Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

06 September, 2012

Wanita’ Akui Seks Dengan Lebih 1,000 Lelaki



United Kingdom – Crystal Warren, 42, mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan kepada media bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan lebih 1,000 orang lelaki akibat ketagihan seks yang tidak dapat dibendung.
Bagaimanapun, dia mempunyai kejutan lebih besar apabila memberitahu bahawa dia juga pada asalnya adalah seorang lelaki!
Crystal yang dilahirkan sebagai Christopher Snowden berjantina lelaki sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan transgender (menukar jantina) untuk menjadi seorang wanita “sejati”, sekaligus bertukar menggunakan nama baru yang lebih feminin.
Begitupun, dia agak risau dengan pendedahan tersebut kerana bimbang akan menimbulkan kemarahan di kalangan lebih 1,000 lelaki yang pernah menidurinya sebelum ini.
“Saya takut sekiranya ramai lelaki yang akan marah bila membaca kenyataan ini, tapi saya perlu beritahu tentang perkara sebenar.
“Ramai yang fikir bahawa saya berbohong kepada mereka-mereka yang pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tapi saya tak fikir begitu kerana kini saya adalah seorang wanita dan tidak berkaitan dengan sejarah saya.
“Saya tak mahu mana-mana lelaki yang pernah bersama saya menafikan kemampuan seks mereka kerana pendedahan ini, mereka tak tahu pun mereka sebenarnya tidur dengan orang macam saya,” katanya yang dipetik dari The Sun.
Menurut Crystal, dia mula mengadakan hubungan seks dengan lelaki sejak berumur 18 tahun, namun ia tidak mendatangkan kepuasan seksual padanya ekoran perasaannya yang seolah-olah ‘terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki’.
Justeru itu, dia telah mula mengambil hormon dan menjalani pembedahan lazer pada tahun 2002 untuk membuang bulu badan dan membesarkan buah dada ke saiz 38.
Kemudian, dia telah menjalani beberapa sesi kaunseling sebelum melakukan pembedahan menukar jantina pada tahun 2005 dan diberikan Sijil Pengiktiran Gender yang memberikan kuasa padanya untuk menukar maklumat surat beranak berkaitan nama baru serta jantina.
Walaupun mengaku ketagihan seks, Crystal menolak cadangan untuk menjadikan aktiviti seksnya sebagai sebuah perniagaan pelacuran dan lebih selesa untuk bebas memilih pasangannya untuk melakukan hubungan seks.
Penulis terfikir, apakah seorang lagi “Crystal Warren” akan muncul sekiranya kerajaan negara ini membiar dan mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi menuntut ‘hak’ mereka di mahkamah.
Wajarkah lagikah LGBT dibenarkan dan diberikan hak di negara ini seperti “Christopher Snowden” ini? – Mynewshub.my

