Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

30 October, 2012

Titik-titik Sensitif Isteri yang Sering Diabaikan Suami



Ghairah seksual wanita dapat dipertingkatkan melalui sentuhan pada titik-titik sensual wanita. Lelaki mungkin melupakan beberapa titik pada tubuh wanita yang memberikan keselesaan dan menambah kenikmatan seksual ketika foreplay.
1. Perut bahagian bawah
Perut bahagian bawah atau kawasan di atas alat kelamin di mana rambut kemaluan tumbuh, juga merupakan bahagian sensitif wanita. Memberikan sentuhan lembut pada kawasan tersebut dapat meningkatkan ghairah dan sensitiviti wanita. Wanita yang merasa lebih positif tentang alat kelaminnya lebih sering mengalamiorgasme dan lebih baik.
2. Di balik lutut
Salah satu titik seksual wanita yang sering dilupakan adalah daerah di balik lutut. Ketika pasangannya menyentuh daerah ini, mungkin wanita akan merasa geli, tetapi akan segera berubah menjadi menyenangkan ketika dipijat dengan lembut menggunakan minyak atau lotion.
3. Perut
Urutan lembut pada perut dapat memberikan pengalaman yang erotis bagi beberapa wanita. Bahkan, dalam beberapa kes, wanita mampu mencapai orgasme hanya dengan melakukan latihan perut tertentu.
Tidak semua orang mendapatkan kesan yang sama dari urutan di perut tersebut, tetapi membelai perut wanita sebelum memulakan foreplay boleh membantu meningkatkan suasana hati. Sentuhan tersebut mungkin juga menyebabkan otot vagina merasa berantisipasi dan meningkatkan ghairah.
4. Bibir
Bibir merupakan salah satu daerah yang paling erotis pada tubuh wanita. Menghabiskan sekurang-kurangnya lima minit berciuman atau hanya menyentuh bibir wanita dengan jari-jari sebelum hubungan seksual boleh meningkatkan ghairah.
5. Kulit kepala
Wanita selalu menyukai urutan di kulit kepala ketika sedang berada di salon. Sehingga suami dapat memberikan sentuhan sama kepada kulit kepala anda untuk melepaskan ketegangan. Para ahli menyatakan bahawa menggosok kulit kepala dapat meningkatkan hormon dopamin dan serotonin pada aliran darah yang membuat rileks.
6. Kaki
Beberapa lelaki mendapati bahawa kaki perempuan kelihatan lebih menarik. Urutan pada titik-titik tertentu pada kaki dapat mencetuskan ghairah seksual serta membuat wanita merasa selesa.
7. Leher
Leher adalah bahagian yang sangat sensual dari tubuh wanita. Memijat bahu dan memberikan ciuman lembut dari garis rambut ke pangkal leher dapat memberikan sensasi seksual yang luar biasa bagi wanita.

29 October, 2012

pic


Kelebihan memakan petai


25 Okt- Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun menjadi bahan dalam masakan seperti sambal tumis udang atau sambil ikan bilis dan sebagainya, membuatkan penggemar-penggemar petai berasa lapar.

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut yang kurang menyenangkan, petai turut mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. .

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). .

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.

24 October, 2012

[PANAS] Robengah Tak Nafi Dirogol, Sekadar Berkata ‘Saya Orang Kecil, Biar Tuhan Balas’




Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.

“Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini),” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.

Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.

“Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, ‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” katanya lagi.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .

Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.

Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.

Fariz bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.

Memorandum itu, antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuannya sebelum ini.

Memorandum berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam empat petang. -KD

Suami Cekup Isteri Berkhalwat Di Blik Tidur




Ayer Keroh - Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.

Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berkenaan, awal pagi kelmarin.

Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.

“Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri ini biasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

“Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.

Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.

"Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi," katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.

Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.

“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.

"Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya," katanya.

Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman. -SH

Khir Toyo: Tidak salah saya minta maaf



WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Oktober 2012
Dr Khir
Dr Khir (dua, kanan) berjabat tangan dengan Ronnie selepas selesai prosiding, semalam.
SHAH ALAM - Bekas Menteri Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa tindakannya meminta maaf kepada Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu di mahkamah semalam sebagai satu tindakan bacul dan boleh menjejaskan Umno di kedua-dua peringkat pusat dan negeri.
Katanya, tidak salah mengakui kesilapan dan memohon maaf jika menyedari telah melakukan kesilapan walaupun ada yang tidak berpuas hati.
"Saya tahu bahawa ramai rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya meminta maaf kepada Ronnie Liu dalam kes saman malu beliau ke atas saya.
"Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan Umno," kata beliau dalam tulisan blognya semalam.
Permohonan maaf beliau dibacakan di mahkamah pagi semalam.
Katanya, "bagi saya jika kita bersalah kita harus bersedia meminta maaf."
"Justeru itu saya tidak segan silu untuk merekodkan pengakuan permohonan maaf saya dalam mahkamah.
"Ini berikutan tujuan asal saya hanyalah mempersoalkan potfolio beliau menjaga Pihak Berkuasa Tempatan kerana terdapat aduan ke atas beliau kerana menghalang penguatkuasa PBT menjalankan tugas," kata beliau lagi.
Bagaimanapun jelas beliau, kenyataan-kenyataan pada sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran.
"Atas sebab inilah saya memohon maaf kepada beliau kerana saya tiada bukti atau fakta yang jelas menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan aktiviti pelacuran.
"Malahan sehingga kini, Ronnie belum disabitkan atas kesalahan menghalang tugas penguat kuasa. Ini menjadikan laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan saya sungguhpun ada asas (berasaskan laporan polis) tidak dapat disahkan sebagai fakta yang benar," tambah Dr Khir.
Dr Khir juga berkata, ada yang meminta beliau meneruskan perbicaraan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan orang ramai untuk membuat penilaian.
"Namun saya berpendapat cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Memohon maaf bukan sahaja memberi ruang hubungan baik sesama Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga membuka ruang demokrasi yang lebih matang.
"Menjadi mangsa kepada banyak tohmahan, tuduhan dan fitnah saya menyedari bahawa memanjangkan isu-isu yang tiada bukti nyata ini hanya memberi kesan yang sangat mendalam kepada ahli keluarga mereka yang terbabit," katanya.
Justeru kata Dr Khir, dalam keadaan itu, beliau fikir permohonan maaf  yang dibuat semalam sangat tepat pada masanya.
"Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada Umno dan Barisan Nasional kerana saya bukan lagi pemimpin Umno negeri," kata beliau.

23 October, 2012

Dinoda dalam keadaan tidak sedarkan diri



KUALA LUMPUR: Seorang wanita menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah pergi mengambil bekas alat tulis miliknya yang tertinggal di tempatnya berkursus di Bukit Kiara, di sini, Sabtu lalu.
Wanita terbabit dikatakan baru selesai mengadakan perbincangan dengan rakannya dan pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun menyedari dirinya diekori ketika menuju ke lif bangunan berkenaan sebelum tidak sedarkan diri apabila menoleh ke belakang.

“Mangsa sedar dua jam selepas itu dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta memegang bekas alat tulis miliknya itu di dalam lif berkenaan, seorang diri.

“Bagaimanapun, mangsa yang masih kebingungan terus balik ke bilik penginapannya di bangunan sama sebelum berasa sakit di kemaluannya ketika membuang air,” katanya.

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, keesokan harinya selepas mengesyaki dirogol sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol
.

Bekas imam didakwa pukul mangsa ditangkap khalwat


WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Oktober 2012
Bekas imam didakwa pukul mangsa ditangkap khalwat
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
AYER KEROH - Enam lelaki termasuk seorang bekas imam didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan memukul tiga orang termasuk seorang wanita menggunakan cota besi, dua tahun lalu.

Md Isa Md Tahir, 27, Nazri Karim, 25, Abdullah Md Tahir, 22, Razali Abdol Bozik, 43, Zulkifli Ahmad, 52, dan Mohd Suhairi Abu, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ke atas mereka.

Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan cota besi terhadap Hazizul Fazudin Hashim, 25, Mohammad Zarul Safuan Abd Razak, 23, dan Norshikin Abdul Malek, 18.

Mereka melakukan kesalahan itu di atas jalan raya, Masjid Felda Air Kangkong, Selandar, Jasin kira-kira 12.30 tengah malam, 15 Mac 2010.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili Peguam Bela Muhammad Hazri Hanafi memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya dari golongan susah.

“Berdasarkan keterangan semua tertuduh walaupun tidak dibuktikan lagi, mangsa yang dipukul di kawasan masjid itu adalah kerana ditangkap khalwat,” katanya.

Hakim Abu Bakar Katar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Yang ini pun hasil karya pegawai Bahagian Perumahan orang kuat UMNO yang terbabit skandal RM2.55 juta tu...



Yang ini pun hasil karya pegawai Bahagian Perumahan orang kuat UMNO yang terbabit skandal RM2.55 juta tu...

Masihkah kau ingat isu di bawah ini...?

