Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label JENAYAH SEKSUAL. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH SEKSUAL. Show all posts

18 September, 2012

'Pengamal perubatan Islam' ditahan ketika cuba lakukan seks ke atas pesakit


SEREMBAN, 17 Sept (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan ''nikah batin'' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.
"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.
Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat.

07 March, 2012

Bekas pesakit kanser testis diawasi mahkamah kerana ugut sebar gambar bogel teman wanita bawah umur




SINGAPURA: Seorang lelaki yang baru sembuh daripada kanser testis diletakkan di bawah pengawasan mahkamah selama 18 bulan kerana mengugut akan memuat naik gambar bogel teman wanitanya yang di bawah umur.

Lelaki berusia 22 tahun itu, mengugut meletakkan gambar bogel itu di Internet, apabila teman wanitanya mahu memutuskan hubungan mereka pada Jun, 2009.

Dia mengambil gambar bogel teman wanitanya, waktu itu berusia 16 tahun, menggunakan telefon bimbit.

Kerana takut gambarnya akan disebar, gadis itu bersetuju untuk bersamanya beberapa bulan selepas itu, tetapi memberitahu abangnya mengenai ugutan lelaki itu. Mereka kemudian membuat laporan polis.

Menurut laporan akhbar, lelaki dan gadis bawah umur itu bertemu pada 2007. Dia telah melakukan seks oral ke atas teman wanitanya tahun berikutnya ketika dia menyambut ulang tahun ke-15 di rumah lelaki itu. Mereka juga turut pernah melakukan hubungan seks beberapa kali.

Lelaki itu kini dikehendaki melakukan khidmat masyarakat selama 80 jam dan perintah berkurung di rumah dari tengah malam sehingga pagi.

Ibu bapa lelaki berkenaan turut menandatangani bon $ 5,000 (RM10,000) sebagai jaminan anaknya berkelakuan baik.

Sumber: Asiaone.com

27 February, 2012

Anak saudara terkena bomoh gugur bayi dua kali



SAYA mempunyai seorang anak saudara yang meniti usia remaja, malangnya dia terlanjur dan sanggup tinggal serumah dengan teman lelakinya. Saya percaya anak saudara ini sudah diguna-gunakan kerana dia hanya mengikut segala kehendak teman lelaki.
Selepas beberapa laporan polis dibuat dan aduan kepada Jabatan Agama Islam serta merujuk kepada ustaz, tiada jalan mudah untuk mengambilnya. Mereka ingin berkahwin tanpa mengira adat-adat Islam, tanpa risik dari kedua orang tuanya. 
Pendek kata kahwin percuma walau pun tidak direstui orang tua. Anak saudara saya juga menggugurkan kandungan haram sebanyak dua kali. Kami buntu dan tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini kerana dia sangat degil dan enggan mendengar kata. 

Ibu Saudara Prihatin,
Pahang. 


DR empati dengan adik. Sebagai saudara terdekat, tentunya adik inginkan yang terbaik untuk anak saudara. Sikap adik memang Dr kagum dan semoga sikap prihatin dan mengambil berat ini akan sentiasa adik laksanakan. Sememangnya, dalam kita ingin berbuat baik, terlalu banyak ranjau dan liku yang perlu dilalui.
 

Dalam situasi anak buah yang dua kali menggugurkan kandungan haramnya, perkahwinan adalah jalan baik untuk mengelak berlaku lagi pengguguran kandungan serta dosa berulang.
 

Dari segi kesihatan, menggugurkan kandungan mendatangkan bahaya manakala dari segi agama pula, berzina dan menggugur kandungan adalah perbuatan amat dilarang serta berdosa besar.
 

Isu juga perlu difokuskan kepada apakah yang terbaik untuk anak saudara adik dan teman lelakinya. Memang amat sukar bagi ibu bapa untuk berhadapan situasi begini.
 

Dr sangat memahaminya. Namun, untuk melihat keinginan dari satu pihak saja akan hanya memberatkan lagi masalah.

Apatah lagi, apabila berhadapan dengan seorang anak remaja yang masih muda umurnya. Sikap memberontak dan individualistik masih menebal di hatinya.
 

