Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

22 June, 2013

Janda Tinggalkan Anak Dirumah untuk Bersama Lelaki Nepal



Sekadar hiasan. Foto: SH.
[HM] Kluang: Alasan kesunyian dan terpesona dengan layanan rakan sekerja warga Nepal menyebabkan seorang janda beranak tiga sanggup meninggalkan tiga anaknya di rumah untuk melakukan maksiat dengan teman lelakinya itu di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, semalam.

Janda berusia 30 tahun yang baru setahun bercerai dengan suaminya dikatakan bercinta dengan teman lelakinya yang juga rakan sekerja di pekan berkenaan sejak beberapa bulan lalu sebelum mengambil keputusan bermalam bersama di hotel bajet berkenaan.

Difahamkan, janda itu mengaku sanggup bernikah dengan teman lelakinya itu jika warga asing berkenaan memeluk Islam selepas mereka ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang bersama JAJ Batu Pahat dalam Ops Maksiat, pada jam 2 pagi semalam.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang Mohd Khalil Mohd Noor berkata, pasangan terbabit ditahan dalam keadaan mencurigakan apabila berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.

Menurutnya, ketika serbuan lelaki terbabit hanya berseluar jean manakala wanita itu pula memakai blaus.

“Ketika soal siasat dijalankan wanita terbabit menyatakan kesanggupannya bernikah dengan teman lelakinya, namun segalanya terpulang kepada lelaki itu sama ada mahu memeluk Islam atau tidak.

“Selain itu, wanita berkenaan mengatakan dia hidup kesunyian dan tertekan membesarkan tiga anak menyebabkan dia bermalam bersama teman lelakinya itu,” katanya.

Mohd Khalil berkata, wanita terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan namun diminta hadir ke pejabat kami Isnin ini (hari ini) untuk membantu siasatan,” katanya.

[Gambar & Video] Isteri CURANG Kantoi





[Kosmo] SAO PAULO, Brazil - Sejumlah orang ramai menyaksikan 'drama' hubungan sulit seorang isteri yang berjaya dibongkar oleh suaminya sendiri di sebuah unit apartmen di sini baru-baru ini, menurut akhbar dalam talian Independent.ie semalam.

Suami itu memasuki apartmennya semasa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki lain.

Ketika mereka bertengkar di balkoni bangunan tersebut, lelaki yang menjalin hubungan sulit itu kemudian berusaha turun dengan menggunakan cadar yang diikat pada tingkap apartmen tersebut.

Dia turun dari tingkap tingkat tiga dengan hanya memakai seluar pendek berwarna putih ketika kekasihnya bertengkar dengan suaminya.

Lelaki itu yang namanya tidak diketahui kemudian selamat tiba di tingkat satu.

Sejumlah orang ramai yang cemas menyaksikan 'drama' tersebut turut menjerit-jerit ke arah lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian berdiri di tepi tingkap sebuah unit apartmen di tingkat satu selepas dia turun dengan menggunakan cadar tersebut.

Dia kemudian terjun di atas 'tilam khas' yang diletakkan oleh anggota-anggota bomba di bawah apartmen tersebut.

Selepas jatuh di atas tilam tersebut, lelaki itu berdiri dan menunjukkan penumbuknya ke arah pasangan suami isteri yang sedang bertengkar di balkoni tersebut.

Beberapa orang kemudian turut bertepuk tangan kerana lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dia terjun dari tepi tingkat satu.

Lelaki itu kemudian berjalan dengan bercakap sesuatu ke arah orang ramai dan anggota-anggota bomba.

'Drama' itu turut disiarkan di laman YouTube. - Agensi









Berahi Isteri Orang: Malu Dapat, Sakit Pun Dapat, Dosa Apatah Lagi




[SH] BESUT - Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.

Keluar rumah angkara suami

Lebih dua tahun saya bersabar dengan perangai dan alasan tak munasabah yang diberi oleh suami seperti kawan sejak dari bangku sekolah rendah yang sudah lama terpisah. 
Saya terbaca SMS rindu dan sayang, gambar yang diberi oleh janda itu dan suami sorokkan di bawah baju yang disimpan di dalam almari dan macam-macam lagi.

Boleh dikatakan setiap kali suami bekerja luar kawasan mesti janda itu turut sama. Saya juga sudah menemui pengamal perubatan Islam dan diberitahu yang suami saya disihir. Malah, saya turut disihir supaya membenci suami dan nafsu terhadap suami hilang.

Saya ingatkan selepas suami tahu apa yang sudah dilakukan janda itu dia akan menyesal, tetapi sangkaan saya meleset. Dia beralih arah kepada wanita lain pula.

Kali ini lebih teruk apabila suami seolah-olah tidak berasa bersalah dan segan untuk memperkenalkan dan membawa wanita itu ke mana sahaja, contohnya ke Kuala Lumpur untuk menemaninya yang kononnya ada urusan perniagaan.