Orang yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan wang rakyat di atas ialah Pengarah Urusan Permodalan Kedah Berhad (PKB) pada waktu itu yang juga merupakan orang kuat dan orang kepercayaan MB Datuk Mahdzir Khalid. 

Pegawai itulah yang dikaitkan dengan isu penyelewengan RM2.55 juta di bahagian Perumahan seperti dilaporkan oleh Audit Negara. Orang kuat UMNO Bahagian Kuala Kedah itu tidak lain dan tidak bukan ialah Abd Rahman Mohd Saad.


Isu MCA Hina Nik Aziz, UMNO Membisu, DAP Bela "Tok Guru"




Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz

DAP hari ini (semalam) berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam.

22 October, 2012

Buat maksiat di hotel bajet



WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Oktober 2012
Buat maksiat di hotel bajet
Pegawai Penguat Kuasa Syariah Dungun merampas sehelai seluar dalam milik pasangan terbabit untuk dijadikan bahan bukti kes selepas menahan pasangan berkenaan pagi kelmarin.
DUNGUN - Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

Bagaimanapun,  pelajar jurusan diploma sains itu tidak terus pulang ke kampung, sebaliknya mengambil kesempatan melepaskan rindu di sebuah bilik hotel yang disewa teman lelakinya, seorang pemandu ekskubator.

Perbuatan tidak bermoral pelajar berasal dari Kampung Ulu Jenut, Kuala Krau, Temerloh itu bagaimanapun menjerat dirinya sendiri setelah bilik penginapannya diserbu pihak Pegawai Penguat kuasa Syariah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Selepas pintu dibuka oleh teman lelakinya, pelajar berkenaan difahamkan hanya bertuala dengan memakai baju sendat ketat tanpa pakaian dalam manakala teman lelakinya, 21 tahun, dalam keadaan separuh bogel.

Siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan muhrim.

Kesemua seluar, baju dan pakaian dalam milik pasangan terbabit turut dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah 19 November nanti mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Teman Pengganti !!!!!!

Tanggal 25/09/12 ( selasa)  - Tepat Jam 8.50 pm di bahagian Kecemasan & Trauma Hospital Kulim , kami sekeluarga akur dengan kembalinya ke rahmatullah , Allahyarham Muhammad Hafiz Bin Mohd Nasir
anak saudara yang paling rapat dengan aku sejak kecil sampai la ke akhir hayat nya  .
Arwah with HAZIQ HILMI 


Arwah with HAZIQ HILMI 

Arwah with Along Faten Najihah di Puncak Titiwangsa, Lebuh raya Timur Barat 


Tanggal 16/10/12 (selasa) - Tepat jam 1.20 pm di dewan bersalin Hospital Kulim , wife aku selamat bersalin anak lelaki kami yang aku nama kan Muhammad Imran Hafiz , nama yg ditinggalkan oleh arwah sebelum ia pergi selamanya.



Semoga Arwah sentiasa diberkati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman .

Isteri murung kerana zakar suami lemah




Hampir 70% kaum wanita di malaysia tidak dapat kepuasan seks di ranjang kerana suami lemah tenaga batin, zakar cepat pancut, zakar kecil dan pendek, zakar cepat kendur dan lembik, dan suami kurang bertenaga dan cepat penat bila berasmara diranjang sebelum wanita mencapai klimaks dan kepuasan.


Wanita akan kemurungan dan kegersangan serta mencari kepuasan sendiri tidak kira dengan apa cara sekalipun. Ada juga wanita yang sanggup mencari lelaki lain atau lelaki warga asing untuk mendapatkan kepuasan seks mereka. Minta dijauhkan malapetaka ini dari kita semua.

Perlukah Perkara Ini Di Biarkan???

Bayangkan jika anda berjaya memperbaiki diri anda. zakar anda lebih kuat, mantap, hebat, besar dan panjang dari sebelumnya, air mani anda lebih pekat dan banyak serta anda semakin bertenaga dan berkeupayaan berdayung lebih lama, pasti wanita anda sentiasa kepuasan dan sentiasa rindukan kehebatan anda di ranjang tidak kira di mana anda berada. Tiada lelaki lain dalam hatinya kecuali anda.

Ini membuktikan, kehebatan lelaki di ranjang akan mempengaruhi kasih sayang dan cinta wanita. Wanita akan sentiasa kerinduan, kegersangan dan inginkan layanan seks dari anda apabila terkenangkan kehebatan anda di ranjang.

Duit yang banyak boleh di cari dan bertambah. Tetapi zakar anda hanya SATU dan TIDAK BOLEH di tukar ganti. Jadi, jaga zakar anda hari ini agar sentiasa kuat, hebat, perkasa dan muda selalu.


