Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label TIPS RUMAHTANGGA. Show all posts
Showing posts with label TIPS RUMAHTANGGA. Show all posts

25 July, 2013

Petanda Rumahtangga Anda bermasalah


Rumah tangga anda bermasalah jika ia mempunyai 7 petanda berikut:
1. Anda rasa sangat susah untuk memaafkan pasangan anda. Anda rasa susah kerana anda semakin hilang rasa sayang pada pasangan anda. Perasaan yang ada hanyalah perasaan negatif dan marah pada pasangan anda.
2. Anda mula berhenti berkongsi fikiran, perasaan, impian dan bermacam perkara lagi dengan pasangan anda. Anda berhenti berkongsi kerana anda tidak lagi percaya pasangan anda faham apa yang anda ingin kongsikan.
3. Anda dapati diri anda dipandang serong oleh pasangan anda dan anda rasa tidak kisah jika kehilangan dia dalam hidup anda.
4. Anda mula cari alasan untuk tidak lagi meluangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Anda lebih utamakan perkara lain dari masa untuk keluarga.
5. Anda mula bekerja lebih masa dan lakukan berbagai aktiviti untuk menutup masalah dalam rumah tangga. Anda juga mula mencari kebahagian dan ketenangan di luar rumah.
6. Anda tiada lagi niat untuk memberi rangsangan dan galakan pada pasangan anda.
7. Anda mengelak apabila pasangan anda ajak berbincang.
Jika anda ada 7 petanda di atas, anda perlu muhasabah diri kerana anda sebenarnya menghampiri penceraian. Bercerai hanya akan jauhkan diri anda dari kebahagiaan. Jika anda lihat pasangan anda mula berubah dan mahukan anda, baik anda muhasabah diri dan terima dia kembali.

08 October, 2012

39% Wanita Malaysia Tidak Setia ?????? Tmpat Ke -3 di Dunia !!!!



SINGAPURA: Kaji selidik Durex baru-baru ini menyenaraikan wanita Singapura yang kelima paling tidak setia di dunia.
Pungutan pendapat daripada 29,000 wanita di 36 negara meletakkan Ghana di tangga pertama dengan 62 peratus apabila wanitanya mengakui menipu teman lelaki dan suami mereka. Wanita Thai berada di kedudukan kedua dengan 59 peratus, wanita Malaysia ketiga (39 peratus) dan Russia keempat (33 peratus).

Di tangga kelima adalah wanita Singapura yang tidak begitu setia dengan 19 peratus.
Menyenaraikan lelaki Singapura sebagai paling ramai melakukan seks rambang di Asia, kaji selidik jenama kondom itu berkata, mereka mempunyai 16 pasangan secara purata dalam kehidupan mereka. - ST
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/08

08 August, 2012

Pasangan Islam bercerai setiap 15 minit !!!


Assalamualaikum dan Salam Hormat buat anda. Terima kasih kerana masih menjadi pembaca setia blog ini. Banyak lagi perkongsian bermanfaat yang bakal saya kongsikan bersama anda.
Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang amat menggemparkan!
Ianya berkaitan dengan kes perceraian yang berlaku di Malaysia pada masa kini.
Tahukah anda pihak JAKIM telah mengeluarkan satu statistik yang amat mengejutkan iaitu untuk setiap 15 minit, akan ada 1 pasangan suami-isteri yang beragama Islam bercerai. Angka kes perceraian tersebut semakin tahun semakin meningkat.
Berikut adalah bukti daripada keratan akhbar online yang membuktikan fakta tersebut:
Fakta ini telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam satu sidang Parlimen.
Memang agak menakutkan juga hakikat realiti yang terpaksa kita terima ini.
Menurut keratan akhbar tersebut, banyak punca yang menyebabkan berlakunya kesperceraian di Malaysia ini. Antaranya adalah kurang menitik-beratkan solat 5 waktu, tidak menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin dalam rumahtangga, kurangnya ilmu berkaitan mengendalikan konflik rumahtangga serta banyak lagi.
Hal ini jika tidak dibendung dari awal usia perkahwinan bakal mengundang perceraian di kemudian hari dalam jangka masa 2-3 tahun akan datang.
Rumahtangga yang tidak harmoni dan dipenuhi dengan kasih-sayang serta pengamalan nilai-nilai murni Islam bakal menuju jalan kehancuran rumahtangga.
Setiap pasangan tak kira si suami mahupun si isteri perlulah sama-sama bekerjasama dalam mengekalkan ikatan perkahwinan agar terus utuh dan bahagia selamanya. Kepincangan dalam rumahtangga boleh berlaku jika salah-satu pihak mengambil ringan dan jalan mudah dalam mengendalikan sesuatu konflik.
Perlu adanya ilmu dan persediaan yang cukup bagi mengelakkan perkahwinan anda berakhir dengan perceraian.
Sebenarnya terdapat banyak lagi punca yang menyebabkan perceraian boleh terjadi. Kebanyakkan punca-punca tersebut mungkin sebenarnya tidak anda sedari bahawa anda mungkin sedang lakukannya.
Layari laman PuncaCerai.com untuk mengetahui lebih banyak punca yang boleh menyebabkan perceraian berlaku.
Klik link berikut untuk lawati laman Punca Cerai: >> KLIK DI SINI << 