Soal bomoh dan kahwin percuma (adat resam) akan dapat diselesaikan jika isu utama diberi perhatian. (hasrat anak saudara ingin menghalalkan hubungannya dengan teman lelaki melalui perkahwinan). Banyak perkara boleh diselesaikan jika satu pihak meletakkan diri di pihak yang lain. Begitu sebaliknya.
 

Tiada bomoh yang terbaik selain daripada sifat empati, memahami, tidak memberi bebanan terlalu berat. Bomoh yang terbaik ialah adik dan ibu bapa anak saudara. Melihat segala masalah dari perspektifnya akan memberi ruang kepada adik dan ibu bapa anak saudara untuk lebih empati, bersedia memaafkan dan memahami.
 

Jika ini dapat dilakukan, kemungkinan untuk dia bersetuju dengan syarat yang adik dan ibu bapanya cadangkan adalah tinggi.
 

Sememangnya sukar bagi yang lebih berumur untuk bersetuju dengan kemahuan orang lebih muda. Namun, dalam keadaan ini, apa yang lebih penting ialah menyelesaikan isu utama dan seterusnya menangani isu lapisan seterusnya

21 February, 2012

Remaja ugut sebar gambar bogel pasangan kekasih




20 Februari 2012
DUNGUN - Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan.
Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu. Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18
hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan.

Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.

Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya. Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.

Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank telah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.
Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.

Keesokan harinya mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira pukul 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.

Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri.

Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan termasuk menyamar sebagai penjawat awam. - Bernama

20 February, 2012

Lagi wanita diperas ugut oleh bekas kekasih berhubung gambar bogel




19 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Biro Pengaduan Awam MCA menerima satu lagi kes membabitkan seorang wanita yang diperas ugut oleh bekas kekasihnya untuk mendedahkan gambar bogelnya melainkan mangsa bersetuju menjadi hamba seksnya.

Ketua Bironya, Datuk Michael Chong berkata ia adalah kes ketiga yang dilaporkan pada tahun ini di mana mangsa terbaru yang dikenali sebagai Woon, 29, telah diugut oleh bekas teman lelakinya yang berusia 29 tahun sejak 9 Februari lepas.

"Kami diberitahu, mangsa menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya sejak tahun 2000 ketika mereka belajar di sekolah yang sama di Kepong. Hubungan itu putus pada Jun 2003.
"Bagaimanapun, ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak itu, bertemu kembali bekas teman lelakinya pada Mei 2010 pada satu perjumpaan dan menyambung kembali hubungan dengannya," kata Chong pada sidang berita di sini.

Katanya laporan polis telah dibuat pada 12 Feb lalu di Balai Polis Tun H.S. Lee terhadap lelaki itu.

"Woon kini menderita akibat tekanan dan ketakutan yang keterlaluan angkara perbuatan bekas kekasihnya selain diganggu berkali-kali dengan panggilan telefon untuk mengadakan hubungan seks atau gambar itu didedahkan di internet dan di kalangan anggota keluarga serta kawan-kawannya," katanya.
Chong berkata tahun lepas, biro itu menerima 14 kes serupa membabitkan sembilan wanita dan lima lelaki.- Bernama

Derita jadi hamba seks bekas kekasih



WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Februari 2012
Derita jadi hamba seks bekas kekasih
KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha kedai kek bukan sahaja hidup ketakutan, malah terpaksa menjadi hamba seks bekas kekasihnya yang mengugut menyebarkan pelbagai aksi gambar bogel wanita itu di Internet.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, berkata, kejadian terbabit berlarutan sejak dia berpisah dengan kekasih yang juga bekas rakan sekolejnya, yang hanya dikenali sebagai Teh, November tahun lalu.

Woon, janda anak dua itu berkata, dia pernah menjalin hubungan cinta dengan Teh pada 2000, sebelum berpisah pada Jun tiga tahun kemudian.

Katanya, mereka kemudian bertemu semula dalam satu majlis pada Mei 2010 dan kembali bercinta setelah Teh memberitahu tidak dapat melupakannya. Woon berkata, Teh bijak bermain kata-kata dan berjanji mengahwininya dan menjaga dua anaknya yang berusia dua dan empat tahun jika dia terus menghantar gambar-gambar bogelnya.

