Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

02 March, 2011

Mar 2, 2011 [AKHBAR] - POKOK PETAI MENANGIS


Salam ,

Ini Citer Asal tntang pokok menangis tu !!!! Wallahualam .....

 

POKOK PETAI MENANGIS

بسم الله الرحمن الرحيم
KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan menangis sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.
Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan menangis, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.

Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.
Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.
Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan, katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai menangis.
Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya, katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.
Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat, katanya. - HMetro

Mar 2, 2011 [CERITA] - MASYALLAH - `besarnya kuasa Mu ALLAH' Kisah pokok petai menangis

Assalamualaikum.....

Yang ni aku nak kena tulis juga ....Penting !!!!!
2-3 hari ni kecoh di sekitar Kampong Lembah, Raja Pinang, Tunggal Seberang Prai Utara pasai penemuan sepohon pokok petai yang dikatakan menangis & mengeluarkan air tak henti2......

Alhamdulillah petang semalam , aku dapat balik awal sikit keje...sampai umah dlm 6.30 camtu....
pas minum petang yang disediakan oleh isteri yang tercinta - wife aku ajak aku pegi tengok kejadian
pokok petai menangis yang heboh dikatakan orang itu....aku pun setuju saja la...

lebih kurang 6.45 ptg ..aku & wife serta 2 anak aku - haziq & irfan terus memecut motor kriss 100 aku menuju ke Kg Lmbah Raja.....selang 3 kampong dari kmapong aku.......Actual location tak tau ....
cuma dapat hint sikit2 dari org yang dh pegi tengok .....

Anyhow....aku sampai juga tmpat yang dituju.....aku ikut orang ramai yang berpusu2 masuk.....
Sampai jer...nampak macam biasa jer....sepohon pokok petai tua di belakang umah .....
Aku rapat ke bawah pokok tersebut ....and tiba2 ....

terasa air menitis tak henti2 menimpa ku ......umpama gerimis....Masyaallah besar nya kuasa Mu Ya Allah.....bila renung betul2 kat atas....memamg nampak macam air hujan mencurah dari celah2 ranting pokok petai tersebut........malangnya aku terlupa bawa kamera smlm....snap juga2 2-3 kping guna handphone tp tk download lagi......

Apapun ... aku percaya ini lah Peringatan Allah SWT kpd kita supaya sentiasa ingat akan kebesaran kuasanya.

Insyallah bila download nnti ..aku akan share dlm entri2 berikutnya ...wassalam

Mar 2, 2011 [AKTIVITIKU] - `TIRING WEEKEND'

assalamualaikum wbt ...

Last weekend - aktiviti aku most on time inside my Avanza & on the road.....
started Jumaat petang - balik keje dalam pukul 6 ptg.....sampai umah dah almost 7...
After solat maghrib , straight away keluar & balik ke rumah orang tua aku ...
on the way sempat singgah pasar malam kat ujung kampong aku .

Sampai umah orng tua around 8.30pm ...makan2 & sambil smbang2
8.45pm - aku ambik tmpat kat depan TV org tua aku ...Sianran Langsung Liga Super Kedah Vs Kelantan....boring !!!!! Mutu permainan kedah teruk sgt berbanding ngan reputasi pemain yang dia ada ....rata2 pemain kebangsaan . Anyhow fair result - 1-1 draw...
masa halftime - lari pegi smbahyang Isyak siap2...*& smbg tengk sampai abis.....

Game abis 10.35pm....straight away , naik kereta ngan whole  family aku & org tua + adik aku .
Destinasi seterusnya adalah kulim hightech park , kilang celestica tempat sorang lagi adik aku bekerja. Dia balik pukul 11mlm ....tapi 11.20 mcm tu baru boleh bertolak dari kilang .

Roughly 11.45pm aku ada di Petrol Pump PETRONAS di sbrg jaya......and continue journey ....
Destinasi kami malam tu ada Sri Manjung kat lumut . dalam perjalanan banyak lori2 treler panjang2 atas highway ......aku dok bincang ngan wife ...jenuh la ari ni ...kul baper nk sampai ...
Dlm kul 12.45 cmtu , singgah jap kat R&R Bukit Merah....& continue again journey to Changkat Jering exit .

