Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

25 May, 2011

May 25, 2011 - Lisa & Yusri Dating Tiap2 Hari .

Panas cuaca hari ni, panas lagi hatiku dengan cerita ni..Hua3..Ce baca!Ce baca!:-p
ADA makna bergulung-gulung di sebalik senyuman yang dilemparkan oleh seorang daripada tiga beradik jutawan, sejurus diajukan pertanyaan berhubung kisah peribadinya.
Apatah lagi, pemilik nama Yusry Abdul Halim mudah dicemburui banyak lelaki kerana sering terkait dengan lirikan dan lenggok selebriti jelita seperti Maya Karin, Julia Ziegler, Tiz Zaqyah dan Kilafairy.
Air mukanya juga seolah-olah sedang bersedia dengan jawapan yang tersusun rapi. Jawapan itu pastinya mampu disenangi hati insan yang sedang hangat bertakhta di hatinya.
Terbaru, duda popular itu kononnya sedang dilamun asmara dengan aktres berbakat, Lisa Surihani. Kemesraan mereka sukar ditepis apabila ramai yang mendakwa, pasangan itu sedang menuju ke titik serius dalam perhubungan.
“Memang saya sedang kenal dan rapat dengan Lisa. Saya boleh katakan, kami dalam proses untuk lebih mengenali hati budi masing-masing. Boleh dikatakan, hampir setiap hari kami keluar bersama untuk menonton wayang, makan atau lepak berjam-jam,” akuinya yang tidak lekang mengorak senyuman.
Jujur ingin berkongsi tentang hubungan itu, Yusry menjelaskan, dia selesa mendekati Lisa memandangkan wanita muda bijak menyesuaikan diri dan tidak kekok dengan personaliti dirinya.
“Walaupun jarak usia agak jauh iaitu 12 tahun, Lisa boleh diajak bersembang dalam apa sahaja topik. Dia sebenarnya seorang yang matang, sopan dan seronok didampingi,” puji Yusri melambung tinggi.
Tidak menafikan sering berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS), anak kedua daripada empat beradik itu berterus-terang, keakraban mereka sudah pun diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
“Kalau tak lepak di luar, saya akan berkunjung ke rumah keluarga Lisa,” ujarnya tanpa berselindung.
Jika benar ada putik kasih sedang subur di hati Yusry dan Lisa, ada harapan, kesendirian Yusry tanpa suri sedang berganti bulan terang dipagar bintang.

May 25, 2011 - Nera (AF9) Berbikini !!!!!!

Salah satu gambar Nera yang tersebar di Internet.
“Terkejut juga apabila gambar-gambar itu tersebar. Apa-apa pun, maafkan saya jika ada yang berkecil hati kerana gambar itu,” katanya.
Sebelum tersingkir dalam AF9, beberapa gambar Nera berpakaian bikini tersebar di Internet dan ia menjadi perbualan hangat di beberapa laman blog.
Sementara itu, Nera turut mencetuskan gosip apabila dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24.
Bagaimanapun dia mengakui bahawa terdapat bibit-bibit cinta yang berlaku di antaranya dengan pelajar tersebut dan Azri telah pun meluahkan perasaan terhadap kepadanya.

May 25, 2011 - Siti Saleha Bimbang Berat Badan !!!!


