Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label NOTTY_DADDY. Show all posts
Showing posts with label NOTTY_DADDY. Show all posts

22 October, 2012

Teman Pengganti !!!!!!

Tanggal 25/09/12 ( selasa)  - Tepat Jam 8.50 pm di bahagian Kecemasan & Trauma Hospital Kulim , kami sekeluarga akur dengan kembalinya ke rahmatullah , Allahyarham Muhammad Hafiz Bin Mohd Nasir
anak saudara yang paling rapat dengan aku sejak kecil sampai la ke akhir hayat nya  .
Arwah with HAZIQ HILMI 


Arwah with HAZIQ HILMI 

Arwah with Along Faten Najihah di Puncak Titiwangsa, Lebuh raya Timur Barat 


Tanggal 16/10/12 (selasa) - Tepat jam 1.20 pm di dewan bersalin Hospital Kulim , wife aku selamat bersalin anak lelaki kami yang aku nama kan Muhammad Imran Hafiz , nama yg ditinggalkan oleh arwah sebelum ia pergi selamanya.



Semoga Arwah sentiasa diberkati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman .

20 July, 2012

Salam Ramadan Buat Semua !!!!!


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan  "Ya Allah tolong abaikan
puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya
.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat
kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga
kita dapat menjalani ibadah
puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati  Allah S.W.T, Insyaallah. 
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh
cid:image003.gif@01CD6442.35C1E0D0semoga ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan cid:image004.gif@01CD6442.35C1E0D0
cid:image004.gif@01CD6442.35C1E0D0cid:image005.gif@01CD6442.35C1E0D0ukhwah yang terbina. cid:image004.gif@01CD6442.35C1E0D0

30 May, 2012

Coretan Daddy - Hantu Punya RTM !!!!!

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua followers blog daddy .

hari ni rasa nak tulis something la....lama juga rasa nya daddy tk tengok TV 1 and TV3 ni ....tiba2 smlm terasa nk tengok ....so layan la kejap depan TV tu ...kebetulan ada pentas adik2 ku musim ke-3 peringkat akhir.
walaupun nampak muka mashitah ngan jamil khir kat atas pentas tu.....aku layan juga la....bukan aku nk tgok depa ....aku nak tengok budak2 tu yang petah berceramah atas pentas....

ikut intisari rancangan ...dari kul 9 sampai kul 11....pastu dalam pukul 10.00 masa tu peserta ke 4 kalau x silap aku la....nama dia mohd rafiudin rafdi....mmg bagus budak ni....mnghayati sajak perihal peribadi Rasulullah SAW..... menitis air mata dia....menitis juga air mata penonton kat studio tu ...spt yg difokuskan kamera....
mata aku pun dah nyaris2 berair....sikit2 lagi saja.

Tengah bagus dok menghayati sajak2 tu...TUP TUP ...kuar isu semasa cerita pasai BERSIH 3.0
kuar la semua citer buruk pasai bersih 3.0 ....haram jadah betui,......

masa dok nyanyi dok bergelek tu ....tak pula di berhentikan ....ni masa si daei kecik tu sedang berkarya ttg rasulullah ...masa tu la depa nk interfrem....

memang hantu punya TV1.....






16 May, 2012

happy teachers day !!!!! 16 May 2012

salam buat semua followers nottydaddy (ND) 


hari ni ND rasa terpanggil nk wish selamat hari guru kat guru2 ND dulu ....
dari sekolah kebangsaan padang meiha ( dlm kawasan estet)  darjah 1 sampai 4 .....
masa tu ada cikgu ishak hashim , cikgu alias, cikgu md zain , cikgu hassan , cikgu hafiz  , cikgu baharom dan pastu masuk cikgu kesayangan aku masa tu ....cikgu wan suraiya wan yahaya......


pastu pertengahan drjh 4 pindah ke sekolah keb sg karangan ....semua student dr SKPM td kn pindah ke SKSK....masa ni mula jumpa ustaz mokhtar yang last2 jadi suami kpd cikgu wan.....


