - Tak boleh kahwin maya

Tak boleh kahwin maya

BAGAIMANA sekiranya lelaki dan wanita sedang bersembang mengenai imaginasi hubungan seks dalam ruangan sembang di Internet?
Adakah ia termasuk dalam perbuatan zina?
Saya juga mahu kepastian, bagaimana jika yang mahu bernikah melalui alam maya (Internet) bagi mengelak zina?

ALONG, Pahang
SEKS siber (cybersex) adalah hubungan seks secara maya antara dua individu atau lebih secara jarak jauh melalui jaringan komputer dengan setiap orang menghantar mesej hubungan seksual kepada pasangannya.

Kemudahan webcam pula menjadi nilai tambah kerana ia berlaku pada waktu sebenar. Bagaimanapun, ia tidak membabitkan hubungan seksual sebenar tetapi lebih kepada khayalan seksual atau melakukan onani (http://en.wikipedia.org/wiki/Cybersex).

Memandangkan seks siber tiada hubungan seksual, ia dikira dalam kategori percubaan melakukan zina (mukadimah zina). Bagaimanapun, Islam tetap melarang dan mengharamkannya sekiranya bukan suami isteri terbabit.

Jenayah zina adalah persetubuhan haram yang sengaja dilakukan dengan wanita yang dikira haram disetubuhinya. Islam tidak dapat menerima konsep pernikahan melalui alam maya (Internet) seperti yang anda inginkan.

Perkahwinan alam maya hanya bersifat imaginasi semata-mata. Lagipun perkahwinan dalam Islam ada rukun dan syarat-syarat tertentu.

Termasuk dalam rukun nikah adalah (1) lelaki yang bakal menjadi suami (2) perempuan yang bakal menjadi isteri (3) wali (4) dua orang saksi dan (5) ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan).

Ada pula syarat tertentu kepada bakal suami dan isteri tadi, antaranya bagi suami hendaklah Islam, lelaki tertentu, belum mempunyai empat isteri, dengan kerelaan sendiri dan seorang lelaki dan bukan khunsa.

Bagi bakal isteri pula hendaklah beragama Islam, perempuan yang tertentu, bukan mahram kepada lelaki bakal suami, bukan isteri orang atau tidak dalam iddah dan tidak berihram haji atau umrah.

Pernikahan melalui alam maya tidak dapat memastikan rukun dan syarat nikah terlaksana. Dengan itu, ia tidak dibenarkan. Anda dinasihatkan berbincang dengan keluarga atau sahabat terdekat dalam merancang perkahwinan yang sebenar seperti yang sudah diamalkan masyarakat Islam.

Percubaan kreatif seperti perkahwinan alam maya tidak dapat memenuhi tujuan sebenar perkahwinan iaitu memupuk kasih sayang sesama pasangan dan penambahan zuriat

Mar 25, 2011 [AKHBAR] - BERITA-BERITA DARI HARIAN METRO

Suka-suka dorong zina


KUALA LUMPUR: “Haram hukumnya dari segi Islam,” kata penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz mengulas isu ‘kegilaan’ remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD), perisian komputer dan cakera video digital (DVD.
Mereka bagai ketagih permainan itu kerana menawarkan pengalaman mengasyikkan sebagai pelakon untuk ‘memancing’ watak gadis animasi sehingga melakukan seks di alam maya.

Katanya, walaupun perlakuan itu bukan secara hakikat dan hanya menerusi alam maya, ia tetap bercanggah dengan hukum Islam dan mendorong kepada zina.

“Menontonnya boleh menaikkan nafsu dan ia permulaan kepada kelakuan lain kerana menunjukkan tanda atau jalan menuju ke arah itu.

“Kewujudan alat permainan seperti ini jelas membuktikan pengaruh baru dari negara luar sudah semakin berkembang dan ia bukti generasi kini mudah terikut-ikut,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, kerjasama semua pihak membabitkan ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa secara bersepadu perlu diperhebatkan bagi menangani masalah ini.Muka depan Harian Metro semalam melaporkan, permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.

Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati ibu bapa teman wanitanya.Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis itu yang menayangkan susuk tubuh menggiurkan.

CD dan DVD dijual secara terbuka dengan harga RM15.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Imbi dan Jalan Bulan mendapati, ramai peniaga menjual produk permainan komputer lucah itu menggunakan taktik sama iaitu menjualnya secara terbuka dengan tawaran harga sama.

Melalui perbualan wartawan Harian Metro dengan peniaga, harga itu boleh ditawar jika pembeli membeli lebih daripada tiga permainan komputer itu dan antara permainan komputer yang popular di situ ialah ‘The Sims; dan ‘7 Sins’.

Pelajar, Muhamad Helmi Hashim, 21, berkata, permainan seumpama itu mudah didapati di mana-mana dan remaja boleh memuat turunnya sendiri menerusi kecanggihan Internet.

“Penularan aktiviti ini sukar diatasi dan boleh mengakibatkan pemain ketagih serta melupakan pelajaran dan tanggungjawab lain.

“Ayat seperti mahu melepaskan tekanan hanya alasan untuk menutup perbuatan memalukan itu,” katanya.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan, Nur Aziah Abdullah berkata, bagi Wilayah Persekutuan, operasi dan pemeriksaan secara berkala sering dilakukan dan setakat ini masih terkawal.

24 March, 2011

Mar 24, 2011 [AKHBAR] - BERITA-BERITA DARI HARIAN METRO


Pikat gadis animasi hingga ke ranjang

RAMPAS...Zainal Abidin (tengah) menunjukkan DVD dan CD permainan komputer lucah yang dirampas.
RAMPAS...Zainal Abidin (tengah) menunjukkan DVD dan CD permainan komputer lucah yang dirampas.
SEREMBAN: ‘Kegilaan’ remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD) perisian komputer dan cakera video digital (DVD) menawarkan pengalaman sebagai pelakon untuk ‘memancing’ watak gadis animasi sehingga tahap melakukan hubungan seks di alam maya, kini membimbangkan.
Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati kedua-dua ibu bapa teman wanitanya itu. Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain akan diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis berkenaan yang menayangkan susuk tubuh bogel dan menggiurkan.

Perkara itu dibongkar Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan yang merampas puluhan bahan haram terbabit di sebuah premis menjual peralatan komputer di pusat beli-belah Terminal One di sini, pada 8 Mac lalu.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman, berkata serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya berhubung kewujudan permainan lucah yang dijual secara terbuka dengan harga RM15 sekeping.

“Hasil pemeriksaan merampas 25 CD dan empat DVD permainan komputer lucah pelbagai judul yang kebanyakannya memaparkan gadis animasi mengghairahkan dipercayai dari Jepun.

“Berikutan itu, kami menahan seorang penjaga kedai iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun untuk tindakan lanjut. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana kesalahan membabitkan filem lucah atau bahan publisiti filem lucah.“Kami menjangkakan kes itu akan didakwa ke mahkamah dalam tempoh terdekat dan semuanya terserah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Zainal, hasil siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan penjualan bahan itu berada di pasaran sejak tahun lalu, namun tiada tindakan diambil kerana ia berada dalam lambakan permainan komputer lain.
“Bahan lucah itu dipercayai turut dijual di kawasan lain dan kami menyiasat punca bekalan sama ada gelap atau secara terbuka.

“Berikutan itu, kami akan memperhebatkan operasi gempur dan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan aktiviti tidak sihat terbabit dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata, penelitian pihaknya mendapati permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.

Orang ramai yang mempunyai maklumat perkara seumpama itu boleh menghubungi pejabat BKF KDN negeri di talian 06-7611152 untuk tindakan selanjutnya

Anak mengamuk ibu kahwin lain

KUALA LUMPUR: Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an terbabit mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu.

Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan, wanita terbabit baru berkahwin dengan lelaki berusia lewat 40-an kira-kira empat bulan lalu selepas dia kematian suami dua tahun lalu. Namun, anak lelakinya itu dikatakan tidak merestui hubungan berkenaan selain sering memberontak.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, ketika mangsa berada di rumah mereka, suspek dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan marah.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek dikatakan memaki-hamun bapa tirinya dengan kata-kata kesat. Tindakan bapa tiri suspek yang mendiamkan diri menyebabkan suspek bertambah berang, namun dia tidak menyerang lelaki terbabit.“Sebaliknya, suspek beralih arah kepada ibunya sebelum dia memaki-hamun wanita berkenaan. Tidak tahan dengan tindakan biadab anak lelakinya itu, wanita terbabit mula mempertikaikan sikapnya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka lebih 20 minit,” katanya.

Difahamkan, bapa tiri suspek masih mengambil pendekatan berdiam diri kerana pada mulanya dia yakin kedua-dua beranak itu mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri selain tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Sumber itu berkata, suspek bagaimanapun hilang pertimbangan sebelum dia dikatakan memecahkan semua barangan dalam rumah itu“Walaupun ibunya menangis sambil merayu kepada suspek supaya memberhentikan tindakannya itu, lelaki terbabit tidak mengendahkan rayuan berkenaan sebaliknya dia menjadi lebih agresif,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan melihat tindakan anaknya itu, wanita terbabit mula menghalangnya, namun tindakannya menyebabkan dia dipukul anak kandungnya itu.

“Masih tidak puas hati, suspek menghentak ibunya menggunakan pasu bunga dan walaupun wanita terbabit sempat mengelak, hentakan itu tepat mengenai tangan kanannya.

“Melihat ibunya mengerang kesakitan, suspek melarikan diri dari rumah berkenaan. Bapa tiri suspek membawa ibunya ke klinik di kawasan berhampiran sebelum doktor yang merawatnya mengesahkan tangan kanan mangsa patah,” katanya.

Selepas menerima rawatan, mangsa tampil di balai polis berhampiran rumahnya sebelum membuat laporan berhubung insiden berkenaan kerana mendakwa bimbang terhadap keselamatan diri dan suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mar 24, 2011 [JOKE] - Who is the funniest minister in malaysia

Who is the funniest minister in malaysia
1) Samy on pos laju "besok kirim, hari ini sampai"
2) the one on tv when in trying to say he was ashamed, he said:`kemaluan saya besar`
3) on drugs,"jangan hisap dada"
4) samy said in a ceramah "kita akan bina satu jambatan untuk orong-orong kampong disini",
1 pakcik asked, "datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan? " and samy glorious replied,
"kalau takde sungai, kita bina sungai! "
5) samy's favorite quote on national television "tol naik sikit, manyak marah saya.
U ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah! "
6) during the water shortage crisis :"semua orang diminta jgn membuang aiyerr! "
7) during blood donation campaign in sg siput: ".. Marilah kita semua menderma dara"
8) during opening speech of various function: ". Selamat datang saudara-mara semua" (8tually is "saudara-saudari")
9) @ an opening ceremony: "mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka kain"
lastly u know why our n-s hiway concessionaire is namd plus-pungut lebih untuk samy oh dear gabby..

23 March, 2011

Mar 23, 2011 [BLOG] - Jika suami abaikan nafkah

Jika suami abaikan nafkah

Anda adalah isteri yang membiayai keperluan harian anda sendiri? Turut menanggung keperluan harian anak-anak? Suami berkemampuan tetapi enggan memperuntukkan perbelanjaan untuk nafkah anda dan anak-anak? Berikan nafkah tetapi tidak mencukupi?

Jangan panik! Anda boleh membantu suami tetapi bukan sampai menafikan hak anda yang ditetapkan oleh syariat. Penting! Jangan bantu suami anda menanggung dosa atas kegagalannya menjalankan tanggungjawab yang wajib ditetapkan oleh syarak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah para hamba berada di waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari mereka berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang menafkahkan hartanya balasan yang lebih baik. Sedangkan malaikat yang lain berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (tidak mahu menafkahkannya).” - hadis riwayat al-Bukhari.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” – hadis riwayat Abu Daud.