Pas bayar tol RM 10.60.....tup2 ada JPJ buat road-block . dalam hati ku ...ALHAMDULILLAH
Allah nk permudahkan perjalanan aku mlm tu ....sepanjang perjalanan dari Changkat Jering ke Trong
tak ada sebiji pun lori atas jalan...semua either tak masuk exit tu atas berhenti kat tepi jalan .....
Dari Trong ke Pantai Remis ...ada lah 5-6 buah lori saja yang jumpa....macam tu juga dari Pantai remis
ke Sri Manjung.

Dipendekkan citer aku sampai kul 2.00pg tepat di hadapan rumah 2 tingkat setengah abang aku di Taman Samudera, Sri Manjung  ( betul belakang Supermarket Billion) - sapa yang lalu boleh singgah
pekena Nasi Ayam & Bihun Sup Kedah kat kedai dia.

sampai jer , bual2 kejap dalam kul 3 baru masuk bilik tidor.....tup2 jap jer rasa ...dah pukul 6.30am
bangun smbhyang subuh & pastu tak tidor dah .....Pastu melayan internet jap .....
kul 10 pagi mula berjalan lagi. Pagi tu ...meronda kot Lumut Waterfront  dalam 1 jam .....
 & terus ke butik pengantin ,,,,tgok baju pngantin untuk adik aku yang nk kahwin hujung bulan 5 ni ...
tup2 dah pukul 1.00 lbh ....dia bawa pula pegi kedai nasi kandar .....makan !!!!!!!satu meja panjang
balik ....dh kul 2 lbh .....smbhyang zohor....after that kuar lagi ...kali ni cari aksesori ..bunga telor & so on......

tak abis lagi ...smbung ke Tesco sri manjung pula....last2 kul 6 baru smapi umah...relax jap
pas maghrib, dlm 8.15 mlm ...start bertolak balik kedah..................
sampai kat umah kul 12 tgh malam .......

masyallah letih tak terhingga ......









 

Mar 1, 2011 [AKHBAR] - ‘Goyang lalok’ rai hari lahir

‘Goyang lalok’ rai hari lahir

Oleh Sarah Zulkifli dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu meraikan hari lahir rakan secara luar biasa, 25 lelaki dan lima wanita ditahan ketika ‘goyang lalok’ dalam satu parti liar dadah dan arak yang dianjurkan mereka di sebuah hotel di Jalan Pudu, Pudu Ulu di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, semua suspek berusia antara 18 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ketika asyik menari dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Malah, ada dakwaan mengatakan kumpulan terbabit turut melakukan hubungan seks ketika meraikan majlis hari lahir seorang daripada mereka. Semua mereka dipercayai saling mengenali antara satu sama lain.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah, antaranya Eramin 5, methapetamin dan Ecstasy.

Menurut sumber, sepasukan polis bergegas menyerbu bilik hotel bertaraf tiga bintang itu selepas menerima aduan daripada penghuni lain kerana kumpulan terbabit dikatakan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman mereka.

“Ketika serbuan dilakukan, ada segelintir daripada kumpulan terbabit masih menari kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi, mengesahkan penahanan kumpulan terbabit.

“Hasil ujian air kencing yang dilakukan, 19 daripada mereka termasuk dua wanita didapati positif dadah. Malah, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah yang digunakan dalam parti berkenaan.

“Mereka semua akan direman sehingga hari ini (semalam) dan akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini),” katanya.

Mohan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saya menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya sentiasa memantau perkembangan anak masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

01 March, 2011

Mar 1, 2011 [AKHBAR] - Ibu anak dua ditangkap khalwat

Ibu anak dua ditangkap khalwat
KULIM - Seorang ibu beranak dua berusia 23 tahun ditangkap khalwat bersama kekasihnya di sini, kira-kira jam 9 malam.