Menurutnya, perhubungan mereka tidak bertahan lama dan berpisah empat bulan lalu.

“Sejak itu Teh mengganggu hidup saya dan mengugut menyebarkan gambar bogel saya di Facebook dan Youtube, jika tidak mengadakan hubungan seks dengannya lagi.

“Saya takut dan terpaksa menuruti kemahuannya. Saya diminta datang ke mana-mana hotel untuk memenuhi keinginan seksnya dan jika saya merayu untuk tidak diperlakukan sebegitu, dia akan ugut mahu mengirimkan gambar bogel itu kepada semua rakan perniagaan saya,” katanya.

Menurutnya, dia tertekan kerana dijadikan hamba seks, malah tidak tahu apa patut dilakukan. Dia tidak berani menceritakan perkara itu kepada kekasih barunya kerana bimbang ditinggalkan.

Namun setelah dinasihatkan adiknya, Woon berterus terang dengan kekasihnya, sebelum teman lelakinya itu menasihatkannya membuat laporan polis dan mengadu ke Jabatan Pengaduan Awam MCA, Jalan Ampang.

“Saya lega kerana kekasih baru memahami dan memberi sokongan kepada saya. Saya harap kes ini disiasat segera dan saya tidak akan berdiam diri lagi jika dia (Teh) tidak menghormati dan terus mengganggu hidup saya dan anak-anak,” katanya

10 February, 2012

Remaja buka Mulut Selepas Tidak Tahan Jadi Hamba Seks Teman lelaki Ibu



Saya petik:

[SH] BALIK PULAU - Gara-gara tidak sanggup lagi menjadi bahan pemuas nafsu seks teman lelaki ibunya sejak awal tahun lalu, seorang pelajar tingkatan dua bertindak melarikan diri dari rumahnya bagi mengelak terus menjadi mangsa keadaan.

Remaja perempuan berkenaan dipercayai bertindak demikian pada 6 Februari lalu selepas suspek berusia 46 tahun itu dikatakan mengugut mahu memukul mangsa sekiranya memberitahu ibunya mengenai perbuatan jijiknya itu.

Difahamkan, suspek dikatakan tinggal bersama keluarga mangsa sejak empat tahun lalu selepas kematian bapanya akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku apabila ibu mangsa tiada di rumah dan kali terakhir mangsa didakwa dirogol suspek pada dua minggu lalu, kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, mangsa bertindak meninggalkan rumah tanpa disedari ibunya pada Isnin lalu dan tinggal bersama seorang rakan di Seberang Perai.

Beliau berkata, remaja terbabit bagaimanapun dibawa rakannya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kelmarin, kira-kira jam 8 pagi.

“Mangsa turut mengatakan kejadian sama berlaku sejak awal tahun lalu tetapi dia terpaksa mendiamkan diri kerana takut dicederakan.

“Remaja terbabit kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut kesihatan dan polis telah memanggil ibunya untuk siasatan,” katanya.

Pelakon Cun Filem Tamil Ditahan Atas Dakwaan Melacurkan Diri



Pelakon muda filem Tamil berusia 22 tahun ditangkap bersama-sama dengan abang tirinya pada malam Sabtu lalu atas dakwaan melacurkan diri. Caroline Mariyath, pelakon filem Tamil dan juga model popular dari Chennai, telah ditangkap di sebuah hotel lima bintang oleh pihak berkuasa.

Pihak polis mengesyaki bahawa bapa dan abang tirinya telah bertindak sebagai "bapa ayam" dan ejennya. Bapa tirinya, Ranjeeth Mariyath Asan, yang merupakan seorang jurugambar model, didakwa telah membantu aktres itu mendapatkan pelanggan bersama-sama dengan M Rajkumar, abang tirinya yang bekerja berkhidmat sebagai pengurusnya.

Polis mendakwa aktres itu bertindak melacurkan dirinya kerana menghadapi masalah kewangan. Hal ini mungkin ada kaitan dengan kelewatan tayangan tiga buah filem lakonannya. Selain berlakon, Mariyath pernah menjadi model untuk iklan syarikat berlian dan tekstil.