Semuanya terbongkar apabila perempuan itu memuat naik gambar dia sewaktu ke Kuala Lumpur bersama suami saya di Facebook. Saya mengumpul bukti lalu bertanya kepada suami dan akhirnya dia mengaku.

Malah, saya juga dipukul banyak kali oleh suami sama ada di depan ibunya atau ahli keluarganya. Saya sudah membuat aduan dan menjalani sesi kaunseling di pejabat agama bersama suami.

Bagaimanapun, apa yang saya nampak seolah-olah tidak memberi kesan kepada suami. Dia menggunakan sepenuhnya kuasa seorang suami untuk menyekat hubungan saya dengan ahli keluarga terutama adik kembar saya.

Ini kerana saya selalu menceritakan perihal dipukul suami kepada adik saya itu. Apabila suami dapat tahu dia terus menghalang saya berjumpa adik atau pergi ke rumahnya.

Suami juga mengharamkan adik saya daripada menjejakkan kaki ke rumah saya iaitu rumah yang suami dirikan. Apa tindakan yang harus saya lakukan?

Selepas suami memukul, saya keluar dari rumah bersama anak. Suami mengatakan saya derhaka dan akan masuk neraka.

Berdosakah saya Dr? Tolonglah jelaskan tindakan yang wajar diambil untuk menyelesaikan masalah yang terbeban di bahu saya ini.

Muslimat 
Terengganu



Sebenarnya anda sudah melakukan beberapa tindakan atau mengambil jalan tersendiri berikutan tindakan suami yang berkelakuan curang. Ini termasuk berjumpa pengamal perubatan Islam, membuat aduan di mahkamah dan lari dari rumah.

Suami pula memberi reaksinya tersendiri termasuk bertukar pasangan dengan wanita lain, bertindak memukul anda, menghalang dan menyisihkan keluarga daripada membantu anda serta menuduh anda sebagai derhaka (nusyuz).

Jelas, semuanya mengarah kepada perpecahan dan kehancuran rumah tangga apabila dibiarkan.

Dalam hal ini, sewajarnya ibu bapa anda berdua turut masuk campur memberikan nasihat agar keretakan itu tidak berlarutan.

Ini kerana ia tidak dapat diselesaikan lagi secara baik antara anda berdua saja. Ia boleh dilakukan dengan melantik hakam daripada kedua-dua keluarga yang akan menyelesaikan perbalahan.

Semoga langkah yang diaju nanti dapat menyelamatkan rumah tangga anda dan mengembalikan semula keharmoniannya.

Seterusnya anda boleh terus bersabar dengan kerenah suami dan menyerahkan semuanya pada Allah. Ini kerana Allah sahaja yang dapat menentukan apa yang akan berlaku.

Jika suami mahu hasrat berpoligami, anda perlu meredakannya. Ia lebih baik daripada suami melakukan hubungan sumbang.

Tindakan yang lain ialah memfailkan permohonan cerai apabila suami tidak lagi bertanggungjawab terhadap nafkah dan kebajikan anda. Namun, ia adalah jalan terakhir apabila semuanya tidak lagi mampu mengubah keadaan.

Sorok teman lelaki warga Nigeria ditahan


Wanita sorok teman lelaki warga Nigeria ditahan
Warga Nigeria ini berjaya ditahan walaupun terjun dari tingkat tiga pangsapuri untuk lari dari pihak Imigresen.
MANTIN – Seorang wanita warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan ketika pihak penguatkuasa melakukan serbuan di sebuah apartmen di Pangsapuri Seri Jasmin dekat sini, tengah malam kelmarin, kerana disyaki melindungi teman lelakinya, seorang warga Nigeria yang juga bersabit kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.

Dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan telah menyerbu masuk ke dalam sebuah apartmen di pangsapuri berkenaan yang didiami wanita berusia 26 tahun berkenaan bersama teman lelakinya yang berusia 30 tahun.

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, hasil siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan sah dan lelaki itu juga didapati telah tinggal lebih masa di negara ini.

“Wanita berkenaan turut mengaku lelaki warga Nigeria terbabit adalah teman lelakinya dan mereka telah bersekedudukan sejak beberapa bulan lalu. Wanita itu juga mengetahui teman lelakinya itu tinggal lebih masa di negara ini.

“Justeru kita menahan wanita berasal dari Selangor itu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(a)(d) Akta Imigresen kerana disyaki melindungi mana- mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta yang sama,” katanya.

Menurut Faizal, kes wanita itu akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan selepas keterangannya diambil oleh pihak Imigresen.

Sementara itu, dalam serbuan yang sama, seorang lelaki berusia 30-an telah bertindak nekad apabila terjun dari tingkat tiga pangsapuri berkenaan tetapi berjaya ditahan pihak penguatkuasa.

