Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label BLOG. Show all posts
Showing posts with label BLOG. Show all posts

08 March, 2012

Rahsia Miliki 18 Anak: "Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak"




Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar ‘pasangan super’ apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.

Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang ‘subur’ kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.

“Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.

“Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.-HM


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/03/rahsia-miliki-18-anak-suami-pantang.html#ixzz1oUzwS8id

29 February, 2012

TREND pakai seluaq nampak spenda dan punggung laa pulak....!!!


Pakai Seluar Nampak Bontot, Apa Patut Buat?
TREND pakaian wanita kini menjadi-jadi. Pakai pakaian tetapi bertelanjang. Pakai seluar tapi nampak bontot. Sebagai umat Islam dan berbudaya, bolehkah dibiarkan terus budaya ini berkembang?
Memadaikah hanya melawan dengan poster-poster begini?

Hanya dengan Islam sebagai pendinding dan penyelamat umat. Tetapi Kerajaan Malaysia pimpinan BN kini sudah tidak mampu membela dan menyelamatkan perlaksanaan Islam termasuk undang-undangnya di negara umat Islam ini sendiri.

Jadi, bagaimana mengatasinya? Dalam PRU 13 kali ini, tentukan bahawa semua calon-calon Parti Islam Se Malaysia (PAS) menang bersama parti gabungan Pakatan Rakyat. Tukar, tumbangkan BN demi agama!! (IH)

14 February, 2012

10 Tanda Orang yang Membela HANTU RAYA???



 
Menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria, misalnya:

    * Takut bertentang mata apabila bercakap
    * Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
    * Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
    * Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
    * Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
    * Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu
    * Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
    * Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
    * Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri.


P/s: Hmmm???

10 February, 2012

Mufti Perak Kata Najib GADAI Akidah, Mengapa?



 
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.


P/s: Demi undi!

06 January, 2012

TERHANGAT MALAM JUMAAT - Bomoh Ah Fat yang 'rare' ! Fuh !!




Donat Tramp adalah seorang tua berusia 50an yang kaya. Kekayaannya bernilai jutaan dollar dan dia termasuk dalam senarai orang terkaya di dunia. Dengan kekayaannya itu, dia menjadi buruan wanita-wanita yang gilakan harta. Kebetulan, baru setahun yang lalu dia menduda menyebabkan ramai yang berani untuk mendekatinya.

Dalam banyak-banyak wanita itu, Tramp terpikat dengan seorang wanita muda bergetah berusia lewat 20an. Wanita itu dikenalinya di kelab malam tempat dia selalu melepak bersama rakan-rakan billionaire ataupun melepak bersama clientnya. Ringkasnya, wanita berkenaan adalah pekerja G.R.O di kelab malam tersebut.

Nama wanita tersebut ialah Maria Ozawa yang baru bekerja di kelab malam tersebut. Pelanggan pertama Maria adalah Tramp dan Tramp sudah memesan kepada pemilik kelab malam tersebut agar tidak membenarkan Maria dilanggan oleh pelanggan lain. Dengan kekayaannya, semestinya Tramp mampu berbuat begitu.

Lama kelamaan, Tramp benar-benar angau kepada Maria. Setiap hari dia mahu bertemu dan dilayan oleh Maria sepenuhnya. Ajakan Maria untuk berkahwin dengan mudah dia menyetujuinya.

Matlamat Maria hanyalah inginkan kekayaan Tramp. Dia tahu yang Tramp sudah tua dan dia bakal berkongsi harta dengan anak-anak Tramp kelak jika dia menjadi isteri yang sah.

Beberapa bulan selepas mereka bersetuju untuk berkahwin, maka perkahwinan besar-besaran diadakan untuk mereka berdua. Walaupun anak-anak Tramp tidak bersetuju tetapi Tramp tidak kisah itu semua. Lagipun Tramp adalah ketua dalam keluarga dan ketua dalam perniagaannya.

Seperti pasangan berkahwin yang lain, mereka melalui malam pertama mereka sejurus tamat majlis perkahwinan tersebut. Walaupun Maria adalah pekerja G.R.O kepada Tramp sebelum ini, tetapi Tramp tidak pernah diberi peluang untuk 'merasai' Maria sepanjang tempoh tersebut. Maria bijak dan licik mengelak untuk menjadi teman ranjang Tramp sebelum mereka menjadi pasangan suami isteri.

