Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

18 April, 2013

Pendaftaran DAP tak terbatal, boleh guna simbol parti dalam PRU13


8:55PM Apr 18 2013 
dikemaskini Pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman.
    
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya.
    
Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.
    
"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman. 

Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.

Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak
mengundi.
Dalam satu sidang akhbar di ibunegara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa telah menerima surat ROS bertarikh 17 April, menyatakan ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP.
Berdasarkan keputusan ROS itu, parti tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13, katanya.
Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13.
Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.
Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.
Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.

    
Bernama

24 October, 2012

[PANAS] Robengah Tak Nafi Dirogol, Sekadar Berkata ‘Saya Orang Kecil, Biar Tuhan Balas’




Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.

“Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini),” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.

Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.

“Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, ‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” katanya lagi.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .

Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.

Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.

Fariz bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.

Memorandum itu, antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuannya sebelum ini.

Memorandum berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam empat petang. -KD

Khir Toyo: Tidak salah saya minta maaf



WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Oktober 2012
Dr Khir
Dr Khir (dua, kanan) berjabat tangan dengan Ronnie selepas selesai prosiding, semalam.
SHAH ALAM - Bekas Menteri Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa tindakannya meminta maaf kepada Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu di mahkamah semalam sebagai satu tindakan bacul dan boleh menjejaskan Umno di kedua-dua peringkat pusat dan negeri.
Katanya, tidak salah mengakui kesilapan dan memohon maaf jika menyedari telah melakukan kesilapan walaupun ada yang tidak berpuas hati.
"Saya tahu bahawa ramai rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya meminta maaf kepada Ronnie Liu dalam kes saman malu beliau ke atas saya.
"Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan Umno," kata beliau dalam tulisan blognya semalam.
Permohonan maaf beliau dibacakan di mahkamah pagi semalam.
Katanya, "bagi saya jika kita bersalah kita harus bersedia meminta maaf."
"Justeru itu saya tidak segan silu untuk merekodkan pengakuan permohonan maaf saya dalam mahkamah.
"Ini berikutan tujuan asal saya hanyalah mempersoalkan potfolio beliau menjaga Pihak Berkuasa Tempatan kerana terdapat aduan ke atas beliau kerana menghalang penguatkuasa PBT menjalankan tugas," kata beliau lagi.
Bagaimanapun jelas beliau, kenyataan-kenyataan pada sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran.
"Atas sebab inilah saya memohon maaf kepada beliau kerana saya tiada bukti atau fakta yang jelas menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan aktiviti pelacuran.
"Malahan sehingga kini, Ronnie belum disabitkan atas kesalahan menghalang tugas penguat kuasa. Ini menjadikan laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan saya sungguhpun ada asas (berasaskan laporan polis) tidak dapat disahkan sebagai fakta yang benar," tambah Dr Khir.
Dr Khir juga berkata, ada yang meminta beliau meneruskan perbicaraan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan orang ramai untuk membuat penilaian.
"Namun saya berpendapat cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Memohon maaf bukan sahaja memberi ruang hubungan baik sesama Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga membuka ruang demokrasi yang lebih matang.
"Menjadi mangsa kepada banyak tohmahan, tuduhan dan fitnah saya menyedari bahawa memanjangkan isu-isu yang tiada bukti nyata ini hanya memberi kesan yang sangat mendalam kepada ahli keluarga mereka yang terbabit," katanya.
Justeru kata Dr Khir, dalam keadaan itu, beliau fikir permohonan maaf  yang dibuat semalam sangat tepat pada masanya.
"Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada Umno dan Barisan Nasional kerana saya bukan lagi pemimpin Umno negeri," kata beliau.

23 October, 2012

Isu MCA Hina Nik Aziz, UMNO Membisu, DAP Bela "Tok Guru"




Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz

DAP hari ini (semalam) berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam.

04 October, 2012

JOM TENGOK SIAPA AHLI PARLIMEN YANG MENERIMA ELAUN TERTINGGI SEKALI..???




