Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

27 May, 2011

May 27, 2011 - Last Posting for May 2011...slmt bercuti

Salam buat semua
Daddy cuma nk bagi tau yg blog ni akan off selama 4 hari mulai esok sampai hari selasa ni....
sebab daddy bercuti .....

So selamat berhujung minggu ....jangan notty2...BYE

May 27, 2011 - Siti Rahayu Abas - pilihan Tomok !!!!!

KUALA LUMPUR: Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .
Tomok berkata, dia mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.

“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.

Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.

“Kami sebenarnya merancang mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa diuruskan sedikit demi sedikit sehingga tarikh sebenar dipersetujui Julai depan,” katanya.


Tomok berkata, kad jemputan perkahwinannya sudah siap ditempah dan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Menurut Tomok, selepas majlis akad nikah, kenduri sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama keesokan harinya.

“Pada 6 Julai pula, kami akan mengadakan majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media manakala kenduri pihak keluarga saya akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras,” katanya.

May 27, 2011 - Sorok anak luar nikah dalam almari

Sorok mayat dalam almari
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Takut rahsia terbongkar, seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Difahamkan, penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian Selasa lalu dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan.
Bagaimanapun, mungkin tidak tahan diselubungi rasa bersalah, penuntut itu akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam, sambil membawa mayat bayinya yang dibalut tuala.

Sumber berkata, selepas polis merakamkan percakapan gadis itu, kes berkenaan diserahkan ke IPD Cheras di sini untuk meneruskan siasatan kerana kelahiran bayi itu berlaku di daerah itu.

“Ketika gadis itu datang ke balai polis, dia membalut mayat bayinya menggunakan tuala. Pada mulanya anggota polis bertugas menyangka dia menjadi mangsa kes jenayah dan mahu membuat laporan.

May 27, 2011 - Lagi Skandal ngan Bini Orang !!!!

Keputusan kes Razak 30 Jun

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 30 Jun depan untuk keputusan di akhir kes pendakwaan kes khalwat pelakon dan penyanyi, Razak Ahmad dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang lima tahun lalu selepas lima tahun dibicarakan.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli memfailkan hujahan balas yang dikemukakan pihak pembelaan pada 28 April lalu.

Keputusan itu bagi menentukan sama ada pelakon itu perlu membela diri atau dilepas dan dibebaskan terhadap pertuduhan yang dihadapinya.
Pada prosiding semalam, Wan Mahyuddin turut menasihatkan kedua-dua pihak supaya memberi kerjasama untuk mempercepatkan keputusan kes itu kerana ia sudah terlalu lama berjalan sejak 2006.

Sementara itu, Shafezan ketika ditemui media memberitahu, antara kandungan hujahan balas pihaknya adalah ketika kejadian pasangan tertuduh berada bersama berada di dalam sebuah rumah.

“Ini jelas menunjukkan keadaan tertuduh dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya

May 27, 2011 - Norliaton Murni Zainal Abidin - CERAI SMS !!!!

Indra Putra cerai guna SMS
Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my
IPOH: “Saya sedih kerana kelibatnya langsung tidak kelihatan ketika anak bongsu kami dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini baru-baru ini kerana paru-parunya dijangkiti kuman,” kata Norliaton Murni Zainal Abidin, 31, janda kepada bekas penyerang skuad kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin.
Norliaton berkata demikian selepas memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Selain tuntutan nafkah mutaah dan edah, Norliaton turut memfailkan hak penjagaan tiga anak berusia antara lapan tahun dan dua bulan kerana mendakwa Indra Putra, 30, yang kini menjadi penyerang utama pasukan T Team, gagal memberikan nafkah serta mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Norliaton memfailkan sendiri permohonan itu tanpa diwakili peguam dan hadir ke mahkamah, semalam ditemani bapanya. Sebelum ini, mahkamah sama turut mengesahkan pasangan berkenaan yang berkahwin pada 2003, sudah bercerai talak satu pada 18 Mei lalu.

Indra Putra didakwa melafazkan cerai menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) ketika Norliaton dalam tempoh berpantang anak ketiga, Alya Nur Zalia yang baru berusia dua bulan pada 27 April lalu.

Norliaton yang juga seorang suri rumah berkata, kali terakhir Indra Putra pulang menjenguk mereka Aidilfitri.
“Sejak itu dia sukar dihubungi sehinggalah saya menerima SMS dia ‘melepaskan’ saya pada penghujung bulan lalu.

