Sumber berkata kepada The Malaysian Insider, konsensus antara menteri dan
pemimpin BN mahukan pilihan raya lebih awal berbanding diadakan pada penghujung
tahun.
Alasannya: pengundi mengetahui bahawa pilihan raya kali ini amat sukar untuk
Umno/BN, jadi menteri berada di bawah tekanan untuk memberikan kontrak, lesen,
kebenaran, permit AP, dan banyak lagi.
Jika menteri dilihat enggan melaksanakan permintaan pemimpin berpengaruh dan
kumpulan tertentu, sumber menjelaskan mereka mungkin akan kehilangan sokongan
dan tewas kepada Pakatan Rakyat (PR) yang berhasrat menawan Putrajaya dalam
pilihan raya umum akan datang selepas kejayaan mereka pada 2008.
"Lagi cepat lagi bagus. Pemimpin BN menjangkakan Jun atau Julai, namun
berdasarkan situasi sekarang pilihan raya berkemungkinan selepas pembentangan
Bajet, dan akan memberikan lebih tekanan kepada mereka," kata sumber kepada The
Malaysian Insider.
Menteri-menteri daripada BN merasakan jika pilihan raya akan dilaksanakan
dalam masa terdekat, kerajaan masih akan tetap menang, namun bukan dua per tiga
majoriti dewan, sebaliknya lebih baik daripada ketika zaman pemerintahan Tun
Abdullah Badawi pada 2008.
"Menunggu sehingga hujung tahun mempunyai risiko yang besar dan melembabkan
ekonomi, sekaligus mencetuskan kebimbangan berlakunya lebih banyak perbalahan
merebut kerusi dan kuasa di samping "ancaman dan tuntutan" daripada broker kuasa
dan kesatuan," kata sumber lain.
Beliau menjelaskan, tiada mana-mana pihak dalam BN, sama ada menteri, atau
pakar strategi, percaya pilihan raya akan berlalu, walaupun Najib berkata mereka
mampu menawan dua per tiga majoriti dan memenangi kesemua negeri termasuk Kuala
Lumpur.
BN tewas empat kerusi – Kedah, Pulai Pinang, Perak dan Selangor – serta gagal
menawan Kelantan in 2008. Mereka berjaya menawan kembali Perak pada Februari
2009 selepas beberapa pemimpin PR keluar parti, dan memberikan majoriti kepada
BN.
The Malaysian Insider difahamkan, pemimpin BN mengakui agak sukar menawan
kerusi di bandar terutamanya di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Penggunaan kekerasan yang keterlaluan dalam perhimpunan Bersih turut
mengurangkan sokongan kepada BN.
Turut terdapatnya kebimbangan terhadap kedudukan Menteri Besar di Johor,
Kedah dan Perlis. Umno berharap agar mereka akan berjaya menawan semula Kedah
dengan timbalan menteri Datuk Mukhriz Mahathir menjadi pilihan utama untuk calon
menteri besar walaupun beliau tidak memegang jawatan di peringkat negeri, dan
Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah berada di posisi tersebut
sejak 1995.
"Banyak yang berebut kerusi menteri besar dan ia amat memeningkan Najib,"
kata sumber, dan menambah, senarai calom menteri besar telah pun diserahkan.
Pilihan raya harus dilakukan sebelum April depan, ataupun Parlimen akan
dibubarkan secara automatik, dan pilihan raya perlu dilaksanakan dalam tempoh 60
hari.
Mereka yang rapat dengan Najib berkata perdana menteri itu amat berhati-hati
agar mereka beroleh kemenangan dan tidak berkongsi kekalahan seperti Abdullah
pada 2008.
Ramai yang menyalahkan Abdullah atas kekalahan mengejut tersebut terutamanya
Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Najib sedang berusaha untuk memastikan sokongan
kembali semula kepada kerajaannya, yang memerintah sejak Merdeka dengan nama
Perikatan.
“Najib berkata pilihan raya adalah umpama perang dan perlu bersedia untuk
berperang. Pilihan raya tidak dipanggil menunjukkan mereka masih lagi belum
bersedia," kata pakar strategi BN kepada The Malaysian Insider.
Beliau menjelaskan dengan populariti Najib kekal pada 65 peratus, dalam kaji
selidik Merdeka Centre, kerajaan tidak sepopular beliau apabila hanya
memperolehi 46 peratus penerimaan berdasarkan kaji selidik selepas Bersih pada
28 April. Hasil kaji selidik itu bagaimanapun tidak menunjukkan hasil penerimaan
terhadap Umno, namun, difahamkan ia berada di tahap lebih rendah.
