Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

22 June, 2013

Janda Tinggalkan Anak Dirumah untuk Bersama Lelaki Nepal



Sekadar hiasan. Foto: SH.
[HM] Kluang: Alasan kesunyian dan terpesona dengan layanan rakan sekerja warga Nepal menyebabkan seorang janda beranak tiga sanggup meninggalkan tiga anaknya di rumah untuk melakukan maksiat dengan teman lelakinya itu di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, semalam.

Janda berusia 30 tahun yang baru setahun bercerai dengan suaminya dikatakan bercinta dengan teman lelakinya yang juga rakan sekerja di pekan berkenaan sejak beberapa bulan lalu sebelum mengambil keputusan bermalam bersama di hotel bajet berkenaan.

Difahamkan, janda itu mengaku sanggup bernikah dengan teman lelakinya itu jika warga asing berkenaan memeluk Islam selepas mereka ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang bersama JAJ Batu Pahat dalam Ops Maksiat, pada jam 2 pagi semalam.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang Mohd Khalil Mohd Noor berkata, pasangan terbabit ditahan dalam keadaan mencurigakan apabila berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.

Menurutnya, ketika serbuan lelaki terbabit hanya berseluar jean manakala wanita itu pula memakai blaus.

“Ketika soal siasat dijalankan wanita terbabit menyatakan kesanggupannya bernikah dengan teman lelakinya, namun segalanya terpulang kepada lelaki itu sama ada mahu memeluk Islam atau tidak.

“Selain itu, wanita berkenaan mengatakan dia hidup kesunyian dan tertekan membesarkan tiga anak menyebabkan dia bermalam bersama teman lelakinya itu,” katanya.

Mohd Khalil berkata, wanita terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan namun diminta hadir ke pejabat kami Isnin ini (hari ini) untuk membantu siasatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...