24 July, 2012

7 Petanda Rumah Tangga Anda Dalam Masalah !!!!


Rumah tangga anda bermasalah jika ia mempunyai 7 petanda berikut:
1. Anda rasa sangat susah untuk memaafkan pasangan anda. Anda rasa susah kerana anda semakin hilang rasa sayang pada pasangan anda. Perasaan yang ada hanyalah perasaan negatif dan marah pada pasangan anda.
2. Anda mula berhenti berkongsi fikiran, perasaan, impian dan bermacam perkara lagi dengan pasangan anda. Anda berhenti berkongsi kerana anda tidak lagi percaya pasangan anda faham apa yang anda ingin kongsikan.
3. Anda dapati diri anda dipandang serong oleh pasangan anda dan anda rasa tidak kisah jika kehilangan dia dalam hidup anda.
4. Anda mula cari alasan untuk tidak lagi meluangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Anda lebih utamakan perkara lain dari masa untuk keluarga.
5. Anda mula bekerja lebih masa dan lakukan berbagai aktiviti untuk menutup masalah dalam rumah tangga. Anda juga mula mencari kebahagian dan ketenangan di luar rumah.
6. Anda tiada lagi niat untuk memberi rangsangan dan galakan pada pasangan anda.
7. Anda mengelak apabila pasangan anda ajak berbincang.
Jika anda ada 7 petanda di atas, anda perlu muhasabah diri kerana anda sebenarnya menghampiri penceraian. Bercerai hanya akan jauhkan diri anda dari kebahagiaan. Jika anda lihat pasangan anda mula berubah dan mahukan anda, baik anda muhasabah diri dan terima dia kembali.

19 July, 2012

Madu Saya Ganas !!!!


