Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

23 August, 2012

Ok ke Saya Kerap Lakukan Hubungan Seks


Ditulis oleh , dan diterbitkan pada 16-10-2009 09:05
condom Ok ke Saya Kerap Lakukan Hubungan Seks,
Semalam aku berkesempatan membaca majalah Keluarga keluaran bulan November. Biasalah ada macam-macam topik dan gambar yang menarik untuk ditatapi. Dalam banyak-banak artikel aku tertarik dengan satu soalan di ruang Pakar kami membantu yang dikendalikan oleh Dr. Mohd Ismail Tambi.
Soalan ini daripada seorang sudi rumah dengan tajuk “Kerap Lakukan Hubungan Seks”: Saya sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Untuk pengetahuan doktor, saya ini adalah seorang yang kuat seks. Boleh dikatakan dalam sehari, lima kali saya akan melakukan hubungan seks bersama suami. Suami juga tidak kisah dan kami melakukan pelbagai aksi supaya tidak bosan. Persoalannya adakah perkara ini normal atau sebaliknya dan bagaimana mahu mengurangkan keinginan seks itu? Adakah kekerapan ini disebabkan kami berdua terlalu mahukan kehadiran cahaya mata? (Kalau nak tahu jawapannya tu kenalah baca Majalah Keluarga).
Salah satu tujuan Allah menjadikan lelaki dan wanita adalah kerana seks. Islammewajibkan umatnya berkahwin mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk mengelakkan seks bebas yang banyak keburukan dari sudut kesihatan dan keturunan. Apabila suami isteri sudah diakadkan maka seks dihalalkan walaupun datang dari sudut mana kecuali dubur dan sekerap mana yang termampu. Urusan seks dalam hubungan sesebuah rumahtanggan jangan sesekali diremahkan kerana ramai teman-teman yang porak peranda rumahtangga akibat disampingkan soal seks. Kemahuan seks ini adalah anugerah Allah yang unik dan kita hambanya MESTI mencari ilmu untuk keharmonian seumur hidup.
Selain untuk kesihatan, tujuan seks adalah untuk melahirkan zuriat tetapi tidak sedikit yang diuji Allah dengan tidak dianugerahkan zuriat. Bukan setakat manusia biasa tetapi Nabi dan Rasul juga diuji oleh Allah dengan tidak diberikan zuriat. Bagi yang belum dikurnia zuriat bersabarlah. Insyallah setiap ujian yang Allah berikan kepada kita pasti ada HIKMAHnya yang hanya Allah sahaja yang tahu kebaikannya disebalik ujian tersebut.
Bagi yang bersabar  berusaha, berdoa dan bertawakal pasti ada ganjaran jika tidak di dunia PASTI di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...