Malam pertama itu amat memuaskan buat Tramp tetapi bukan kepada Maria. Bagi Maria, Tramp sudah kekurangan tenaga dan tuttt-nya kecik sahaja. Begitulah malam-malam seterusnya yang menyebabkan Maria tidak puas dengan nafkah batinnya. Mungkin inilah akibatnya jika berkahwin disebabkan oleh nafsu semata-mata menyebabkan Maria hanya menilai Tramp dari segi hubungan ranjang mereka padahal selainnya Tramp adalah lelaki yang mengambil berat terhadap Maria.

Sewaktu Maria mengikuti kelas Gym, dia berkenalan dengan Instructor yang hensem dan sasa bernama Buragas. Maria terpikat dengannya dan menggunakan pelbagai cara untuk menggoda. Buragas pula melayan Maria dan dia sememangnya suka digoda.

Perkara ini dapat dihidu oleh Tramp. Namun, disebabkan teramat sayang kepada Maria, Tramp tidak melakukan apa-apa. Lagipun Tramp tiada bukti kukuh untuk menceraikan Maria. Jika dia menceraikan Maria sebegitu, maka yang untung hanyalah Maria kerana dia bakal mendapat hak kepada hartanya.

Atas nasihat kawan baiknya, Tramp bertemu bomoh Ah Fatt. Bomoh Ah Fatt mempunyai ilmu yang kuat hingga dapat melekatkan pasangan yang curang.

"Malam-malam, masa lu bikin kliwon sama isteli... lu lulah (ludah) satu kali sama itu isteli lu punya balang. Sebelum itu, lu kena baca ini jampi. Hafal ingat ini jampi. Saya sulah share power sama lu", kata Bomoh Ah Fatt.

"Macam mana kalau isteri saya perasan saya ludah?", tanya Tramp.

"Haiyaa! Mana moleh pelasan maaa. Lu pula-pula la buat itu skill 'nit-not nit not' sama bini lu punya", cadang Bomoh Ah Fatt.

"Ya. Macam tu mesti saya punya bini tak perasan", kata Tramp. Seperti yang diarahkan, Tramp melakukan apa yang di suruh oleh Bomoh Ah Fatt pada malam berkenaan dan Maria tidak menyedari semua itu.

Seminggu kemudian, Maria berjaya menggoda Buragas dan mengajaknya untuk melakukan skandal di atas ranjang. Itulah kali pertama mereka bakal melakukan aktiviti yang terkutuk berkenaan. Sebelum ini, mereka hanya saling rapat-merapati serta berpegang-pegangan di dalam Gym seperti ia satu tindakan yang tidak sengaja. Jika kelihatan sengaja pun, ia kelihatan seperti Buragas melakukan tugasnya menjadi instructor kepada Maria.

Dengan perancangan yang jitu, mereka menempah satu bilik hotel yang mewah. Di situlah mereka bakal melunaskan nafsu serakah sesama mereka dan mereka berjaya tanpa apa-apa kesan sampingan.

Tramp hanya menyedari perkara itu pada suatu malam sewaktu dia hendak bersenggama dengan Maria. Dia melihat ada Love-Bite pudar pada paha Maria. Melihatkan Love-Bite pudar itu, Tramp naik marah lalu menyoal siasat Maria. Pecahlah tembelang Maria yang sudah curang kepada Tramp.

"Aku ceraikan dikau dengan talak tiga!", teriak Tramp kepada Maria yang menangis teresak-esak di ruang tamu rumah bak istana mereka. Situasi itu dilihat oleh anak-anak serta menantu Tramp. Maria tidak dapat berkata apa-apa dan hanya menangis sahaja.

Sebelum di usir daripada rumah, Tramp bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Kenapa tidak melekat?", tanya Tramp kepada Maria.

Maria terpinga-pinga dan Tramp menerangkan semuanya. Baru Maria tahu yang aktivitinya mahu berskandal sudah dihidu lama dan baru juga Maria tahu yang perangkap sudah dipasang kepadanya.

“Kenapa!?”, tanya Tramp dengan nada marah.

Dengan penuh tangisan Maria menjawab, "Sekecil-kecil tutt abang… kecil lagi Buragas punya..nak melekat macamana ? Huhuhu.."

Moral of the story : Jangan skandal dengan laki atau bini orang. Jika tidak melekat pun, mungkin boleh ditangkap basah. Jika selamat pun, itu hanya di dunia kerana di akhirat nanti balasan tetap ada kepada orang-orang yang curang kepada pasangannya.

01 December, 2011

Suami Kuat Seks !!!

KUALA LUMPUR: Tidak ada wanita mahu perkahwinan dengan suami tersayang terhenti di tengah jalan, apatah lagi bahtera yang dibina baru berusia beberapa minggu atau bulan.

Namun, isteri mana dapat bertahan jika keupayaan seksual suami sangat luar biasa, dipercayai akibat berdamping dengan makhluk halus, dan akhirnya meminta cerai.