Tak lupa buat cikgu2 kat sekolah menengah padang serai (SMPS) ...skrg ni dh tukar nama kepada SEMPAS...tk kisah la....dh lupa dh bnyak nama cikgu2 yg ngajar aku....


tanpa depa semua ...sapa la aku hari ni ....


Terima kasih cikgu ....kat mana saja cikgu berada....


Selamat Hari Guru 2012...


Wassalam 

14 May, 2012

Nota Dari Daddy !!!!!!

Assalamualaikum w.b.t buat semua follower daddy 
mudah-mudahan sihat sejahtera hendaknya
lama rasanya daddy tk coretkan sesuatu kat ruangan ini …
hari ni rasa sunyi …rasa boring….jadi daddi nk coretkan sesuatu 
banyak post daddy ari ni 
tengok kat pages….
ada pic baru daddy & mom on weekend activity kat Sri Manjung 
sempena wedding anak saudara daddy 
ada pic hantaran kahwin yg adik daddy buat ….kalau2 ada yg berkenan
ada artikel2 18SX buat renungan….walaupun nampak sedikit lucah 
tp ianya tk lebih dari pengajaran dan perkongsian….
So jemput la jenguk2 kat blog daddy ni …..
Yang terasa sikit baca artikel politik tu …..faham2 la daddy kat sebelah 
mana
Assalamualaikum

22 February, 2012

bila YM berhenti berbicara !!!

Salam
Lama benor rasanya daddy tk berceloteh kat sini ....
ari ni terasa nk tulis something...khusus buat rakan2 chatters kat YM.
Daddy dh decided to stop all sort of chatting ...Ym or Masengger...

Buat rakan2 chatter , daddy nk minta maaf byk2 kalau2 ada yg prnh tersinggung ngan daddy....
yang pnh kecik hati ngan daddy and so on...


