Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

02 August, 2013

Kisah Pengajaran – Penggemis Dan Isteri Cantik (Mesti Baca)


p

Kisah Pengajaran Buat Semua

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemisberpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
“Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.” Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata “Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. “Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!”.
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan”.
Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :
“Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya”.
Sumber

03 July, 2013

Lokasi Pemasangan Kamera AES Seluruh Negara


AES atau Automated Enforcment System merupakan sistem tebaru yang dipasang oleh JPJ untuk menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Untuk rekod, sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September tahun lepas.
Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Terbaru, 831 lokasi pemasangan kamera AES telah dilakukan. Berikut adalah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot.
Senarai Penuh Lokasi Pemasangan AES di 14 Negeri Seluruh Negara
  1. Lokasi AES – Had Laju [LIHAT] atau [DOWNLOAD]
  2. Lokasi AES – Lampu Isyarat [LIHAT] atau [DOWNLOAD]
Contoh imej kesalahan yang dirakam dengan menggunakan sistem AES :
Jadi, untuk mengelakkan surat saman sampai ke rumah sila patuhi maklumat lalu lintas dan kelajuan yang ditetapkan. Jangan lupa download dan kongsi senarai penuh ini.

08 October, 2012

Bersubahat Bina Kuil Hindu Jika Makan Nasi Kandar at Pelita Nasi Kandar.


The Star 24/09/2012 pg 22, melaporkan bahawa pemilik Pelita Nasi Kandar, Datuk D.Ramesh performing temple ground breaking for construction.
Therefore pemilik Pelita Nasi Kandar is a Hindu........proceeds from jualan nasi kandar Pelita is for construction of hindu temple.  
 Bersubahat maknanya bagi orang islam yang selama ini makan n minum di Pelita Nasi Kandar.  
 Since now dah tau, Tak payah ler gi pekena nasi kandar kat Pelita lagi.......tak sanggup nak bersubahat.   

18 June, 2012

18, Jun Bahana Papar Kisah Rumahtangga Di Facebook

Facebook

“SUAMI saya outstation lah dua hari. Rindunya kat dia nanti…,” antara kata-kata yang sering dipaparkan dalam ruangan mana-mana status di laman sembang yang popular terutamanya laman sosial Facebook (FB). Fenomena menulis ayat-ayat ‘cinta’ di samping memuat turun gambar yang agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada umum dilihat kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa.

Apakah rahsia rumah tangga sama ada di ambang bahagia atau sebaliknya perlu dijadikan tatapan ramai? Sedangkan apa yang dilalui pasangan itu adalah rahsia yang perlu tersimpan rapi dalam kamus hidup suami isteri. Situasi itu pastinya menimbulkan kesan negatif kelak tidak kiralah pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling.

Mengundang keghairahan

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya di sebuah masjid sekitar Shah Alam baru-baru ini berpandangan bahawa, kemungkinan besar insan yang memuat turun gambar di FB mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan mereka dengan orang lain.

“Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.


“Ingatlah lafaz ini – aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu maknanya aku terimalah dia menjadi isteri ku halal bagi ku mengikut garis syariat, yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok,” ulasnya dalam ceramah tersebut.

Menurutnya, FB adalah medium yang banyak manfaatnya jika digunakan sebaiknya antaranya mujahidin pembela agama ALLAH SWT di Chechnya mengaplikasikan penggunaan FB untuk menentang pencerobohan tentera Rusia, mereka menggunakan bahasa isyarat dalam FB yang tidak boleh dikemas kini tentera musuh, namun masyarakat kini bertindak sebaliknya.

Itulah yang berlaku apabila dunia berada di akhir zaman. Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, tidak boleh mengharamkan penggunaan FB kerana ia adalah medium yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna. FB boleh dianggap sebagai pengikat (silaturahim). Laman sosial itu dilihat bermasalah apabila penggunanya tidak mengemudi FB kepada perkara sepatutnya.

Rahsia rumah tangga

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Riwayat Muslim).

Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.

Nabilah mengulas mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.

“Sebagai contoh, si isteri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan suaminya, lalu dipaparkan di FB. Apabila kenalannya memberi komen yang berunsur mengapi-apikan, pasti pertengkaran akan wujud sekali gus merosakkan hubungan yang tersedia rapuh.