Mungkin sebelum ini sudah pelbagai pil dan gel sapuan yang telah anda gunakan... namun kurang berhasil. Saya cadangkan anda mencuba LastingLust Serum dan Lastinglust Intensive Oil kerana produk ini dihasilkan dari “Scientific Herbal Formulation” dengan menggunakan herba-herba tempatan dan luar negara untuk memberikan penyelesaian terbaik dan selamat buat zakar anda. Selamat mencuba.

Kantoi! Bapak skodeng pengantin baru…



Setelah sekian lama bercouple, akhirnya Ammar dan Siti selamat diijabkabulkan di majlis yang begitu meriah. Majlis pernikahan dah selesai tetamu pun sudah balik.
Di ruang tamu, si ayah mengelamun sendiri. Boring dengan situasi itu, si ayah melangkah ke bilik pengantin.
Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah. Si ayah pula memasang telinga mendengar perbualan.
Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang.
” Nak cuba pakai malam ni, bang.” pengantin perempuan bersuara berdebar dada si ayah mendengarnya. ” Boleh saja biar abang masukkan?” Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.
“Tak muat bang, sempit oh sakitnya.” Ternyata kasut itu bukan saiznya. “Kalau tak muat nak buat camana?” tanya pengantin lelaki gundah suaranya.
” Sapu air liur…!” Si ayah bersuara dari luar bilik. Ammar dan Siti ketawa berdekah-dekah dalam bilik. Ternyata ayah sudah silap membuat terjahan!!!!
.
Lawak ke 2#
.
Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik. Selang 15 minit si isteri mengerang.
“Adui.. Sakitnya B… !”
Si suami cuba menenangkan isterinya.
“Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..”
Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan.
“Sakitnyerrr B………”
Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk.
“Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut.”
Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin.
Dengan rasa geram papa memarahi menantunya.
“Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!”
Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata kepada papa nya..
“Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”

12 October, 2012

RAMAI LELAKI DAYUS TANPA DISEDARI ?




Dayus ialah lelaki yang mengetahui perkara dosa dilakukan oleh ahli keluarganya dan dia sekadar senyap dan membiarkan ia berlaku tanpa diambil apa-apa tindakan, dan termasuk dayus juga lelaki yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat". (Imam Az-Zahabi, Al-kabair)

Nabi saw. bersabda, "Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, anak yang derhaka kepada ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus." (HR Ahmad dan Nasaie)

Nabi saw. bersabda, "Tiga yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya." (HR Ahmad)


ERTI DAYUS


Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-



1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله


Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)


Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus


Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-


هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)


Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )


Berkata pula An-Nuhas :


قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)


Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )



Imam Az-Zahabi pula berkata :-


فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )


Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.


Dayus adalah dosa besar


Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :


لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )


Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.


Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :


والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )



Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-


الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )


Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah


Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.


Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.


"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"


Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.


Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi


قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.


Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-


" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"


Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.


Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.


Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.


Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.


Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/10/ramai-lelaki-dayus-tanpa-disedari.html#ixzz294DSECu5

Bukan Bogel Atau Pakai Bra Pun! – Erin Malik

Bukan Bogel Atau Pakai Bra Pun! - Erin Malik


KUALA LUMPUR – Pelakon muda yang mencetuskan kontroversi lagi selepas memuat naik gambar ‘daringnya’ sebelum tidur ke profil Instagram baru-baru ini tidak mengerti kenapa dirinya dihentam teruk oleh orang ramai.
Nur’Arina Abdul Malek, 18, atau lebih dikenali sebagai Erin Malik jujur merasakan tidak adil apabila dirinya dihukum dengan kesilapan yang kecil sahaja.
Dua tahun yang lalu Erin pernah mencetuskan kontroversi kerana menindik lidahnya walaupun dia masih lagi bersekolah ketika itu.
Akibat dari tindakannya itu, dirinya dikecam teruk kerana berperangai seperti gadis yang liar.
“Erin tak fahamlah. Kenapa artis-artis lain tak ada masalah. Erin rasa ini tak adil untuk diri sendiri.
“Apa je yang Erin buat mesti orang akan cakap. Macam sebelum ini isu bertindik lidah. Isu tu sebenarnya dah 2 tahun berlalu, tapi sekarang ini masih lagi ada orang ungkit dan tanya benda yang sama. Kenapa agaknya ya?” kata Erin yang dipetik dari blog OhBUlan!.
Mengenai gambarnya yang dikatakan berunsur lucah dan menghairahkan, Erin menafikan gambar itu ditujukan buat kekasihnya seorang sahaja.
Hakikatnya, Erin menjelaskan dia memuat naik gambar itu untuk tontonan pengikutnya di profil laman sesawang itu.
Malah, Erin menegaskan isu itu tidaklah sebesar kontroversi teruk yang seperti dilakukan artis-artis tempatan lain.
“Gambar ini jadi isu sebab Erin ada letak nama Walid Wahid. Lagipun Erin takda pun cakap gambar tu untuk dia sorang. Erin cakapkan ‘Good night utk saya & Good morning utk semua.’ Erin saja letak nama Walid sebab masa tu Erin baru lepas cakap telefon dengan dia.
“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.
“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun,” kata Erin menerusi blog zubir5588.
Namun, selepas isu gambarnya itu tersebar meluas, Erin mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang gambarnya selepas ini.
Oleh: NAIMAH SHAARI