Seorang pemimpin BN menjelaskan, semasa Dr Mahathir menjadi tidak popular
selepas memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim in 1998, Umno dan BN tetap diterima dan
menerima undi dan membentuk kerajaan dengan kuasa dua per tiga majoriti,
walaupun tewas Terengganu.
Beliau menjelaskan, pada masa Abdullah menerima 71 peratus penerimaan
pengundi dan mengadakan pilihan raya pada 2008, beliau tetap tewas kuasa
majoriti dan empat negeri.
Sekitar 12 juta layak mengundi pada pilihan raya kali ini, peningkatan
berbanding sembilan juta pada 2008. Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), sekitar 40 peratus daripada jumlah itu adalah pengundi
muda.
Click Here To Show Yr Support
Berita Panas Je !!!!!!!
28 June, 2012
Seorang Kakitangan Awam Dibicarakan Kes Khalwat Dengan Pembantu Kedai
D
Dungun – Seorang kakitangan awam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas satu tuduhan khalwat dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi kelmarin.
Gambar: Remaja lelaki dari Kampung Paya (kanan) yang dituduh berkhalwat dengan jurujual wanita masuk ke dalam kenderaan pegawai penguat kuasa syariah.
Tertuduh lelaki, 36, yang berasal dari Pulau Serai Dungun dituduh mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana didakwa berkhalwat bersama pasa-ngannya, seorang wanita berstatus ibu tunggal berumur 37 tahun.
Menurut fakta kes, tertuduh lelaki, seorang kakitangan Kementerian Kesihatan itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa syariah di sebuah chalet di Jalan Paka. Dungun kira-kira jam 2.13 pagi, 23 Mac lalu.
Ketika serbuan dilakukan, selepas pintu dibuka oleh tertuduh lelaki, pemeriksaan menemui seorang wanita yang sedang berbaring dalam bilik berkenaan dan soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.
Selepas kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh perempuan yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan berdekatan pekan lama Kuala Dungun itu, bagaimanapun mengaku bersalah dan dikenakan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.
Penolong Pegawai Kesihatan berkenaan yang difahamkan bertugas di Pejabat Kesihatan Dungun dan sudah berkahwin itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memutuskan kesnya akan disebut semula pada 24 September depan nanti dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 untuk membolehkan dia dibebaskan sebelum menunggu tarikh perbicaraan akan datang.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang jurujual wanita berumur 19 tahun didenda RM2,500 kerana didapati bersalah berkhalwat dengan pasangannya, remaja lelaki berumur 19 tahun di sebuah hotel di sini kira-kira jam 12.10 pagi pada Februari lalu.
Gadis berasal dari Padang Jambu dan pasangan lelaki dari Balai Besar itu yang masing-masing membuat pengakuan bersalah menjelaskan denda. Kesalahan khalwat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 boleh membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -SH
TGNA ke Parlimen, KJ MB Kelantan? bukan KJ UMNO tapi Kamaruddin Jaafar - hampa mai tengok apa kata Utusan lagi ....
PILIHAN RAYA Umum Ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin tiga bulan lagi, jika bukan tahun depanlah. Tapi jika dilihat kepada kehangatannya, ia sudah terlalu hampir. Apa pun kita serahkan kepada PM untuk menentukan tarikhnya, kerana kata putus berada di dalam tangannya.
Namun begitu secara kasarnya, kempen telah pun berlangsung. Di Selangor di mana saya tinggal, pihak pembangkang telah pun rancak berceramah. Jika pilihan raya berlangsung selepas raya ini, maka Ramadan akan digunakan sepenuhnya untuk bertazkirah, yang sudah tentunya akan condong kepada kempen pilihan raya.
Kita semua amat arif, itulah kelebihan yang ada kepada pembangkang khususnya Pas. Mereka akan menggunakan surau dan masjid secara maksimum. Itu pasallah di beberapa masjid di sekitar Selangor sekarang berlaku kecelaruan apabila AJK lama masjid ditukar kepada yang pro-Pas, sehinggakan ada antara kes calon-calon AJK yang di luar daripada kariah masjid itu sendiri pun telah dilantik.
Bagi saya itu bukan satu kesalahan, kerana Pas di Selangor mempunyai advantage. Sesiapa pun berkuasa, dialah yang akan mempunyai kelebihan.
Selain berceramah dan berkempen, masing-masing parti politik, baik kerajaan atau pembangkang juga sedang rancak untuk menyusun calon-calon yang akan menghadapi peperangan politik itu kelak.