“FB ini bersifat serampang dua mata, digunakan dari aspek kebaikan maka baiklah jadinya jika tidak parah yang menimpa. Sekarang ini kita lihat isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula geram dengan isteri, lepas ini ada pula anak melepaskan kemarahan pada ibunya dengan post di FB,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, perkara yang mahu dipaparkan di FB perlu ditapis, jangan semua benda mahu dikongsi, sifat malu itu perlu. Jangan berfikiran semua orang akan senang dengan tindakan yang dilakukan.

Alternatif terbaik

Islam adalah agama yang sangat menjaga umatnya, setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan berlandaskan kaedah dan cara berdasarkan hukum dan tuntutan syariat.

Nabilah menegaskan, sebagai manusia yangdikurniakan akal fi kiran waras, kita hendaklah tahu menyalurkan kemahuan ke landasan yang betul.

“Usah diikutkan kemarahan atau keghairahan yang tersemat di jiwa, melainkan apabila menghadapi saat-saat getir di mana bantuan daripada pihak tertentu diperlukan.

Mungkin mula-mula post gambar atau update status di FB, si polan berkenaan tak rasa apa-apa, tapi sampai satu hari dia sendiri akan rasa malu dengan perkara yang dilakukan, sampai saat itu barulah menyesal,” ulas anak kelahiran Johor ini.

Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan.

“Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza. -SH

08 March, 2012

SELAMAT HARI WANITA 2012

Selamat Hari Wanita Buat Semua Wanita2 DiSeluruh Dunia


BIODATA USTAZ DON DANIYAL



Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 
14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
Blogger Yang Diminati: Bro Wacana [Pergh.... kalau la betul....hehe]

23 February, 2012

06 January, 2012

Laksa Syafika..yurk ke Baling !



Macam ni yang kita mau ! Takpa..minggu depan wak ada hal kena ke Baling, so..nak pekena 'laksa' syafika..kenkawan kata sedap bro !! Yurk..!!

Seorang graduan universiti, Syafiza Mohd Sakri, 25, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak malu menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan Lebuhraya Tanjung Pari Weng, sejak tiga bulan lalu.

Syafiza, yang berasal dari Kampung Haji Yunus, nekad untuk menceburi bidang perniagaan yang diusahakannya, walaupun hanya berniaga kecil-kecilan, dia mampu meraih pendapatan bersih RM250,00 sehari.

Menurutnya, dia berniaga setelah lima kali gagal temuduga untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, namun dia tidak pernah patah semangat untuk berjaya.

“Insya-Allah, sekiranya diizinkan Tuhan, saya ingin memperbesarkan lagi perniagaan ini dan memperkenalkan lebih banyak makanan.

“Kini, saya menjalankan perniagaan makanan seperti bihun sup, laksa, nasi lemak dan rojak setiap hari kecuali Jumaat, bermula jam 7 pagi hingga 6 petang,” katanya yang merupakan anak ketiga dari enam adik beradik ini.

Syafiza berkata, sebelum ini dia pernah bekerja di Airport Kargo sebagai kerani kewangan tetapi terpaksa berhenti kerana ibunya, Zawiyah Ahmad jatuh sakit dan meninggal dunia Mei lalu.
Menurutnya, walaupun tidak ada pengalaman berniaga, dia nekad untuk menjalankan perniagaan tersebut setelah mendapat sokongan daripada keluarganya.

“Kini, saya dibantu oleh adik, Norshafira, 20, dan abang ipar, Wan Azman Abdul Ghani, 32, untuk menjalankan perniagaan ini.

“Saya berasa puas dengan apa yang dilakukan. Saya tahu, tiada siapa yang akan mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. Sebab itu saya kuatkan semangat untuk berniaga seterusnya dapat membantu ahli keluarga,” katanya.

Syafiza berkata, dia tidak pernah terasa sekiranya ada yang mengatakan graduan universiti hanya mampu membuka gerai makanan di tepi jalan.

“Kenapa kita perlu malu untuk berniaga di tepi jalan. Yang penting usaha dan pekerjaan yang dilakukan. Apa gunanya pendapatan kita berpuluh ribu ringgit sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu haram.

Kemungkinan saya akan menghadiri kursus pengendalian makanan untuk memantapkan lagi perniagaan. Insya-Allah, saya akan kembangkan lagi perniagaan ini dan ingin membuktikan peniaga di tepi jalan juga mampu berjaya,” katanya.

16 December, 2011

Isyarat Wanita Yang Perlu Lelaki Ketahui !!!!