 


1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis- sebanyak RM27,227.20 sebulan.

2) Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan

3) Bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China- sebanyak RM26,000.00 sebulan

4) Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- sebanyak RM24,022.00 sebulan

5) Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri- sebanyak RM25,106.00 sebulan.

6) Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)- sebanyak RM20,000.00 sebulan

7) Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) + Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)- sebanyak RM13,000.00 sebulan

TAPI UNTUK RAKYAT DIBERI CIPUT BR1M RM500 DAN REBET RM200 UNTUK TALIPON PINTAR TAPI PARA PEMIMPIN UMNO DENGAN PINTAR DAN CEKAP REMBAT PULUHAN RIBU RINGGIT SEBULAN ATAS NAMA PENASIHAT SAJA.

APAKAH PARA MENTERI, TIMBALAN MENTERI, KSU, KETUA-KETUA PENGARAH TIDAK CUKUP UNTUK MENASIHATI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK?

INI BUKAN PENASIHAT TETAPI PUNAHSIHAT.. MEMUNAHKAN NEGARA SAMBIL MEYIHATKAN SAKU-SAKU MEREKA DENGAN WANG PEMBAYAR CUKAI!!!!

04 September, 2012

Guan Eng: Dakwa Perkasa kerana pijak potret saya



Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 3 Sept — Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pernah memijak potretnya satu ketika dahulu.
Lim dalam kenyataannya mengecam tindakan berat sebelah dan sikap memilih yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu beberapa anak muda memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, sewaktu sambutan ambang Kemerdekaan anjuran Gabungan Janji pada malam Khamis lalu.
“Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, boleh berjanji pihak kementeriannya akan bertindak tegas dan mengikut lunas perundangan ke atas penyokong BN yang melakukan aksi sama ke atas pemimpin Pakatan Rakyat seperti individu yang memijak potret PM?” kata Lim dalam satu kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam insiden bulan Mei lalu, potret Lim telah dipijak oleh ahli Perkasa di Komtar dan melakukan upacara simbolik pengkebumian dihadapan rumahnya di Pulau Pinang akan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tingkahlaku biadab tersebut.
Lim juga membangkitkan isu “tarian punggung” yang berlaku diluar rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, dan mempertikaikan sikap parti komponen BN bukan Melayu yang berat sebelah kerana mengutuk tindakan memijak potret PM tetapi tidak mengambil tindakan sama apabila beliau yang berbangsa Cina diperlakukan dengan aksi sama.
“Presiden Gerakan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengutuk tindakan potrait PM dipijak tetapi berdiam diri apabila gambar saya dipijak,” tambah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dalam “Himpunan Janji Bersih” anjuran Gabungan Janji yang merupakan gabungan 47 badan bukan kerajaan NGO dan aktivis Bersih pada Khamis lalu, beberapa laporan media menyelar tindakan peserta yang bertindak memijak gambar pemimpin negara, menunjukkan punggung dan mempamerkan bendera “Sang Saka Malaya” yang dikatakan bagi menggantikan Jalur Gemilang.
Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan Kemerdekaan negara.
Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut turut memakai kemeja T berwarna kuning sebagai menyuarakan sokongan mereka kepada matlamat dan perjuangan Gabungan Janji tersebut.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut membacakan puisi bertajuk “Janji Demokrasi” sebelum perhimpunan tersebut tamat.
Ekoran laporan tersebut, polis telah membentuk pasukan khas bagi menyiasat laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka dan berhubung tindakan penganjur “Himpunan Janji Bersih” yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.
Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan.