23 November, 2011

Bahagia Layari Perkahwinan : 5 Sikap Buruk Wajib Ditinggalkan

sekadar gambar hiasan
Setiap insan mengimpikan sebuah rumah tangga dan keluarga yang bahagia. Namun untuk mengecap kebahagiaan itu perlu ada usaha dilakukan. Tak terkecuali ia juga mungkin memerlukan pengorbanan.
Satu yang harus dikorbankan oleh pasangan suami isteri untuk meraih keharmonian rumah tangga adalah sikap buruk yang sudah sebati dengan diri. Kebiasaannya sikap buruk ini begitu sebati dengan diri lantas membuatkan ia sesuatu yang sukar untuk dikikis. Tapi jangan putus asa berusahalah menghapus segala keburukan itu untuk kebahagiaan berkekalan.
1. Cemburu Yang Berlebihan
Sewaktu suami sedang berbual dengan teman lamanya (wanita) di laman web sosial sebaiknya isteri perlu bersikap tenang dan positif. Selagi berada di landasan yang betul, hal tersebut adalah satu tindakan yang tidak perlu diperbesarkan. Perasaan cemburu tidak bertempat hanya membuatkan rumah tangga panas dan banyak kongkongan. Tidak dinafikan, cemburu memang perlu tetapi biarlah berpada kerana itulah tanda cinta. Tetapi jika berlebihan, mengundang padah yang merosakkan.
2. Membuka Aib Pasangan
Setiap insan punyai kelebihan dan kekurangan. Lantaran itulah kita perlu menghormatinya dengan tidak menjajanya kepada sesiapa. Lebih-lebih lagi rahsia keluarga atau kitalah orang kepercayaannya. Dalam ikatan rumah tangga, baik isteri mahupun suami kelemahan diri perlu ditutup sebaik mungkin. Terimalah pasangan anda seadanya kerana keikhlasan yang terbit dari hati mencetus bahagia sampai bila-bila.
Meskipun pasangan bertukar-ganti, belum tentu dia lebih baik dari sebelumnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan belajarlah untuk redha. Simpan sebaiknya aib, kekurangan atau masalah pasangan dari diketahui umum. Nescaya, pulangan yang diterima berkali-kali ganda.
3. Dikuasai Perasaan Hasad Dengki
Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Tetapi bila diserang PHD (penyakit hasad dengki) tiada klinik mampu berikan ubat yang terbaik. Buatlah apa jenis pembedahan, suntiklah apa jua vaksin tetapi jika tiada keinginan mengubah dari hati, sudah pasti jalan kegagalan sedia menanti.
Sebagai pasangan suami isteri, perasaan dengki, suka menunjuk dan iri hati perlu dihapuskan serta merta. Jangan nanti bila melihat jiran sebelah menukar perabot baru maka kita pun ingin melakukan perkara yang sama biarpun kemampuannya paras-paras hidung sahaja. Mangsanya, suami ''melengkung'' melangsaikan hutang demi memenuhi kehendak isteri tersayang.
Seharusnya bersyukurlah sentiasa dan cukuplah dengan apa yang ada. Usah merenung kelebihan orang lain hingga menangisi nasib sendiri. Berubahlah ke arah yang lebih positif bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
4. Keinginan Melakukan Kemungkaran
Tabiat buruk seperti berjudi, minum arak, seks bebas dan sebagainya adalah tindakan-tindakan yang mendorong ke arah kehancuran. Jangan sesekali terjebak dalam aktiviti sebegini yang hanya akan menjunamkan diri ke lembah hina. Tapi sebagai manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jika terlanjur melakukannya segeralah bertaubat.
Tinggalkan segera sebelum ditimpa pembalasanNya. ''Cuci tangan'' sebelum masalah berpanjangan. Ingatlah bahawa Allah sangat membenci hamba-hambaNya yang melakukan kemungkaran. Di dunia lagi Tuhan telah tunjukkan balasan seperti perpecahan keluarga, kemerosotan ekonomi dan macam-macam lagi. Bukan pada diri sendiri malah pasangan, keluarga serta masyarakat turut merasa tempiasnya. Jagalah kehormatan diri dan keluarga selain berdoa pada Yang Maha Kuasa agar sentiasa terpelihara.
5. Sensitif Dan Cepat Emosi
Hidup berumah tangga, suami atau isteri perlu menjalin kasih sayang dengan baik. Jangan kerana hal-hal yang kecil membuatkan masing-masing bermasam muka hingga berhari-hari lamanya. Kalau boleh, jangan bangkitkan kemarahannya dengan bercerita kenangan lama dengan bekas kekasih atau meluahkan tentang keburukan dan kekurangan diri serta keluarganya.
Sedarlah bahawa memuji lelaki atau wanita lain di hadapan pasangan juga boleh membuatkan si dia berkecil hati. Begitu juga sekiranya tidak peka dengan kegemaran atau kesukaannya. Hal-hal yang disebutkan tadi adalah sebahagian dari perkara yang boleh membuatkan si dia menjauh diri sekali gus menimbulkan kemarahan.
Ingatlah, walau siapa pun pasangan anda, usah sekali-sekali meremehkan atau merendahkan kebolehan dirinya. Kerana itulah, sebelum memutuskan untuk mengikat janji setia membina mahligai bahagia maka selidikilah dirinya sedalam-dalamnya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari sampai melakukan dosa yang ada kalanya tidak disedari.

OREO CHEESECAKE & BROWNIES

OREO CHEESECAKE


BAHAN-BAHAN :
300 gm keju krim
150 gm gula
256 gm telur
15 gm mentega – dicairkan
25 gm jus lemon
60 gm biskut Oreo
6 gm serbuk biskut Oreo
CARA MEMBUATNYA :
1. Lekat dan susun serbuk biskut Oreo pada bahagian bawah dan tepi bulatan acuan kek.
2. Bagi melekatkan serbuk pada bahagian bawah dan tepi, sapu acuan dengan minyak terlebih dahulu.
3. Pukul keju krim dan gula sehingga lembut dan kembang.
4. Masukkan telur dan jus lemon sedikit demi sedikit. Masukkan pula mentega yang telah dicairkan.
5. Bubuh adunan ini ke dalam acuan kek yang telah disediakan tadi.
6. Masukkan pula biskut Oreo ke dalam kek.
7. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama kira-kira 1 jam 15 minit.