SAYA sependapat dengan Lela dan Izani juga isteri-isteri pertama yang teraniaya. Saya tidak setuju dengan pendapat Zee tentang "Isteri pertama tak sedar diri". Sebenarnya wanita yang rampas suami oranglah yang paling kejam dan tak tau diuntung.
''Daripada pengalaman saya sejak bermadu dengan Fida, hidup saya bukan sahaja tidak tenteram malah terperangkap sama dengan dosa yang dilakukannya.'' Itu cerita Sofi ketika kami berbual panjang di telefon minggu lalu.
''Saya sudah berkahwin selama 22 tahun, tetapi tidak mempunyai anak. Saya ambil anak saudara suami untuk dijadikan anak angkat. Mana tahu ada rezeki dapat anak sendiri. Namun kami masih belum ada rezeki. Malangnya suami buat hal, dia kahwin di Siam.
''Suatu hari dia beritahu dah kahwin. Saya tanya bila? Di mana? Dengan siapa? Kenapa tak beritahu awal? Dia sergah saya balik. Kena minta izin ke? Bukan itu maksud saya tetapi mengapa nikah di Siam? Saya boleh pinangkan kalau betul-betul dia nak kahwin. Mengapa mesti sembunyi?
''Lebih mengecewakan, jika sebelum ini hidup kami aman damai, setelah bernikah dengan Fida, saya sering diganggu dengan panggilan telefon yang menyakitkan hati. Madu saya akan panggil suami segera balik setiap kali giliran saya.
''Dia tak izinkan suami jumpa anak angkat kami apa lagi berjumpa saya. Dia marah malah panggil saya lembu tua. Saya beritahu suami, dia nasihatkan berbuat baik. Saya ikut nasihat suami dan demi kebaikan bersama, saya minta dia kenalkan dengan Fida. Pada hari ditetapkan, saya pergi bersama suami dan ibu bapa mertua ke rumah Fida dengan tujuan nak berkenalan.
''Dua jam kami menunggu dia tak keluar jumpa kami. Puas suami saya pujuk. Pelik sungguh! Saya datang dengan niat berbaik, bukan nak serang dia. Akhirnya dia keluar juga. Saya lihat dia dah mengandung. Melihat rupanya, tak sangka dia orang yang sering maki hamun saya selama ini. Dia nampak tertib depan mertua saya. Langkahnya lemah longlai, suaranya lemah lembut. Saya tak boleh bayangkan macam mana orang lembut seperti ini bercakap kasar dan panggil saya lembu tua.
''Patutlah suami saya tak percaya apa yang saya ceritakan. Sebab bila bercakap depan suami, macam langit dengan bumi.
''Katanya dia masih belum bekerja dan baru dapat ijazah kaunseling dari universiti, berumur 24 tahun, 17 tahun muda daripada suami saya. Apa yang mengejutkan, suami kata mereka baru dua bulan kahwin, tapi perutnya dah besar. Katanya dia dijangka bersalin Februari tahun depan.
''Bukan nak memuji, suami saya memang baik. Kami sering solat berjemaah dan saya tak fikir suami terlanjur kerana dia bukan lelaki rakus, tambahan mereka baru beberapa bulan berkenalan.
''Nak dijadikan cerita, enam bulan nikah, dia selamat melahirkan seorang bayi seberat tiga kilogram. Dengan megah dan tanpa malu, dia menjaja cerita yang dia sudah ada anak, bukan macam saya 'lembu tua mandul'. Dalam geram, saya tanya dia semula; Baru nikah dah beranak. Anak siapa? Dia mengamuk mengadu pada suami suruh ceraikan saya. Hem! sudahlah suami kita dirampas. Dia suruh saya diceraikan dan berani panggil saya lembu tua.
''Saya beritahu suami bukan saya ganggu dia, tetapi Fida yang selalu telefon dan SMS ganggu saya. Kerana suami tak percaya, saya beri telefon saya pada suami biar dia sendiri dengar dan baca SMS Fida. Pernah saya tukar nombor telefon tetapi dia tahu semua, mungkin dia dapat daripada telefon suami.
''Tak lama kemudian permohonannya jadi guru diterima dan dia perlu belajar semula. Jadi dia serahkan anak pada mertua suruh jaga. Pernah juga saya bawa anaknya ke rumah saya kerana jika suami kata itu anaknya, saya cuba sayangi anak itu. Apabila Fida dapat tahu, dia mengamuk marahkan saya. Kalau saya belikan pakaian untuk anaknya, dia bakar. Malah dia pernah ugut suami pilih anak atau saya. Jika sayangkan anak, ceraikan saya.
''Oleh kerana dia sering ganggu saya, suami beri taklik ''jika dia ganggu saya lagi, maka tertalaklah dia dengan talak satu.'' Tapi Fida memang degil sanggup langgar taklik, maka tertalaklah dia dengan talak satu. Walaupun sudah bercerai, mertua masih jaga anaknya.
''Di samping itu, gangguan Fida terhadap saya tak pernah padam. Gelaran lembu tua mandul sudah jadi muzik merdu di telinga dan mulutnya.
''Sebenarnya bukan saya tak berusaha dapat anak sendiri mengikut pelbagai cara, cuma belum ada rezeki. Malah saya pernah menjalani ujian IVF dengan bayaran RM15,000 di hospital swasta di KL beberapa tahun lalu. Doktor sahkan saya tak ada masalah cuma air mani suami kurang.
''Doktor nasihatkan suami buat beberapa kali ujian ICSI sebelum IVF dapat dilakukan kepada saya. Tetapi tak lama selepas itu, suami mengaku dia dah nikah. Saya masih tertanya-tanya siapa sebenarnya bermasalah, saya atau suami. Selama tiga tahun Fida jadi madu saya, dia tak beranak lagi sedangkan dia kata akan beranak tiap tahun untuk sakitkan hati saya.
''Dua tahun selepas bercerai secara taklik, Fida dan suami mahu nikah semula. Suami memohon kebenaran berpoligami di mahkamah syariah. Sebelum ke mahkamah, suami beri amaran jangan banyak soal.
''Ketika hakim tanya pasal giliran, Fida lebih awal beritahu ketika cuti sekolah suami mesti bersamanya, waktu lain dengan saya. Saya akur. Tetapi itu semua janjinya depan hakim. Hakikatnya suami tak boleh bersama saya. Setiap kali balik, dia akan telefon dan ganggu suruh suami balik dengan pelbagai alasan. Si perampas nak berkuasa tak sedar diri setelah rampas suami orang!
''Tak cukup dengan ugutan, Fida sanggup paparkan gambar seksinya bersama suami dalam FB. Apakah tujuannya kalau tidak untuk sakitkan hati saya! Tapi saya tak kisah kerana yang malu bukan saya, dia sendiri sebagai pendidik yang langsung tak ada maruah. Perbuatannya itu juga hanya memalukan suami di mata teman sepejabatnya." Itu cerita Sofi tentang madunya yang pembengis.

17 July, 2012

Isteri cantik pun kene cerai?



(kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik...soalan yang tak sabar aku nak jawap)  
 
Soalan Pembaca : 
  
Salam, 
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka. 
  
Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik. 
  
Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka. 
  
****** 
  
Hamka keretamayat jawab: 
  
Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha! 
  
Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm... 
  
Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh” 
  
Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin. 
  
Baik, balik pada topik, dulu..,  aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?) 
  
Kat mana tadi? 
  
Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini. 
  
Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik! 
  
Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki. 
  
Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong! 
  
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong! 
  
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja. 
  
Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?! 
  
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana. 
  
Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!! 
  
Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, ,  setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri. 
  
Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah. 
  
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan! 
  
Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan! 
  
Apa lagi nak di kata? 
  
Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup. 
  
Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian. 
  
Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan. 
  
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur. 
  
Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga. 
  
Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak. 
  
Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga. 
  
Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata: 
  
 “Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!” 
  
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. 
  
Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni, 
  
Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari  Hamka keretamayat ini baik baik: 
  
“Apa guna berbini cantik, 
 Bila makan tidak meneman, 
Apa guna isteri romantik 
Jika selalu mengelak di ranjang” 
  
Woha! 
  
Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow

10 July, 2012

Cara-Cara Elak Bercinta Dengan Suami Orang



Salahkah bercinta dengan suami orang? Mungkin pada sesetengah orang ianya tidak salah tetapi pada kebanyakkan orang, ia adalah perkara yang sangat perlu dielakkan. Benar, kita tidak akan boleh melawan takdir tetapi sebelum itu kita seharusnya berusaha sehabis baik untuk mengelakkannya dari berlaku kan? Jangan salahkan takdir jika kita tidak cukup berusaha. Tidak ada wanita dalam dunia ini yang ingin dimadukan. Sakitnya bila cinta dikhianati suami tiada siapa yang tahu melainkan si isteri itu sendiri. Anda sebagai wanita, sanggupkah bergelar perampas suami orang? Sanggupkah anda hidup bahagia di atas penderitaan dan air mata kaum sendiri? Ada sesetengah perempuan sanggup, tetapi saya tahu kebanyakkan dari wanita lain pasti tidak mahu bercinta dengan suami orang kan? Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan anda semua dari bercinta dengan suami orang.
Orang kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tiada alasan untuk anda jadi seorang perampas jika anda sudah berusaha sedaya upaya untuk mengelak dari bercinta dengan suami orang. Ada sesetengah wanita sebenarnya tidak cukup berusaha lalu menyalahkan takdir. Ada juga sesetengah wanita yang memang mahu mengahwini suami orang atas alasan lelaki itu sudah stabil dan boleh menanggungnya.
Tetapi, jika anda adalah seorang wanita yang tidak mahu hidup bahagia atas penderitaan wanita lain dan tidak mahu tertipu, ada beberapa tips yang boleh anda ikut untuk mengelakkan diri dari bercinta dengan suami orang.

Siasat latar belakang kawan lelaki
Semasa dalam tempoh berkawan, anda seharusnya bertemu dengan macam macam lelaki. Apa yang anda perlu lakukan setiap kali ingin berkenalan dengan lebih rapat dengan seorang lelaki adalah menyiasat latar belakang kawan anda itu. Tetapi ini tidaklah bermakna anda harus jadi stalker yang menyiasat setiap perkara yang dilakukannya seperti seorang yang psiko. Anda hanya perlu selidik latar belakangnya. Siapa kawan kawannya, adakah dia sudah mempunyai pasangan? Apa pekerjaan dan di mana tempat kerjanya? Perkara perkara begini perlu anda ambil tahu jika anda membuat keputusan untuk berkenalan dengan dia secara rapat lagi. Ini juga adalah sebagai langkah berjaga jaga untuk mengelakkan anda ditipu.
Anda sebagai wanita juga harus tahu bahawa ada sesetengah lelaki sangat bijak melindungi status sebenar mereka. Jadi jika anda berkenalan dengan lelaki jenis ini, agak sukar sedikit untuk mengetahui sama ada dia sudah berkahwin ataupun belum. Tetapi ada tanda tanda yang menunjukkan si lelaki sebenarnya sudah berumahtangga. Contohnya seperti, dia adalah seorang yang misteri, apabila dia berada bersama anda dan telefonnya berdering secara tiba tiba, dia tidak mengangkat panggilan itu, dia selalu berada di luar kawasan dan anda tidak boleh menghubunginya serta dia menggunakan kata kata yang sangat manis. Awas dengan tanda tanda ini. Siasat betul betul latar belakang kawan lelaki anda sebelum terlambat.