KECANTIKAN luaran bukan menjadi perkara penting dalam hidup pelakon Siti Saleha Mohd Baharum, 21.
Sehubungan itu dia tidak terlalu obses untuk sentiasa kelihatan cantik seperti sesetengah wanita.
Bagi Saleha, kecantikan luaran perlu selari dengan kecantikan dalaman. Jika mempunyai pemikiran yang bijak, sudah tentu menjadi bonus yang membantu menyerlahkan kecantikan seseorang itu.
Nasihatnya, seseorang itu hanya perlu menjadi diri sendiri dan daripada situ juga ia mampu menonjolkan kecantikan sebenar.
Jika ditanya siapakah antara nama wanita cantik yang terlintas di benak fikirannya, pelakon drama Ustaz Amirul ini memilih pelakon Vanidah Imran, Nicole Kidman dan Christina Aguilera.
Namun wajah gadis ini juga tidak kurang jelita di tambah pula dengan darah kacukan Melayu, Belanda dan Inggeris yang mengalir dalam dirinya.
Senyum bantu awet muda
Kita biasa mendengar banyak petua orang-orang lama termasuk senyuman mampu membantu menjadikan seseorang itu kelihatan muda.
Malah Saleha turut bersetuju dengan pendapat tersebut kerana menurutnya, senyuman dipercayai boleh menyerlahkan personaliti seseorang.
Cerita Saleha, setiap kali selepas bangun tidur dia tidak akan lepas melakukan rutin wajib iaitu mencuci muka dengan air paip.
Namun begitu, adik kepada vokalis Sam Bunkface ini amat menitik beratkan penjagaan rambut, muka dan badan kerana mengakui dirinya seorang yang feminin.
"Sekali dalam seminggu, saya akan melakukan rawatan kecantikan di Clarins manakala sebulan sekali saya akan menjalani rawatan rambut.
"Dari segi pemakanan, saya selalu mengawal makanan seperti makan nasi sekali seminggu sahaja. Saya perlu mengamalkan diet seimbang kerana berat badan saya cepat naik.
"Apabila saya merasakan badan sudah berisi, saya akan cepat-cepat berhenti makan nasi dan banyak melakukan senaman seperti berenang dan pergi ke gimnasium. Lagipun saya tak mahu nampak 'tembam' di skrin televisyen. Saya bimbang dengan berat badan.
"Saya cepat sensitif apabila orang lain mengatakan saya nampak gemuk. Mungkin disebabkan ibu saya orang Inggeris yang mempunyai saiz badan yang besar. Tetapi saya tidak menyalahkan genetik.
"Jadi, untuk menggantikan makanan berat, saya akan banyak mengamalkan makan buah-buahan, salad dan yogurt," cerita Saleha kepada OopStarz!.
Manfaatkan masa lapang
Ditanya tentang jenama produk, Saleha akui kadangkala dia gemarkan produk yang mahal dan kadangkala sebaliknya. Bagaimanapun, dia lebih mementingkan kandungan sesuatu produk itu.
"Setakat ini, saya gemar produk kecantikan jenama Clarins dan Shu Uemura. Tetapi jika pakaian, saya tidak terlalu kisah jenamanya," ujarnya.
Menyentuh tentang aktivitinya di masa lapang, pelajar Kolej Inti, Subang Jaya dalam bidang Diploma Komunikasi Massa ini pandai memanfaatkan masanya dengan hobi berfaedah.
"Saya gemar sejarah, jadi saya suka menonton dokumentari di Youtube termasuk video kerja amal di India.
"Saya seorang yang suka berfikir, jadi saya turut menggunakan laman pencarian Google untuk mengetahui tentang apa yang berlaku di dunia luar seperti negara Korea Utara," ujarnya yang turut mempunyai bakat memasak.Memandangkan usianya semakin meningkat dewasa, Saleha sudah mula merajinkan diri ke dapur dan menyukai aktiviti barunya itu.
"Dulu saya jarang memasak kerana bapa saya selalu memasak untuk anak-anaknya dan tidak suka kami menolongnya di dapur.
"Tapi sekarang, saya tolong juga walaupun dia melarang dan suka memasak spageti dan ayam panggang," ceritanya penuh mesra.
Mengenai cara mengawal stres, pelakon drama Kasih Yang Suci ini mengambil langkah mudah iaitu tidur bagi mengurangkan stres disebabkan masanya terpaksa dibahagikan antara kerja dan pelajaran.

May 25, 2011 - Pra Syarat untuk Jadi Artis ???? KONTROVERSI

Mungkin ini lah syarat untuk jadi artis kat Malaysia ni ......

May 25, 2011 - AYU BELUM HAMIL !!!!!!