Mungkin ada yang menganggap perkara terbabit kisah karut dalam zaman serba maju sekarang, tetapi hakikatnya ada dua kes perceraian kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpunca daripada kekuatan seksual dimiliki suami.

Dalam kes pertama, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata kes dikendalinya membabitkan pasangan suami isteri berumur dalam lingkungan 30-an.

“Mereka berkahwin tak sampai setahun. Dalam aduannya, si isteri memohon cerai kerana mendakwa kehendak seksual suaminya sangat kuat, menyebabkan dia tidak mampu melayan nafsu serakahnya.

“Kemusykilan berkaitan kekuatan luar biasa itu akhirnya terjawab apabila ahli keluarga wanita terbabit mendapati suaminya masih ada di rumah walaupun sebelum itu dia dilihat keluar ke tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata, beberapa saudara kandung wanita itu terdengar suara lelaki di dalam bilik tidur, sedangkan mereka melihat dia keluar pada awal pagi.

“Mereka bertanya mengenai kehadiran ipar mereka di dalam bilik itu kepada ibu yang kemudian menyatakan menantunya sudah keluar.

“Bagaimanapun, apabila diselidik, didapati individu di dalam bilik itu memang kelihatan seperti si suami,” katanya.

Berikutan itu, kata Musa, si isteri membuat aduan di pejabat agama dan memfail permohonan fasakh kerana tidak tahan lagi melayan kehendak seks suaminya.

“Ketika hadir di mahkamah, lelaki itu setuju menceraikan isterinya. Oleh itu permohonan fasakh berkenaan dibatalkan.

“Anggota keluarga kedua-dua pihak mungkin tahu berkaitan kekuatan luar biasa lelaki terbabit, tetapi ia menjadi rahsia selepas bersetuju menceraikan isterinya. Jika dibicarakan, mungkin mahkamah boleh tahu perkara sebenar,” katanya.

Dalam satu kes lagi, pakar Perubatan Islam Mustajab, Nazri Md Isa, mendedahkan seorang isteri yang baru berusia 18 tahun memohon cerai fasakh kerana tidak tahan melakukan hubungan seks dengan suami hingga berbelas kali setiap hari.

Bagaimanapun, menurutnya, dalam kes terbabit, lelaki itu mempunyai ritual tersendiri sebelum meniduri isterinya, iaitu dengan masuk ke bilik air seketika.

“Semuanya bermula apabila isteri muda itu menikahi lelaki berkenaan pada pertengahan 2008. Suaminya menunjukkan kehebatan seorang lelaki pada malam pertama perkahwinan dengan memberi nafkah batin hingga 17 kali,” katanya.

Mulanya, si isteri tidak menyangka apa-apa kerana beranggapan lelaki terbabit hanya menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Selepas keadaan itu berlarutan setiap hari, wanita itu mula terasa letih, selain hairan dengan kehebatan ditunjukkan suami.

“Wanita terbabit akhirnya membuka mulut dengan menceritakan kepada ibu mentuanya, namun terkejut apabila ibu mentuanya berkata itu perkara biasa,” katanya.

Selepas gagal mendapatkan kepastian daripada keluarga mentua, wanita itu memaklumkan ibu kandungnya yang membawanya membuat aduan di jabatan agama bagi mendapatkan nasihat kerana beranggapan ada kaitan kes deraan seks.

Nazri berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit bertabiat pelik apabila keluar masuk bilik air sebelum meniduri isterinya.

“Apabila diselidiki, dua ‘pihak’ dengan wajah saling tidak tumpah keluar masuk bilik air itu. Si suami kemudian diminta hadir ke pejabat agama sebelum merungkai misteri kekuatan luar biasa dimilikinya,” katanya.

Permohonan fasakh wanita itu dipenuhi mahkamah dan kini pasangan terbabit sudah bercerai.

Drpd blog : musaawang.blogspot.com

21 October, 2011

Menu Rakyat 1Malaysia - RM4.00 saja?? Rakyat Kena Bohong Lagi !!!!!!!!

Dari Blog Anak Sungai Derhaka




Pada 18 Okt. Lalu, Perdana Menteri memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti,selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom yang dijual kepada rakyat pada harga RM4 di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku.

Semalam ada pihak dah pergi untuk mencuba di Restoran itu untuk mengetahui kebenarannya…
Najib siap bagitau lagi, RM4 saja untuk sepinggan nasi, sepotong ayam goreng kuah kari, kari daging lembu, dan acar buah kah kah kah...

Tetapi mengejutkan!