Jangan mula berkawan!
Bila sudah tahu dia sebenarnya adalah suami orang, jangan lanjutkan perkenalan anda dengan dia ke peringkat yang lebih tinggi. Cukuplah dengan sekadar menjadi kenalan. Anda tidak perlu menemaninya makan tengahari berdua sahaja atau menjadi tempatnya mengadu masalah. Dia sudah ada isteri, isterinya sepatutnya mendengar semua masalah dia, bukannya anda! Jangan sesekali anggap, “alah takpe, cuma berkawan biasa saja”, kerana ia akan menimbulkan fitnah. Lelaki seperti itu banyak helahnya. Dia akan menggunakan bermacam cara untuk membuatkan anda cair kepadanya. Dia ada pengalaman. Sudah tentu dia tahu cara untuk menjinakkan hati wanita. Saya pasti anda adalah wanita yang bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan kata kata manis kan?

Beri peluang kepada lelaki bujang
Jika sebelum ini anda pernah kecewa dengan lelaki bujang, jangan sesekali beranggapan anda boleh hidup bahagia bersama suami orang pula. Lelaki tetap lelaki. Lelaki bujang dan yang sudah berkahwin cuma berbeza dari segi pengalaman. Itu sahaja. Tidak semua lelaki jahat. Begitu juga dengan wanita. Berilah keutamaan pada lelaki bujang. Memanglah lelaki bujang tidak berpendapatan besar seperti suami orang, kerana yang bujang itu baru hendak membina hidup. Anda tidak harus membandingkan kerjaya lelaki muda dan yang sudah berusia. Pastilah ada banyak bezanya kan? Ada banyak lagi lelaki bujang yang boleh menyayangi anda seperti yang anda mahukan. Jangan hanya melihat kepada materialistik semata mata. Jika anda membuat keputusan bercinta dengan suami orang, anda harus banyak makan hati dan berkorban. Nak tahu kenapa? Kerana dia sudah mempunyai isteri yang pasti menjadi keutamaan untuknya berbanding anda.

Ambil pengajaran dari kisah wanita yang bercinta dengan suami orang
Menjadi yang kedua tidak sebahagia yang anda bayangkan. Jika anda benar benar boleh berkorban dan tidak kisah mengalah, maka silakan. Anda boleh menjadi isteri kedua. Jika tidak, saya nasihatkan jangan kerana anda akan makan hati. Poligami dalam Islam dibenarkan tetapi ia tidak digalakkan. Jika isteri pertama beri kebenaran dan tidak kisah bermadu tiada masalah. Tetapi jika dia enggan? Adakah anda sanggup bermusuh dengan madu anda untuk tempoh berpuluh puluh tahun lamanya? Tidak penatkah anda berebut suami? Ada poligami yang benar benar bahagia, tapi jumlah hanya sedikit. Sebagai seorang wanita, biar redha macam mana pun dia, pasti akan ada rasa kecil hati dan terluka. Itu hakikat.

Bayangkan anda berada di tempat seorang isteri
Bayangkan anda berada di tempat seorang isteri dan suami anda meminta izin kepada anda untuk bernikah satu lagi. Apa perasaan anda? Sanggupkah anda bermadu? Itu semua terpulang pada anda, tetapi nasihat saya, fikirlah betul betul sebelum membuat keputusan. Di akhir nanti, hanya anda yang akan menanggung semuanya sendiri. Jika anda benar benar kuat dan tabah, ia mungkin tidak akan menjadi satu masalah buat anda. Fikirkan juga penerimaan keluarga anda. Bolehkah suami anda nanti bersikap adil? Bagaimana tentang pembahagian hari hari dan sebagainya. Terlalu banyak yang anda perlu fikir sebenarnya. Tapi apa apa pun, ingatlah bahawa jika kita menyakiti hati seseorang, satu hari nanti orang lain akan menyakiti hati kita pula.

Artikel ini tidak berniat untuk memperlekeh atau menolak hukum poligami dalam Islam. Cuma ia sebagai satu langkah untuk mengelak kaum wanita menjadi mangsa tipu daya sesetengah lelaki. Berusaha sepenuhnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi, barulah selepas itu anda boleh meletakkan salah di tangan takdir. Jangan guna alasan takdir untuk menutup sesuatu kelakuan yang anda lakukan dengan sengaja. Orang kata, lebih baik mencegah sebelum keadaan menjadi parah, jadi anda harus berusaha sepenuhnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi. Berhubungan dengan suami orang memang indah pada permulaan, tapi ada risiko besar yang harus anda tanggung nanti. Satu soalan saya kepada anda, jika dia boleh menduakan isterinya, pasti dia tidak akan teragak agak untuk ada yang lain pula lepas ni kan?