Penyusunan dan perancangan calon ini amat penting sekali. Bagi BN, yang akan menjadi underdog kali ini, penentuan itu amat-amat krusial sekali. Silap orang, maka undi akan terjunam.
Maka itu, benar kata PM beliau akan memilih muka-muka baru yang boleh menang kali ini. Tepat sekali strategi PM itu, kerana itu jugalah yang dimahukan oleh pengundi. Pengundi kali ini mahu melihat calon-calon BN terdiri daripada muka-muka baru, yang segar dan berseri-seri. Ingat pada pilihan raya lalu, pihak pembangkang yang underdog pernah meletakkan muka-muka yang tidak pernah pun orang kenal, dan rata-rata mereka menang.
Yang lama dan yang sudah bertanding empat, lima penggal, berilah peluang kepada yang tidak pernah lagi mencuba. Kecualilah, jika yang empat, lima penggal itu benar-benar disayangi oleh para pengundi.
Kepada pembangkang kali ini mereka bukan underdog lagi. Mereka yakin akan menang. Lim Guan Eng nampak gayanya semakin bongkak mendabik dada akan menang lagi kali ini. Jika beliau menang lagi maka, lebih banyaklah “perubahan demi perubahan" yang akan dilakukan di Pulau Pinang itu. Mungkin lebih banyaklah yang akan melukut di tepi gantang.
Tapi bagi orang Melayu, tumpuan sudah tentulah kepada dua negeri di Utara dan Pantai Timur tanah air, iaitu Kedah dan Kelantan. Ini adalah kerana kedua-dua negeri itu mengandungi majoriti kaum itu.
Kedah bagi saya, BN boleh ambil balik. Tapi ada tapinya. Ia banyak bergantung kepada siapa calon-calonnya. jangan rebut-merebut dan gaduh-gaduh. Formula seperti di atas amat-amat diperlukan untuk menang. Potensi memang ada.
Jika Kedah kalah kali ini, maka negeri itu akan menjadi satu lagi Kelantan yang akan dipasak oleh Pas selama-lamanya.
Tapi saya lebih berminat kali ini untuk mengulas mengenai kedudukan Kelantan. Nik Aziz Nik Mat yang pernah mencabar Dr. Mahathir Mohamad supaya berundur kerana dikatakan sudah tua dan nyanyuk, kini telah memerintah negeri itu selama 22 tahun.
Dia pernah mencabar Dr. Mahathir supaya meletak jawatan bagi membolehkan dia juga akan letak jawatan. Tapi sebagai orang politik yang totok, Nik Aziz tidak pernah mengotakan janjinya.
Difahamkan kali ini, buat ke sekelian kalinya, Nik Aziz bercita-cita mahu bertanding lagi. Walaupun asyik masuk-keluar hospital, dia masih mahu bertanding lagi. Tapi kali ini, mungkin lain macam sedikit.
Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman Pas, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula.
Dia mahu merasai bagaimana berada dalam Dewan Rakyat. Dia mahu melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan, setelah dikatakan terpaksa mengakui gagal membangunkan negeri itu sebagaimana yang dikehendaki.
Dia tahu kelemahannya. Dia tahu, mungkin, jika dia masih berada di situ rakyat Kelantan akan membuat perubahan. Maka, dia dikatakan akan bertanding di Parlimen P20 Pengkalan Chepa.
Jika benar, maka siapa yang akan menggantikannya? Apakah anak emasnya, Husam Musa? Tapi Husam kini dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB, menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?
Saya diberitahu, bukan Husam. Tapi nama yang disebut itu ialah KJ. Bukan KJ Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar.
KJ ini disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang.
Ahli DUN N3 Pasir Pekan yang kini dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakob (kini Timbalan MB Kelantan) akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.
Tapi siapa Kamaruddin ini? Yang kita tahu dia ini adalah orang kuat dan orang kanan Anwar Ibrahim. Juga disebut-sebut, KJ ini pun dikatakan memasuki ke dalam Pas atas perintah Anwar yang mahu beliau menyusup masuk ke dalam parti itu.
Apakah Anwar, akhirnya mahu menguasai Kelantan pula secara tidak langsung? Jika tidak benar pun andaian ini, mengapa tiba-tiba angin bertiup. Ia kini menjadi buah mulut orang-orang Pas di Kelantan.
Anwar ini memang licik orangnya. Itu pun semua orang tahu. Jika benarlah maka Anwar memang bijak. Adakah jika KJ menjadi MB Kelantan kelak, maka akan mudah PKR dapat bertapak di bumi Kelantan selepas ada tanda-tanda jelas akan kehancuran pertahanan PKR di bumi Selangor dan Pulau Pinang.