Menu sebenar yang berharga RM4 hanyalah sepinggan nasi, sepotong ikan goreng, kangkung masak kicap dan kuah kicap SAHAJA!

Jln-Jln Masuk Kg: kempuan tak dpt merasa daging korban

Weekend baru ni, waktu beli nasi lemak kat gerai sorang sahabat depan restoren cina dekat taman saya duduk ini, ada la saya ter-bersembang dengan beliau pasal Korban, pasal raya Korban nak mai dua tiga hari lagi ni.

Sembang pi sembang mai, saya cerita la mcm mana meriahnya tiap kali saya anak beranak balik beraya ke kampung halaman isteri saya di Pantai Timur sana nu. Saya habag kat dia, di sebelah sana, Raya Korban memang meriah sungguh, bukan setakat 1st Day saja raya, tapi sampai seminggu depa dok be-raya lagi.

Dah la tu, kalau bab semelih Korban pula, bukan takat sekoq tapi kat masjid tepi rumah adik ipaq saya tu, depa semelih sampai 9 ekoq sekali. Surau kat taman tak jauh dari situ, lagi 3 ekoq, kat masjid sebelah sana nu pulak sampai lima enam ekoq.

Tak macam raya di Kedah (atau pun sekurang-kurangnya di daerah Baling/Sik daerah kelahiran saya ni), raya Korban di negeri-negeri sebelah pantai timur sana memang meriah sungguh. Tak caya, cuba hangpa pi menikah dengan orang sana tengok – untuk yang belum menikah lagi la.

Masa balik be-raya di pantai timur hari itu, saya cukup suka ikut orang takbir waktu tukang semelih dok semelih lembu-lembu dan kerbau tu, nak habis 9 ekoq, mau suara naik serak dok takbir. Terserlah sungguh suasana Hari Raya Korbannya.

Bila tang bab bahagi daging pulak, tu dia – 9 ekoq 9 tempat dan 9 kumpulan dok cincang dan bahagi daging2 tu; penuh orang ramai anak beranak pakat mai masjid/surau tu. Tak payah habag pun depa mai.

Tak macam kat kebanyakan kawasan di Kedah ini; majlis korban secara kelazimannya depa buat di rumah sendiri. Sekali tu saya balik beraya di kg, ada saudara jemput pi majlis korban di rumah dia. Masa nak pi tu ada terjumpa sorang pakcik, tanya dia tak pi korban ka, pakcik tu kata “TAK KENA!”

La – mcm kenuri kahwin pulak, kalau tak kena/tak panggil tak boleh pi.

Bukan tak boleh pi sebenarnya, boleh pi, tapi dia yang segan sebab tuan rumah tak panggil. Beza dengan di Pantai Timur, panggil tak panggil ka, buat korban di masjid/surau, semua orang boleh maghi!

Ringkas ceritanya, kat Kedah ni suasana korban memang tak boleh lawan belah pantai timur sana nu. Tak tau pasal apa, masyarakat di negeri-negeri pantai timur sana tu depa memang suka buat korban. Sedangkan kat Kedah ni, kalau ada yang kat masjid pun, tak berapa ekor punya; tak sempat nak agih2 sekeliling pun, dah habis dah.

Sebab tu saya rasa ralat sikit bila saya dengar sahabat saya yang jual Nasi Lemak tu habag, dia dengar kata masjid ada korban tahun ini, tapi dia tak pasti pulak tahun ini daging tu sampai kat dia ka tidak. Dia kata tahun sudah-sudah ada jugak orang buat korban kat masjid tu, tapi tak pernah pun daging tu sampai ke rumah dia, sedangkan sebagai ahli kariah, dia rasa dia layak dapat bahagian dia itu.

Dia komplen kat saya kata, sepatutnya pihak masjid buat giliran lah, tahun ini bahagi untuk orang Taman X, tahun depan Taman Y, lepas tu Taman Z ka mana ka, barulah semua orang dapat merasa daging-daging korban tu.

Terus terlintas di pemikiran saya – rupanya, dalam riuh rendah kita dok pi buat korban merata Dunia nu, orang Islam kat Malaysia ni sendiri ramai juga rupanya yang kempunan, tiap tahun dok tunggu nak merasa daging korban.

Sebab tu, saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab perkenalan saya dengan kawan-kawan yang kerja kilang melalui NGO WARGAKILANG ini mentakdirkan saya untuk pertama kalinya tahun ini terlibat dalam aktiviti kebajikan KORBAN besar-besaran hasil usaha kawan-kawann dok kutip bahagian korban di kilang masing-masing; hasilnya Alhamdulillah setakat ini kami dah dapat 13 ekoq lembu untuk dibuat korban.