“Saya berharap kami dapat menyelesaikan perkara ini secara baik. Jadi saya minta dia jangan abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan hormatilah kami yang menjadi sebahagian daripada hidupnya,” katanya.
Bagaimanapun Indra Putra yang muncul wira T Team dengan menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Kelantan 2-1 sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan di tempat sendiri dalam saingan Liga Super malam kelmarin, tidak kelihatan sepanjang prosiding terbabit.

Norliaton berkata biarpun sedih terutama dengan tindakan Indra Putra tidak menjenguk anak-anaknya, dia reda menerima perpisahan itu.

Selain Alya Nur Zalia, Indra Putra turut mempunyai dua anak lelaki, Airul Putra, 8, dan Ady Ilhan Putra, 5, hasil perkongsian hidup mereka selama lapan tahun.

May 27, 2011 - Hamilkan Anak Rakan Sekerja !!!!

Hamil anak teman sekerja

SUAMI saya bekerja jauh di utara tanah air. Saya berasa risau kerana kini saya hamil mungkin selepas beberapa kali terlanjur dengan teman sekerja.
Saya bimbang suami pasti mengesyaki saya curang terhadapnya kerana mengandungkan anak yang bukan hasil benihnya.
Apakah tindakan yang perlu saya lakukan untuk menghadapi situasi ini?

LISA
Negeri Sembilan

ANDA hendaklah segera bertaubat kepada Allah s.w.t atas keterlanjuran itu. Perbuatan anda tentu menerima kemurkaan Allah kerana melanggar larangan Allah daripada zina.

Sudah tentu pihak suami berhak marah dengan perbuatan anda menduakannya. Kembali ke pangkal jalan dengan tidak lagi mengulangi dosa yang lalu dan tidak berhubung dengan teman sekerja berkenaan.

Ingatlah firman Allah: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah al-Isra’ (17): 32)

Selain itu anda perlu meminta untuk bertukar tempat kerja dan memilih untuk tinggal serumah dengan suami daripada hidup berasingan.

Ini kerana tinggal berjauhan mengundang kejahatan sedangkan tempat isteri ialah untuk bersama-sama suam

May 27, 2011 - Kena Potong Telinga Pasai Skandal ngan Bini Orang !!!!

Pemandu lori potong dua telinga peniaga

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki parah apabila telinganya dipotong dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini, kira-kira jam 5.30 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikatakan didatangi seorang lelaki dan secara tiba-tiba menariknya ke seberang jalan lalu merampas beg dan telefon bimbitnya.

Difahamkan, mangsa yang bersendirian ketika itu sedang bersiap untuk keluar berniaga daging turut ditutup mulutnya sebelum diseret ke dalam semak.
Dipercayai kedua-dua belah telinga mangsa dipotong sebelum dia dihumban ke dalam longkang berhampiran kawasan berkenaan.

Mangsa yang berlumuran darah ditemui anak lelakinya yang baru pulang bekerja dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 7 pagi.

Dia dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke hospital swasta di bahagian pulau.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, polis yang menerima laporan menjalankan gerakan mengesan suspek.

Menurutnya, kira-kira dua jam kemudian suspek dikenal pasti dan ditahan di sekitar daerah itu.
“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori dan berusia 46 tahun dipercayai memotong telinga mangsa dengan senjata tajam,” katanya.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

26 May, 2011

May 26, 2011 - Hadiah Hari Jadi Yang TRAGIS !!!!!!! Dibaham Anjing


RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.
Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.
Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.


Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya

May 26, 2011 - Aleesha Farhana Abd Aziz @ Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.
Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.


Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara

May 26, 2011 - Quote of the Day !!

May 26, 2011 - Bercoli, seluar dalam taktik tarik pelangan

Bercoli, seluar dalam taktik tarik pelangan

KUALA LUMPUR: Hanya bercoli dan berseluar dalam, itulah taktik digunakan wanita warga China yang menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah hotel murah di Jalan Pudu.
Bagi mengaut keuntungan berganda, pelacur terbabit dikatakan turut menjalankan kegiatan pada siang hari kerana ia dikatakan mendapat banyak permintaan di kalangan lelaki kemaruk seks.
Difahamkan, pelacur terbabit menawarkan khidmat seks kepada pelanggan terutamanya warga emas tempatan dan warga asing di sekitar medan selera hotel berkenaan dengan bayaran serendah RM10 hingga RM150 untuk sekali perkhidmatan.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral yang dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu terbongkar selepas Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang menyerbu kawasan itu, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.45 pagi itu, 40 wanita dipercayai pelacur ditahan ketika sedang menunggu

May 26, 2011 - Hantar SMS ugut ROGOL !!!!!