BROWNIES
BAHAN-BAHAN:
50 gm mentega
150 gm gula
85 gm telur
50 gm madu
30 gm serbuk koko
80 gm tepung
150 gm kacang walnut
30 ml krim
CARA MEMBUATNYA :
1. Pukul mentega dan gula sehingga lembut dan mengembang.
2. Masukkan madu, telur dan kemudian tambah campuran ini ke dalam adunan mentega dan gula tadi.
3. Masukkan serbuk koko dan tepung, dan gaul dengan sebati.
4. Masukkan pula kacang walnut, krim dan kacau hingga sebati.
5. Bubuh adunan ini ke dalam aduan empat segi. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 50 minit

22 November, 2011

well done harimau muda !!!!!!!

assalamualaikum ...
ari ni rata ceruk kat malaysia dok citer pasai bola pas malaysia mmbenam Indonesia smlm 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti ...

apa pun daddy nk ucapkan syabas kat pemain2 harimau muda kerana berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir. memang puas hati daddy tengok game tu ....sepatutnya malaysia dah boleh menang lebih awal lagi .
syabas Apek..muslim..fadhli...zubir...mahali....asra...tamil...gurusamy...irfan...fakri..badroll...nazmi...fandi and yong....uoals ada hero.

next challenge will be syria esok kat bukit jalil.....tonik dah ada...harap2 dapat mmberikan persmbhan yang terbaik walaupun kita faham...tempoh 48 jam is not sufficient untuk recover....apa pun do the best....

lastly from daddy....well done harimau muda...u are the best in south east asia.




31 October, 2011

Selamat Berniaga Ayang !!!!!

assalamualaikum & slm sejahtera.....
lama gak rasanya daddy tk berceloteh kat sini ....
hari ni rasa nk corat-coret sikit ....

lama rasanya tk share aktiviti daddy mcm yg daddy buat dulu ...
selalunya sampai weekend ja...ada lah aktiviti daddy...
minggu ni pun sama....minggu ni weekend daddy bermula seawal hari
jumaat malam lagi....

balik je dr ofis...mummy ajak pegi pasar malam sidam kanan sbb nak
belikan sesuatu ....dlm perjalanan tu dok bersmbg ....bila nk start berniaga ?
mummy dok cadang nak re-open biz goreng pisang / keropok lekor dia.
Tapak dh pun dikenal pasti....cuma katanya nk kn minta permission dari
tuan rumah ja la....dengar ja mcm tu...terus ja malam tu juga...daddy pegi jumpa
tuan rumah ....minta kebenaran...alhamdulillah...mummy diizinkan...

selesai je bab tapak...next question is bila nk mula...cadangnya dulu lps raya ...
tapi daddy counter-proposed why don't kita start straight away...hari ahad.
at least daddy cuti hari tu...boleh gak tolong utk start-up... mummy agree..

Pagi Sabtu...seawal 8 pg daddy dh buat persiapan....korek balik barang2 berniaga
yang lama.....last sekali buat goreng pisang 9 thn sudah...so bnyak barang
kn beli baru...hari tu lah juga nk kena hantar ALong balik LAngkawi.....
So everything kn start awal....Pagi tu , pegi kedai hardware cari jaring ...
penapis ...terus ke satu lagi kedai hardware...beli tray..penyepit ...brgn plastik.

Balik...terus hantar along kat Kuala Kedah....dari KK terus saja ke Tsk Gelugor,
Supplier lama Pisang ....rupa2nya dia pun dh tk jual pisang dh....bila dh tk der tu
kena la cari supplier baru....terus ke Lunas ( Tepi BKE). Alhamdulillah, daddy
ambik 2 tndn seberat 30Kg + Keledek 10Kg....Balik Singgah lagi kat Pdg Serai
beli Nugget, Chicken Ball, Daging Burger , Sosej . Ini pun old supplier gak...
balik ...singgah lagi kat Guar Lobak...kali ni pesan Keropok Lekor....