Kalau ikut skala korban di negeri Kedah ini, 13 ekoq tu dah kira banyak lah tu.

Dok ingatkan banyak sungguh, jenuh la kami nak agih-agihkan kpd org2 miskin di negeri Kedah ini terutamanya di daerah Sik dan Baling ini, tapi bila kami meeting dengan Ustaz Ismail, Mudir Pondok Bandar Hilir Sik Kedah tempat kami nak buat korban hari raya ke-2 nanti ni; bila kami buat list penerima sumbangan daging2 korban itu, rupa-rupa 2kg/sorang tu memang tak cukup.

Sekeliling pondok tu saja dekat 200 orang.

Nak pi edar belah pedalaman Sik dalam 150 pack, belah Baling lagi, Padang Serai lagi, Jeneri lagi, Nami dll – tak cukup rupanya. Tapi tak apalah, insyaallah kami akan pi edar takat mana yang ada. Moga bagi mereka yang tidak pernah merasa daging korban dihantar sendiri ke pintu rumah mereka ini, tahun ini mereka akan merasa dan dapat masak sendiri daging-daging korban itu mengikut citarasa mereka sendiri.

Kepada kwn-kwn yang ambik bahagian, terima kasih banyak-banyak, mudah-mudahan korban tuan/puan ini akan diterima Allah SWT sebagai kerja buat ibadah yang diberkati hendaknya.

Dan, mudah-mudahan juga ada insan – insan seperti sahabat saya yg jual nasi lemak ni tidaklah lagi kempunan tak dapat merasa daging korban di musim Hari Raya Korban tahun ini.

Kepada yang berkelapangan, mailah bantu kami melapah dan mengagih-agihkan daging korban itu di Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah pada pagi hari raya ke-2 nanti. Kami tak ramai, cuma empat lima orang saja, cuma dok harap bantuan org-org kg sekeliling pondok itu saja. Sebarang bantuan amatlah dialu-alukan.

Sekian
Salam Aidiladha

moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com

05 August, 2011

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan

 

CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.
"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.
Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.
Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.
Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.
Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.
Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.
Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi

04 August, 2011

Nice Comic - DORAEMON ( Versi Kelate)







Berhati-hati melayari Internet



SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.
Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.
Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.
Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.
Aktiviti tersebut semakin kerap dapat dilihat di laman-laman sosial sejajar dengan kenaikan kadar penembusan Internet terutama laman sosial di Malaysia.
Menurut syarikat yang menjalankan kajian pemasaran Internet, comScore, Malaysia adalah negara kedua paling tinggi aktiviti penembusan rangkaian sosial di Asia Tenggara iaitu sebanyak 91 peratus selepas Filipina.
Link jahat
Tambahan pula, menurut Peneraju Perniagaan Norton rantau Asia Selatan, Symantec, Effendy Ibrahim, Laporan Jenayah Siber Norton 2010 menemui 65 peratus pengguna internet di Malaysia tidak meletakkan seting akaun laman sosial mereka kepada tahap paling tinggi.
“Ia menjadikan informasi lebih mudah dilihat pada bila-bila masa. Selain itu, kajian turut menemui kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat,” ulasnya lagi.


Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet.
Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.
Tambah Effendy, dalam tempoh masa tiga bulan pada tahun 2010, dua pertiga link-link jahat itu berada dalam paparan News Feed laman sosial, manakala 73 peratus daripadanya telah diklik sebanyak 11 kali atau lebih.
“Ia membuktikan penggunaan link-link yang dipos itu sangat efektif,” ujarnya ringkas.
Sehingga bulan Mac 2011, kata Effendy, CyberSecurity Malaysia telah mengenalpasti sekurang-kurang 900 laman phishing yang menyasarkan kepada institusi kewangan.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat perbankan dan laporan mendapati secara purata sebanyak 260,000 identiti telah didedahkan pada tahun 2010.
Dakwa Effendy lagi, dalam pemerhatian mereka, informasi kad kredit yang berharga itu didagangkan di pasaran gelap online pada harga serendah 30 sen perdata sahaja.
Jenayah siber secara dalam talian akan meningkat setiap tahun dan sukar dihapuskan sama sekali. Symantec telah mengesan sebanyak 286 juta ancaman baru pada tahun 2010.
Ia bersamaan sembilan ancaman baru untuk setiap saat sepanjang tahun.
Jenis link
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Johary Mustapha, 33, berkata, terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.
“Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.
“Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan,” ulasnya ketika dihubungi Infiniti baru-baru ini.
Menurut Johary, pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka.
Tambahnya, link sebegitu tidak akan merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang lagi satu.
Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.
Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku.
Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.
Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan,” katanya.
Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.
Ujar Johary lagi, pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah.
“Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul,” ulasnya lagi.
Bagaimanapun, Johary menambah bagi perbankan internet, tahap keselamatannya tinggi hingga ke tahap dua atau tiga seperti memerlukan pengguna membuat pengesahan melalui telefon bimbit

03 August, 2011

CERITA PUASA ORANG MELAYU !!!!!