Semua orang tahu markas Anwar di Permatang Pauh kini telah goyah. Jika ini benar-benar terjadi, maka adalah tidak mustahil MB KJ akan membuka peluang kepada seorang ahli DUN daripada PKR menjadi Timbalan MB Kelantan?
Faktanya, KJ ini merupakan strategis Anwar di dalam think-tanknya, Institut Kajian Dasar (IKD). Semasa KJ menerajui IKD dia dikatakan banyak mengeluarkan buku mengenai fahaman yang cuba dibawa oleh Anwar mengenai masyarakat madani. Kebanyakan buku-buku itu dikatakan ditaja oleh sebuah yayasan dikenali sebagai Kondrad Adeneur, sebuah pertubuhan milik Parti Kristian Demokrat di Jerman.
Datuk KJ bukan calang-calang orang. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba. Semasa itu, Anwar ialah Menteri Kewangan. Tapi semasa KJ bersama Ghafar, Anwar juga sudah bercita-cita mahu menjadi TPM, menggantikan Ghafar.
KJ dan Anwar pernah aktif dalam ABIM dan merupakan sahabat baik. Akhirnya pada 1993, Anwar melawan Ghafar dan oleh kerana permainan politik wang yang terlalu hebat, Anwar menang dalam permilihan UMNO.
Beliau kemudian dilantik menjadi TPM. KJ pula secara rasmi berada bersama Anwar di dalam lingkungan TPM Anwar. KJ diberi peranan oleh Anwar untuk menjalankan perniagaan.
Nik Aziz yang selama ini amat mengkagumi Anwar, kini melihat KJ mempunyai potensi.
Kamaruddin dikatakan boleh melonjakkan ekonomi Kelantan. Nik Aziz yang selama 22 tahun hanya mampu membaca doa tazkirah sahaja mengakui gagal melakukan transformasi ekonomi negeri itu.
Nik Aziz amat mempercayai keupayaan Kamaruddin yang dikatakan mempunyai rangkaian hubungan dengan pihak antarabangsa termasuk dari Jerman, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Jika perkembangan ini benar berlaku, maka ia akan menjadi satu lagi dimensi baru bagi sains politik di negara ini.
Persoalannya adakah Pas akan berdiam diri? Kita tunggu dan lihat.
27 June, 2012
Siapa Sebenarnya Dato Murad?
Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.
Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.
Dakwaan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato' Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1994.
Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato' Murad Khalid sendiri.
Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Hasil siasatan saya mengenai latar belakang Dato' Murad Khalid menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:
1. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;
2. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;
3. Bahawa melalui satu syarikat bernama Kenworth Sendirian Berhad yang berhubung kait dengan beliau, Dato' Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan
4. Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.
Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Dato' Murad Khalid mengenai kewujudan "master account" yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri.
Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.
Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi oleh musuh-musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau.
Saya menasihatkan Dato' Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang. Saya juga perlu memaklumkan kepada Dato' Murad Khalid bahawa saya mempunyai salinan surat asal beliau kepada Tun Mahathir Mohamad yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno.
Sebelum perkara ini berlarutan, saya imenasihatkan Dato' Murad Khalid tampil ke hadapan meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sudah sampai masanya fitnah selama 13 tahun ini dihentikan supaya rakyat Malaysia boleh maju menumpukan isu-isu negara dan rakyat yang membina.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
27 JUN 2012
KWSP - Sapa yg punye?
Posted on Tuesday, June 26 @ 18:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: baung
"Assalam.
Cuma nak bincangkan tentang duit KWSP yg kita carum setiap bulan.
Setiap bulan kita carum ke KWSP. Segala duit yang ada dalam simpanan KWSP adalah dari duit kita semua. KWSP diamanahkan untuk menyimpan duit pencarum-pencarum untuk kegunaa masa bersara nanti.
Persoalannya :-
1. Siapa yang bagi kebenaran kepada KWSP untuk melabur atau memberi pinjam kepada sesiapa yang tiada kaitan dengan KWSP tanpa persetujuan dari para pencarum.?
2. Pernahkah KWSP memberitahu kepada semua pencarum yang KWSP mahu melabur duit mereka (pencarum ) kedalam mana-mana syarikat?
3. Apa hak KWSP sewenang-wenangnya memberi pinjam @ melabur duit pencarum sedangkan KWSP adalah memegang amanah untuk menyimpan bukan menggunakan duit tersebut tanpa persetujuan dari semua pencarum.