Menurut sumber media, Rajkumar memberitahu pihak polis bahawa ayahnya mengatur urus niaga dengan pelanggan, dan dia berbuat demikian sekali sekala. 

Aktres itu dikatakan mengenakan bayaran sehingga Rs3 lak atau RM18 ribu untuk tempoh dua jam perkhidmatannya. Selain bayaran tersebut, pelanggan perlu membayar tiket penerbangan dan dua bilik hotel untuk diri dan ejennya. -DCM

Cerita lanjut boleh dibaca di sini.


P/s: TM teringat kisah artis Malaysia yang kantoi melacurkan diri seketika dahulu. TM teringat juga kisah artis yang dikatakan kantoi khalwat dengan pembesar negara di PD.

Kerana Gambar Bogel Isteri, Lelaki Sanggup Beli Telefon Bimbit Lama dengan Harga Mahal



Menurut China Daily, seorang lelaki di Zhangzhou, Fujian, terpaksamembeli semula telefon bimbit lamanya dengan harga dua kaliganda selepas dia mendapati gambar bogel isterinya masih tersimpan dalam telefon itu.

Lelaki dengan nama keluarga Wu itu membeli telefon baru danmenjual telefon lamanya kepada penduduk kampung lain dengan 500 yuan (RM240) sebelum isterinya menyedari bahawa limagambar bogelnya masih belum dipadamkan.

Pemilik baru telefon bimbit itu bersetuju menjual telefon itu semula, namun menuntut bayaran sebanyak 1,000 yuan (RM480).

Selepas campur tangan polis dan jaminan bahawa gambar-gambaritu tidak disalin atau diletakkan di Internet, Wu bersetuju untuk membayar harga tersebut.



P/s: Aduhai! Yang pasti, pembeli telefon bimbit itu sudah tentu puas melihat gambar bogel isteri lelaki itu. 

Sila ambil pengajaran. 

Jangan sesekali merakam gambar bogel menggunakan telefon bimbit kerana, khabarnya, walaupun sudah dipadam, namun orang yang mempunyai kepakaran mampu "mendapatkan" gambar-gambar itu semula.

IBU PAKSA ANAK MELACUR !!!!!



Berita Agensi melaporkan seorang gadis berusia 16 tahun di Mumbai, India, telah dipaksa melacur oleh ibu kandungnya.

Poonam Manish Mhatre, 49, didakwa menggunakan ugutan emosi, termasuk mengancam untuk mencederakan atau membakar dirinya jika anaknya itu tidak bersetuju untuk menjual dirinya.

Tertuduh telah ditahan di bawah Akta Pemerdagangan Tidak Bermoral (Pencegahan) kerana mendorong anak perempuannya dalam aktiviti pelacuran.

Mengikut laporan, tertuduh dikatakan sering mengelar pergelangan tangannya, malah menyimbah dirinya dengan minyak tanah jika anak perempuannya enggan melayan pelanggan.

Menurut akhbar, remaja itu telah dipaksa melacur sebaik sahaja dia berhenti sekolah. Pihak polis berkata, remaja itu menurut kemahuan ibunya kerana bimbang ibunya akan  melakukan sesuatu yang membahayakan dirinya.

Selepas sembilan tahun menanggung trauma dan permintaan yang semakin meningkat untuk melayan  pelanggan, dia akhirnya memecah rahsia dan melaporkan perkara itu kepada polis. -DCM



P/s: Patutnya, biarkan sahaja si ibu menyimbah dirinya dengan minyak tanah dan membakar dirinya.

03 February, 2012

Isteri Jual Gambar Bogel di Laman Sosial


Saya petik:

[HM] KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.


P/s: Selepas jual gambar, jual apa pula?

02 February, 2012

Guru bebas pertuduhan seks luar tabii dengan pelajar



SHAH ALAM - Seorang guru sekolah rendah hari ini  dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang pelajar lelaki sekolah menengah di  sebuah rumah di Rantau Panjang, Klang, empat tahun lepas.
Hakim Slamat Yahya melepaskan dan membebaskan Badrul Akmal Ishak, 33, tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan  Seksyen 377B Kanun
Keseksaan yang dikenakan terhadap tertuduh.
 