So semlm , 30/10/11...mummy pun bermula la berniaga....lbh kurang kul 12 tghari.
Alhamdulillah...sambutan amat mnggalakkan sekali dan pendapatan semalam juga
amat memberangsangkan .

And selain goreng pisang , kita gak decided utk jadi pengedar bagi produk wanita ...
`JAMU RATU DARA' ....produk yang dinanti2 kan setiap wanita...So Sapa2 yang berminat
boleh order dr daddy....Details akan daddy share on next posting ....wassalam

Harga : RM30 Shaja.














02 August, 2011

Coretan Daddy 2 Aug 2011 - Citer Kahwin Muda kat Hot FM Hot Chat .....

ni antara komen2 dari FB hot fm
Zulfadhli Abdul Fattah Pada pendapat saya kalau kita kahwin di usia muda tu boleh tetapi itu pun kalau kita mampu nak sediakan bermcm benda contoh mas kahwinnya, kendurinya etc
7 minutes ago

Sapuan Ibnu Mohamad sy terdgr td ade sorang akak tu ckp kawen mude mnyebabkan penceraian.. come on la kak.. jgn berfikiran sempit sgt boleh.. sedangkan islam sendiri menggalakkan umatnya kawen awal.. jgn tkut nak kawen awal.. rezeki Allah ade di mane2.. lain kali pk dgr ceramah agama byk2.. tnya ustaz2.. jgn buat analisis sendiri..
7 minutes ago

Normazita Abdulahamid banyak susah dari senang...
7 minutes ago

Salma Said sy kawen muda...alhamdulillah bahagia hingga sekarang.......
7 minutes ago

Sabri Saiffudin Salamon Ada baiknya kawen muda nie..tp ekonomi(kewangan) kena la kukuh..faktor peribadi n agama juga main peranan..kalau semua cukup,InsyaAllah bahagia ke akhirnya..:)
7 minutes ago · 1 personLoading...

Normazita Abdulahamid kawin tua pun susah gak lambat dpt anak..
7 minutes ago

Aida Hazlly Kawen muda dpt pasangan berusia rsnye ok lg...kawen muda same2@lebeh kurang usia..yg slalunye bermasalah..saya kawen umur 23 n hubby 26..mmg nak bertekak aje..alhamdulillah..kami da settledown..umah ade...kete ade..anak pun da 4..pe2 pun kene ade kerjasama..slg memahami..gadoh2 manja besa la..jangan smpi bling pisau dgn blender(zaman skang x pki lesong)..sudah la..tuh bahaya!
6 minutes ago · 1 personLoading...

Pen Merah Pen Biru klu dh ready pk tngungjwb, go ahead lha..klu blom better pk pasal study dlu lha..soal nikah nie bkn pkre men2x..klu tak suka bley crai ikot ske hti..perlukn kematangan dri kdua2 blah pihak utk memikul tnggungjwb msing2x..letakkn keutamaan pd stu benda dlu, bru kjar mende laen lps slesai pkre utma tu.. ;) peace yo
6 minutes ago

Encik Boss aku kwen umo 19.skrg umo dh 24,anak umo 4 thn.mslh kwen muda ni xleh nak enjoy,kuar dgn mmber,nak pegi mn2 msti kna ajak bini skali.yg baikny plak,aku jdi org mtang.dpt keja bgs,prgai bgs,pkai duit pun bgs.(ht kn keras le)
6 minutes ago

Ct Hajar adik aku kawin muda umo 20, 25 dah jadi janda ank tiga... x husband plak x bgi nafkah x dak duit.. adik aku plak sekolah sampai form 3... skrg sapa susah ank2 dier yg susah.... ish ish ish... nk buat mcm mana... sian tengok ank kecil derita krn ibu bapa yg x fikir panjang.... masa nk kawen happy... susah x mau plak...
6 minutes ago

