Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

05 August, 2013

GEMPAR! Aidil Sah Cerai Talak Satu Dengan Rita Rudaini

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku ‘perang SMS’ di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: “Aku ceraikan kau talak satu.”
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.
Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.-mstar online
p/s : apa komen anda dengan tindakan Aidil?Wajarkah?Adakah Zubir juga harus dipersalahkan kerana dengan tulisannya menjadikan Aidil hilang sabar?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...