Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

04 September, 2012

Izreen Azminda selamat diijabkabul


3 Sept – Pelakon yang semakin meningkat naik, Izreen Azminda telah selamat diijabkabul bersama pasangan pilihan Muhamad Riza yang juga merupakan seorang jurugambar produksi pada 30 Ogos yang lalu selepas dia menjalani majlis khatam Al-Quran pada sebelah paginya.
Majlis tersebut berjalan secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat dan juga sahabat handai yang turut sama memeriahkan majlis.
Pasangan tersebut disatukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan manakala majlis resepsinya pula berlangsung di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.

Isteri fail cerai, Sham (Kamikaze) minta peminat bersabar


3 Sept- Pada 30 Ogos yang lalu isteri kepada pemuzik dan pendakwah bebas, Sham (Kamikaze), iaitu Farazila Abdul Jabar telah memfailkan cerai terhadap suaminya. Kes ini telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada , berpunca daripada konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.Menurut laporan mStar, Farazila, 31, bertindak memfailkan kes perceraiannya bersama Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, setelah usaha untuk memulihkan konflik rumah tangga mereka menemui jalan buntu.
"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja," ujar Farazila.
Apabila ditanya adakah keputusan bercerai tersebut dipengaruhi oleh kontroversi yang kononnya Sham sudah bernikah buat kali kedua pada Januari lalu Farazila menjawab, perkara tersebut bukanlah faktor utama.
"Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya rela bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati. Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini," ulas Farazila.
Dalam pada itu, Sham Kamikaze yang menyedari mengenai berita yang sedang tersebar ini meminta agar orang ramai tidak membuat apa-apa spekulasi dan tohmahan. Sham juga meminta agar para peminat menghormati rumah tangganya.
"Diharapkan agar anda bersabar dan hormatilah hak peribadi rumah tangga orang lain. Jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas," jelas Sham melalui laman Facebooknya.
Sham turut menambah akan membuat kenyataan rasmi berhubung kisah rumah tangga dan memohon agar peminat-peminat di laman Facebooknya tidak menghebahkan perkara tersebut sehinggalah dia sendiri membuka mulut.
Sebelum ini Farazila dan Sham (Kamikaze) telah melangsungkan perkahwinan pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila, iaitu di Batu Pahat, Johor.

Guan Eng: Dakwa Perkasa kerana pijak potret saya



Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 3 Sept — Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pernah memijak potretnya satu ketika dahulu.
Lim dalam kenyataannya mengecam tindakan berat sebelah dan sikap memilih yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu beberapa anak muda memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, sewaktu sambutan ambang Kemerdekaan anjuran Gabungan Janji pada malam Khamis lalu.
“Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, boleh berjanji pihak kementeriannya akan bertindak tegas dan mengikut lunas perundangan ke atas penyokong BN yang melakukan aksi sama ke atas pemimpin Pakatan Rakyat seperti individu yang memijak potret PM?” kata Lim dalam satu kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam insiden bulan Mei lalu, potret Lim telah dipijak oleh ahli Perkasa di Komtar dan melakukan upacara simbolik pengkebumian dihadapan rumahnya di Pulau Pinang akan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tingkahlaku biadab tersebut.
Lim juga membangkitkan isu “tarian punggung” yang berlaku diluar rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, dan mempertikaikan sikap parti komponen BN bukan Melayu yang berat sebelah kerana mengutuk tindakan memijak potret PM tetapi tidak mengambil tindakan sama apabila beliau yang berbangsa Cina diperlakukan dengan aksi sama.
“Presiden Gerakan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengutuk tindakan potrait PM dipijak tetapi berdiam diri apabila gambar saya dipijak,” tambah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dalam “Himpunan Janji Bersih” anjuran Gabungan Janji yang merupakan gabungan 47 badan bukan kerajaan NGO dan aktivis Bersih pada Khamis lalu, beberapa laporan media menyelar tindakan peserta yang bertindak memijak gambar pemimpin negara, menunjukkan punggung dan mempamerkan bendera “Sang Saka Malaya” yang dikatakan bagi menggantikan Jalur Gemilang.
Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan Kemerdekaan negara.
Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut turut memakai kemeja T berwarna kuning sebagai menyuarakan sokongan mereka kepada matlamat dan perjuangan Gabungan Janji tersebut.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut membacakan puisi bertajuk “Janji Demokrasi” sebelum perhimpunan tersebut tamat.
Ekoran laporan tersebut, polis telah membentuk pasukan khas bagi menyiasat laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka dan berhubung tindakan penganjur “Himpunan Janji Bersih” yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.
Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan.