Hakim itu berkata mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi  pendakwaan terutama keterangan mangsa sendiri bertentangan dengan keterangan sokongan khasnya keterangan ahli kimia dan keterangan perubatan yang mengatakan tiada tanda-tanda mangsa diliwat.
 
Hakim Slamat berkata pakar bedah, Dr S. Manimaran, telah memberi keterangan bahawa tidak terdapat kesan luka pada dubur mangsa manakala Dr Chan Swee Sing yang memeriksa mangsa, juga mendapati tiada kesan atau tanda-tanda mangsa telah
diliwat.
 
Ahli kimia P.Revathi pula menyatakan hanya DNA Badrul Akmal yang diambil daripada keratan kain dari biliknya, dan tiada DNA mangsa didapati di atas katil atau dalam bilik tertuduh, kata Hakim Slamat.
 
Beliau berkata kes itu berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa yang telah membaca mesej pesanan  ringkas dalam telefon bimbit mangsa.

Badrul Akmal dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masingnya pada 1 pagi dan 3 pagi 24 Ogos 2008 di rumah No 53 Jalan Genting 5/KU 4 Taman Kembara 2,  Rantau Panjang, Klang. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamaruddin manakala Badrul Akmal diwakili peguam bela, Gerard Lazarus.
 
Tertuduh yang terharu dengan keputusan mahkamah memeluk Lazarus  sambil menangis teresak-esak.
 
Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan. - BERNAMA

12 January, 2012

Cakar Isteri Sbb Enggan Layan Seks !!!

[HM] AMPANG: Hanya kerana enggan melayan permintaan seks, seorang wanita nyaris disimbah air panas selain dicakar dan dipukul oleh suaminya selepas berang permintaannya itu tidak dilayani. 

Difahamkan, dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar Baru Ampang, di sini, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.

Sumber berkata, mangsa berusia awal 30-an dikatakan merajuk dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya. 

“Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula naik angin lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera,” katanya.

“Mangsa yang kesakitan cuba melepaskan diri daripada, namun tidak berhasil apabila dia terus dipukul,” katanya.

Menurutnya, suami itu kemudian mengambil bekas air panas di dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya. 

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran berhubung ugutan suaminya itu kerana bimbang dicederakan lagi. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

28 December, 2011

Wanita berzina dihukum gantung



TEHERAN - Pihak berkuasa Iran, kelmarin, dilaporkan akan meneruskan rancangan menjalankan hukuman mati ke atas seorang wanita atas kesalahan berzina dalam kes yang dicemari campur tangan masyarakat antarabangsa.

Namun, Iran mungkin akan menjalankan hukuman itu melalui tali gantung berbanding hukuman awal iaitu rejam sampai mati.

Tertuduh, Sakineh Mohammadi Ashtiani kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan berasingan iaitu bersubahat untuk membunuh suaminya.

Iran menangguhkan hukuman rejam ke atas Sakineh, Julai tahun lalu selepas kes wanita itu mendapat perhatian media antarabangsa dan mencetuskan kritikan oleh negara Barat.

Jabatan kehakiman dan undang-undang Islam negara itu sedang mengkaji sama ada hukuman rejam sampai mati yang sepatutnya dikenakan ke atas Sakineh boleh diubah kepada hukuman gantung bagi mengelakkan salah anggap mengenai undang-undang Islam.

Sakineh disabit bersalah atas dakwaan berzina pada 2006 selepas pembunuhan suaminya dan wanita itu kemudian didapati turut bersubahat dalam pembunuhan itu

Jiran ceroboh minta seks !!!!



KUALA KUBU BHARU: Gila seks. Itulah perkataan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang lelaki yang menceroboh masuk rumah jirannya dan meminta untuk melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.
Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 28 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis selepas wanita berusia 37 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa bersendirian dalam rumahnya di Kerling, di sini, manakala suaminya seorang pekerja ladang keluar bekerja.
“Mangsa yang baru saja pulang dari bekerja masuk ke dalam bilik untuk berehat dengan pintu belakang rumahnya dalam keadaan terbuka.