Lantaran; jika benar sayangkan suami, bantulah suami laksanakan tanggungjawabnya. Malah, bantu juga bekas suami (kes perceraian) melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa.

mar 23, 2011 [RESEPI] - SOTONG SOS GRATIAM & LALA HALIA

LALA HALIA
BAHAN-BAHAN :
100gm lala segar
50gm cendawan hitam
50gm daun bawang
50gm cili merah
50gm halia
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh kicap ikan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :
1. Masukkan halia serta cili merah yang siap dipotong ke dalam kuali dan tumis.
2. Selepas itu, masukkan pula lala dan sos tiram lalu kacau sebati.
3. Apabila lala sudah masak, masukkan cendawan hitam dan daun bawang.
4. Kacau dan masukkan sedikit air, garam dan kicap ikan secukup rasa.
5. Gaul hingga sebati dan hidangkan.

 
SOTONG SOS GRATIAM
BAHAN - BAHAN :
100gm sotong - dibersihkan dan dipotong
50gm bawang putih
1 sudu makan sos tiram
Sedikit garam dan gula sebagai penyedap rasa
CARA MEMBUATNYA :
1. Goreng sotong hingga garing dan angkat.
2. Bagi menyediakan sosnya bawang putih dikisar halus dan ditumis.
3. Masukkan sos tiram dan sedikit air garam bersama gula secukupnya
4. Akhir sekali campurkan sos bersama sotong.

Mar 23, 2011 [TIPS RUMAHTANGGA] - Cara Bangkitkan Mood Seks Yang Menghilang

Cara Bangkitkan Mood Seks Yang Menghilang
Kesalahan yang satu ini memang dilakukan oleh sebahagian isteri. Tatlkala suami berkehendakkan seks ada kalangan mereka yang bertindak membelakangkan suami ataupun enggan memenuhi permintaan tersebut. Sama ada disedari atau tidak oleh para isteri ini bahawa sesungguhnya Allah SWT murka pada wanita yang bersikap demikian, seperti sabda Rasulullah S. A.W yang bermaksud " Demi zat yang jiwaku beradi ditangannya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah S.W.T murka terhadapnya hingga si suami redha padanya." (Riwayat Muslim)
Isteri tidak wajar menolak permintaan seks suami tanpa sebab munasabah sebaliknya tanggungjawab tersebut wajib dilaksanakan dengan segera. Antara alasan yang paling kerap diberikan oleh pihak isteri untuk menolak ajakan seks suami adalah tiada mood untuk seks.
Sekiranya benar, masalah tiada mood untuk seks ini kerap berlaku maka seharusnya isteri mencari jalan penyelesaiannya.
Ketiadaan mood ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana lama-kelamaan diri akan terbiasa tidak melakukan hubungan seks. Akibatnya hubungan dengan suami menjadi hambar dan lebih serius lagi pihak suami mencari jalan lain untuk melampiaskan tuntutan batin yang terpendam dengan cara yang salah di sisi agama.
Sebaiknya selidiklah mengapa mood untuk seks tidak kunjung datang. Adakah ia berpunca dari keletihan akibat tugas di rumah dan di tempat kerja atau pun anda berhadapan dengan stres. Bincangkan penyelesaiannya dengan suami.
Dalam pada itu anda juga boleh mengambil beberapa pendekatan berikut untuk mengatasi masalah ketiadaan mood yang menjejaskan kehidupan seks anda.
1. Luangkan Masa Bersama Suami
Ambil waktu untuk duduk bersantai dengannya. Ketika bersama dengannya ajak berbicara tentang perkara yang menyenangkan atau kongsi cerita lawak bersama dengannya. Canda tawa sememangnya mampu merapatkan keintiman suami isteri sekali gus menerbitkan semangat untuk bercinta dengan suami.
2. Luahkan Penyebab Stres
Seperti yang dikatakan di atas, kenalilah perkara yang menyebabkan anda berasa stres sehingga mematikan mood untuk seks. Boleh jadi ia sebenarnya berkaitan dengan sikap suami di ranjang yang mungkin tidak menjaga kebersihan, terburu-buru dan sebagainya.
Oleh itu bicarakan perkara ini dengan sebaik cara dengan suami.
3. Atur Mood
Caranya mungkin dengan mendengar muzik, mencari suasana yang boleh memberi ketenangan pada diri anda atau pun membeli belah yang sememangnya cukup disukai oleh wanita.
4. Acara Romantis
bersama suami Ia memang berkesan untuk membangkitkan mood. Caranya mungkin dengan mengajak pasangan menonton filem romantis yang anda berdua sukai. Boleh jadi filem Titanic, tentu suami tidak akan keberatan menemani anda menontonnya. Perasaan cinta dan aksi romantik dalam filem ini tentu akan terbawa-bawa biarpun anda sudah selesai menontonnya.
5. Ambil Cuti
Tak perlu bercuti jauh hingga ke luar negara, cukuplah ke Melaka, Pahang atau pulau-pulau menarik lagi indah yang banyak terdapat di dalam negara kita sendiri. Tempah hotel untuk anda dan pasangan menginap.
Selain melawat tempat menarik, isi masa cuti ini dengan aktiviti seperti makan malam, tidur sepuasnya atau berbual dengan pasangan sampai ke pagi, sesuatu yang mungkin jarang dapat anda lakukan bersama.
6. Urutan
Urutan yang dilakukan oleh suami selalunya petua berkesan untuk menimbulkan hasrat seks. Urutan ini berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan membuat diri berasa relaks. Tunjukkan bahagian tubuh yang terasa tegang dan biarkan jemari suami melepaskan stres dari diri kamu.
7. Tinggalkan Telefon Bimbit
Sekiranya anda berhasrat untuk berehat, sebaiknya singkirkan dahulu segala peralatan komunikasi daripada pandangan. Jangan biarkan deringan telefon bertalu-talu mematikan hasrat anda untuk bersama suami.