Ketua Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, suami pasangan perempuan berusia 25 tahun, telah beberapa kali memberi amaran kepada teman lelaki isterinya supaya tidak menjalinkan hubungan kerana mereka sudah mempunyai anak berusia enam bulan dan satu tahun setengah.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia (suami) menerima panggilan telefon daripada penduduk memaklumkan seorang lelaki telah pun masuk ke rumahnya.

Dia yang ketika itu sedang bekerja balik ke rumah bersama seorang rakan.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mendapati pintu rumahnya berkunci. Apabila pintu dibuka oleh isterinya, dia melihat teman lelaki isterinya sedang berbaring di atas sofa. Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada PADK untuk tindakan seterusnya.

“PADK pergi ke tempat kejadian bersama tiga penguat kuasa. Apabila sampai di rumah pasangan itu, PADK mendapati berlaku pergelutan di antara suami dengan teman lelaki isterinya.

“Kami dimaklumkan oleh si suami bahawa dia pernah terserempak isteri dan kekasihnya keluar bersama-sama beberapa kali, ” katanya.

Azmi berkata, keadaan lebih tegang apabila pasangan perempuan mengamuk dengan memecahkan beberapa barangan di dalam rumahnya.

Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, orang ramai yang ada terpaksa mengikat tangannya.

Pasangan itu akan disiasat di bawah seksyen 9(1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

“Saya sudah berbincang dengan mahkamah dan akan melaksanakan pertuduhan yang lebih berat terhadap mana-mana pasangan yang terlibat dalam kesalahan berkhalwat.

“Dari bulan Januari hingga Februari tahun ini, 20 kes tangkapan mengikut seksyen 9 sudah dibuat dan ia melibatkan hampir 40 individu.

“Mereka yang terlibat terdiri dari kalangan pelajar, warga asing, kakitangan awam dan pegawai kanan pertubuhan beruniform serta sukarelawan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mar 1, 2011 [AKHBAR] - Pakej tukar suami isteri

Pakej tukar suami isteri

JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.

Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.


Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.


Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon.


Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.


“Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.



“Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu,” katanya.


Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.


Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini.


“Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.


“Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.


“Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.


Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.


“Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.

Mar 1, 2011 [AKHBAR] - Ugut perkosa isteri

Ugut perkosa isteri

MERSING: Seorang guru, Nik Mohd Nazrul Nik Husin, 28, yang baru 23 hari melangsungkan perkahwinan dengan Fadillah Ahmad, 27, berdepan detik mengerikan apabila tiga penjenayah mengugut mahu merogol isterinya jika dia cuba melawan dalam kejadian rompak di rumah sewanya di Felda Tenggaroh 6, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, empat lelaki menceroboh rumah mangsa melalui tingkap belakang sebelum tiga daripada mereka mengacukan parang di leher pasangan berkenaan dan meluahkan ugutan itu.

Nik Mohd Nazrul berkata, mereka sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan suara penjenayah yang memaksa mereka mendiamkan diri.

“Tiga daripada penjenayah terbabit mengikat tangan saya dan isteri menggunakan tuala mandi. Sambil meletakkan parang di leher kami, saya diarahkan supaya mendiamkan diri dan jika melawan, mereka mengugut mahu merogol isteri.

“Saya hanya mendiamkan diri dan berdoa supaya mereka tidak melakukan perkara buruk terhadap kami. Ia berakhir kira-kira 15 minit kemudian selepas keempat-empat penjenayah itu mengambil wang tunai serta barangan berharga sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, mereka kerugian kira-kira RM10,000 termasuk kehilangan cincin perkahwinan yang dihadiahkan kepada isterinya.

Selain itu, pasangan berkenaan kehilangan satu unit komputer riba, seutas rantai leher, wang tunai RM500, pakaian, minyak wangi, telefon bimbit serta tiga raket badminton.

“Kami dimaklumkan kumpulan penjenayah sama memecah masuk rumah seorang guru lain kira-kira 300 meter dari rumah kami, kira-kira setengah jam sebelum itu.

“Berdasarkan taktik digunakan, penjenayah mungkin daripada kumpulan sama dan kami berharap lebih banyak rondaan dan operasi dijalankan polis bagi membanteras kegiatan ini,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Ambat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...