“Ketika di dalam biliknya, dia menyedari kehadiran jirannya yang sedang berbual melalui telefon bimbit di bahagian belakang rumah,” katanya.

Sumber berkata, suspek terbabit kemudiannya menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa dan menghampiri mangsa yang sedang tidur.
“Suspek kemudiannya mengajak mangsa melakukan hubungan seks dengannya. Mangsa yang terkejut dengan ajakan berkenaan bertindak memarahinya supaya keluar dari rumah berkenaan.

“Namun, suspek dikatakan tidak mengendahkan amaran mangsa sebaliknya terus mengajak melakukan perbuatan terkutuk itu. Mangsa yang ketakutan terpaksa berlari keluar,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa pergi ke rumah salah seorang jiran meminta pertolongan jiran berkenaan dan menghubungi suaminya memaklumkan kejadian itu.

Katanya, suspek kemudian bertindak melarikan diri sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Kerling membuat laporan berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy berkata, suspek berjaya ditahan polis di rumahnya yang terletak berhampiran.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.

21 December, 2011

Pengurus spa dituduh dagang wanita



KUALA LUMPUR: Seorang pengurus spa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap tuduhan memperdagangkan dua wanita warga Indonesia untuk tujuan pelacuran, dua minggu lalu.
Phang Chee Kung, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Phang dari Cheras didakwa memperdagangkan Sonia, 24, dan Endang Sekerayu, 22, bagi tujuan eksploitasi di hadapan bilik 210 Hotel Golden Asean, Jalan Pudu, Dang Wangi, di sini, pada jam 7.05 malam, 7 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh didenda jika disabitkan kesalahan

20 December, 2011

`HABUAN' untuk Minta Nafkah Anak !!!!



KUALA LUMPUR: Dia cuma mahu mendapatkan nafkah untuk menampung kehidupan dua anak yang masih kecil, namun permintaan itu dikenakan syarat gila oleh bekas suami yang rakus memintanya terlebih dulu menyerahkan tubuh sebagai balasan.
Sedar dirinya terperangkap dosa zina, Elina, 39, pernah cuba menolak permintaan bekas suami, tapi akhirnya mengalah apabila lelaki durjana itu bertindak kasar dengan memecahkan pintu rumah dan mengugut mahu menyimbah asid ke wajahnya.
Elina ditemuramah wartawan HM 
Tanpa sedikit rasa malu dan bersalah, bekas suami juga memaksa Elina menghalau dua anak lelaki mereka berusia satu dan empat tahun keluar rumah buat sementara waktu bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks sebelum wanita malang itu diberi ‘nafkah’ sekadar RM50.

Elina berkata, itulah penderitaan yang dilaluinya selama setahun lalu setiap kali ingin meminta wang saraan dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai penghujung 2010.

“Derita saya bukan sekadar hari ini, tapi bermula sejak dipaksa bekas suami menjadi isteri kedua secara senyap-senyap dengan alasan saya sudah banyak menghabiskan duitnya,” katanya.

Bertindak jika dianiaya !!!! `Kes Bekas Suami Rogol Bekas Isteri'


KUALA LUMPUR: Ibu tunggal yang menjadi mangsa kerakusan bekas suami perlu berani tampil membuat aduan serta merujuk masalah dihadapi kepada pihak berkuasa.
Pegawai Tugas Khas (Ibu Tunggal) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Khaty Kassim berkata, pihaknya sentiasa terbuka menerima aduan daripada mangsa penganiayaan untuk dibantu.

“Bagi kes Elina, kami mendapat aduan berhubung penderaan bekas suaminya daripada rakan mangsa yang kebetulan mengetahui peranan dan usaha PPIM dalam membela nasib golongan sebegini.
“Berdasarkan maklumat yang diberi, kami mengambil inisiatif menjejaki mangsa di rumahnya dan terkejut mendapati dia dalam keadaan trauma akibat didera bekas suaminya,” katanya.

Menurut Khaty, rentetan pertemuan itu, dia berusaha mendekati mangsa dan memujuk supaya Elina menceritakan masalah dihadapinya.