Mar 23, 2011 [AKHBAR] - BERITA-BERITA DARI HARIAN METRO


Cinta RM300,000

KECEWA...Azlina (kiri) menceritakan kepada Chong (tengah) bagaimana dia ditipu.
KECEWA...Azlina (kiri) menceritakan kepada Chong (tengah) bagaimana dia ditipu.
KUALA LUMPUR: Akibat ‘mabuk cinta’ dengan seorang lelaki warga Pakistan melalui perkenalan di Internet sejak September tahun lalu, seorang wanita menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian RM300,000.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Azlina, 49, berasal dari Pulau Pinang tidak pernah bersua muka dengan ‘kekasihnya’ itu, tetapi terpesona dengan perwatakan suspek seolah-olah alim dan mampu membimbingnya sebagai suami yang soleh.
Azlina yang bertugas sebagai sebagai kerani berkata, kisah cinta bersama kekasih yang dikenali sebagai Hassan, 50, yang mendakwa berasal dari Atlanta, Amerika Syarikat dan bekerja sebagai ahli perniagaan bermula di satu laman web sosial.

“Lelaki berkenaan sentiasa berbicara mengenai hukum Islam dan perhubungan kami berjalan lancar,” kata Azlina ketika membuat pendedahan di Biro Pengaduan MCA, semalam.
Menurutnya, Hassan juga tidak ingin menggunakan kamera web kerana mendakwa dia tidak ingin melihat tubuh badan seperti yang dilakukan lelaki lain kerana ia adalah salah di sisi agama sebaliknya mereka saling bertukar gambar.
Katanya, melalui gambar pasport yang dihantar kepadanya, Hassan menyerupai lelaki warga Pakistan dan mendakwa dia adalah rakyat Amerika dan mempunyai kacukan Pakistan.


