Donat Tramp adalah seorang tua
berusia 50an yang kaya. Kekayaannya bernilai jutaan dollar dan dia termasuk
dalam senarai orang terkaya di dunia. Dengan kekayaannya itu, dia menjadi
buruan wanita-wanita yang gilakan harta. Kebetulan, baru setahun yang lalu dia
menduda menyebabkan ramai yang berani untuk mendekatinya.
Dalam banyak-banyak wanita itu, Tramp
terpikat dengan seorang wanita muda bergetah berusia lewat 20an. Wanita itu
dikenalinya di kelab malam tempat dia selalu melepak bersama rakan-rakan
billionaire ataupun melepak bersama clientnya. Ringkasnya, wanita berkenaan
adalah pekerja G.R.O di kelab malam tersebut.
Nama wanita tersebut ialah Maria
Ozawa yang baru bekerja di kelab malam tersebut. Pelanggan pertama Maria adalah
Tramp dan Tramp sudah memesan kepada pemilik kelab malam tersebut agar tidak
membenarkan Maria dilanggan oleh pelanggan lain. Dengan kekayaannya, semestinya
Tramp mampu berbuat begitu.
Lama kelamaan, Tramp benar-benar
angau kepada Maria. Setiap hari dia mahu bertemu dan dilayan oleh Maria
sepenuhnya. Ajakan Maria untuk berkahwin dengan mudah dia menyetujuinya.
Matlamat Maria hanyalah inginkan
kekayaan Tramp. Dia tahu yang Tramp sudah tua dan dia bakal berkongsi harta
dengan anak-anak Tramp kelak jika dia menjadi isteri yang sah.
Beberapa bulan selepas mereka
bersetuju untuk berkahwin, maka perkahwinan besar-besaran diadakan untuk mereka
berdua. Walaupun anak-anak Tramp tidak bersetuju tetapi Tramp tidak kisah itu
semua. Lagipun Tramp adalah ketua dalam keluarga dan ketua dalam perniagaannya.
Seperti pasangan berkahwin yang lain,
mereka melalui malam pertama mereka sejurus tamat majlis perkahwinan tersebut.
Walaupun Maria adalah pekerja G.R.O kepada Tramp sebelum ini, tetapi Tramp
tidak pernah diberi peluang untuk 'merasai' Maria sepanjang tempoh tersebut.
Maria bijak dan licik mengelak untuk menjadi teman ranjang Tramp sebelum mereka
menjadi pasangan suami isteri.
Malam pertama itu amat memuaskan buat
Tramp tetapi bukan kepada Maria. Bagi Maria, Tramp sudah kekurangan tenaga dan
tuttt-nya kecik sahaja. Begitulah malam-malam seterusnya yang menyebabkan Maria
tidak puas dengan nafkah batinnya. Mungkin inilah akibatnya jika berkahwin
disebabkan oleh nafsu semata-mata menyebabkan Maria hanya menilai Tramp dari
segi hubungan ranjang mereka padahal selainnya Tramp adalah lelaki yang
mengambil berat terhadap Maria.
Sewaktu Maria mengikuti kelas Gym,
dia berkenalan dengan Instructor yang hensem dan sasa bernama Buragas. Maria
terpikat dengannya dan menggunakan pelbagai cara untuk menggoda. Buragas pula
melayan Maria dan dia sememangnya suka digoda.
Perkara ini dapat dihidu oleh Tramp.
Namun, disebabkan teramat sayang kepada Maria, Tramp tidak melakukan apa-apa.
Lagipun Tramp tiada bukti kukuh untuk menceraikan Maria. Jika dia menceraikan
Maria sebegitu, maka yang untung hanyalah Maria kerana dia bakal mendapat hak
kepada hartanya.
Atas nasihat kawan baiknya, Tramp
bertemu bomoh Ah Fatt. Bomoh Ah Fatt mempunyai ilmu yang kuat hingga dapat
melekatkan pasangan yang curang.
"Malam-malam, masa lu bikin
kliwon sama isteli... lu lulah (ludah) satu kali sama itu isteli lu punya
balang. Sebelum itu, lu kena baca ini jampi. Hafal ingat ini jampi. Saya sulah
share power sama lu", kata Bomoh Ah Fatt.
"Macam mana kalau isteri saya
perasan saya ludah?", tanya Tramp.
"Haiyaa! Mana moleh pelasan
maaa. Lu pula-pula la buat itu skill 'nit-not nit not' sama bini lu
punya", cadang Bomoh Ah Fatt.
"Ya. Macam tu mesti saya punya
bini tak perasan", kata Tramp. Seperti yang diarahkan, Tramp melakukan apa
yang di suruh oleh Bomoh Ah Fatt pada malam berkenaan dan Maria tidak menyedari
semua itu.
Seminggu kemudian, Maria berjaya
menggoda Buragas dan mengajaknya untuk melakukan skandal di atas ranjang.
Itulah kali pertama mereka bakal melakukan aktiviti yang terkutuk berkenaan.
Sebelum ini, mereka hanya saling rapat-merapati serta berpegang-pegangan di dalam
Gym seperti ia satu tindakan yang tidak sengaja. Jika kelihatan sengaja pun, ia
kelihatan seperti Buragas melakukan tugasnya menjadi instructor kepada Maria.
Dengan perancangan yang jitu, mereka
menempah satu bilik hotel yang mewah. Di situlah mereka bakal melunaskan nafsu
serakah sesama mereka dan mereka berjaya tanpa apa-apa kesan sampingan.
Tramp hanya menyedari perkara itu
pada suatu malam sewaktu dia hendak bersenggama dengan Maria. Dia melihat ada
Love-Bite pudar pada paha Maria. Melihatkan Love-Bite pudar itu, Tramp naik
marah lalu menyoal siasat Maria. Pecahlah tembelang Maria yang sudah curang
kepada Tramp.
"Aku ceraikan dikau dengan talak
tiga!", teriak Tramp kepada Maria yang menangis teresak-esak di ruang tamu
rumah bak istana mereka. Situasi itu dilihat oleh anak-anak serta menantu
Tramp. Maria tidak dapat berkata apa-apa dan hanya menangis sahaja.
Sebelum di usir daripada rumah, Tramp
bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Kenapa tidak melekat?", tanya
Tramp kepada Maria.
Maria terpinga-pinga dan Tramp
menerangkan semuanya. Baru Maria tahu yang aktivitinya mahu berskandal sudah
dihidu lama dan baru juga Maria tahu yang perangkap sudah dipasang kepadanya.
“Kenapa!?”, tanya Tramp dengan nada
marah.
Dengan penuh tangisan Maria menjawab,
"Sekecil-kecil tutt abang… kecil lagi Buragas punya..nak melekat macamana
? Huhuhu.."
Moral of the story : Jangan skandal dengan laki atau bini orang. Jika tidak
melekat pun, mungkin boleh ditangkap basah. Jika selamat pun, itu hanya di
dunia kerana di akhirat nanti balasan tetap ada kepada orang-orang yang curang
kepada pasangannya.
No comments:
Post a Comment