Penantian orang mukmin akan datang kembali.

Teman berbicara kali ini mengenai puasa yang dirindui dan karenah orang yang berpuasa. Orang mukmin menantikan bulan Ramadhan seperti seorang kekasih yang merindui kekasihnya. Ianya berbeza dengan rindunya pula orang Melayu kepada puasa dan seisinya.

Kebiasaannya di Malaysia pengumunan tarikh puasa bagi 1 Malaysia diumumkan oleh Penyimpan Besar Mohor Raja – Raja. Kata kawan teman …. kalau mike nak tahu puasa ke tidak esoknya….mike tengok songkok orang yang akan mengumumkannya…..kalau gamaknya ` sengit ` puasalah esoknya, tapi kalau songkok dan baju melayu nya kemas….jawabnya puasalah lusanya.
Kata kawan teman lagi begitu juga kalau nak tahu raya ke tidak …..tengok pula songkok, baju melayunya kemas dan suaranya pun ceria…..jawabnya `` MAKA DI ISTYHARKAN BAHAWA SELURUH MALAYSIA AKAN MENYAMBUT AIDIL FITRI PADA ESOK BERSAMAAN ……………..tapi kalau tak ceria wajahnya……jawabnya puasa lagi le….

Terkadang – kadang [ dengan izin ] kita hanya melihat suasana Ramadhan itu tak ubah seperti menantinya satu tarikh bermulanya pesta. Sebelum ini kita lihat budaya orang Melayu menyambut mana – mana hari kebesaran Islam seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah disana – sini semua pihak menganjurkan majlis tetapi kefahaman mereka tidak menyakini Islam secara Syumul tetapi hanya sekadar tradisi dan kefahaman Islamnya di pinggiran.

Penantian puasa bukanlah seperti seorang boyfriend menantikan girlfriendnya, seorang duda yang sekian lama menanti dapat` bantal peluk baru ` penganti kehilangan isterinya ataupun seorang janda menemui teman hidup setelah kekosongan laksana seperti dedaunan yang kering kepada suasana tumbuh – tumbuhan yang segar dan membasah.

Ianya seolah – olah meriah Ramadhan seperti Piala Dunia, Festival Hiburan dan sebagainya. Ada juga dikalangan orang Melayu khususnya wanita menganggap bahawa bulan ini `advantage ` untuk membetulkan mana – mana lemak – lemak pada badan bagi melangsingkan tubuhnya masing – masing.

Kata orang tua – tua dan politik kedai kopi,,,, tidak pasti kebenarannya…. bahawa orang Melayu memang rajin berpuasa tetapi bab sembahyangnya pula diringan – ringankan. Ianya berbeza dengan ` mamak ` pula dikatakan rajin bersembahyang tetapi kurang kuatnya berpuasa. Teman harap pandangan ini salah.

Begitu juga sembang – sembang kedai kopi bila ditanya masalah beli kereta. Katanya orang Melayu kalau beli pertama yang ditanyanya ` minyak save ` ke tidak. Orang Cina katanya pula….ini kereta berapa laju bole pergi dan ianya berlainan dengan ` orang putih ` bertanya pula ` ketahanan ` tahan lama kereta itu. Manakala orang India soalan pertamanya…ini kereta berapa ramae bole isi…,maaf bukan niat teman nak mengusik, tetapi sembang – sembang orang tua dulu – dulu.