Resah tidak henti terima SMS lucah
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
KANGAR: Seorang suri rumah mendakwa kini hidup dalam ketakutan selepas menerima puluhan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dipercayai dihantar seorang lelaki tidak dikenali yang turut mengugut mahu merogolnya sejak sebulan lalu.
Ibu kepada empat anak berusia antara tujuh hingga 15 tahun yang menetap di Santan, di sini, turut mendakwa perasaannya menjadi tidak tenteram sejak menerima SMS berkenaan sekali gus sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam.
Mangsa, Rozana Ajis @ Abd Aziz, 35, berkata sejak menerima SMS ugutan daripada suspek, dia sering mengalami perasaan tidak sedap hati malah kerap terjaga daripada tidur sekiranya ada bunyi pelik di luar rumahnya.

Katanya, perasaan takut itu juga bukan saja dirasai dirinya, malah turut dikongsi suaminya, Raman Baharom, 48, yang bertugas di sebuah agensi kerajaan, di sini.

“Sudah hampir sebulan saya menerima SMS berbaur lucah daripada lelaki yang tidak dikenali identitinya itu. Malah, dia juga mengugut mahu melakukan perkara lucah kepada saya termasuk mahu membelasah

May 26, 2011 - Susulan Kes Tunang Lari !!!!!

‘Saya dikongkong’
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
MELAKA: Seorang bakal pengantin yang menghilangkan diri walaupun bakal melangsungkan perkahwinan pertengahan bulan depan tampil membuat penjelasan mengenai tindakannya itu.
Wanita terbabit, Sarjani Sani, 31, menafikan dia melarikan diri bersama seorang lelaki seperti diperkatakan tunangnya sejak hujung bulan lalu.
“Saya melarikan diri dan tinggal bersama rakan di satu lokasi kerana tidak sanggup meneruskan perkahwinan dengan tunang saya itu.

“Antara sebab saya melarikan diri dan tidak dapat meneruskan perkahwinan adalah kerana sering dikongkong bakal suami dan keluarganya,” katanya ketika menghubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Sarjani yang juga seorang ibu tunggal berkata, dia tidak mempunyai perasaan cinta terhadap tunang yang juga sepupunya itu.

May 26, 2011 - Mak Nyah INSAF!!!!!!

Saya nak berubah’
Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my
TUMPAT: “Saya nak berubah,” kata seorang Mak nyah berusia 22 tahun yang dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan 14 hari penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan tidak sopan bersama seorang lelaki, Februari lalu.
Zuhaili Ahmad@Ghazali, dari Kampung Geting, Tumpat, berkata dia reda dengan hukuman yang diterima dan akan berusaha untuk berubah menjadi lelaki sejati.
“Nak buat macam mana, dah kena (hukuman) begini, reda sajalah.

“Saya bukan tahu nak jadi begini,” katanya ketika ditemui selepas Hakim Syarie Mazlan Abdullah menjatuhkan hukuman berkenaan dalam prosiding tertutup di kamar hakim.

Pendakwaan dilakukan Penolong Pendakwa Syarie negeri, Wan Salina Wan Hussin.

Hukuman penjara terhadap Zuhaili bermula semalam dan dia menghabiskan hukuman berkenaan di Penjara Pengkala Chepa. Zuhaili membayar denda berkenaan bagi mengelak hukuman penjara enam bulan jika tidak membayarnya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita dari Sinar Harian .
Berkelakuan tidak sopan

TUMPAT - Seorang lelaki menyerupai wanita yang ditahan dalam keadaan mencurigakan dengan pasangan sejenis, seorang pelajar Kolej Swasta, dikenakan denda RM1,000 dan penjara 14 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Tumpat, semalam.

Zuhaili Ahmad@Ghazali, 22, mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan perbuatan tidak sopan, 11 Februari lalu.

Pemuda dari Kampung Geting itu, yang hadir bersama abangnya, Zakri Ahmad, 37, membayar hukuman denda RM1,000 yang diperintahkan oleh Hakim Syarie, Mazlan Abdullah.

Dia perlu menjalani hukuman penjara 14 hari di Penjara Pengkalan Chepa bermula hari ini (semalam) manakala pasangannya, Meerza Shah Abdul Hakim, 19 tidak hadir kerana menduduki peperiksaan dan perbicaraannya ditangguhkan pada 6 Julai depan.

Penolong Pendakwa Syarie Negeri, Wan Salina Wan Hussin membacakan kertas pertuduhan ke atas Zuhaili dalam prosiding semalam di kamar Hakim.