Sultan persoal kerajaan Selangor jemput Anwar



Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.
Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar (gambar) tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.
"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar  yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.
"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam  bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.
"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam.
Tambah Najib, Sultan adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan.
Namun tindakan PR itu adalah bukti kepada banyak perkara yang cuba diubah dan dilakukan PR, namun tidak berjaya disebabkan Putrajaya masih lagi di bawah penguasaan BN.
"Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati," katanya lagi.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Munawi untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
"Sejak 2007 program merayakan ambang Merdeka bukan melalui Pejabat Menteri Besar, tapi Pejabat SUK," kata Khalid.
Beliau turut menjelaskan terdapat satu jawatan dalam Pejabat Menteri Besar yang diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan untuk melaksanakan program berkenaan.
"Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang Kemerdekaan ini dilaksanakan pegawai kerajaan yang sudah melakukan perkara itu sejak beberapa tahun lalu.
"Saya sudah empat tahun merayakan Kemerdekaan dan semuanya dilakukan pejabat SUK, saya tidak nampak perbezaan yang berlaku ... Penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK," katanya.
Tambah Khalid, beliau juga akan berjumpa Sultan Sharafuddin setiap Rabu, dan akan bercakap berkenaan perkara berbangkit berkenaan Rabu ini dengan baginda.
Kerajaan PR Selangor telah menerima tekanan daripada pemimpin BN kerana dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda dalam sambutan ambang Kemerdekaan di Shah Alam pada malam Khamis lalu.

Rozita Che Wan bakal bernikah November ini?

Rozita Che Wan bakal bernikah November ini?


3 Sept – Pelbagai spekulasi mengenai kisah percintaan dramatis, Rozita Che Wan ini yang tidak pernah putus. Kini pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Cik Ta dikatakan bakal mengakhiri zaman jandanya pada November ini.
Menurut laporan dari Harian Metro, Cik Ta telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri di Johor Baharu.
Mereka dikatakan telah lama berkenalan namun baru-baru ini dia menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga setelah merasakan ahli perniagaan tersebut atau dikenali dengan nama Bob adalah calon yang paling sesuai.
Sebelum ini, ramai pihak mengaitkan Cik Ta mempunyai hubungan istimewa bersama Shahir AF, Zain Saidin, Dato K dan juga Beego namun ternyata dakwaan tersebut adalah rekaan semata-mata dan tidak benar

30 August, 2012

Samsung bayar Apple $1 Bilion dengan Menghantar 30 Lori Penuh syiling 5 sen



Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibupejabat Apple di CaliforniaPada mulanya, yang syarikat keselamatan yangmelindungi kemudahan berkata ia telah dialihkan ke tempat yang salah, tetapi minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dariSamsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadapSelatan syarikat Korea dengan cara ini.

bahagian lucu adalah bahawa dokumen yang ditandatangani tidak menetapkankaedah pembayaran tunggaljadi Samsung berhak untuk menghantar  kepadapencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.

Lee Kun-Hee berkata, taktik kotor, menyebabkan  Pihak Apple sakit kepala keranamereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itudan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.


 

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronicsmemberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan "Geeks dengan gayadan bahawajika mereka mahu bermain kotormereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikituntuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah sayasaya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.

Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untukmenamatkan persengketaan pada minggu ini.



 Mari kita tunggu dan lihat bagaimana Apple akan bertindak balas ????
Anda mungkin juga meminati:

Kim Ramsey Perlu Syahwat Sebanyak 200 kali



Bayangkan bagaimana seorang wanita, yang mempunyai penyakit Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD) terpaksa melalui kemuncak
 kepuasan seks sebanyak 200 kali sehari tanpa melakukan hubungan intim. Itulah yang dialami oleh Kim Ramsey(44) wanita yang sering mengalami
 kesakitan dan tidak mampu menjalani hubungan seperti insan biasa. 


Sekadar hiasan, gambar sebetulnya ada di bawah hehe...


Ramsey menyedari perkara itu setelah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya pada 2008. "Setiap kali naik kereta api,
apabila ia bergerak saya terus mencapai kemuncak syahwat, dan ketika itu saya hanya mampu mengigit bibir serta menggengam
 jari dengan harapan tiada orang yang menyaksikannya" katanya. Dia dijadualkan bertemu pakar PGAD di London dengan harapan
 mampu menghilangkan penyakit pelik tersebut.



Kim Ramsey


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...