AGAKNYA itulah yang dikatakan rezeki orang berumah tangga. Sebaik habis cuti perkahwinan dua minggu Ayu Raudhah tidak goyang kaki di rumah.
Dalam tempoh hampir tiga bulan selepas menjadi suri pemain bola sepak skuad kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, sudah empat produksi drama Ayu selesaikan. Dua daripada produksi itu daripada naskhah drama bersiri dan dua lagi adalah telemovie.
"Syukur sangat. Saya cuma sempat cuti dua minggu selepas kahwin, setelah itu banyak masa dihabiskan di lokasi," katanya.
Dalam rasa bercampur bahagia, dia dan Zaquan masing-masing masih bertukar-tukar kediaman, sekejap di rumah lama Ayu di Subang, Selangor dan sekejap di Seremban. Pasangan tersebut berkahwin pada 21 Januari lalu.
"Kadang-kadang rasa macam masih di alam berkasih-kasihan. Saya sibuk dengan jadual penggambaran. Bila ada waktu cuti sehari atau dua hari, kami akan jumpa.
"Kemudian apabila Zaquan ada latihan, pagi-lagi lagi dia akan bergerak balik ke Seremban, saya pula ke lokasi penggambaran.
"Macam baru-baru ini, saya sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Mata Ayer di Perlis, jadi masa bersama sangat terhad," katanya yang bertukar ke lokasi penggambaran telemovie, Kemilau Di Hati Nadirah di Pulau Pinang pada Isnin lalu.
Mujurlah kata Ayu, sepanjang seminggu berada di Pulau Pinang, Zaquan ikut bercuti memandangkan dia baru menjalani rawatan perubatan akibat kecederaan lutut.
Bertanyakan khabar sama ada sudah 'berisi' atau belum, ketawa si pengantin baru yang masih bersisa inai di jari itu semakin manja.
"Belum, kami pun tengah menunggulah. Saya memang berharap untuk cepat-cepat menimang cahaya mata, Zaquan lagilah teruja. Awal-awal lagi kami sudah berbincang pasal anak.
"Masa bulan pertama kahwin, saya sedikit berdebar, ingatkan bila sudah terlewat 'kitaran,' maknanya saya dah berisi, tapi rupa-rupanya belum lagi. Belum ada rezeki nampaknya," tergambar fasa pertama bergelar isteri yang menyeronokkan daripada ungkapan adik jelitawan, Rozita Che Wan itu.
Berbalik kepada Mata Ayer, dalam drama berkisarkan ilmu hitam itu, Ayu membawa watak Melati. Melati sering hadir dalam mimpi Shidah, lakonan Sharifah Shakinah.
"Melati sebenarnya moyang kepada Shidah dan bayangan mimpi dalam tidur Shidah itu sebenarnya merupakan satu petanda. Watak saya kali ini agak misteri," katanya.
Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production yang diarahkan oleh Mazri Mustafa dan skrip oleh Mohd. Rohizan Ramli itu mula bersiaran sejak 11 April 2011 pada hari Isnin hingga Khamis
pukul 4 petang di TV3

May 25, 2011 - Miera Liyana lagi !!!! Dulu tunjuk tepi , Skrg tunjuk Belakang


Masih ingat tak dengan gambar ni? OMG..aku tak pernah buat entri pasal dia ni tapi aku percaya ramai yang dah tengok …kalau tak, masakan Miera Liyana boleh jadi carian kedua tertinggi kat Google bulan lepas..hehe…ko ade?aku pun takde…huhu

Apapun, Miera Liyana juga tidak ingin ketinggalan untuk menggayakan dress “tunjuk belakang” semasa ABPBH yang lepas…hehe
..yang ni ko ade?ntah aku pun takde…
Cantik sangat la tu…kot. Ahh sudahlah…menyampah aku….(tetiba emo ..hehe)

May 25, 2011 - ROGOL DALAM TOYOTA ALPHARD !!!!!

Onar dalam MPV ibu
Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my
AMPANG: Seorang pembantu jualan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik ibunya, dua minggu lalu.
Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, yang memakai kemeja-T dan berseluar jeans itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Manira Mohd Noor.
Mengikut pertuduhan, Khairil Ivan didakwa merogol remaja berumur 15 tahun itu di dalam kenderaan berwarna putih di tepi Jalan Kosas, di sini, pada jam 11 pagi, 11 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni, manakala tertuduh diwakili Roslan Hassan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...