Panas ! Aksi Terhangat Janda Bernama Manohara ( 18Sx )




TERKINI!!! Aksi SEKSI Manohara dan Ibunya di Kelab Malam..


Artis cantik Manohara Odelia Pinot kembali membuat sensasi setelah lama tidak muncul dikhalayak ramai..

Baru-baru ini, Manohara dan ibunya menggemparkan masyarakat Indonesia setelah keduanya berpakaian sangat seksi disebuah pusat hiburan..

Ibu Manohara Daisy Fajarina yang sebelum ini sering mengenakan pakaian sopan, dikritik hebat oleh media hiburan negara berkenaan setelah gambarnya berpakaian seksi tersebut diketahui umum..

Dalam gambar berkenaan, Daisy dan juga Manohara mengenakan pakaian yang hampir mendedahkan payudara mereka sambil diapit oleh dua lelaki yang tak dikenali..

Daisy dan Manohara ketika ditemui media, langsung tak mahu memberikan sebarang komen tentang perkara tersebut.

Malah diberitakan, anak beranak berkenaan menyalahkan media dan orang ramai kerana terlalu mengambil tahu tentang kehidupan peribadi mereka..




10 October, 2012

Erin Malek Bergambar Sebelum Tidur Untuk Kekasih?



Nama pelakon Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.


Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.

Erin menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid."

Erin ketika dihubungi berkata, “Gambar itu saya tujukan untuk semua. “Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.

Gambar dimuat naik Erin Malek melalui Instagramnya
“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun," katanya lagi.

Erin atau nama sebenarnya Nur’ Arina Abdul Malek, 18, juga menyatakan dia tidak pernah membaca segala komen atau kritikan yang dilemparkan terhadapnya melalui gambar terbabit.

“Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus,” katanya.

Ketika ditanya adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati memuat naik gambarnya pada masa akan datang, Erin menjelaskan, “saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya."

09 October, 2012

Wanita Lebih Mudah Diajak “Making Love” di Musim Panas…



Berbanding lelaki, mood bercinta wanita memang cenderung lebih susah. Keletihan dan stres sangat mudah mempengaruhi ghairah seks wanita. Tapi di musim panas, di mana matahari bersinar terang, wanita lebih mudah diajak bercinta. Mengapa?
Setiap musim dan cuaca mempunyai pengaruh berbeza pada ghairah seks. Bagi lelaki, musim panas mungkin lebih menguntungkan kerana tak perlu susah-susah mengajak pasangannya bercinta.
Ghairah bercinta wanita lebih baik di musim panas. Jika di negara dengan 4 musim, maka libido wanita terbaik di musim panas dan bunga. Alasannya adalah hormon.
Hormon yang merangsang keinginan seks, yang disebut melanocyte Stimulating Hormone (MSH), meningkat pada musim panas kerana disekresikan tubuh wanita ketika ada sinar matahari cerah. Perkara ini juga berlaku untuk lelaki tapi pengaruhnya lebih jelas terlihat pada wanita, seperti dilansir onlymyhealth, Isnin (8/10/2012).
Selain meningkatkan ghairah seksual, MSH juga berkaitan dengan peraturan sintesis melanin, yang membuat kulit berwarna lebih gelap untuk melindungi dari bahaya sinar ultraviolet.
Tidak hanya kerana pengaruh MSH, pada musim panas neurotransmitter yang disebut serotonin dihasilkan lebih banyak di otak, baik pada lelaki dan wanita, selama musim semi dan musim panas.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa dengan peningkatan luminositas sinar matahari, pengeluaran serotonin juga meningkat. Itulah mengapa anda merasa seperti mempunyai ghairah seks lebih di musim panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...