Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

12 October, 2012

Bukan Bogel Atau Pakai Bra Pun! – Erin Malik

Bukan Bogel Atau Pakai Bra Pun! - Erin Malik


KUALA LUMPUR – Pelakon muda yang mencetuskan kontroversi lagi selepas memuat naik gambar ‘daringnya’ sebelum tidur ke profil Instagram baru-baru ini tidak mengerti kenapa dirinya dihentam teruk oleh orang ramai.
Nur’Arina Abdul Malek, 18, atau lebih dikenali sebagai Erin Malik jujur merasakan tidak adil apabila dirinya dihukum dengan kesilapan yang kecil sahaja.
Dua tahun yang lalu Erin pernah mencetuskan kontroversi kerana menindik lidahnya walaupun dia masih lagi bersekolah ketika itu.
Akibat dari tindakannya itu, dirinya dikecam teruk kerana berperangai seperti gadis yang liar.
“Erin tak fahamlah. Kenapa artis-artis lain tak ada masalah. Erin rasa ini tak adil untuk diri sendiri.
“Apa je yang Erin buat mesti orang akan cakap. Macam sebelum ini isu bertindik lidah. Isu tu sebenarnya dah 2 tahun berlalu, tapi sekarang ini masih lagi ada orang ungkit dan tanya benda yang sama. Kenapa agaknya ya?” kata Erin yang dipetik dari blog OhBUlan!.
Mengenai gambarnya yang dikatakan berunsur lucah dan menghairahkan, Erin menafikan gambar itu ditujukan buat kekasihnya seorang sahaja.
Hakikatnya, Erin menjelaskan dia memuat naik gambar itu untuk tontonan pengikutnya di profil laman sesawang itu.
Malah, Erin menegaskan isu itu tidaklah sebesar kontroversi teruk yang seperti dilakukan artis-artis tempatan lain.
“Gambar ini jadi isu sebab Erin ada letak nama Walid Wahid. Lagipun Erin takda pun cakap gambar tu untuk dia sorang. Erin cakapkan ‘Good night utk saya & Good morning utk semua.’ Erin saja letak nama Walid sebab masa tu Erin baru lepas cakap telefon dengan dia.
“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.
“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun,” kata Erin menerusi blog zubir5588.
Namun, selepas isu gambarnya itu tersebar meluas, Erin mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang gambarnya selepas ini.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...