Syair Syair Kasih Salam Slmt pagi semua...bercakap pasal kawin muda senang @susah jawapnya susah...saya bercakap melalui pengalaman...saya berkawin di awal USIA 17 tahun blm hbs sekolah lagi...di awal akhir umur 17 tahun saya dah baby...tugas sebagai isteri Dan ibu di awal umur 17 memang berat ...sblm berumah tangga saya tak pernah terfikir pun Bahawa kawin muda ni susah namun setelah saya jalani memang sulit....
6 minutes ago

Halim Eksi Kawan saya kawin masa umur dia 22, isteri dia 17, sekarang anak sulung dia dah tingkatan 3, dan dia berjaya dalam perniagaan...
6 minutes ago

Farisi Ramli berkat...murah rezeki ;)
6 minutes ago

Nanie Flower Kawen mdh tp tanggungjwb lg wajib nk d'pikul...xkre usia.
5 minutes ago

Norhayati Ali Mustaffa Xperluu la nak kawen muda kalo kewangan belum lg stabil...n kematangan tu xde...slalunya kalo kawen muda ni sukar utk bertahan..!kesian kat pasangan kawen muda ni..
5 minutes ago

Sapuan Ibnu Mohamad “Sebaik-baik Mahar adalah yang paling mudah (mengikut kemampuan)” [Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi]...

so masalha xde duit ke spttnya xperlu tmbul.. masalh org kita nak sgt buat meriah2.. tu sbb jadi nmpak terbeban.. Islam itu indah.
5 minutes ago

Hamimah Rahman kawen muda kalau tak betul sedia mental,fizikal dan material..boleh jadi cerai berai..unless memang anak orang senang..ada bisnes sendiri..untungnya kawen muda..senang lagi la nak pregnant ramai..
5 minutes ago

Madiey Juhari d zaman yg smkin mncabar ni kawin muda lg elok dri buat perkara yg bkan2
4 minutes ago

Roney Burahol Kawin muda ke tua ke sama je lah... Tp kwn muda senang sikit bisa lama hidup sm bini...:P
4 minutes ago

Raimi Ramli saye pun kawen awal... umo 23 tahun.. agak susah sikit tapi kene sabar dan kuat semangat, sebab memang dah tak boleh nak patah balik kan? kawen dah nak masuk 4 tahun, tapi still lagi macam pengantin baru, sebab suami saye romantik.. dia pun muda lagi..... yg penting nawaitu.... jgn takut kawen muda tapi biarlah penu ilmu di dada.. chewah!!! haha :)
4 minutes ago

Zam Ziela Aleesya kawen muda kalau kewangan belum stabil memang susah tambah kalau idup kat kl silap ari bulan perkahwinan yang dibina tak boleh bertahan... tapi tak kisah kawen tua ke kawen muda banyak duit ke sikit ke tapi kalau tak kenal betul2 pasangan, tu yang ada kawen 10 hari then berpisah... so kenali pasangan anda terlebih dahulu....
4 minutes ago

Sheny Punkface kazen sa kawen muda umur 2o da jadi janda..1 anak laki kaki juda.makmertuah pokpet2x jew...ehhhh..
4 minutes ago

Mohd Rizal Abdullah Baguih! Dpt elakkan maksiat..... Masalah keruntuhan akhlak makin teruk sekarang nie
4 minutes ago

Aliflamyanun Yen Ahmad saya pernah terlintas nak kawin umur 20..tp tak jadik rambang mata time tu..ehe...skrg dah 27 lum kawin lagik..macam syg ja nak tinggalkan zaman bujang..sonok bha bujang..kan kak farah kannnn
4 minutes ago

PaPa Tommy Kawin seronok..lebih2 lg mlm juma'at.tak boleh kongsi kongsi wayyyy
4 minutes ago

Mohd Haled saya kahwin pd usia 21thn,awlnya mmg family mlarangnya sbb br abis grade n lum keje pun..tp saya percaya ngan rezeki yg ALLAH limpahkan..n skang dah 9thn kawin anak ada 2,,kereta ada dua,,,n umah dapat beli yg jenis semi d lagi n harganya 350,000k,,,ALHAMDULILLAH...
4 minutes ago · 2 peopleLoading...