“Pada Oktober tahun lalu, dia melamar dan meminta saya berhijrah ke Amerika selepas berkahwin dengannya dan saya pun bersetuju,” katanya.Bagaimanapun, lelaki itu mula menunjukkan tembelangnya apabila meminta dipinjamkan RM300,000 dengan alasan mengalami masalah kewangan.Azlina memberikan wang berkenaan selepas mengeluarkan simpanan dan dipinjam daripada keluarga.
“Saya menghantar wang berkenaan secara berperingkat melalui khidmat syarikat penghantaran wang sejak November lalu hingga bulan ini,” katanya.Azlina berkata, dia menerima panggilan terakhir daripada Hassan pada Khamis lalu, bagaimanapun terkejut apabila dua hari kemudian, seseorang yang mengaku rakan Hassan memaklumkan lelaki berkenaan meninggal dunia di Hospital St Mark, Atlanta, Georgia akibat dibunuh.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sebanyak 12 kes membabitkan penipuan Internet Afrika direkodkan pihaknya sejak tahun lalu.“Kami dapati semua mangsa ditipu melalui taktik sama,” katanya.

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup

TINGGAL KENANGAN...barang  hantaran yang dihantar lelaki terbabit.
TINGGAL KENANGAN...barang hantaran yang dihantar lelaki terbabit.
KUALA LUMPUR: “Dia ajak saya bercuti ke luar negara sebagai hadiah pertunangan, tapi saya tak mahu. Sebagai pengganti dia menempah sebuah kereta Ferrari untuk saya dengan menggunakan nama saya.
“Sudahnya, dia ghaib entah ke mana dan saya pula diburu penjual kereta yang meminta bayaran pendahuluan,” kata seorang wanita yang bukan saja terpaksa menanggung malu apabila majlis pertunangannya Sabtu lalu dibatalkan kerana bakal tunangnya menghilangkan diri, tapi turut kerugian RM50,000 selepas ditipu lelaki terbabit.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzana, 30-an, berkata lelaki terbabit berusia 40-an dikenalinya setahun lalu melalui laman web sosial, facebook sebelum mengadakan pertemuan buat pertama kali di Bukit Bintang, di sini, awal bulan ini.

Menurutnya, lelaki itu yang mendakwa dia kerabat diraja dan berpangkat Datuk kerap ‘menjual’ nama seorang ‘Tengku Mahkota’ serta seorang ‘Yang Dipertua Negeri’ dengan berkata seorang daripada mereka bakal menjadi ketua rombongan peminangannya.

“Bukan itu saja, dia juga menggunakan nama saya bagi menempah pelbagai barang kemas bernilai ratusan ribu sebelum menghantar gambar barang kemas dan kenderaan mewah itu melalui telefon bimbit kepada bapa saya.

“Dia turut menghantar pelbagai peralatan hantaran untuk majlis pertunangan kami ke rumah keluarga saya di Kota Bharu bagi meyakinkan pertunangan itu bakal menjadi realiti,” katanya.


Menurut Fauzana, lelaki terbabit juga mendakwa pertaliannya dengan keluarga diraja membolehkan dia menggunakan pesawat peribadi kerabat diraja itu bagi tujuan majlis pertunangan mereka.

Berikutan itu, bapa Fauzana berusia 60-an yang terpedaya status elit bakal menantunya mengadakan persediaan bagi majlis pertunangan Sabtu lalu, tetapi kecewa bakal menantunya itu menghilangkan diri serta gagal dihubunginya.Berasakan dianiaya dan ditipu kekasihnya itu, Fauzana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, keesokannya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Fauzana berkata biarpun pertama kali berjumpa pada 10 Mac lalu, dia percaya lelaki itu kerabat diraja dan berpangkat Datuk. “Malah, dia juga berjanji akan memasukkan wang lebih RM15 juta ke dalam akaun saya sebelum memberi alasan gagal berbuat demikian kerana ada masalah dengan Bank Negara,” katanya.

Fauzana berkata, walaupun wujud perasaan curiga terhadap lelaki itu, dia seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa, sebaliknya akur semua arahan selepas diberi alasan apa yang dilakukan semata-mata bagi memastikan majlis pertunangan berjalan lancar.

“Ketika itu dia meminta saya menyerahkan kad kredit, barang kemas, wang tunai dan semuanya mencecah RM50,000 dan mendakwa akan membayarkan semula,” katanya.

Fauzana mendakwa selama beberapa hari bersama lelaki itu di Kuala Lumpur, dia seolah-olah berada di alam lain dan tidak menyedari apa yang dilakukan selain patuh arahannya.