Jom ketahui isyarat si wanita. Info yang lelaki patut ketahui.. :)

SEWAKTU menghadiri suatu majlis, anda terlihat seorang gadis jelita berjalan didepan anda. Sambil memerhatikan gerak serta susuk tubuhnya, anda cuba menghampiri dengan harapan agar dapat menawan hatinya. Anda cuba menunjukkan penampilan dan keyakinan yang cukup tinggi dan terbaik. Tetapi akhirnya, dia menolak hasrat anda tanpa memberi sebarang alasan. Kenapa ia berlaku?
Kemungkinan besar anda tidak memahami isyarat tubuh sebelum anda mendekatinya. Untuk itu, cuba ikuti langkah-langkah berikut. Pasti anda tidak akan kecewa lagi.
Isyarat pertama : Bulatan terbuka (The Open Circle)
Jika anda berada di sesuatu maffis, cuba perhatikan sekeliling anda. Pasti ada tetamu wanita yang sedang berbual-bual dalam satu kumpulan. Sekarang, cuba perhatikan sama ada kumpulan itu berkumpul dalam satu bulatan yang longgar (terbuka) atau rapat (tertutup) antara satu sama lain. Perkara seperti boleh memberi isyarat bahawa jika kumpulan wanita itu duduk secara terbuka,ia membawa maksud mereka mengalu-alukan perhatian anda. Justeru, mulakan dengan merapati mereka sambil bertanya khabar. Pastikan juga penampilan anda berada di tahap yang terbaik agar mereka lebih senang dan tertarik dengan anda.
Isyarat kedua : Lirikan mata
Mungkin anda sedang berbual-bual dengan rakan mengenai sesuatu isu. Sambil itu, jangan lupa, lemparkan pandangan di sekeliling anda. Mungkin ada wanita idaman anda berada di depan mata dan pastinya ia lebih penting berbanding isu yang sedang dibincangkan bersama rakan anda. Perhatikan lirik matanya dengan mendalam. Lirikan mata wanita sebenarnya membawa banyak maksud. Anda perlu bijak mentafsirkannya. Lirikan manja dan penuh menggoda, tandanya dia bersedia untuk didekati. Beranikan diri dan mainkan peranan anda seperti bertanya khabar. Pasti akan membuahkan hasil.
Isyarat ketiga : Gaya catwalk
Ada satu rahsia yang semua lelaki patut tahu. Selalunya kita tidak akan terlalu kerap untuk ke bilik air terutama dalam jangka masa yang agak rapat. Andai ada wanita yang lalu didepan anda berulang kali dalam masa beberapa minit, berikan perhatian! Selalunya tingkah laku sebegini merupakan satu petanda wanita tersebut inginkan perhatian daripada anda sekurang-kurangnya mengharapkan anda mempelawanya duduk dan minum bersama.
Isyarat empat : Renungan
Kebanyakan isyarat yang dinyatakan adalah bertumpu kepada isyarat mata. Kebanyakan wanita tidak kekok untuk melakukan isyarat mata terutamanya pada lelaki yang diinginkannya. Cuba gunakan pula taktik senyuman, ia mungkin kaedah termudah untuk melihat reaksinya. Jika positif,teruskan usaha merapatinya.
Isyarat kelima : Mengusap rambut
Semua wanita tahu bagaimana untuk mendandan rambut agar kelihatan lebih cantik. Tidak kira sama ada mendandan, mengusap mahupun membelai rambut hingga ke belakang bahu, mesej sebenarnya jelas, untuk menarik perhatian lelaki. Lelaki mana yang tak inginkan belaian dan usapan wanita!
Isyarat keenam : Perhatian berkumpulan
Wanita sememangnya suka bercakap dan bergosip. Tapi kebanyakan kalangan mereka sukar untuk menyimpan rahsia. Mungkin anda hanya memerhati seseorang wanita itu, namun perkara utama yang terlintas dalam fikiran mereka adalah anda cuba untuk memikat hatinya. Adakah perkara sedemikian menarik perhatian mereka, pasti mereka akan menceritakan kepada teman-temannya yang lain
Isyarat ketujuh : Berperwatakan ceria
Selain berpenampilan menarik, perkara lain yang turut diberi keutamaan adalah karakter seseorang itu. Jika anda mempunyai perwatakan ceria dan pandai bergurau, ia akan memberikan satu kelebihan. Sekiranya wanita tersebut tersenyum atau terhibur dengan gurauan anda, mesej yang timbul adalah dia senang dengan cara anda dan pastinya ingin merapati anda dengan lebih dekat lagi.

Awas Wanita ...Anda Mungkin Dibogelkan !!!!