Yukie Demonsterz dh jodoh nk buat cmner....???tak kira lha umur brapa....kalau jodoh dh sampai den tak leh nk ngelak
3 minutes ago

Juliana Mohd Rashid Kahwin muda ke kahwin tua ke pape pun jodoh itu kan ke ketentuan illahi...kan kan kan...hehe
3 minutes ago

Shaz Rawk yg ssh ny sb bnyk bnd kne blja....yg sng ny ad owg tmn kn kte tiap mlm....
3 minutes ago

Ar'Lieya Daen Nk kwin tp...............xda calon ~
3 minutes ago

Nora Yanty bgus kahwin muda blh mgeratkn n mghagatkn lg prcintaan wlupn kdg2 ttp gduh. Yg pntg mental kn kntal stiap pkhwinan byk dguaan. Cuma trplg pd dr sndri mcm mn nk kawal keadaan trsbut.
3 minutes ago

Norazela Samat sy rase kawn muda akan lebh mematangkan diri sesorg untuk menjadi yang lbh bertanggungjawab... tp kalau mase muda & single xleh tanggung diri sendiri abaikanlah niat nak kawen diusia muda tu yer..:)
3 minutes ago · 1 personLoading...

Kak Sal Mat Noor Alhamdulillah saya berkahwin muda umur 20thn..n skrg nih perkahwinan kami dah msk 19thn..masa kawin dulu tgh belajo n suamipun msh belajo. Hantaran skit je koz arwah mak n abg2 kata x perlu hutang..alhamdulillah kami bahagia.
3 minutes ago · 1 personLoading...

saya bertunang pada umo 19 taun, dan kawin pada umo 20 taun.. cakap terang,walaupun sy pompuan (pompuan trima duit hantaran)..mase tu belum cukup duit sgt nak wat majlis. jadi,saya wat dua kerja.. pagi saya keje mengajar (guru sandaran tak ...terlatih) dan petang saya keje pembantu klinik..penat! tapi memuaskan sbb dapat wat majlis yg cukup puaskan ati family.sekarang maintain satu keje n dah ada anak sorang (fara..kau ada?)hihi..See more
2 minutes ago

Nur Hidayah Ida ida umur baru 17 tapi dah start nak cari calon suami cause pengalaman masa lalu buatkan ida sentiasa menjadikan kahwin tu satu hubungan yang kekal sampai bila2... antara kita dengan siapa yang benar2 menyayangi kita..maybe kawin 2 tahun lagi,tapi kalau jodoh sampai taon depan mesti ajak kak fafau,abg fbi, abg ag dtg kat majlis ida k..hehehe..
2 minutes ago

Hafiz Afil Kahwim muda nie byk dugaan nye.
2 minutes ago

Norhapiza Idrus alhamdulillah bahgia smpi la...ank pun dah besar p mn2 pun org igt adik..baguih gak kawen muda ni.tp kn byk sabar la
2 minutes ago

Feardhieys Vp Kawen nk pentingkn diri sendiri je baik xyah.. Klu leh, biar bsefahaman.. Masalah boleh diatasi bersama hari mendatang.. Ceewaahh.. Ahakz!
2 minutes ago

Ayna Atierah Cpt bosan !
about a minute ago

ada keburukan kawen muda..kurang ilmu tentang rumahtangga,penjagaan/pendidikan anak,perancangan masa hadapan,suamisteri,ibubapa,..terutama sekali ekonomi(pendapatan)..kawen semua org boleh kawen n boleh buat anak...tapi bukan mudah..kalau k...urang pengalaman/pengetahuan...kehidupan sebuah perkhawinan itu seperti sampan tidak tahu arah tuju...jiwa muda masih memberontak..kehendak lebih kepada keperluan.jika sudah sampai jodoh. fizikal/mental sudah siap sedia hadapi segala liku-liku..insyallah pasti berjaya...kalau kawen kerana CINTA ....saja..fikirlah beribu kali....See more
about a minute ago