“Malah, pada 13 Mac lalu, dia membawa saya ke sebuah kedai barang kemas bagi menempah cincin pertunangan bernilai lebih RM400,000. Dia meyakinkan saya biarpun barangan kemas ditempah itu menggunakan nama saya, pembayaran akan dibuat keluarganya.

“Saya langsung tak sangka tindakannya membawa saya menempah sebuah kereta Ferrari hanya lakonan dan helahnya untuk menipu saya. Mujur juga saya tidak mengikutnya ke luar negara, jika tidak mungkin saya dijualnya di sana,” katanya.

Sebelum lelaki itu gagal dikesan pada hari pertunangan Sabtu lalu, penipuan terakhir dilakukannya ialah pada 17 Mac lalu dengan janji untuk membawa Fauzana bersama ahli keluarga di Kuala Lumpur pulang ke kampung dengan menaiki pesawat peribadi keluarga diraja.

“Namun, beberapa jam sebelum waktu berlepas, dia memberitahu penerbangan itu terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk mendarat. Sudahnya, saya terpaksa pulang ke kampung dengan penerbangan biasa.

“Bagi meyakinkan saya, dia menyerahkan kad ATM (mesin juruwang automatik) miliknya yang kononnya mempunyai baki RM6 juta, namun sebaik tiba di kampung kad itu tidak boleh digunakan dan dia pula gagal dihubunginya sehingga kini,” katanya.

Fauzana berkata, dia membuat laporan polis atas penipuan dilakukan lelaki itu bagi memastikan tiada wanita lain menerima nasib sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan

Belasah suami

AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.
Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.

Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.
“Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas,” katanya.
Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya.


“Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.
“Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya,” katanya.Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan.
“Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.
“Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.
“Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit,” katanya.
Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan.
“Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.
Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu

bullet Setempat

Gadis khianati cinta khalwat di rumah sewa


ALOR GAJAH: Seorang gadis yang menyewa sebuah rumah di sebuah taman perumahan, dekat sini, beberapa bulan lalu disifatkan tidak mengenang budi apabila diberkas bakal tunangnya kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki, baru-baru ini.
Ketika ditahan lima anggota Rukun Tetangga taman perumahan itu kira-kira jam 3.30 pagi itu, gadis berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun berbohong dengan mengatakan mereka sudah berkahwin, namun dalam pemeriksaan mereka gagal menyerahkan dokumen berkaitan.
Tipu helah pasangan terbabit memakan diri sendiri apabila pemeriksaan di rumah itu dilakukan selepas mendapat maklumat seorang lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis terbabit.

Lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis itu, Halim Abdul Rahman, 27, berkata dia mengenali gadis terbabit sejak enam bulan lalu melalui laman sembang sosial, Twiteer.
“Selepas beberapa bulan mengenali hati budinya, dia (gadis terbabit) kata ditukarkan ke daerah ini kemudian meminta bantuan saya mencarikan rumah sewa yang berhampiran tempat kerjanya kerana tiada kenderaan,” katanya.
Katanya, selama berkawan dengan gadis itu, dia tertarik sikap dan budi bicara gadis itu begitu juga ahli keluarganya turut menyenangi tingkah laku wanita terbabit sebelum merancang bertunang penghujung tahun ini.


“Dia beritahu ditukarkan majikan serta-merta dan merayu saya mencarikan rumah sewa berhampiran tempat kerjanya tanpa saya mengesyaki apa-apa.
“Rupa-rupanya dia sudah diberhentikan dan merancang berdampingan teman lelakinya itu. Akhirnya saya dapat menghidu kelakuannya yang mencurigakan sebelum mengintip pergerakannya setiap malam.“Selepas intipan kira-kira jam 3.30 pagi, saya dapati seorang lelaki berada di dalam rumahnya sebelum memanggil beberapa anggota Rukun Ttangga yang berkawal di hujung taman untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.
Ketua Rukun Tetangga yang enggan dikenali berkata, ketika pemeriksaan, pihaknya menunggu kira-kira 15 minit sebelum seorang gadis lengkap berpakaian dan tergesa-gesa sambil membetulkan tudungnya keluar dari bilik dan membuka pintu hadapan. “Gadis terbabit dan pasangannya mendakwa mereka suami isteri yang sah. Apabila diminta menunjukkan dokumen mereka mendakwa belum memperolehnya kerana baru berkahwin,” katanya.
Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati keterangan diberikan, pihaknya membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Masjid Tanah untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).
 