Sultan persoal kerajaan Selangor jemput Anwar



Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.
Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar (gambar) tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.
"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar  yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.
"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam  bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.
"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam.
Tambah Najib, Sultan adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan.
Namun tindakan PR itu adalah bukti kepada banyak perkara yang cuba diubah dan dilakukan PR, namun tidak berjaya disebabkan Putrajaya masih lagi di bawah penguasaan BN.
"Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati," katanya lagi.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Munawi untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
"Sejak 2007 program merayakan ambang Merdeka bukan melalui Pejabat Menteri Besar, tapi Pejabat SUK," kata Khalid.
Beliau turut menjelaskan terdapat satu jawatan dalam Pejabat Menteri Besar yang diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan untuk melaksanakan program berkenaan.
"Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang Kemerdekaan ini dilaksanakan pegawai kerajaan yang sudah melakukan perkara itu sejak beberapa tahun lalu.
"Saya sudah empat tahun merayakan Kemerdekaan dan semuanya dilakukan pejabat SUK, saya tidak nampak perbezaan yang berlaku ... Penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK," katanya.
Tambah Khalid, beliau juga akan berjumpa Sultan Sharafuddin setiap Rabu, dan akan bercakap berkenaan perkara berbangkit berkenaan Rabu ini dengan baginda.
Kerajaan PR Selangor telah menerima tekanan daripada pemimpin BN kerana dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda dalam sambutan ambang Kemerdekaan di Shah Alam pada malam Khamis lalu.

01 August, 2012

Terkini : Gambar @rafiziramli dan Johari bergari, RM15 ribu ikat jamin, oh Malaysia tanah airku..


Wednesday, August 01, 2012


Rafizi Ramli dan Johari Mohamad dibenarkan ikat jamin RM15ribu seorang. Perbicaraan ditetapkan pada 10 September 2012 tetapi tetap di gari walaupun di bantah oleh barisan Peguam!!

Masa Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di hadapkan ke Mahkamah ada tak dia kena gari?

Masa bekas MB Selangor, Khir Toyo di hadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan Rasuah, ada tak korang tengok dia di gari?

Hancur2, Hancur BN, Hidup2, Hidup Rakyat!

Sumbangan dana utk bantu kos ikat jamin dan guaman Rafizi Ramli dan Johari Mohamad boleh dibuat menerusi akaun ini:

Oversight & Whistleblower Sdn Bhd

MAYBANK 562441603039

Gambar sumbangan nenek brutal..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

31 July, 2012

SEORANG LAGI YB BN KELUAR PARTI?





MELUAN 25 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.

Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. “Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.

“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post.

Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.

“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.

Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003.

DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.

26 July, 2012

Mamak Kencing Melayu.. Kah.. Kah.. Kah...!!!!



>> THURSDAY, JULY 26, 2012

Sebelum lu orang baca apa yang gua quote dibawah tu... lu orang wajib ketawa ikut cara orang jahat atau orang2 kaya ketawa... kah... kah... kah... sebutannya satu persatu... kah... kah... kah.... ha... ha... ha... sambil guling2 beb... hahahaha...
Tanah milik 31 penduduk kampung berkenaan dipindah milik kepada Maison Heightspada 31 Januari lalu dengan jumlah harga RM8.6 juta untuk kemudian dijual kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pada 16 Mei dengan harga RM13.5 juta.

Saya percaya apabila Kay Pride atau syarikat lain yang bakal memajukan tanah tersebut dengan sama ada kondo mewah atau pembinaan hartanah lain, maka akan adalah NGO yang menyokong parti politik tertentu membuat bising dengan alasan mempertahankan kepentingan Melayu, dan yang akan dipersalahkan ialah pentadbiran negeri Pulau Pinang atau "kerajaan DAP". Wal hal, yang menjadi 'broker' dan meraih keuntungan atas angin sebanyak RM5 juta adalah pemimpin UMNO.

UMNO atau mana-mana NGO "Melayu" Pulau Pinang tidak boleh mempersalahkan orang lain jika pemimpin mereka sendiri yang terlibat dalam penjualan tanah milik Melayu. Usahlah bersandiwara jalanan kerana rakyat tidak buta dan tuli untuk melihat dan mendengar apa yang berlaku.

