Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

08 October, 2012

Suami buntu isteri mahu minta cerai




E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BARU-baru ini, berlaku pergolakan antara saya dan isteri yang memberitahu dia sudah tiada hati dengan saya dan menyintai orang lain.
Dia juga meminta supaya diceraikan, namun saya belum menceraikannya kerana masih sayangkan anak yang masih kecil.
Saya dayus kerana masih belum menceraikannya walaupun isteri tidak menyukai saya lagi.

Sehingga kini, kami hanya seperti kawan walaupun tinggal sebumbung. Apa yang seharusnya saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?


INSAN BUNTU,
Perlis



TANGGUNGJAWAB isteri adalah mentaati suami dan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri. Apabila seseorang isteri tidak lagi mentaati suami, dia dikira nusyuz (menderhaka).

Begitu juga jika isteri menduakan suaminya sehingga meminta diceraikan. Itu menggambarkan akhlak buruk seorang isteri dan bukan lagi termasuk wanita yang baik.

Islam mengajar beberapa tindakan antaranya suami perlu bersabar buat sementara dan mengambil tindakan menasihati isteri supaya kembali taat.

Jika isteri masih tidak taat, suami boleh memulaukan isteri dengan enggan tidur bersama. Seterusnya suami boleh mengambil tindakan memukul isteri secara baik dan tidak mencederakannya.

Memukul itu seperti mengajar anak dengan tujuan mendidik. Kadang-kadang terdapat juga isteri yang boleh diubah perangainya secara sedemikian (lihat al-Quran, Surah al-Nisa’ (4): 34).

Jika gagal, dapatkan bantuan keluarga bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga anda. Sekiranya kedua-dua pasangan berdamai, rumah tangga kembali aman dan bahagia.

Sekiranya tidak, perceraian adalah proses terakhir dan itulah sebaiknya kerana sebab yang berlaku di atas. Perkara sedemikian ada berlaku dalam kehidupan Rasulullah bersama isteri-isteri baginda.

Al-Quran mengajar baginda bagaimana berdepan dengan isteri. Allah berfirman dengan maksudnya: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepada kamu mut’ah, dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Dan sekiranya kamu mahukan keredaan Allah dan Rasul-Nya serta kemewahan di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.” (Surah al-Ahzab (33): 28-30).

Ambillah pengajaran ayat di atas dalam menangani masalah rumah tangga anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...