Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

18 July, 2012

Gadis dirogol bergilir-gilir, dipaksa onani gara-gara lewat ke sekolah







AMPANG - Angkara lewat ke sekolah, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dia dijadikan habuan pemuas nafsu dua remaja lelaki rakan sekolahnya kelmarin.

Gadis berusia 16 tahun itu bukan sahaja dirogol bergilir-gilir oleh dua remaja terbabit, malah turut dipaksa melakukan onani sebelum gadis malang itu ditinggalkan di sebuah stesen minyak.


Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan lewat menyebabkan dia takut untuk masuk ke kawasan sekolah, sebaliknya menunggu di luar sekolah.

"Kira-kira jam 9 pagi, rakan lelakinya menghubungi dan mengajaknya keluar dengan menaiki sebuah motorsikal. Mangsa bersetuju dan dibawa ke sebuah rumah kedai di Taman Melawati.

"Ketika berada di rumah berkenaan, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks walaupun mangsa menolaknya," katanya.

Beliau berkata, mangsa bukan sahaja dirogol rakan lelakinya, malah turut dirogol seorang lelaki yang tidak dikenali.





"Sebaik lelaki terbabit selesai melayan nafsunya, data pula dua lelaki lain dipercayai rakan kepada rakan lelakinya, tetapi mereka tidak merogol mangsa sebaliknya memaksa mangsa lakukan onani.

"Namun mangsa enggan berbuat demikian dan merayu dilepaskan," katanya.

Katanya, mangsa dihantar lelaki itu ke sebuah stesen minyak berhampiran sebelum mangsa pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya.

Berikutan itu, keluarganya membawa mangsa membuat laporan polis berhampiran sebelum dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Assisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan masih dijalankan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...