Oh ya, jika ingin melihat 'perjuangan' pemimpin Melayu Pulau Pinang khususnya UMNO, lihat saja kediaman dan kereta mewah milik mereka. Baru-baru ini, ada seorang daripada mereka yang membeli sebuah kondo mewah di Persiaran Gurney (Paragon Gurney) bernilai lebih RM1 juta. Hebatkan pemimpin Melayu Pulau Pinang! 

Kita ingin membaca laporan Utusan Melayu mengenai perkara ini. Atau mungkin pengarangnya dah dapat arahan (perintah) untuk tidak menyiarkannya kerana ia tidak memberi 'kelebihan dan keuntungan' kepada UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan selepas umat Islam berhari raya. Mungkin itu agaknya.

Selanjutnya lu orang sambung baca di Blog APA.
Kah.. kah... kah... ini part gua memang suka, kerana ianya melibatkan melayu2 bangang, melayu2 tolol lagi bahalol yang ada dalam parti United Mamak Naina Organisations aka United Munafik Nana Organisations... hahahaha....!!!!

Selama ini gua selalu perkatakan melayu2 umporno pulau pinang telah menjadi lembu mamak2 pulau pinang hahahaha... padan muka lu orang semua, angkat lagi mamak jadi pemimpin. Dah tau perangai mamak bangsat tu sejak dulu, kini dan selamanya macam haramjadah lagi mau percaya kaaaa...????

Percaya sangat dengan lakonan Mamak Keling Paria Pulau Pinang... kannnn... dah kena kencing wa cakap luuuu....!!!!!

Inilah muka Paria Pulau Pinang wa cakap luuuu... bangsa haramjadah yang perbodohkan orang melayu Pulau Pinang. Kepada melayu umporno Pulau Pinang lu orang pi katok mamak tutimak ni bagi mampus dahulu sebelum menyerang Kerajaan Pulau Pinang beb...!!!!

Errr.... keluarga Lembu Mamak yang songlap duit Projek Lembu Keraaaaajaan RM250 juta... apa macam... apa cerita... takan dah kenyang mengtekedhaghah duit Lembu kot.... pihak berkuasa jangan dok senyap jer... atau buat2 lupa dengan keluarga nih... suruh Lembu2 tu pulangkan RM250 juta duit rakyat beb... satu sen pun jangan terkurang tau...!!!!

Depa kata..Peluang BN menang PRU-13 cerah.. tapi kenapa Najib masih takut nak bubar Parlimen?

Posted: Thu, 26 Jul 2012 03:35:00 +0000

Kajian atau Survey yang mengatakan Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 ini dilakukan oleh Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

''Secara keseluruhannya, sebanyak 69.6 peratus responden menyatakan BN akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan 37.5 peratus yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga dan 32.1 peratus berpandangan BN mendapat majoriti mudah.

"Secara purata 87.4 peratus daripada rakyat yang dikategorikan dalam kumpulan umur layak mengundi menyokong Najib dan Perdana Menteri juga mendapat sokongan daripada 75 peratus kaum Melayu, 69.6 peratus kaum Cina, 71 peratus kaum India, 85.5 peratus kaum Iban dan 84 peratus kaum bumiputera di Sarawak kata Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Fuad Mohd.

Bagi aku ini hanya merupakan satu survey yang dijalankan oleh seekor lembu yang dicucuk hidung dan dipegang talinya oleh Tuannya..

Ya lah.. kalau dah cari makan dengan Kerajaan.. mana berani nak keluarkan kenyataan kurang baik tentang kerajaan..

Jangan kata kenyataan kurang baik.. gagal mengerahkan orang ramai ke majlis Najib pun boleh dapat notis tukar 24 jam.. tak percaya baca di ( SINI )

Tentang peratusan yang didakwa tinggi menyokong Najib tu.. kita anggap betullah tu.. kalau tak betul masakan semasa Najib berucap hadirin yang diupah untuk hadir akan berpusu-pusu keluar Stadium.. lihat di (SINI )

Kalau korang tengok betul-betul siapa yang mengeluarkan kenyataan untuk menggembirakan Najib ni.. semuanya cari makan dengan Kerajaan.. jadi mana berani nak melawan...