“Lelaki berkenaan merupakan antara 12 lagi warga Nigeria yang ditahan termasuk seorang wanita di unit berlainan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

“Akibat tindakan nekad lelaki itu, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian badan. Kita mendapati, lelaki berkenaan telah tinggal lebih masa di negara ini,” katanya.

Menurutnya, semua warga asing yang ditahan itu didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen seperti tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Warga Nigeria ini berjaya ditahan walaupun terjun dari tingkat tiga pangsapuri untuk lari dari pihak Imigresen.

Mangsa koma meninggal dunia


Mangsa koma meninggal dunia
Anggota polis memeriksa lori terlibat.
Mangsa koma meninggal dunia
Mangsa maut kerana kecederaan di kepala.
KULIM - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang koma selepas terlibat kemalangan di Jalan Padang Meha Batu Putih 15 Jun lalu, meninggal dunia semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pada hari kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan berhenti di bahu jalan, bagaimanapun dirempuh oleh lori yang datang dari belakangnya sebaik sahaja mangsa masuk ke jalan utama.

“Pemandu lori ketika memberikan kenyataan berkata, dia nampak mangsa berhenti, tetapi secara tibatiba mangsa masuk ke jalan utama. Pemandu lori terlibat gagal membrek kerana motosikal mangsa terlalu hampir lalu merempuh bahagian belakang motosikal mangsa.

Mangsa tercampak dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan kecemasan. Setelah menjalani rawatan rapi selama beberapa hari, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada 9.15 pagi semalam,” katanya.

Menurutnya, kes itu akan disiasat dibawah Seksyen 41(1) kerana mengakibatkan kemalangan maut.

Difahamkan, mangsa pada hari kejadian mahu pulang ke rumahnya selepas waktu bekerja, namun hasratnya tidak kesampaian setelah terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Dalam pada itu, Ghuzlan meminta penunggang motosikal supaya berhati-hati apabila hendak memulakan perjalanan, selain menggunakan topi keledar yang lebih bermutu untuk menjaga keselamatan bahagian kepala.

“Sehingga kini 45 kemalangan maut dilaporkan berlaku dan 90 peratus darinya melibatkan penunggang motosikal. Dari kecederaan dialami, kebanyakan mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di kepala akibat terhentak di kenderaan terlibat atau pada permukaan jalan.

"Saya meminta semua penunggang motosikal supaya mengenakan topi keledar yang lebih bermutu untuk menjaga keselamatan kepala dari hentakan kuat terutama ketika kemalangan,” katanya

'Awak gemuk tapi comel'



'Awak gemuk tapi comel'


Wanda menunjukkan laporan polis dibuatnya sejurus selepas berlakunya kejadian tersebut.
KUANTAN - “Awak ni gemuk tapi comel." Itulah antara ungkapan diucapkan seorang pemandu teksi sebelum bertindak mencabul seorang penumpang wanita yang menaiki teksinya ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli-belah di bandar ini, kelmarin.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Wanda berkata, kebiasaannya dia akan duduk di bahagian belakang setiap kali menaiki kenderaan awam itu, namun disebabkan cuaca panas terik pada hari kejadian, dia memilih untuk duduk bersebelahan pemandu kerana lebih dekat dengan penghawa dingin.

Tambahan pula katanya, dia sendiri tidak sangka pemandu teksi itu akan bertindak sedemikian kerana nampak seperti seorang berpendidikan agama.

“Pada awalnya, kami hanya berbual kosong. Namun selepas itu, topik perbualan menjadi agak pelik kerana dia tiba-tiba mengatakan saya seorang wanita gemuk dan perlu jaga pemakanan.

"Perbuatan pemandu teksi itu mengundang rasa tak selesa untuk berbual lebih lanjut. Malah melalui ekor mata, saya perhatikan dia kerap menjeling pada saya," katanya.

Wanda berkata, dia hairan apabila pemandu itu berbicara mengenai topik berkenaan kerana pemandu itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan mereka tidak kenal antara satu sama lain.

Katanya, lebih memeranjatkan lagi apabila pemandu itu bertindak memegang tangan dan mencubit pipinya sambil mengatakan 'awak ni gemuk tapi comel' sebelum dia keluar daripada teksi tersebut.

"Selepas diperlakukan sedemikian, saya menjerit dan terus keluar daripada teksi itu lalu menelefon suami.

"Dia nampak alim, tapi saya tak sangka dia berani pegang tangan dan cubit pipi saya sambil mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, atas desakan suami, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan.

“Saya nasihatkan golongan wanita agar lebih berhati-hati dan sebolehbolehnya elak menaiki teksi seorang diri. Kita juga jangan mudah percaya dengan penampilan seseorang.

"Bersongkok dan nampak baik belum tentu dia seorang yang baik dan menghormati wanita. Ambil pengajaran dengan apa yang terjadi pada diri saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...