Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

29 November, 2013

Bekas suami nafi dakwaan rogol Nor Fazira Saad


rogolKULIM - Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.
“Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.
Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.
“Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim).
“Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,” kata Mohd Fahmi.
Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.
Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.
“Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.
“Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara,” kata Mohd Fahmi.
Ibu Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan.
“Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat,” katanya.
Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan.
Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja.
Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.
“Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu,” kata Mohd Fahmi, menurut sumber mStar.


Read more: http://berita-harian.net/berita/bekas-suami-nafi-dakwaan-rogol-nor-fazira-saad/#ixzz2m1QaSrQJ

Foto bogel bidan klinik disebar bekas kekasih


Foto bogel bidan Klinik Daerah Bangko Merangin, Jambi, tersebar luas di laman sosial Facebook.
Sejak foto bogelnya tersebar, bidan tersebut terus menghilangkan diri. Dikutip dari Liputan6 (21/11), foto-foto bogel PNS di RSUD Merangin Jambi ini muatnaik dari Facebook dengan menggunakan nama orang lain, dan ada 4 foto bogel bidan tersebut.
Ketua Polis Daerah Jambi, Almansyah telah mengarahkan anggotanya untuk mengambil keterangan dari bidan tersebut. Beliau kemudian menafikan memuatnaik foto-foto tersebut ke Internet walaupun sering mengambil gambar aksi ghairah untuk kekasihnya yang berada di Palembang.
Hubungan mereka kini putus dan pihak polis mengesyaki bekas kekasihnya itu adalah pelaku dalam kes ini.
Bekas kekasihnya itu kini diburu polis dan berhadapan dengan hukuman lima tahun penjara – Blog Pilihan-anda.blogspot.com

Naemah Tayang Aset Buah Dada Di Majalah Mangga


buah-1
Siapa kenal pelakon ini ya?  Naemah nama dia. Gambar ini di ambil dari mangga online. Agak terkejut sedikit sebab kiranya seksi jugalah Naemah ni.
Siapa siapa kenal Naemah ni, kongsikan di sini , tak dapat cari info mengenainya dan jarang tengok drama-drama melayu.
Kalau ikut rupa paras biasa jela KAN.. Taktahulah korang sume macam mana. Tapi aset yang penting tu ditunjukkan baru dapat market sikit.
(Bagi yang pertama kali… Selain berita ini…kami menyajikan banyak lagi berita hangat dan menarik … layari bahagian utama dan terkini kami…anda pasti enjoy)
Hah! mungkin Naemah tak perasan kot, dan over excited masa photoshoot nih. Tapi bagi aku, aku rasa menyampah pun ada gak kadang-kadang. Yelah! bakat tak lah seberapa, tapi masa pose-pose depan camera kemain lagi ye – Mynewshub.my


Read more: http://berita-harian.net/hiburan/naemah-tayang-aset-buah-dada-di-majalah-mangga/#ixzz2m1P0iQZ8

Saya kahwin Kan Dia Kerana Dia Telah Di Perkosa


KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”
Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.
Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.
Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.
Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.
Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.
Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.
Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.
Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.
Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.
Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.
P/s: Nampaknya pendedahan awal kami ada kesahihannya….


Read more: http://berita-harian.net/berita/pengantin-muda-saya-kahwinkan-dia-kerana-dia-telah-diperkosa/#ixzz2m1O5XBjB

Johan & Lana

Johan As’ari dan Lana Nordin
SETELAH beberapa waktu namanya dikaitkan bercinta dengan penyanyi popular, Shila Amzah, akhirnya pelakon, Johan As’ari dikhabarkan sudah melamar pelakon seksi, Lana Nordin untuk menjadi suri hidupnya.

Berita itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem atau drama.

Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa.

Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu.

Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri.

“Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya.

“Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” katanya.

Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin.

Pelakon filem Paku itu juga akui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan memimpin keluarga.

“Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjaid insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan.

“Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa,” katanya yang enggan berkongsi tarikh pernikahan.

Sejak bercinta, Johan memberitahu bahawa Lana sudah mengelak memakai skirt pendek.

“Saya nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya minta dia bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius,” katanya.

Ketika nama Shila Amzah dibangkitkan, Johan berkata sudah menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik.

Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya – Sinar Harian


Read more: http://berita-harian.net/hiburan/akhirnya-johan-asari-pilih-lana-nordin/#ixzz2m1NHrG2X
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...