Peluang cerah BN menang PRU-13

KUALA LUMPUR 25 Julai - Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk menawan semula Selangor dan Kedah yang dikuasai pembangkang.

Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Fuad Mohd. Jali berkata, kesimpulan itu dibuat menerusi hasil kajian terhadap 1,400 responden di sekitar Kedah dan Selangor pada Mac dan April lalu.

Menurut beliau, pengundi di Selangor lebih memihak kepada BN manakala sokongan pengundi di Kedah terbahagi sama rata antara BN dan pembangkang.

''Secara keseluruhannya, sebanyak 69.6 peratus responden menyatakan BN akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan 37.5 peratus yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga dan 32.1 peratus berpandangan BN mendapat majoriti mudah.

''Di peringkat Parlimen pula, 57 peratus responden menyatakan akan memilih BN dan 54.1 peratus responden memilih BN di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajiannya dalam sesi bertajuk 'Prestasi dan Potensi BN di Empat Negeri: Siapa Jadi Pilihan?' pada Perbincangan Meja Bulat bertema 'PRU13: Malaysia Pilih Siapa?' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara di sini hari ini.

Selain Fuad, ahli-ahli panel sesi tersebut ialah bekas Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Aidid dan Pengarah Koridor Utara UUM, Prof. Madya Dr. Rohana Yusof manakala Ketua Pengarang Berita The Star, T. Selvakumar bertindak sebagai moderator.

Selain itu, tambah Fuad, kajian sama mendapati 76 peratus rakyat berpandangan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih baik berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata beliau, secara purata 87.4 peratus daripada rakyat yang dikategorikan dalam kumpulan umur layak mengundi menyokong Najib dan Perdana Menteri juga mendapat sokongan daripada 75 peratus kaum Melayu, 69.6 peratus kaum Cina, 71 peratus kaum India, 85.5 peratus kaum Iban dan 84 peratus kaum bumiputera di Sarawak.

''Keyakinan yang tinggi terhadap kepimpinan Najib yang menerajui BN adalah berpunca daripada pelbagai transformasi bersifat populis dan praktikal yang berupaya menarik sokongan semua golongan.

''Antaranya pendekatan yang digunakan ialah media sosial seperti Facebook dan Twitter, konsep 1Malaysia, transformasi politik, petunjuk prestasi utama (KPI), Model Baru Ekonomi (MBE), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Rumah Pertamaku dan program pembangunan luar bandar," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kata Fuad, kajian sama menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencatatkan prestasi tercorot dalam kalangan tokoh kepimpinan negeri.

Sementara itu, Rohana ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Perbandingan Prestasi dan Potensi BN Vs Pas di Negeri Kedah' memberitahu, kira-kira 54 peratus rakyat Kedah menolak kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pas.

''Ini dapat ditafsirkan menerusi pandangan mereka yang menyatakan kegagalan kerajaan Pas Kedah menunaikan janji-janji yang dibuat pada PIlihan Raya Umum Ke-12. Mereka juga berpandangan Pas kecundang dengan konsep negara berkebajikan yang dijajanya," ujarnya.

Jelas beliau, kajian tersebut turut mendapati UMNO dan BN mempunyai kelebihan untuk merampas Kedah dari tangan Pas dan sekiranya senario itu berlaku, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menjadi pilihan rakyat sebagai Menteri Besar. - Lidah Rasmi UMNO

Persoalannya disini ialah kalau survey oleh pihak UKM itu menunjukkan Najib akan kekal berkuasa selepas PRU13.. kenapa agaknya Najib masih takut untuk bubar Parlimen?

Tapi... orang-orang macam ni.. maksud aku yang menyampaikan hanya yang indah-indah kepada pihak atasan mereka bukan saja ada dalam UMNO/BN... dalam Pakatan Rakyat pun ramai... sebabnya takut kepentingan tergugat.. bila tergugat tak bolehlah nak cari makan....

