Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

05 April, 2012

Macam ni punya Ajaran Sesat pun masih ada yang terpedaya hingga serah isteri..




SHAH ALAM - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata.Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.


Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.

Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.

Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, ‘ayat power’ Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.

Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, merekasanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

“Kami jahil agama, kami terpesona dengan ‘kejujuran’ Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya.” Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.

Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.

Rumah tangga hancur lebur

Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu.

Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT.

“Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman,” katanya.

Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan.

“Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.

“Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad,” katanya.

Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan­ belajar agama.

“Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu,” katanya.

Dia mula menyedari bahawa ajaran­ Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad.

Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat.

Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.


Sinar Harian

26 March, 2012

Thai uniforms voted the sexiest in the world


An online poll says Thai schoolgirl uniforms are the sexiest in the world.
Taking sides in one of the great debates in Asia, the Japanese news Web sitesRocket News 24 and Livedoorhave declared that the uniforms worn by female Thai university students are the sexiest in the world.
In an online poll, the form-fitting black skirts and body-hugging white shirts common on every university campus in Thailand outpointed the short pleated skirts and sailor blouses ubiquitous to Japanese higher education.
In a country famous for what may be the largest organized sex industry in the world, where the lure of naked dancing girls draws at least as many tourists as the country’s famed beaches, the poll predictably caused some familiar outrage.
Uniforms worn by female Thai students voted the sexiest in the world
ndeed, it is common in Thailand for educators and moral welfare guardians to rail against the habit of young women shortening the skirts – which are intended to be worn at knee length – to the point where sitting demurely in public must be a challenge.
The starched white shirts, which are adorned with signature campus pins, are frequently so many sizes too small in the bust that they seem to challenge the strength of both fabric and buttons.
Thai student in uniform…too sexy for school?
In response to the poll praising the pulchritude of Thai students, Deputy Education Minister Chaiyos Jiramethakorn was quoted in the Thai language daily Naew Na saying that universities should crack down on revealing outfits.
He said the ministry will summon educators to discuss the problem and work out policies to tackle the issue.
A similar clampdown on suggestive dressing by elite coeds at Bangkok’s top-tier Chulalongkorn University and Thammasat University in 2009 seems to have been short-lived and ineffective, despite calls by the universities at the time for the government to launch a “Social Cabinet” to tackle the issue of students wearing uniforms inappropriately.
Thai student in uniform...too sexy for school?
Thammasat’s deputy rector for student affairs, Parinya Thewanaruemitkul, said at the time that the university closely supervises the student uniform code at each university and he called on the government to help others assure that students wear “appropriate clothes” to all classes.

23 December, 2011

Kita makin kurang zuriat




PUTRAJAYA: Kadar kesuburan penduduk di negara ini menurun daripada 3.0 anak 2.2 anak setiap keluarga dalam tempoh antara 2000 dan 2010 yang disumbang faktor perkahwinan lewat dan merancang keluarga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, dalam tempoh 10 tahun lalu, rata-rata rakyat di negara ini berkahwin pada usia 23 tahun, sebaliknya kini kebanyakannya berkahwin pada usia 26 tahun ke atas.

“Kebanyakan wanita ketika ini mempunyai pekerjaan yang kukuh dan mampu hidup sendiri, justeru, mereka tidak banyak bergantung kepada pasangan, sekali gus menyebabkan mereka berkahwin lewat, berbanding satu ketika dulu hanya lelaki atau ketua keluarga saja yang bekerja.
“Selain itu, wanita hari ini juga merancang keluarga sendiri dengan mengambil kira jumlah anak yang diingini kerana teknologi moden yang ada hari ini. Jadi, sejak awal perkahwinan mereka sudah mempunyai perancangan berapa orang anak yang diingini berdasarkan keadaan ekonomi keluarga,” katanya pada majlis pengumuman Laporan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 dan Produk Statistik 2011/2012, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Abdul Rahman Hasan.

Laporan ketiga yang diperoleh hasil daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) yang berlangsung dari 6 Julai hingga 22 Ogos lalu itu memuatkan data taburan penduduk mengikut kumpulan etnik, kumpulan umur dan jantina serta bilangan isi rumah dan tempat kediaman
Nor Mohamed Yakcop berkata, sekiranya kadar kesuburan rakyat turun sehingga 2.1 anak bagi setiap keluarga, paras penggantian akan berlaku di mana purata bilangan anak yang dilahirkan seorang perempuan hanya dua orang iaitu bagi menggantikan ibu serta bapanya sahaja.

Katanya, Malaysia dijangkakan berada pada paras penggantian mulai tahun 2017.

Menurutnya, unjuran penduduk yang dilakukan Jabatan Perangkaan mendapati Malaysia dijangkakan hanya mencapai bilangan penduduk maksimum pada tahun 2090 iaitu 57 juta orang.

“Selepas 2090, penduduk dijangka mengalami pertumbuhan negatif kerana jumlah kematian melebihi kelahiran; kematian bertambah kerana penuaan penduduk dan kelahiran berkurangan disebabkan bilangan penduduk perempuan dalam kumpulan umur ‘boleh’ melahirkan anak semakin kurang,” katanya.