Zuhaili didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, No 2, 1985, jika sabit kesalahan, dia boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, Pada 11 Februari lalu, hasil daripada operasi pada jam 4.35 petang, tindakan pasangan terbabit yang asyik memadu asmara di kawasan pantai di Pulau Tengkorak di atas hamparan cadar membawa padah apabila diserbu pegawai penguat kuasa agama yang meronda mencegah jenayah.

Pasangan berkenaan yang asyik memadu kasih di kawasan sunyi di pantai itu tidak menyedari perbuatan mereka diperhatikan tiga penguat kuasa agama sebelum ditahan.

Mereka dilihat sedang berbaring dengan keadaan bertentangan hukum syariah apabila kedudukan pelajar kolej itu berada di bawah pasangannya menyerupai wanita di pantai terbabit.

Manakala muka pelajar kolej terbabit berada di atas dada pasangannya, menyebabkan penguat kuasa agama Jajahan Tumpat menahan dan mendakwa mereka.

Pelajar berkenaan disoal siasat dan pasangannya yang disangka perempuan sebenarnya adalah seorang lelaki berdasarkan kad pengenalan ditunjukkan kepada penguat kuasa.

Berikutan penahanan terbabit, pasangan itu dikehendaki menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Tumpat dekat sini, pada 23 Mac lalu bagi mengikuti prosiding pendakwaan kali pertama mengikut Seksyen 5 (1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, No 2, 1985, tetapi kedua-duanya tidak hadir.

Sementara itu, Zuhaili ketika ditemui berkata, hukuman penjara ini dijadikan pengajaran buatnya dan berjanji insaf dengan perbuatannya selama ini.

Zuhaili juga dikehendaki memotong rambut panjang itu.

May 26, 2011 - Kakitangan `TNB' samun !!!!!!

Cekik leher rentap rantai
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
SUNGAI PETANI: “Saya begitu terkejut apabila tiba-tiba kakitangan ‘TNB’ (Tenaga Nasional Berhad) itu bertindak memegang dan mencekik leher lalu merentap rantai emas sebelum melepaskan dua tumbukan kuat pada mata kanan serta muka menyebabkan saya rebah”.
Begitu kata Zaela Yaakob, 52, Ketua Jururawat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, apabila mengalami kerugian RM7,000 selepas rantai lehernya disamun seorang lelaki dalam kejadian di Taman Semarak, dekat sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, mangsa mendakwa dikunjungi seorang lelaki memakai pakaian seragam TNB tertera nama ‘Yaacob’ berpura-pura mahu melihat dan membuat pemeriksaan pada meter serta bil elektrik rumahnya.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30-an terbabit bertindak mencekik dan terus meragut rantai emas pada leher wanita terbabit sebelum menumbuk muka dan mata kanannya serta menolaknya hingga jatuh sebelum melarikan diri bersama rakannya menggunakan motosikal Yamaha 135lc.

Zaela berkata, ketika kejadian dia menunggu suaminya untuk dihantar ke tempat kerja di HSAH sebelum muncul seorang lelaki memakai pakaian seragam TNB yang berdiri di depan pintu rumah selepas membuka pintu pagar tanpa kebenaran.

May 26, 2011 - Curi Coli !!!!!!

Curi coli beri alasan tiada duit

KUANTAN: Seorang jurujual wanita selamba menjawab tiada duit ketika ditanya Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengapa dia mencuri sehelai coli berharga RM12.99 bersama teman lelakinya dari pasar raya 22 Mei lalu.
Tertuduh, Noraazma Che Mohd Zin, 26, dari Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Puteri, Rompin, didakwa mencuri coli berkenaan, minyak wangi, gel rambut dan jus minuman dengan nilai kira-kira RM75 di Pasaraya Giant, Tanah Putih, di sini, kira-kira jam 4.45 petang.
Teman lelakinya yang juga juruservis dandang, Mohamad Faizal Rasidi, 28, dari Balok Baru, di sini, pula didakwa mencuri minyak wangi dan pewangi ketiak bernilai RM49 pada tempat dan waktu sama.

Kedua-duanya ditahan pengawal keselamatan yang ternampak perbuatan mereka mengambil barangan berkenaan daripada rak pameran dan memasukkannya ke dalam beg sebelum keluar melalui lorong tanpa pembelian.

Pemeriksaan lanjut mendapati barang berkenaan dibawa keluar dari pasar raya tanpa sebarang resit pembelian sebelum kedua-duanya diserahkan kepada polis.
Kes disebut di depan Majistret Nurunaim, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Azman Ariffin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...