Sunway Mentari – Free Sex Lepas 9 Kali Basuh Kereta



Kalau bercakap pasal masalah rumuh urut di Selangor, penyokong pembangkang akan marah kata itu propaganda sahaja dan negeri-negeri di bawah BN pun ada masalah yang sama.
Benarkah?
Kalau ada pun, rasanya memang sukar untuk mengatasi masalah atau kanser yang sedang menular di Selangor. Selangor sudah terlalu tenat sebenarnya dalam isu rumah urut ini.
Berkata tidak atau hidup dalam penafian tidak akan menyelesaikan masalah di negeri berkenaan.
Di Sunway Mentari umpamanya, kita boleh berkata, sebuah rumah urut (atau rumah pelacuran) dan sebuah kedai mencuci kereta di sana telah memberikan erti baru kepada‘Program Kesetiaan Pelanggan”.
Caranya begini…jika seorang pelanggan membasuh kereta sebanyak 9 kali, dia layak mendapat seks percuma di rumah urut berkenaan untuk cucian pada kali yang ke-10.
Wow….hebat….sebijik macam klip video Special Offer….tukar tapak kasut…free massage bersama Chantell…beli baju bundle…free massage bersama Olga….beli kueyteow….free massage bersama Syakiraaaaa…
Itu dalam klip…di Sunway Menteri…betul-betul berlaku!
Persahabatan dan kerjasama antara rumah urut berkenaan dengan kedai cuci kereta itu telah berlangsung selama 3 bulan.
Kes itu diketahui melalui serbuan yang dilakukan pukul 9 malam, Isnin lalu oleh Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai ASP Emmi Shah Fadhi.
Tidak berapa lama selepas penahanan dilakukan, polis menjumpai beberapa kad kesetiaan pelanggan milik sebuah kedai mencuci kereta.
“Untuk mendapatkan ‘extra offer’ itu, pelanggan perlu menghantar kereta mereka untuk dibasuh sebanyak 9 kali dalam tempoh masa tertentu, untuk cucian kali ke-10 akan melayakan pelanggan itu mendapatkan khidmat seks percuma,” kata Emmi seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Malay Mail.
Kalau tidak mahu menghantar kereta dan hanya berminat untuk seks, maka perlu membayar antara RM130 hingga RM180.
Dalam serbuan itu, seramai sembilan pelacur dan pegawai khidmat pelanggan warga Vietnam antara umur 18 hingga 28 tahun ditahan.
Polis Selangor sudah melakukan 4,220 serbuah antara Januari hingga Ogos tahun ini di mana seramai 2,394 wanita yang terbabit dalam aktiviti maksiat dan pelacuran ditahan.
Daripada jumlah itu, 214 merupakan waniat warga tempatan manakala 2,090 warga asing.
Selepas habis membaca berita ini, jangan lupa menonton klip video Special Offer…dan tengok…sama tak dengan Sunway Mentari punya kes…?

05 September, 2012

Cara Seorang Lelaki Memulakan Zina Terhadap Seorang Perempuan


1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?
6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u… ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni… .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?… syg x caye kat abg eh.. huhu..
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…
20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa…..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!…
27.(terputus hubungan)
*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..
*dan kejadian terus berulang..

Artis wanita hisap ganja & berparti lucah (13 gambar)







Video Ini Hanya 2 Saat Tapi Ditonton 21.5 Juta Kali


 Video Ini Hanya 2 Saat - Tapi Ditonton 21.5 Juta Kali!

Penulis tidak kenal siapa wanita dalam klip ini dan mengapa ia ditonton sebanyak 21.5 juta kali 
sejak ia dimuat naik pada tahun 2007.
Yang ada hanyalah nama pada tajuk klip yakni Michelle Hunziker.
Michelle Hunziker adalah pelakon dan penyanyi keturunan Itali yang lahir di Switzerland.

Jadi…apa yang menyebabkan klip yang sebenar kurang dua saat itu begitu popular?
Apakah kerana ia menampakkan sebahagian buah dada artis Eropah berkenaan?
Atau ada sebab lain…
Pelik juga kan…


Read more: http://ceritekiter.blogspot.com/2012/09/video-ini-hanya-2-saat-tapi-ditonton.html#ixzz25ZPSAVSe

Kisah Benar ! “Kenapa Awak Tak Rogol Saya “


Hiasan
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan.
Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
Renungan
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam, InsyaAllah.
Wallahu’alam….
Oleh: Zakri Ali Rangkuti


Read more: http://ceritekiter.blogspot.com/2012/09/kisah-benar-kenapa-awak-tak-rogol-saya.html#ixzz25ZP6F8Gl

04 September, 2012

Shila Amzah perjelas isu persenda hijab


31 Ogos – Selepas dicemuh kerana dikatakan mempersendakan hijab berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya, penyanyi dan pelakon, Shila Amzah tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.
"Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen tv dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, walaupun dirinya ditimpa pelbagai kontroversi, dia tetap menjaga karier nyanyiannya, dan baru-baru ini dia telah mengambil keputusan untuk mengaktifkan kembali akaun Twitternya selepas menutup laman sosialnya sejak seminggu lalu.
"Banyak respon saya terima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat pula. Ada yang suka dan ada juga tidak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter saya," kata pelantun "Patah Seribu".
Dalam perkembangan lain, Shila bakal menyertai pertandingan Asian Wave di kota Shanghai pada 18 September nanti.
"Pada 31 Ogos (hari ini) ini saya akan berangkat ke sana selama seminggu. Jika saya berjaya melepasi peringkat saringan, saya akan berentap sekali lagi pada 18 September nanti.
"Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...