Kuala Lumpur: ‘Mimpi’ peminat kumpulan ‘heavy metal’ legenda dunia, Metallica di negara ini untuk menonton persembahan kumpulan itu di depan mata akhirnya menjadi kenyataan apabila Metallica mengesahkan akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka, di sini, pada 21 Ogos ini jam 9 malam.
Metallica yang dianggotai James Hetfield (vokal, gitar), Kirk Hammett (gitar), Lars Ulrich (dram) dan Robert Trujillo (bass) dalam kenyataan di laman web rasmi kumpulan itu kelmarin berkata, Kuala Lumpur bakal menjadi lokasi persinggahan mereka buat pertama kali dalam konsert jelajah di Asia Tenggara.
Selain Kuala Lumpur, Metallica turut singgah di Singapura pada 24 Ogos dan Jakarta, Indonesia pada 25 Ogos.
No comments:
Post a Comment