Umno Kedah `Ghelai'


'Ghelai' adalah istilah orang Kedah yang bermaksud terungkai, hancur atau berpecah. Itulah gambaran UMNO Kedah sekarang. Dailog-dailog kat bawah ni SS kutip dari sebuah blog UMNO pro Mukhriz. Yang komen tu ialah orang UMNO tulen.. 
 
tarak superimpose punya. Anda nilailah sendiri nooo. Lepas tu anda pakat azam tak maulah nak sokong parti beserabut @ ghosot macam UMNO ni. Lingkop negeri mokalau bagi depa perintah.


Tanpa Nama berkata... Adakah Pokok Sena merupakan salah satu Bahagian yang terlalu banyak masalah?

Tanpa Nama berkata... Yg dah konpom Padang Serai.Bukan UMNO saja BN pun teruk.Banyak nahoda.

Pengundi Kupang berkata... BALING PUNYA UMNO PUN KALUT. LAGI SERABUT.

Nayan berkata... Aku ingat Sik pun ada masalah. UMNO dah tak wujud. Yang wujud hanya Ketua Bahagian.

Tanpa Nama berkata... Punca paling besaq UMNO berpecah belah satu ja, dalam UMNO terlalu ramai mat terap non graduate pencen dan cikgu non graduate pencen. Depa ni la duri dalam daging paling besaq, majlis umno haram tak penah mai dan tak penah sokong tapi kalau Mokhzani, Mukhriz dan Mahathir mai, depa la yang paling kalut dok jengoi muka kat belakang. Memang haram jadah betoi mat terap dan cikgu pencen ni,gunting dalam lipatan.

1 Melayu berkata... Bahagian Sungai Petani Hancur Lebur,semua nak jadi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat,12 orang AJK mencalonkan nama masing masing untuk menjadi Ahli Parlimen dan ADUN.

1 Melayu berkata... Bahagian Merbok nampak tenang tapi kocakan dibawah tunggu hari bom jangka nak meletup,Ketua Bahagian nak semua untuk dia,AJK Bahagian semua half past six,hidup segan mati tak mahu tapi sebut saja nak jadi wakil rakyat,melenting semua bangun dari tidur,semua kata aku layak !

Sri Keledang. berkata... Di Baling sentimen mahu anak watan jati tempatan untuk calon BN cukup panas. Baling untuk Baling.Tak perlu kolonial ala baru.

Seniman Bukit Perak berkata... Mat Sabu sudah hampir pasti akan bertanding di Palrimen Pendang.Siapa tokoh BN yg layak untuk tumbangkan Timabalan Presiden PAS itu. Rozai/Suraya/Osman Bedul/Din Tahir.

Tanpa Nama berkata... Jangan dok mengarut la 1Melayu woii, orang lain semua half past six, kalau hang berani, teloq masih dok ada, mai la bertanding bahagian merbok...Setakat dok melalak kat belakang, dok berlakon depan mokhzani, mukhriz boleh la...mukhriz pun tau hang tara mana... bertanding ajk masjid/surau pun hang tak pernah menang... memang orang tak suka hang, tak payah la hang dok tunjuk samseng taik kucing...memang patut hang dok luaq umno pun... hidup bagaikan bangkai...

Tanpa Nama berkata... Biaq pi la ketua bahagian merbok nak kat dia, kalau hang rasa tak puas hati, hang ja la bertanding ketua bahagian merbok, kami nak tengok hang setara mana... Hang pi kencing umno bahagian-bahagian lain boleh la...kat merbok semua orang kenai hang... hang ni bodoh saja, jenis parasit... selama hang dok dalam umno cuba hang bagitau kami, apa jasa hang kat umno? hang ni kira nak bagi ahli umno pecah belah saja... budak sehari dua dok dalam umno boleh la hang kencing meleleh, kami ni dok dalam umno dulu lagi dari abg hang masuk umno, kami kenai hang luaq dalam... jenis tak kenang dek untung...