Selain itu, beliau berkata mengikut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sesebuah negara mencapai status penuaan masyarakat apabila penduduk 65 tahun ke atas mencapai tujuh peratus, manakala masyarakat tua dicapai apabila penduduk berusia 65 tahun berjumlah 14 peratus.

17 October, 2011

Kita dilanda atmosfera seksual?

SUDAH lama saya memerhatikan keadaan sosial di Malaysia dan masalah yang bersangkut-paut dalam aspek ini. Di antaranya kes rogol yang berleluasa.
Bukanlah satu perkara yang menghairankan sekiranya kes rogol ini hanya membabitkan wanita seksi yang menggoda, tetapi apabila kita baca di media cetak, ternyata mangsa kes rogol ini membabitkan golongan seperti warga emas, anak kecil dan pelajar sekolah.
Kes buang anak dan bayi yang juga berleluasa diikuti dengan kes bunuh anak yang meningkat secara mendadak serta kes cerai.

Meneliti kes yang pertama iaitu kes rogol yang membabitkan wanita tua dan anak kecil yang pastinya jika difikir secara logik golongan seperti ini tidak seharusnya menjadi sasaran perogol
Saya tertanya-tanya apakah ini mencerminkan kewujudan atmosfera seksual yang semakin berleluasa di negara ini?
Sehinggakan golongan perogol dilihat begitu terdesak melepaskan nafsu serakah mereka terhadap golongan ini.

Pedih dan sesal! Itulah ungkapan mampu saya lahirkan setiap kali membaca laporan kes rogol yang semakin meningkat di Malaysia.

Pastinya mengejutkan tatkala mengetahui mangsa itu termasuk kanak-kanak dan nenek tua, tidak kurang juga kes liwat membabitkan bayi dan kanak-kanak.

Kes yang kedua iaitu kes buang bayi, diikuti kes bunuh bayi ini pastinya memberi gambaran kepada kita akan pergaulan bebas dan zina yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

Jika benar, (dan memang benar) masyarakat kita ini sudah digelumangi atmosfera seksual, maka itu petanda masyarakat kita akan hancur.

Akibatnya negara kita juga akan hancur disebabkan oleh spiritual rakyatnya yang sakit, jauh daripada kesucian yang menjadi tonggak kemajuan sesuatu individu, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara secara keseluruhannya.

Tidak pelik aura seksual itu semakin berleluasa, semakin menjadi-jadi kerana wujudnya beberapa faktor ini.

Inilah yang ingin saya kemukakan sekian lama, mudah-mudahan kita masih punya harapan untuk melakukan satu penambahbaikan untuk menyelamatkan keadaan sebelum ia terlambat.

Faktor yang menyebabkan tersebarnya aura seksual dalam kalangan masyarakat itu ada banyak.

Saya cuba sedaya-upaya menggariskan beberapa faktor, pertama media.

Sering kali media menyiarkan gambar yang boleh menggoncangkan iman, merangsang hawa nafsu pembaca.

Minda pelajar khususnya pasti akan tercemar dan tidak hairan jika selepas ini mereka tidak mampu menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Faktor kedua, faktor hijab. Seperti yang kita sering lihat, kes zina dan buang bayi berpunca daripada aura seksual yang berleluasa.

Peningkatan aura seksual itu adalah disebabkan kurangnya atau longgarnya kita dalam isu menjaga hijab.

Hijab itu penting untuk mengelak daripada perkara seperti merangsang hawa nafsu yang bukan mahram.

Cuba lihat artis kita yang menjadi figura awam. Lihatlah cara berpakaian artis wanita yang sangat menjolok mata dengan pakaiannya yang seksi, ketat, mendedahkan lengan, paha serta mendedahkan sebahagian dada.

Kita sering menekankan wanita Muslim untuk menutup aurat, memakai tudung. Tetapi bagaimana dengan yang bukan Muslim?

Saya tidak nampak apa bezanya kita hanya menyuruh wanita Muslim memakai pakaian sopan sedangkan wanita bukan Muslim begitu bebas berpakaian mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka.

Sekurang-kurangnya kita harus mewajibkan seluruh rakyat Malaysia untuk berpakaian sopan. Ini lebih baik daripada membiarkan sebahagian mereka berpakaian tidak senonoh dan merosakkan mata yang memandangnya.

Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan.

Yang pertama ialah mewujudkan pasukan pemantau media cetak daripada menyiarkan gambar yang kurang sopan.

Kedua, memantau media massa daripada menyiarkan iklan yang tidak wajar.

Juga bekerjasama dengan pakar teknologi maklumat untuk menghalang laman web yang tidak sepatutnya seperti laman web pornografi.

Ketiga, satu tindakan yang mewajibkan rakyat tidak kira Muslim atau bukan Muslim untuk berpakaian sopan demi kebaikan bersama.

Keempat, teruskan mengkaji untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah sosial ini.

Menekankan dan menitikberatkan peranan semua pihak iaitu ibu bapa, guru, persatuan sosial dalam menangani masalah sosial ini sebelum terlambat.


INSAN KERDIL
Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...