Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

25 September, 2012

Ketahui Cara Untuk Mendapatkan Kepuasan Berhubungan Seks



Hubungan seks akan terasa hambar jika masing-masing pasangan tidak mendapatkan kepuasaan yang dikehendaki. Oleh kerana itu, diperlukan kerjasama bersama pasangan untuk memperoleh kepuasan ketika berhubungan seks.
Empat perkara penting yang perlu diperhatikan untuk mewujudkan kepuasan secara seksual, seperti dilaporkan sheknows.
1. Pelajari sendiri apa yang anda sukai
Kunci untuk mendapatkan seks yang hebat adalah dengan mengetahui dan mempelajari sendiri apa yang anda sukai. Anda juga boleh bereksperimen sendiri dengan cara masturbasi agar benar-benar memahami teknik yang membuat anda senang.
Anda juga boleh mempelajarinya bersama pasangan dengan mencuba pelbagai posisi, masa yang berbeza sepanjang hari dan menghabiskan lebih banyak masa mencari tahu apa yang terbaik untuk tubuh anda.
2. Mencintai tubuh anda
Kepuasan seksual turun secara drastik ketika seseorang merasa tidak percaya diri dengan keadaan tubuhnya. Daripada terus berfikiran negatif tentang apa yang kurang dari diri anda, lebih dapati hal-hal positif yang membuat anda lebih percaya diri.
Cintailah tubuh anda dan menumpukan pada hal-hal positif tentang tubuh agar anda dapat menikmati seks dan mencari kepuasan seksual.
3. Fokuskan fikiran
Seseorang yang ketika berhubungan seks selalu dibebani oleh fikiran akan pekerjaan dan urusan rumah tangga, tidak akan dapat mencapai kepuasan seksual yang diiidam-idamkannya.
Oleh kerana itu, anda perlu menyelesaikan pekerjaan dan membereskan semua urusan rumah tangga terlebih dahulu sebelum melakukan seks. Jika fikiran terlepas daripada beban dan memberi tumpuan pada seks, anda akan mendapat kepuasan seksual seperti yang anda inginkan.
4. Berkomunikasi keperluan anda kepada pasangan
Mungkin anda mahukan foreplay yang lebih lama dari biasanya tetapi pasangan ingin segera menyelesaikan seks dan pergi tidur. Hal ini tentu tidak dapat menghantarkan anda dan pasangan terhadap kepuasan bercinta. Sehingga perlu komunikasi yang baik antara anda dan pasangan tentang keperluan masing-masing di bilik tidur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...