16 March, 2012

Citer ttg Fasakh - fr Suzana Ghazali

Suzana Ghazali ‎"Saya tak nak ceraikan dia Kak. Tak akan!" "Habis tu, awak nak saya buat apa?" "Kan saya dah mintak maaf. Saya janji takkan buat lagi semua tu." "Dah banyak kali dah awak janji." "Ye lah. Saya ngaku salah saya tapi saya janji sungguh2 kali ni, saya tak buat lagi. Kak, tolong nasihatkan dia Kak." "Akak boleh nasihatkan tapi akak kena gtau kebenaran juga. Isteri awak ada hak untuk mohon fasakh disebabkan sikap awak sblm ni." "Tapi saya dah insaf Kak. Saya nak berubah!" "Gini lah. Proses tuntut fasakh bukannya mudah macam order KFC. Paling cepat slps 3 kali sebutan baru bicara. Awak masih ada masa untuk buktikan awak benar2 berubah. Jangan cakap atau janji saja. Buktikan! Kalau benar sayang, usahakan untuk tambat hati dia semula. Dalam masa yg sama, korang berdua kena doa mtk yg terbaik utk masa depan korang, masa depan anak2 dan agama korang sendiri dan mintak dimudahkan mana2 yg terbaik tu. Boleh?" Si isteri menganggguk dan si suami tunduk terus.

