Adila Telah Bertunang Dan Bukan Dengan Fahrin
on August 19th, 2013 by admin | No Comments »
Apatah lagi apabila ramai mengetahui mengenai statusnya sebagai kakak kepada ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu suami kepada penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza, membuatkan Zaiton atau Kak Tin turut mendapat perhatian media.
Selain majlis rumah terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang berlangsung pada Sabtu lalu, Zaiton turut mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya, Zetty Adila Ramly yang berlangsung pada sebelah petang hari yang sama, 17 Ogos lalu.
Zetty Adila yang pernah dikatakan rapat dan menjadi teman wanita kepada aktor Fahrin Ahmad, telah mengikat tali pertungan dengan jejaka pilihan hatinya. Pihak Murai telah berjaya mendapatkan komen Zaiton mengenai majlis pertunangan ini.
“Memang dahulu anak saya pernah dikaitkan dengan pelakon Fahrin Ahmad kerana mereka sering dilihat bersama dan sebagainya. Tetapi anak saya sendiri sebenarnya tiada memberitahu mengenai sejauh mana hubungannya dan Fahrin jadi saya anggap mereka rapat atas urusan kerja.
“Anak saya turut terlibat di dalam produksi dan bertindak sebagai eksekutif produser. Mungkin perhubungan mereka yang pada asalnya melibatkan pelakon dan wakil produser itu disalah anggap bila sering dilihat bersama kerana komitmen Fahrin dengan syarikat kami.
“Tiada perkara untuk saya ulaskan kerana ini pilihan anak saya, cuma jejaka itu bukanlah berstatus selebriti,”ujar Zaiton ketika ditanya mengenai status hubungan anaknya Zetty Adila yang pernah digosipkan dengan Fahrin Ahmad.
No comments:
Post a Comment