MCA kata, mereka dah bersedia. MIC pun kat, mereka juga dah bersedia. UMNO... siang-siang berlagak kata, mereka sudah cukup bersedia nak adakan pilihan raya. Lelain geng merek, juga pasti dah sedia, kan??
Pakatan Rakyat pun kata mereka dah bersedia. So... tunggu apa lagi??
On your mark, get set......
Malangnya, Najib masih keberatan untuk meniup wisel. Hahahahha.... komponen BN mungkin dah bersedia tapi Najib...??
Pening... pening... kepala si Najib. Takut kalah satu perkara. Tak dapat jadi piem, lagi satu mimpi ngerinyer. Serba salah... serba salah dia komer. Ituler dilemma orang yang sedar diri sudah jadi liabiliti kerana terlalu banyak 'dosa' pada rakyat dan negara. Tapi.... masih nak tunjuk ek lagi.
Kesian puak-puak ni. Yang sorang teragak-agak nak umumkan tarikh pilhan raya. Yang sorang lagi pulak, tergedik-gedik tak sabor-sabor nak pilihan raya diadakan. Dalam situasi Najib sedang lemah ini ler, dia nak ambik kesempatan agar... kot-kot berpeluang merasa nak jadi piem. Betoi ke Pak Din??
Kah kah kah kah..
****************************
Komponen BN cukup bersedia hadapi PRU13 tahun ini
Wartawan Sinar Harian
17 Julai 2012
17 Julai 2012
SHAH ALAM – Parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah cukup sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun ini walaupun PRU kali ini dianggap paling getir.
Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan berkata, pihaknya sudah menyiapkan jentera bagi memastikan BN terus menerajui negara.
“Bagi saya ia bukan satu desakan. PRU13 boleh diadakan bila-bila masa sahaja. Tetapi terpulang dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan berhubung keputusan tarikh pilihan raya,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Pada masa sama beliau turut menambah MIC sentiasa sedia dan yakin dengan sokongan yang diberikan rakyat.
“MIC sudah bersedia. Jentera pilihan raya kami pun sudah bersedia hadapi PRU bila-bila masa saja,” katanya
“Bila diadakan itu, kami serahkan pada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Sementara itu, menurut Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim, cadangan Muhyiddin itu ada asasnya.
“Saya percaya, beliau (Muhyiddin) yakin masa yang sesuai sudah tiba. Kita tunggu sahaja keputusan terakhir daripada Perdana Menteri untuk umumkan,” katanya.
Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, MCA mengambil berat setiap pandangan daripada kepimpinan tertinggi parti dan sudah sedia bila-bila masa.
“MCA yakin dengan kerja yang sudah dan sedang lakukan kini, dan kita percaya rakyat mampu menilai hasil kerja kita,” katanya.
Sementara itu, Exco Puteri Umno, Zauyah Zainuddin turut menyambut baik jika PRU13 diadakan tahun ini.
Zauyah berkata, beliau percaya sebarang keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi parti adalah yang terbaik untuk semua.
“Semua jentera sedang membuat touch up yang terakhir,” katanya-SH

No comments:
Post a Comment