Anak Tg. Dawai. berkata... Tanpa Nama Ahad ,Julai 22,2012 12:49:00 AM.Tahniah diatas komen ada yang bernas dan cukup berani,sekurang kurangnya anda berani memaki hamun sesiapa saja yang bertentangan pendapat dengan anda,kalaulah sifat berani ini diterjemahkan dengan menyerang blog blog pembangkang seperti Kedah La, Milo suam,Tukar tiub,Bakaq penarik beca,Malaysia Kini,Malaysian Insider,Free Malaysia,Malaysia Today,Harakah ,Suara Keadilan,Suaram dan Roket,UMNO dan BN pasti menang dengan besarnya dalam PRU 13 nanti dan ianya dikuburkan oleh pejuang pejuang siber yang berani macam tanpa nama.

Malangnya adakah anda bercakap benar atau anda mahu mempertahankan orang orang tertentu,mahukah anda lihat pendedahan sebenar yang melibatkan AJK Bahagian dibongkar didalam media alternatif.Jika anda sanggup ,terdapat ramai orang yang tahu secara detail percakaran yang sedang berlaku antara Ketua Bahagian dengan Ketua Penerangan,Ketua Wanita ,Ketua Puteri,Timb Ketua Bahagian yang gambarnya bersama......di M....telah didedahkan ahli Merbok sendiri,pertelingkahan Ketua Caw dengan Su Bahagian @ Penyelaras DUN Tanjung Dawai dan banyak lagi bukti lengkap dengan gambar ! Berani kerana Benar.

Tanpa Nama berkata... Tu la hang, tak pernah menang jawatan bertanding di peringkat bahagian jadi lagu ni la. Pada pendapat hang, apabila ada perbezaan pendapat di sesuatu bahagian kira depa tu bergaduh la padahal perkara tu semua proses biasa dalam demokrasi. Bukan mcm hang, semua orang hang nak ikut cakap hang. Masalahnya, hang tu sapa? Kalau hang nak taksub kat individu tertentu dalam umno saja, lebih baik hang jangan masuk campuq dalam hal parti umno. Hang pi cari makan kot luaq cukup. Awat hang ingat kalau hang takdak dalam umno,umno akan jadi lemah? Jangan dok perasan la. Hang ni memang haram jadah. Bantu umno bukan dengan cara serang blog pembangkang saja,kalau kita dok dalam umno buat perangai elok2 bagi rakyat suka dah cukup membantu umno...Jangan dok jadi bodoh la woi

Buaian Petang berkata... Padang Serai ada 6 Jahanam.Mereka menjadi perosak dan kehancuran dalam UMNO. Kerana merekalah UMNO Padang Serai terus dilanda kerosakan.

Semoga pucuk pimpinan dapat pilih tokoh yg lebih baik dari agamanya,akhlaknya,kelikhlasannya,budi bahasanya,amanahnya,kesederhanaannya.Rekod yg bersih.

Anak Merbok berkata... Tanpa nama,hujah anda memang cukup hebat,kehebatan hujah beginilah yang akan menyebabkan UMNO dibenci oleh Rakyat dan rakyat akan menghukum UMNO dek kerana perangai ahli UMNO yang sombong lagi angkuh seperti Tanpa Nama.Sedarlah sikit Tanpa nama,ahli UMNO dalam Merbok hanya 19 ribu saja,jumlah pengundi hampir 70 ribu,UMNO tidak akan menang tanpa pengundi atas pagar dan bukan ahli UMNO mengundi UMNO .Jangan terlalu sombong ,angkuh dan terlalu yakin yang rakyat akan mengundi UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.Sepatutnya Tanpa nama kena terima kasih diatas teguran dan pandangan dan cuba menjadi seorang pemimpin dan ahli UMNO yang rendah diri serta sanggup menerima kritikan dan berani berubah.Kalau begini sikap Tanpa nama amat malang bagi UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada bangsa Melayu dimusanhkan oleh Pemimpin UMNO seperti Tanpa Nama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...