“Sebagai permulaan, kami bawa ibu malang itu membuat laporan di balai polis berdekatan dengan harapan tindakan segera diambil bagi mengelakkan wanita itu dicederakan bekas suaminya
“Ini kerana, kami dapati wujud pelakuan kasar terhadap mangsa yang boleh mendatangkan pelbagai risiko kecederaan fizikal. “Kami juga bimbang anaknya menjadi mangsa sekiranya Elina tidak menuruti permintaan bekas suaminya untuk melakukan seks,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung statistik yang direkod PPIM, Khaty berkata, pihaknya kini berdepan 15 kes berkaitan ibu tunggal dengan empat daripadanya membabitkan pergolakan rumah tangga dan penganiayaan suami kepada bekas isteri.

; color:black'>
“Selepas keluar penjara pada usia 35 tahun, saya cuba berubah termasuk mencari pekerjaan, namun sia-sia kerana permohonan ditolak dengan alasan saya bekas banduan
“Saya kembali menagih dadah dan akhirnya disahkan menghidap HIV positif ketika berusia 40 tahun. Ia berlaku kerana saya berkongsi jarum suntikan dengan penagih lain,” katanya.

Bagaimanapun, Kak Bi berkata, dia bersyukur kerana ketika berusia pertengahan 40-an, dia menerima bimbingan dan perlindungan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketika itulah berkenalan dengan arwah suami yang juga seorang sukarelawan.


“Arwah suami juga penghidap HIV positif, hubungan kami bertambah rapat dan mengambil keputusan berkahwin pada Oktober 2010.


“Saya dan suami kemudian berpindah ke rumah ibunya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Namun kebahagiaan kami hanya berkekalan lima bulan kerana suami meninggal dunia Mac lalu,” katanya.


Menurut Kak Bi, usahanya untuk kembali mendapatkan perlindungan dengan NGO terbabit gagal apabila permohonannya ditolak kerana tiada kekosongan di rumah perlindungan.


Katanya, dia merahsiakan penyakitnya bagi mendapatkan pekerjaan di beberapa restoran tetapi pengurusan restoran, enggan menerimanya dengan alasan mereka memberi keutamaan kepada pekerja Indonesia.


“Sejak sembilan bulan lalu, saya menyimpan impian untuk keluar daripada kehidupan ini kerana ia cukup menyeksakan. Setiap hari, saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan jalan yang benar dan memberi saya peluang,” katanya

Berilah saya peluang’ - Kak Bi



JOHOR BAHRU: “Demi meneruskan hidup, walaupun sudah berusia 50 tahun saya terpaksa menjaja tubuh sejak sembilan bulan lalu bagi mendapatkan antara RM5 dan RM10 sehari,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Kak Bi yang mendakwa terpaksa melacurkan diri untuk mencari rezeki selepas hilang tempat bergantung apabila suaminya yang berusia 35 tahun meninggal dunia pada Mac lalu.
Menurut Kak Bi, berikutan faktor usia kehadirannya di lorong gelap itu dianggap janggal di kalangan pelanggan menyebabkan dia terpaksa menunggu antara empat hingga lima jam setiap hari bagi mendapatkan seorang pelanggan.

“Memandangkan sebahagian besar wanita di sini masih muda kerana berusia kurang 40 tahun, ada lelaki berasa pelik dengan saya yang pada awalnya dianggap sebagai ibu ayam.
“Namun, saya terpaksa mengikis rasa malu, malah sentiasa memujuk lelaki berusia antara 20-an hingga 50-an untuk melanggan.

“Adakalanya saya terdesak dan terpaksa menceritakan kisah hidup sebelum mereka setuju melanggan dengan bayaran antara RM5 dan RM10. Ada yang simpati memberikan wang tambahan antara RM20 dan RM30,” katanya ketika ditemui di Jalan Wong Ah Fook di sini, semalam.

