AMPANG: Gara-gara terpedaya dengan ayat cinta dua lelaki Bangladesh, dua beradik perempuan dari Ukay Perdana, di sini, menjadi mangsa rogol dua lelaki berkenaan sejak setahun lalu.
Difahamkan, kedua-dua beradik berusia 14 dan 16 tahun itu dikatakan mula menjadi pemuas nafsu serakah kedua-dua suspek terbabit sejak setahun lalu sebelum mereka membuat laporan polis, kelmarin.
Menurut sumber, rahsia kisah cinta mangsa masih bersekolah dalam tingkatan dua dan empat sebuah sekolah menengah di sini, terbongkar apabila ibu mereka terserempak anaknya keluar bersama dua lelaki warga asing itu.
Katanya, seorang daripada suspek terbabit dikatakan sering mengurat remaja berusia 16 tahun itu ketika pulang dari sekolah sebelum menjalin hubungan cinta.
Menurutnya, selepas beberapa bulan berkenalan, suspek mengatakan hasrat konon seorang rakannya juga mahu berkenalan dengan adik perempuan mangsa menyebabkan remaja itu memperkenalkan mereka.

No comments:
Post a Comment