Orang Melayu dimasa bulan Ramadhan kalau didapati anaknya tidak berpuasa buat main marahnya lagi….tetapi sepanjang masa jika anak – anak tidak sembahyang, tidak menutup aurat mereka buat – buat tak nampak. Itu menunjukkan seolah – olah puasa itu bukan satu syariat tetapi adat.
Jika terdapat anak – anak kurang mampu berpuasa…..ibubapa kadang – kadang menyogokkan mereka dengan bayaran wang mengikut jumlah puasa yang mampu mereka lakukan. Amalan ini sebenarnya kurang baik kerana awal – awal lagi kita telah mendidik anak – anak dengan perkara yang salah kerana yang penting memberikan kesedaran kepada mereka tentang agama.
Kata Pak Yazid dalam kuliahnya diera 70an dulu….beramal mesti dengan ilmu….kalau tidak katanya seperti seorang bapa yang sedang berwirid selepas sembahyang `` SUBHANALLAH….SUBHANALAAH….tiba – tiba anak lelaki yang berseluar pendek mencuitnya `abah – abah nak duit tengok wayang `` abahnya terus berwirid….anaknya terus meminta duit….lalu abahnya runsing diganggu lalu berikan duit kepada anaknya itu RM10.000 dan abahnya tadi terus bertukar wiridnya tadi kepada `` ALHAMDULLILAH….ALHAMDULILLAH `` sehingga habis wiridnya. Bayangkan anaknya pergi melakukan maksiat ….abahnya boleh pulak menyebut `ALHAMDULILLAH `.
Dikalangan pembesar pula samada orang istana. menteri – menteri dan orang – orang berduit mereka jadikan peluang inilah untuk merehatkan dirinya ke negara – negara ` Orang Putih ` dan sebagainya. Maklumlah kalau makan minum disanapun bukan siapa yang tahu. Manakala kalangan orang mukmin pula jika berpeluang maka ibadah umrahlah pilihan mereka.

Kalaulah nak tengok masjid dan surau imarah waktu siangnya , maka lihatlah lihat diwaktu Ramadhan sahaja. Selepas Hari Raya pula tempat – tempat ibadat tersebut kembali lengang seperti sediakala.

Kita berkunjung pula ke pasar – pasar didapati suasananya sungguh bising oleh tempikan – tempikan peniaga untuk melariskan jualan mereka. Ingatlah bahawa kaedah berniaga dalam Islam bukanlah begitu caranya yang diajar oleh Rasulullah saw.

Pesan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pengunjung – pengunjung Pasar Ramadhan hendaklah membeli juadah berbuka di gerai – gerai orang yang kita lihat diwajah penjualnya berseri, yakni orang yang bersembahyang dan menutup aurat sahaja. Kerana yang membeli diberrkati dan yang menjual pula mendapat rezeki yang halal.

Ketika bertarawikh pula yang meneruskan 20 rakaat ialah orang – orang tua dan orang – orang mudanya pula setakat 8 rakaat kerana lutut mereka dah longgar dan pinggang ` angin satu badan ` terus pekena kopi, bubur , laksa dan sebagainya sebelum ` mengholoh ` untuk bangun sahur. Itupun kalau yang jenis bangun sahur…kalau tidak jawabnya sembahyang Subuh pun lebohhh.

Rahsia Atuk Saya Yang Nenek Saya Rahsiakan Dari Saya

Nenek sakit. Nenek tua sangat. Tapi nenek tetap ingat atuk. Atuk pergi tiga tahun dahulu. Atuk tinggalkan nenek waktu nenek pergi surau mengaji kitab. Nenek tak sempat balik lagi tapi atuk dah pergi. Pergi terus. Nenek marah sangat.
Pertama, atuk pergi tak tutup pintu tak tutup tingkap. Basah di dapur sebab tingkap ternganga luas. Basah di dapur juga sebab pintu ternganga perahung. Atap rumah juga bocor-bocor tapi atuk tak pernah usaha nak baikinya. Atuk tak larat. Itu yang atuk cakap bila nenek mahu bebel.

Kedua, atuk pergi begitu saja. Kerbau lembu di baruh ditambat betul-betul tepi paya. Hujan lebat. Air naik cepat. Air naik paras tebing. Lembu atuk dua ekor, kerbau tiga, semua lima. Belum kira kambing dan biri-biri yang atuk tak hambat balik ke kandang. Semua kuyup basah dek hujan tapi atuk biarkan. Atuk pergi begitu sahaja. Lembu, kerbau, kambing dan biri-biri semuanya tak menyempat dia hambat balik sebelum malam gelap.

Ketiga, atuk pergi tak tinggal apa-apa. Kecuali rumah dua tingkat ini, atuk pergi tanpa mewasiat apa-apa. Atuk nikahi nenek baru tiga tahun. Tiga tahun itu, nenek jadi bini mudanya tapi harta-harta atuk, semua serah pada anak menantu bini tua yang dah arwah. Atuk bukan kejam, kalau itu orang kampung pandang. Atuk tak sempat cari harta sebenarnya untuk nenek, dan nenek pun faham. Atuk dianiayai cucu-cucu, anak menantunya. Habis harta pindah nama sebab atuk tak reti baca tak reti mengira. Ekar jadi inci, lot jadi jengkal. Sudahnya, semua berpindah milik kekal. Nama anak, menantu dan cucu-cucunya jadi ganti.