Mungkin info ni sudah lame, tapi aku nk korang semua tahu info ini agar tidak menjadi mangsa kepada orang yang tidak bertanggung jawab.
Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangka.

Malah aku pun buleh dikatakan pandai dalam menggunakan software Photoshop ini tapi tidak lah sampai untuk berfikir dan explore sehingga ingin membuat seperti ini. Tetapi, inillah yang berlaku sekarang. Ada tools (editor x-ray) di dalam photoshop boleh membuat gambar anda berpakaian akan menjadi bogel.
So, nasihat aku, korang kalau perempuan, dinasihatkan agar jangan lah upload gambar dekat facebook or mana-mana laman sosial dengan keadaan pebuh seperti gambar diatas. Ambil lah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.
Sila kongsikan dengan kawan-kawan anda yang lain!

31 March, 2011

mar 31, 2011 [INFO] - Burger KFC ada cacing mati!

Burger KFC ada cacing mati!




Eww! Nak termontah kalau gi KFC beli burger sat lagi tengah sedap makan, ops! Ada cacing mampuslah. Rilek lu der, kejadian ni bukan berlaku di Malaysia tapi di China kot? Kat Malaysia KFC-nye bersih punye.. Konfom, cumeeeeeeeeeee… Servis lembab like shit especially drive thru kan. Lagi gambar cacing dalam burger KFC after the jump.

03 March, 2011

Mar 3, 2011 [INFO] - Welcoming new Co-Blogger

Salam buat semua....

Just nak introduce kat uoals my co-blogger which was hired today untuk sama2 meriahkan blog ini ....
GEE.......

Gee will be blogging from some part in Malaysia which i cannot disclose for time being ......
hopefully this blog will be filled with more useful sharing from now on with presence of Gee....

Gee....please post yr introduction entry jap....buat our blog followers....

Salam .

Mar 3, 2011 [INFO] - My Vi 2011_Facelift

Assalamualaikum
Kepada penggemar2 kete yang bercadang nk beli keter baru....hah ini dia salah satu option !!!!! cantik

24 February, 2011

Feb 24, 2011 [INFO] - SUAMI CEMBURU !!!!!!

SUAMI CEMBURU...???

Cemburu Yang Dibenarkan.

Sudah menjadi sifat semulajadi kaum lelaki memiliki rasa cemburu terhadap isteri. Dari satu segi, sifat cemburu seorang suami terhadap isterinya adalah dibenarkan kerana ia menunjukkan betapa ia mencintai serta menghargai isterinya.

Dengan kata lain kecemburuan yang dibenarkan oleh Islam ialah kecemburuan yang positif, yang menyebabkan seorang suami bersungguh-sungguh menjaga dan memelihara isterinya. Bahkan, Islam sendiri meninggikan kedudukan seorang suami yang mempunyai kecemburuan yang positif, dan sebaliknya Islam mencela suami yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap isterinya, sebab suami seperti itu adalah suami yang dayus.

Di samping itu, Islam telah menjelaskan sejauh mana boleh cemburu kepada isterinya. Jika batas-batas ini tidak dipenuhi oleh suami, atau kecemburuannya melebihi ketentuan-ketentuan yang dibenarkan oleh Islam, maka sifat cemburunya tersebut boleh menggugat kedamaian dan ketenteraman suami isteri dalam rumahtangga mereka.

Oleh itu, para suami hendaklah benar-benar mengerti bahawa kecemburuan tersebut hendaklah menjurus kepada pemeliharaan serta mendorong untuk bersungguh-sungguh memberi penjagaan dan pemeliharan, kerana inilah yang dimaksudkan cemburu yang dibenarkan dalam Islam. Cemburu seperti ini tentulah akan menguatkan lagi struktur rumahtangga dan ikatan suami isteri.

Maka suami yang mempunyai maruah dan harga diri hendaknya mempunyai sifat cemburuyang positif kerana sifat tersebut adalah satu daripada sifat Allah swt dan sifat nabiNya Muhammad saw.

Sesungguhnya suami yang tidak mempunyai rasa cemburu apabila kehormatan dan maruahnya tercabar, tentulah ia akan membiarkannya. Sekiranya lelaki lain cuba menggoda dan mempermainkan isterinya, maka suami yang dayus tidak akan mengambil berat kepadanya. Suami seperti itu tentulah sudah termasuk golongan lelaki yang tidak mempunyai harga diri dan maruah.

Diambil dari Luahan Rasa. Blogspot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...