06 March, 2012

TANDA TANDA SI DIA MULAI CURANG



Pertemuan pertama menerbitkan bibit cinta paling ulung. Kala itu seluruh alam indah bagaikan di syurga. Apa sahaja dilakukan dirasakan manis-manis belaka. Setiap saat pasti terbayang-bayang wajah si dia. Sungguh asyik sekali.
Si dia juga tak jemu-jemu memuji anda. Pendek kata kamulah manusia paling sempurna di dalam hidupnya. Benarlah orang tua-tua kata, ketika masih sayang kentut pun berbau wangi. Sempurnanya cinta kamu berdua tanpa ada rasa curiga. Bergaduh pun takkan lama-lama kerana pasti kalian saling rindu merindui.
Melalui alam berkasih sayang sungguh indah, siapa-siapa pun mampu melafazkan cinta. Tetapi untuk mempertahankan sesebuah perhubungan bukan satu kerja mudah.  Telah banyak cinta yang kecundang diseparuh jalan. Banyak sebab musababnya termasuk dorongan nafsu dan rasa tidak sabar pasangan.
Seandainya perpisahan terjadi dalam nyata tidak mengapa. Bolehlah kamu meneruskan kehidupan mencari pengganti. Namun ada juga individu mulai tamak haloba. Mahu dilepaskan salah seorang tidak sanggup, lalu diduakan cinta kerana hati mula jatuh kepada kedua-duanya. Maka jadilah peristiwa – di sana menanti, di sini menunggu.
Perhubungan melibatkan dua jiwa pasti banyak masam manisnya. Cinta mampu membawa kebahagian tetapi perkataan itu juga mampu melukakan hati. Terutama jika melibatkan pasangan yang berlaku curang. Lazimnya kecurangan terjadi takkan mampu disorok lebih lama. Lambat laun pasti terbongkar jua.
Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Perumpamaan ini sangat padan diberikan kepada pelaku. Bagaimanakah agaknya kamu mahu mengesan kecurangan yang berlaku? Berikut ada beberapa isyarat, petanda atau petunjuk pabila pasangan kamu berlaku curiga.
1. Kata Hati
Segala-galanya bermula dengan gerak hati. Biasanya wanita dikatakan punya naluri paling tepat. Tetapi lelaki juga mampu merasakan perkara sama jika dihalusi dengan betul. Seandainya hati sudah terbetik satu rasa sangsi, sila jangan abaikan rasa itu. Begitupun jangan cepat melatah kerana mungkin pasangan kamu setia orangnya. Pastikan dahulu gerak hati kamu bukan didorong rasa cemburu buta.
2. Bahasa TubuhSetelah itu perhatikan perubahan gerak tubuh kekasihmu. Masih sama atau ada beberapa perubahan dalam cara dia berdepan. Apakah matanya tepat memandang ke anak mata kamu, redup seperti selalu. Mimik wajahnya juga apakah seperti sedia kala, tenang dan mendamaikan. Mungkin ada kegelisahan ketika dia berada disisi kamu. Tangannya bermain-main dengan apa sahaja disekelilingnya. Kakinya mungkin kerap digerakkan. Sekiranya si dia tidak lagi fokus ketika keluar temu janji, kamu berhak berasa sangsi.
3. Hmm…Komunikasi tidak lagi lancar malah cakap pun sering teragak-agak. Banyaknya – Hmm, Erk atau Arr – terutama ketika mahu menjawab soalan-soalan cepu emas daripada kamu. Seolah-olah sedang mengatur ayat atau mencari helah menutup rahsia. Sekiranya kerapa dia tergagap-gagap begitu, memang patut kamu rasa bimbang.
4. Banyak RahsiaSekiranya sudah tercipta rahsia di antara kalian berdua itu tandanya telah wujud benteng besar dalam perhubungan. Jikalau ada rahsia disembunyikan dalam hubungan, itu adalah bunga-bunga awal berlakunya kecurangan. Bukankah resipi bahagia bermula dari kejujuran dan tiada rahsia di antara kedua-dua pihak.
5. Percanggahan Kata-kata
Apabila pasangan anda mula berbohong, pasti ada kenyataan-kenyataannya mulai bercanggah. Alasannya hari ini sama sekali berbeza daripada sebelumnya. Waktu diberikan pula mulai tidak tepat. Pada awalnya kamu mungkin dalam penafian, sekadar menganggap mungkin dia terlupa. Apabila sudah berkali-kali ada percanggahan kata, perut kamu mula kecut, hati pula sebal dengan tingkahnya. Kata hati pun mula membisikkan rasa tidak senang.
6. Mulai Sibuk
Kebelakangan ini dia kerap membatalkan temu janji. Ada-ada sahaja alasan. Apabila kamu mula merungut, dia meminta pengertian darimu. Katanya kerja-kerja semakin berlambak. Secara logiknya, sebelum ini longgokan kerja tidak pernah menjadi masalah dalam perhubungan. Tiada apa mampu jadi penghalang. Secara logiknya, kita pasti akan meluangkan waktu walau sesibuk mana pun demi untuk bersama orang tersayang. Apabila keinginan begitu sudah tiada, pasti ada tarikan lain sedang menjauhkan dirinya daripada kamu
7. PanikSetiap kali bunyi telefon berdering mesti mukanya cuak semacam. Kemudian dibiarkan tidak berjawab. Katanya tak penting, sedangkan melihat panggilan dari siapa pun belum. Kalau jawap pun mesti buat-buat talian terganggu kerana hendak bercakap jauh daripada kamu. Ada ketikanya perbualan lebih perlahan atau jadi sangat rasmi. Pendek kata, paniknya semacam.
8. Serba Dua
Kamu hanya mengetahuinya akhir-akhir ini – Akaun Facebook dia dua, telefon bimbit dua, e-mel pun dua. Alasan diberikan standard, salah satunya digunakan untuk urusan rasmi. Lebih hebat kamu mengetahuinya pun secara tak sengaja. Mungkin terjumpa ketika cuba-cuba mencari nama lain bagi si dia di laman sosial. Atau ternampak satu lagi telefon bimbit di dalam laci ëdashboardí keretanya.
9. Nombor MisteriAda nombor asing tertera di skrin kecil telefon bimbit. Nombor sangat asing dan tiada di dalam simpanan senarai buku telefon. Hendak disimpan tak pasti pula nama apa hendak diletaknya. Nanti kalau kamu nampak, banyak pula soalan – Siapa dia ni? Jalan paling selamat, hafal sahaja nombor itu. Sesekali kamu dapat pegang telefon bimbitnya itu, sempat melihat tempoh panggilan berlangsung. Setengah jam lamanya. Aneh bukan? Nombor asing tetapi perbualannya panjang sepertinya sudah lama kenal.
10. HambarHubungan kalian lama kelamaan jadi semakin hambar. Tiada serinya malah dirasakan semakin menjauh. Konversasi semakin berkurangan seolah-olah tiada apa-apa perlu dikatakan lagi. Sudah puas kamu berusaha menyerikan suasana tetapi sebelah pihak lagi tidak nampak kesungguhannya. Mungkin perasaan jemu sudah menular di hati? Mungkin juga kebahagiaan sudah beralih ke arah lain.
11. Suara Asing
Kamu secara tidak sengaja mengangkat telefon bimbitnya. Terdengar-dengar satu suara halus lagi manja ditalian. Tetapi setelah kamu menyapa, tiba-tiba suara itu lenyap terus. Talian pun langsung terputus. Bersedia dengan jawapan bakal diberikan si dia – rakan sekolej, rakan sekerja atau setiausaha baru. Kalau dia tiba-tiba menjawab dengan nada melenting, tidak syak lagi, gadis itu adalah orang ketiga dalam hubungan kalian berdua.
12. Perubahan Penampilan
Mendadak dia bertukar imej. Makin hari dia semakin bergaya. Kalau dulu keluar rumah hanya berseluar pendek dan kemeja-T tanpa disisir rambut. Akhir-akhir ini dia sering berseluar panjang dengan kemeja. Rambutnya pula likat disapu minyak rambut. Nampak sangat dia sedang cuba mengagumkan seseorang. Ataupun pasangan kamu itu telah diubah gaya oleh orang baru.
13. Sejarah Lama
Selidik sejarah lama pasangan kamu terutama hubungan silam dengan kekasih lamanya. Dari situ kamu dapat menilai gerakannya hari ini. Seandainya dahulu dia pernah menduakan kekasihnya, tidak mustahil dia mampu melakukan perkara sama terhadap kamu.
14. Hubungan Terbuka
Jikalau tiba-tiba sahaja dia menyuarakan mahu hubungan terbuka atau mahu ëbreakí seketika daripada kamu, lebih baik lupakan sahaja dia. Seandainya diteruskan, seolah-olah kamu membiarkan hati kamu disakiti. Pendek kata, usah mengharap pada kasih yang sudah beralih arah. Tiba masanya kamu meneruskan kehidupan sendiri dan bertemu orang baru yang membahagiakan.

