Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

16 December, 2011

Isyarat Wanita Yang Perlu Lelaki Ketahui !!!!


Jom ketahui isyarat si wanita. Info yang lelaki patut ketahui.. :)

SEWAKTU menghadiri suatu majlis, anda terlihat seorang gadis jelita berjalan didepan anda. Sambil memerhatikan gerak serta susuk tubuhnya, anda cuba menghampiri dengan harapan agar dapat menawan hatinya. Anda cuba menunjukkan penampilan dan keyakinan yang cukup tinggi dan terbaik. Tetapi akhirnya, dia menolak hasrat anda tanpa memberi sebarang alasan. Kenapa ia berlaku?
Kemungkinan besar anda tidak memahami isyarat tubuh sebelum anda mendekatinya. Untuk itu, cuba ikuti langkah-langkah berikut. Pasti anda tidak akan kecewa lagi.
Isyarat pertama : Bulatan terbuka (The Open Circle)
Jika anda berada di sesuatu maffis, cuba perhatikan sekeliling anda. Pasti ada tetamu wanita yang sedang berbual-bual dalam satu kumpulan. Sekarang, cuba perhatikan sama ada kumpulan itu berkumpul dalam satu bulatan yang longgar (terbuka) atau rapat (tertutup) antara satu sama lain. Perkara seperti boleh memberi isyarat bahawa jika kumpulan wanita itu duduk secara terbuka,ia membawa maksud mereka mengalu-alukan perhatian anda. Justeru, mulakan dengan merapati mereka sambil bertanya khabar. Pastikan juga penampilan anda berada di tahap yang terbaik agar mereka lebih senang dan tertarik dengan anda.
Isyarat kedua : Lirikan mata
Mungkin anda sedang berbual-bual dengan rakan mengenai sesuatu isu. Sambil itu, jangan lupa, lemparkan pandangan di sekeliling anda. Mungkin ada wanita idaman anda berada di depan mata dan pastinya ia lebih penting berbanding isu yang sedang dibincangkan bersama rakan anda. Perhatikan lirik matanya dengan mendalam. Lirikan mata wanita sebenarnya membawa banyak maksud. Anda perlu bijak mentafsirkannya. Lirikan manja dan penuh menggoda, tandanya dia bersedia untuk didekati. Beranikan diri dan mainkan peranan anda seperti bertanya khabar. Pasti akan membuahkan hasil.
Isyarat ketiga : Gaya catwalk
Ada satu rahsia yang semua lelaki patut tahu. Selalunya kita tidak akan terlalu kerap untuk ke bilik air terutama dalam jangka masa yang agak rapat. Andai ada wanita yang lalu didepan anda berulang kali dalam masa beberapa minit, berikan perhatian! Selalunya tingkah laku sebegini merupakan satu petanda wanita tersebut inginkan perhatian daripada anda sekurang-kurangnya mengharapkan anda mempelawanya duduk dan minum bersama.
Isyarat empat : Renungan
Kebanyakan isyarat yang dinyatakan adalah bertumpu kepada isyarat mata. Kebanyakan wanita tidak kekok untuk melakukan isyarat mata terutamanya pada lelaki yang diinginkannya. Cuba gunakan pula taktik senyuman, ia mungkin kaedah termudah untuk melihat reaksinya. Jika positif,teruskan usaha merapatinya.
Isyarat kelima : Mengusap rambut
Semua wanita tahu bagaimana untuk mendandan rambut agar kelihatan lebih cantik. Tidak kira sama ada mendandan, mengusap mahupun membelai rambut hingga ke belakang bahu, mesej sebenarnya jelas, untuk menarik perhatian lelaki. Lelaki mana yang tak inginkan belaian dan usapan wanita!
Isyarat keenam : Perhatian berkumpulan
Wanita sememangnya suka bercakap dan bergosip. Tapi kebanyakan kalangan mereka sukar untuk menyimpan rahsia. Mungkin anda hanya memerhati seseorang wanita itu, namun perkara utama yang terlintas dalam fikiran mereka adalah anda cuba untuk memikat hatinya. Adakah perkara sedemikian menarik perhatian mereka, pasti mereka akan menceritakan kepada teman-temannya yang lain
Isyarat ketujuh : Berperwatakan ceria
Selain berpenampilan menarik, perkara lain yang turut diberi keutamaan adalah karakter seseorang itu. Jika anda mempunyai perwatakan ceria dan pandai bergurau, ia akan memberikan satu kelebihan. Sekiranya wanita tersebut tersenyum atau terhibur dengan gurauan anda, mesej yang timbul adalah dia senang dengan cara anda dan pastinya ingin merapati anda dengan lebih dekat lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...