Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

17 October, 2011

Kita dilanda atmosfera seksual?

SUDAH lama saya memerhatikan keadaan sosial di Malaysia dan masalah yang bersangkut-paut dalam aspek ini. Di antaranya kes rogol yang berleluasa.
Bukanlah satu perkara yang menghairankan sekiranya kes rogol ini hanya membabitkan wanita seksi yang menggoda, tetapi apabila kita baca di media cetak, ternyata mangsa kes rogol ini membabitkan golongan seperti warga emas, anak kecil dan pelajar sekolah.
Kes buang anak dan bayi yang juga berleluasa diikuti dengan kes bunuh anak yang meningkat secara mendadak serta kes cerai.

Meneliti kes yang pertama iaitu kes rogol yang membabitkan wanita tua dan anak kecil yang pastinya jika difikir secara logik golongan seperti ini tidak seharusnya menjadi sasaran perogol
Saya tertanya-tanya apakah ini mencerminkan kewujudan atmosfera seksual yang semakin berleluasa di negara ini?
Sehinggakan golongan perogol dilihat begitu terdesak melepaskan nafsu serakah mereka terhadap golongan ini.

Pedih dan sesal! Itulah ungkapan mampu saya lahirkan setiap kali membaca laporan kes rogol yang semakin meningkat di Malaysia.

Pastinya mengejutkan tatkala mengetahui mangsa itu termasuk kanak-kanak dan nenek tua, tidak kurang juga kes liwat membabitkan bayi dan kanak-kanak.

Kes yang kedua iaitu kes buang bayi, diikuti kes bunuh bayi ini pastinya memberi gambaran kepada kita akan pergaulan bebas dan zina yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

Jika benar, (dan memang benar) masyarakat kita ini sudah digelumangi atmosfera seksual, maka itu petanda masyarakat kita akan hancur.

Akibatnya negara kita juga akan hancur disebabkan oleh spiritual rakyatnya yang sakit, jauh daripada kesucian yang menjadi tonggak kemajuan sesuatu individu, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara secara keseluruhannya.

Tidak pelik aura seksual itu semakin berleluasa, semakin menjadi-jadi kerana wujudnya beberapa faktor ini.

Inilah yang ingin saya kemukakan sekian lama, mudah-mudahan kita masih punya harapan untuk melakukan satu penambahbaikan untuk menyelamatkan keadaan sebelum ia terlambat.

Faktor yang menyebabkan tersebarnya aura seksual dalam kalangan masyarakat itu ada banyak.

Saya cuba sedaya-upaya menggariskan beberapa faktor, pertama media.

Sering kali media menyiarkan gambar yang boleh menggoncangkan iman, merangsang hawa nafsu pembaca.

Minda pelajar khususnya pasti akan tercemar dan tidak hairan jika selepas ini mereka tidak mampu menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Faktor kedua, faktor hijab. Seperti yang kita sering lihat, kes zina dan buang bayi berpunca daripada aura seksual yang berleluasa.

Peningkatan aura seksual itu adalah disebabkan kurangnya atau longgarnya kita dalam isu menjaga hijab.

Hijab itu penting untuk mengelak daripada perkara seperti merangsang hawa nafsu yang bukan mahram.

Cuba lihat artis kita yang menjadi figura awam. Lihatlah cara berpakaian artis wanita yang sangat menjolok mata dengan pakaiannya yang seksi, ketat, mendedahkan lengan, paha serta mendedahkan sebahagian dada.

Kita sering menekankan wanita Muslim untuk menutup aurat, memakai tudung. Tetapi bagaimana dengan yang bukan Muslim?

Saya tidak nampak apa bezanya kita hanya menyuruh wanita Muslim memakai pakaian sopan sedangkan wanita bukan Muslim begitu bebas berpakaian mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka.

Sekurang-kurangnya kita harus mewajibkan seluruh rakyat Malaysia untuk berpakaian sopan. Ini lebih baik daripada membiarkan sebahagian mereka berpakaian tidak senonoh dan merosakkan mata yang memandangnya.

Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan.

Yang pertama ialah mewujudkan pasukan pemantau media cetak daripada menyiarkan gambar yang kurang sopan.

Kedua, memantau media massa daripada menyiarkan iklan yang tidak wajar.

Juga bekerjasama dengan pakar teknologi maklumat untuk menghalang laman web yang tidak sepatutnya seperti laman web pornografi.

Ketiga, satu tindakan yang mewajibkan rakyat tidak kira Muslim atau bukan Muslim untuk berpakaian sopan demi kebaikan bersama.

Keempat, teruskan mengkaji untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah sosial ini.

Menekankan dan menitikberatkan peranan semua pihak iaitu ibu bapa, guru, persatuan sosial dalam menangani masalah sosial ini sebelum terlambat.


INSAN KERDIL
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...