28 February, 2012

6 Panduan Buat Suami Isteri


Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.
Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan ‘sudah gatal’ hendak berkahwin.
Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan.
1. Berupaya Galas Tanggungjawab 
Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi.
Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.
2.Periksa Status Kewangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.
3.Matang Membuat Keputusan
Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.
Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.
4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.
5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah.
6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.

Dambaan Isteri Saat Di Ranjang



Antara sedar atau tidak, wanita khususnya isteri menginginkan sebuah kehidupan seksual yang diatur dengan teliti seterusnya berlangsung seperti yang diharapkan. Untuk itu, ketahui perjalanan seksual yang diinginkan seorang wanita sebelum hubungan intim dilakukan agar tidak timbul istilah paksaan atau lebih serius dakwaan ‘rogol’ oleh suami sendiri.
1. Pentingkan Kesihatan Dan Rehat
Wanita mengharapkan tahap kesihatan yang baik meliputi stamina, rehat dan sebagainya sebelum hubungan asmara dilakukan. Sekiranya perkara-perkara tersebut menepati ‘piawaian’ yang ditetapkan, secara automatik suami mudah mendapat lampu hijau untuk meneruskan aksi yang diinginkan.
2. Inginkan Reaksi Emosional Pasangan
Sebenarnya, wanita juga menginginkan tindak balas dari pasangan selama hubungan intim dijalankan. Reaksi emosional serta ucapan yang dilafazkan pasangan ketika berasmara berupaya menghangatkan lagi keinginan dan kenikmatan sewaktu bersama.
3. Ambil Kira Tarikan Fizikal
Bukan sahaja lelaki malah wanita juga menitikberatkan tarikan fizikal yang dimiliki pasangan. Mungkin paras rupa tidak seberapa tetapi bentuk tubuh yang sasa ataupun lengan yang tegap secara tidak langsung membuatkan hati tertawan dan bersemangat untuk bersama. Sungguhpun begitu, lain wanita lain cita rasanya jadi berbincanglah dengan pasangan bentuk fizikal yang manakah menjadi kesukaan.
4. Tindak Balas Seksual Mengukur Kepuasan
Ketika melakukan hubungan intim, wanita tertarik kepada respons seksual yang diberikan pasangan seperti orgasma mahupun tindak balas erotis. Wanita juga tetap menghendakinya kerana ingin mengetahui sejauh mana pasangan menikmati ataupun puas dengan layanan yang diberikan.
5. Sensitiviti Pasangan
Sesetengah wanita tergolong sebagai individu yang sukar berterus terang. Lazimnya, mereka gemar memberikan ‘bayangan’ terhadap perkara yang diinginkan seterusnya menanti reaksi pasangan. Dalam berasmara, wanita mengharapkan pasangan berjaya memenuhi keinginan seksual lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun hidup bersama. Dari situlah wanita menilai sama ada pasangan sensitif terhadap keperluan seksualnya.
6. Tahap Kesihatan Pasangan
Hal sebegini perlu dititikberatkan sebelum meneruskan hubungan asmara. Lazimnya wanita berasa lebih puas dan bersemangat apabila pasangannya berkeadaan sihat. Situasi boleh berubah sekiranya pasangan sakit-sakit biarpun sekadar pening kepala. Ia tentunya membuatkan ‘mood’ untuk bersama terjejas.
Tip Dapatkan Anak Perempuan
1. Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.
2. Pastikan hubungan seksual dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid.
3. Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.
4. Selepas berasmara, isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.
5. Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan oleh-Nya
Amalan pemakanan ketika janin berusia satu hingga empat bulan :
1. Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
2. Lebihkan buah-buahan .
3. Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.
Perbuatan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan
1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
2. Usap kandungan dengan lembut dan panggillah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aishah.
3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.

20 December, 2011

Tips Untuk Mengesan Lelaki Curang





Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...