Kak Bi yang berasal dari Gelang Patah berkata, dia tidak pernah mendapat kasih sayang keluarga yang sempurna kerana dibesarkan keluarga angkat.
Menurutnya, pada usia 20-an, dia yang bekerja sebagai operator kilang terpengaruh dengan pujukan teman lelaki hingga terjebak dengan penagihan dadah, malah mendakwa pernah meringkuk dalam penjara dua kali dengan kali terakhir ketika berusia 32 tahun kerana memiliki dadah.

“Selepas keluar penjara pada usia 35 tahun, saya cuba berubah termasuk mencari pekerjaan, namun sia-sia kerana permohonan ditolak dengan alasan saya bekas banduan

“Saya kembali menagih dadah dan akhirnya disahkan menghidap HIV positif ketika berusia 40 tahun. Ia berlaku kerana saya berkongsi jarum suntikan dengan penagih lain,” katanya.

Bagaimanapun, Kak Bi berkata, dia bersyukur kerana ketika berusia pertengahan 40-an, dia menerima bimbingan dan perlindungan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketika itulah berkenalan dengan arwah suami yang juga seorang sukarelawan.


“Arwah suami juga penghidap HIV positif, hubungan kami bertambah rapat dan mengambil keputusan berkahwin pada Oktober 2010.


“Saya dan suami kemudian berpindah ke rumah ibunya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Namun kebahagiaan kami hanya berkekalan lima bulan kerana suami meninggal dunia Mac lalu,” katanya.


Menurut Kak Bi, usahanya untuk kembali mendapatkan perlindungan dengan NGO terbabit gagal apabila permohonannya ditolak kerana tiada kekosongan di rumah perlindungan.


Katanya, dia merahsiakan penyakitnya bagi mendapatkan pekerjaan di beberapa restoran tetapi pengurusan restoran, enggan menerimanya dengan alasan mereka memberi keutamaan kepada pekerja Indonesia.


“Sejak sembilan bulan lalu, saya menyimpan impian untuk keluar daripada kehidupan ini kerana ia cukup menyeksakan. Setiap hari, saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan jalan yang benar dan memberi saya peluang,” katanya

16 December, 2011

Pelakon Korea Dipaksa Seks untuk Kerjaya !!!!


Korea – 60% pelakon Korea Selatan melaporkan telah dipaksa melakukan hubungan seksual demi kerjaya mereka. Laporan itu berdasarkan kajian yang dikeluarkan Komnas HAM Nasional Korea. Tahun lalu, Komnas HAM melakukan kajian terhadap 111 pelakon lama dan 240 pelakon baru.
Dari kajian itu, kira-kira 60% responden melaporkan telah mendapat rayuan seksual dari orang-orang yang boleh mempengaruhi kerjaya mereka.

Rayuan itu datang dari para pengusaha kaya, para penerbit program televisyen, penerbit filem dan ahli politik yang disampaikan melalui rakan sekerja, pegawai agensi dan broker-broker.
Atas soalan khusus yang diajukan Suruhanjaya hak asasi manusia Nasional, 22% pelakon yang diwawancara mengaku mereka pernah ‘dipaksa atau diminta’ oleh ejen-ejen mereka untuk memberikan kenikmatan seksual. Sedangkan lebih dari 6% mengaku pernah mengalami kekerasan seks.
Survey ini dilakukan untuk membangkitkan kesedaran awam akan amalan-amalan pemaksaan seksual yang dialami para pelakon. Apalagi sejak peristiwa bunuh diri seorang pelakon cantik Korea Selatan tahun lalu. Jang Ja-yeon bunuh diri setelah mengisyaratkan dirinya telah dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang bangsawan yang berpengaruh bagi memajukan kerjayanya.
Mennindaklanjuti tinjauan itu, kerajaan Korea Selatan (Korsel) akan membuat undang-undang (undang-undang) bagi melindungi para pelakon di negeri itu. Undang-undang baru tersebut akan melindungi para pelakon dari amalan gangguan seksual bahkan pemerkosaan yang kerap dialami mereka.
Seorang pegawai Kementerian Budaya Korea Selatan mengatakan, seperti ditafsir AFP, undang-undang tersebut akan menetapkan peraturan tegas mengenai pendirian agensi-agensi hiburan. Agensi yang tidak berdaftar akan ditutup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...