Sebenarnye istilah kawen mude ke kawen tua ke tu same je.. Kalo nk dikatekan yg kawen mude ni selalu ade masalah kewangan, cerai berai.. Bende tu juga dihadapi dgn pasangan yg tua jgk.. Bg sye bende ni sume atas diri itu sendiri.. Care baga...imana dia menjadi ketua keluarga dan cara bagaimana dia mnjadi seorang suri rumah tangga.. Tk elok la kalo kite selalu ckap yg pasangan mude tu akan ade masalah.. Setiap masalah itu mesti ade jalan penyelesaiaannye sendiri.. Pikir2 kn dan selamat beramal...See more
about a minute ago

Ila Ary Aryla sy kawen umur 17 n hubby umur 21..alhmdulillah dh 14 thn skunk..anak p0wn dh bsr2..mmg byk dugaan n kami p0wn hmpir2 nak b'pisah tp kami b'jaya atasi seme masalah b'sama demi anak2..
about a minute ago

Jainudin Ramli nak kawin selama 20 hari jerk...........
about a minute ago

Syazzriena Jay Bee Kawen muda??? Ramai y kawen muda sebab terpaksa kerana ade somthing didalam perut.. Kalau y betul2.. Susah sebab kita lum capai ap y dimahukan.. Bukn senang nk kawen muda.. Lagi2 di peringat remaja y mhukan kebebsan dan belum berapa nk matang.. Mcm mana nk menjaga keluarga kalau diri sndiri pun belum tntu ly jaga.. Sebelum nk kawen muda 2.. Pk2kan jgn sampai becerai berai baru rasa menyesal.. Peace malaysia
about a minute ago

Zail Badrol Hisham Sy stuju kawen muda,sbb sy pun brumahtangga masa umur 23 & isteri pun 23.saya pilih utk kahwin muda sebab saya dah puas enjoy& lagi 1 ialah untuk mengelakan dari perkara2 yg x baik berlaku..alhamdullilah rezeki yg allah s.w.t kurniakan melimpah ruah bila saya berniat nk mndirikan rumahtangga,sekarang saya dan isteri di kurniakan 2 org cahayamata yg sulung 3 tahun & yg ke 2 berusia 2 bulan.
about a minute ago

Suraj Rana Kalau hati da ok tak kera umar2 cinta pasti hidup paline ma
55 seconds ago

Zalbiza Ghazali saya kawin umur 19thn nw da ada anak 3..kawin muda leh kuragkn dosa.nw tgok rmja zman skrg ke hulu ke hlir xda ikatan kn bdosa..sy xnk hbungan tnpa ikatan.ia jg dpt mematangkn sy dlm mjaga umahtga dn mmbmbing sy jd is3 yg taat pd suami..ada org yg akan jga kta dn lindungi kta..
53 seconds ago

Zaimah Ramin sy kwen umr 19thn..prtama prkwinan mmang sukar biasa la msa 2 msi muda lg kn..tp slpas da ada ank smua sdah berubah skrg ank sy da ada 2...
50 seconds ago

kalau difikir2kan seronok dan berbaloi2 khawin mude ni....dr cite kawan2 kat radio td yg umur baru 34 anak2 dah umur 15 tahun...syok ape....umur 40 anak2 semue dah abis blaja.....indahnyer.....tp tak semue yg khawin mude tu kekal dan tak se...mestinyer khawin lewat pun kekal...pokok pangkalnyer usaha dan ketetapan jodoh kite...persediaan mental dan fizikal itu penting......kalau kite mengharapkan sesuatu itu berjalan dengan lancar dan baik maka hasilnyer akan baik.....tp itu semue urusan tuhan kite hanyer mampu meminta yg terbaik sahaja....kalau terjd sebaliknyer...kite kenelah mengkaji dan redha disetiap takdir utk kite tu........bg yg masih belum khawin jgn lah disalahkan mereka...bkn sebab mereka memilih atau tak mau khawin awal...tp itu semunyer urusan allah....See more
40 seconds ago

Wan Aliff susa,cm mbe sy kawin umo 19 taun now die 21 da jd dude..haha.
19 seconds ago
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...