Ditinggal lepas nikah 3 bulan

KUALA LUMPUR: Bimbang rahsia perkahwinan keduanya di negara jiran diketahui isteri pertama, seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan Islam di Ranau, Sabah sanggup meninggalkan isteri baru tanpa nafkah zahir dan batin hanya selepas beberapa bulan mereka bernikah.
Malah, lelaki berusia 50-an itu turut membiarkan isteri keduanya hidup tanpa status yang sah apabila enggan mendaftarkan perkahwinan mereka di sini walaupun mengetahui ia menyalahi undang-undang syariah.
Wanita malang itu yang hanya ingin dikenali sebagai Khadijah, 53, berkata, dia sanggup berkahwin dengan lelaki itu kerana terlalu mempercayainya yang mempunyai latar belakang agama tinggi dan berasa suaminya itu akan bertanggungjawab serta berlaku adil.

Menurutnya, mereka bernikah pada 30 Julai tahun lalu di Narathiwat, Selatan Thailand dan kira-kira sebulan selepas itu dia dengan usaha sendiri mendaftarkan pernikahan mereka di jabatan agama, namun suaminya enggan menandatangani dokumen dengan memberikan pelbagai alasan.
“Sebelum kahwin macam-macam dia janjikan, hingga sanggup memberi mas kahwin RM15,000. Tapi tidak sangka selepas tiga bulan bernikah dia meninggalkan saya tanpa sebarang nafkah serta turut bersikap dingin terhadap saya hingga kini. “Dia langsung tidak mempedulikan saya sekarang dan apabila ditanya mengapa, dengan selamba dia mengatakan mereka tidak boleh hidup bersama kerana cara hidup mereka berbeza,” katanya yang ditemui di sini, kelmarin.
Khadijah berkata, dia berasa dipermainkan dan lebih teruk suaminya seperti tidak mahu mengaku yang mereka sudah berkahwin dengan beberapa kali menghantar SMS mengatakan pernikahan di negara jiran itu tidak sah dan mereka tiada sebarang ikatan atau hubungan lagi.


Menurutnya, dia tidak sangka seorang berjawatan tinggi dalam pertubuhan Islam yang boleh dikatakan berstatus pendakwah serta mengetahui mengenai hukum agama serta undang-undang syariah tergamak melakukan perkara sedemikian. Katanya, dia kini malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling terutama ahli keluarga dan rakan yang mengetahui mengenai perkahwinan mereka dan perkara itu juga mengganggu kehidupan hariannya.
“Jika benar dia sudah tidak mahu ada apa-apa hubungan, saya harap perpisahan itu dilakukan mengikut cara yang betul dengan mendaftarkan terlebih dulu perkahwinan dan kemudian barulah bercerai cara baik melalui proses yang betul.“Macam mana nak bercerai sedangkan pernikahan kami tidak didaftarkan dan saya percaya dia mengetahui perkara itu, tetapi sengaja berbuat demikian kerana takut perkahwinan kami diketahui isteri pertama selain bimbang kedudukannya terjejas ekoran melakukan kesalahan mengikut undang-undang syariah ,” katanya.
Menurutnya, dia masih menyayangi suaminya dan jika boleh ingin mencari jalan terbaik bagi menyelamatkan perkahwinan mereka serta berharap suami lebih bertanggungjawab dengan tidak lepas tangan dengan apa yang sudah berlaku. Khadijah berharap agar pengalaman pahitnya itu dijadikan iktibar kepada wanita lain supaya tidak terpedaya dengan kedudukan seseorang itu hingga sanggup membelakangkan undang-undang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...