Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

06 January, 2012

Laksa Syafika..yurk ke Baling !



Macam ni yang kita mau ! Takpa..minggu depan wak ada hal kena ke Baling, so..nak pekena 'laksa' syafika..kenkawan kata sedap bro !! Yurk..!!

Seorang graduan universiti, Syafiza Mohd Sakri, 25, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak malu menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan Lebuhraya Tanjung Pari Weng, sejak tiga bulan lalu.

Syafiza, yang berasal dari Kampung Haji Yunus, nekad untuk menceburi bidang perniagaan yang diusahakannya, walaupun hanya berniaga kecil-kecilan, dia mampu meraih pendapatan bersih RM250,00 sehari.

Menurutnya, dia berniaga setelah lima kali gagal temuduga untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, namun dia tidak pernah patah semangat untuk berjaya.

“Insya-Allah, sekiranya diizinkan Tuhan, saya ingin memperbesarkan lagi perniagaan ini dan memperkenalkan lebih banyak makanan.

“Kini, saya menjalankan perniagaan makanan seperti bihun sup, laksa, nasi lemak dan rojak setiap hari kecuali Jumaat, bermula jam 7 pagi hingga 6 petang,” katanya yang merupakan anak ketiga dari enam adik beradik ini.

Syafiza berkata, sebelum ini dia pernah bekerja di Airport Kargo sebagai kerani kewangan tetapi terpaksa berhenti kerana ibunya, Zawiyah Ahmad jatuh sakit dan meninggal dunia Mei lalu.
Menurutnya, walaupun tidak ada pengalaman berniaga, dia nekad untuk menjalankan perniagaan tersebut setelah mendapat sokongan daripada keluarganya.

“Kini, saya dibantu oleh adik, Norshafira, 20, dan abang ipar, Wan Azman Abdul Ghani, 32, untuk menjalankan perniagaan ini.

“Saya berasa puas dengan apa yang dilakukan. Saya tahu, tiada siapa yang akan mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. Sebab itu saya kuatkan semangat untuk berniaga seterusnya dapat membantu ahli keluarga,” katanya.

Syafiza berkata, dia tidak pernah terasa sekiranya ada yang mengatakan graduan universiti hanya mampu membuka gerai makanan di tepi jalan.

“Kenapa kita perlu malu untuk berniaga di tepi jalan. Yang penting usaha dan pekerjaan yang dilakukan. Apa gunanya pendapatan kita berpuluh ribu ringgit sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu haram.

Kemungkinan saya akan menghadiri kursus pengendalian makanan untuk memantapkan lagi perniagaan. Insya-Allah, saya akan kembangkan lagi perniagaan ini dan ingin membuktikan peniaga di tepi jalan juga mampu berjaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...