Keempat, atuk pergi tanpa sempat peluk cium dan dakap nenek macam selalu petang-petang. Atuk tak pernah malu. Kalau atuk rasa mahu cumbu mahu mesra mahu manja-manja, atuk cari saja nenek sampai jumpa. Peduli apa kata atuk, bukan ada orang kisah. Selera atuk selera tua. Selera nenek pun juga. Mereka pengantin baru yang mahu berbulan madu selama mampu. Tapi hari itu, atuk tinggal nenek pergi macam itu saja. Atuk tak ingat nenekkah? Nenek cuma mampu bertanya tanpa ada jawapan lagi. Atuk tak tahukah, di surau tadi nenek geram tak habis-habis terbayangkan perut montel atuk yang gebu dan penuh bau masam itu? Nenek geram mahu peluk atuk kerana nenek dahulu tak pernah rasa bahagia. Atuk suami kedua nenek, sama macam nenek, isteri kedua atuk. Dahulu atuk dan nenek tak pernah bahagia bersama-sama isteri dan suami pertama mereka.

Siapa atuk sebenarnya? Hanya nenek yang tahu. Saya cuma anak angkat mereka berdua. Sebetulnya, saya anak pungutan nenek. Saya jumpa nenek, maafkan saya, nenek jumpa saya pada waktu saya sedang merengek menggigil menangis meraung kelaparan, kata nenek. Nenek jumpa saya tepi longkang berselimutkan surat khabar lama. Diari saya tak indah macam cucu-cucu atuk yang lain, macam cucu-cucu nenek yang lain. Tapi saya lain. Saya bukan cucu tapi anak mereka. Terima kasih nenek. Terima kasih atuk.

Sudahlah. Saya tak mahu ceritakan siapa saya. Saya mahu ceritakan siapa atuk pada nenek. Dahulu atuk pemuda gagah. Atuk pugar hutan dan rimba sampai jadi sawah. Saya tergelak bila nenek beritahu begitu dahulu. Mana boleh ada sawah di hutan dan di rimba, kata saya. Nenek pula yang tergelak. Kata nenek, saya lurus tapi cerdik. Di rimba, orang tanam padi huma. Atuk pun tanam tapi padi atuk luas. Tanaman atuk terlalu luas, kata nenek, sampaikan orang kampung kata atuk mahu bersawah di lereng bukit. Atuk rajin.

Atuk juga pandai berkawan dengan binatang. Semua lembu, kerbau dan kambing di kampung kami atuk kenal. Binatang-binatang itu semuanya pun mesra dengan atuk. Saya lagi tergelak, bila nenek beritahu begitu dahulu. Nenek tanya saya kenapa gelak, saya jawab, mana ada orang berkawan dengan binatang. Nenek pula tergelak. Nenek cakap, saya dungu tapi pintar. Atuk boleh faham apa bicara binatang, sebab itu atuk bela banyak lembu, kerbau dan kambing. Kata nenek lagi, dahulu atuk boleh panggil lembu, kerbau dan kambing orang kampung yang hilang di hutan atau di rimba sampai pulang. Orang kampung selalu bagi hadiah pada atuk lembu, kerbau dan kambing sebab atuk boleh jinakkan binatang-binatang itu juga. Tapi atuk tak bela banyak pun, kata nenek. Atuk pawahkan. Macam tanah-tanahnya itu, banyak yang dipajakkan bila atuk dah tak larat lagi.

Tapi kata nenek, atuk simpan banyak dendam. Atuk pendam banyak kisah silam. Saya tak tahu apa maksud nenek kerana waktu itu, saya belum baligh, kata nenek, tak faham masalah orang dewasa. Nenek tak banyak cerita tentang atuk bila atuk pulang ke rumah. Nenek cuma akan buka mulut banyak-banyak dan cerita itu ini tentang atuk bila atuk tak ada. Kata nenek, saya kena tunggu disunatkan, kemudian rasa basah bila tidur malam baru saya boleh diceritakan tentang apa dendam atuk simpankan.

Jadi saya kena tunggu lagi empat tahun kerana sekarang saya baru sembilan tahun. Nenek kata, umur saya tiga belas, baru tok mudim akan datang rumah, lepas itu baru saya akan mimpi basah. Di sekolah, saya belajar, mumayyis itu baligh, dan baligh itu bila tiga belas hingga lima belas tahun yang lelaki. Saya tak sabar nak disunatkan dan mimpi basah sebab saya mahu tahu apa dendam dan rahsia atuk simpan.

Jadi kalau anda nak tahu, tunggulah lagi empat tahun. Nanti saya kongsikan ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...