Kami sebagai pencarum-pencarum memerhatikan sejak kebelakangan ini duit kami yg diamanahkan kepada KWSP untuk disimpan digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah mcm duit MAK BAPAK mereka sendiri.
Harap forumer semua dpt bincang-bincangkan hal ini.
Terima kasih
Wassalam"
26 June, 2012
Kaki skodeng bagi penampar
ALOR GAJAH: Niat murni seorang lelaki mengusir beberapa pasangan yang sedang memadu kasih di Pantai Tanjung Bidara di sini, membawa malang kepadanya apabila pipi kanannya lebam ditampar beberapa lelaki dipercayai kaki skodeng yang berang dengan tindakannya itu, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Shamil, 22, sedang bertugas sebagai sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), membuat rondaan pantai bersama seorang rakan.
Shamil mendakwa, ketika meronda di sekitar batu di hujung pantai, dia melihat beberapa pasangan sedang leka berasmara tanpa mempedulikan pengunjung lain.
“Kami menghampiri pasangan berusia awal 20-an itu lalu menegur perbuatan mereka dan meminta mereka segera beredar dari kawasan berkenaan.
“Pasangan berkenaan beredar sebelum disusuli sepasang lagi kekasih yang berada tidak jauh dari situ,” katanya di sini, semalam.
HM/terbaik.my
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/06/kaki-skodeng-bagi-penampar.html#ixzz1ysbKexbV
Pemimpin BN mahu PRU, letih karenah ahli perniagaan dan persatuan
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Letih dan penat dengan ugutan berterusan daripada kumpulan tertentu, pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kini berhadapan ancaman daripada pelbagai pihak termasuk ahli perniagaan, kesatuan, dan pemimpin atasan, mereka tidak lagi mahu menunggu pilihan raya umum ditunda lebih lama.
Skandal Scorpene: Gambar Menunjukkan Altantuya Berada Di Paris Tersebar! .. lihatlah..
Feed Content
Posted: Tue, 26 Jun 2012 04:55:00 +0000
Siasatan polis mendapati penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis 1999-2006, tetapi gambar yang diterbitkan pada tahun 2007 menunjukkan sebaliknya, kata satu laporan.
Dalam pada itu perlu juga kita ketahui bahawa bapa Altantuya, Setev Shaariibuu telah menyatakan dalam satu sidang akhbar yang dihoskan oleh Suaram di Kuala Lumpur bahawa visa anak perempuannya ke Perancis telah dikeluarkan di Kuala Lumpur di bawah nama itu "Amina Abdullah".
Seorang penganalisa politik yang enggan dikenali berkata..That just because the records do not show her entering France, it did mean that she was not there. “Strange things can happen when it involves people of power,” he told FMT.
“But one thing is for certain: the ‘curse’ of that slain woman continues to haunt Malaysia, and more importantly, [Prime Minister] Najib [Tun Razak],” he said.
Tatkala penyiasatan polis Perancis telah mendedahkan bahawa Altantuya Shaariibuu, tidak pernah memasuki Perancis 1999-2006, terdapat gambar-gambar yang diambil di Paris yang disiarkan beberapa tahun lepas, yang menyatakan sebaliknya.
Satu laporan mengenai penyiasatan polis Perancis telah disiarkan oleh portal berita dalam talian Free Malaysia Today (FMT) dalam artikel yang bertajuk 'Prench probe: Altantuya never entered France'.
Laporan itu diterbit berdasarkan dokumen sulit penyiasatan yang dikemukakan kepada siasatan kehakiman Perancis itu yang sedang mencari dakwaan rasuah yang dibayar di dalam perjanjian kapal selam Scorpene pada 5 Jun 2002 antara firma pertahanan Perancis DCNS dan kerajaan Malaysia.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2007, satu siri gambar yang disediakan untuk Asia Sentinel oleh Syed Abdul Rahman Al-Habshi, bekas konsul kehormat Mongolia di Malaysia, memberitahu bahawa buat Altantuya, "ini adalah perjalanan untuk hidupnya ke Eropah".
Menurut portal berita Hong Kong, Syed Abdul Rahman telah enggan menyatakan dari mana sumber gambar tersebut muncul. Mereka dipercayai telah menemui barang milik Altantuya selepas dia dibunuh, menurut Asia Sentinel dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Who was Altantuya Shaariibuu?', yang ditulis oleh John Berthelsen pada 5 Disember tahun yang sama.
"Jika anda pergi ke laman Asia Sentinel, anda akan melihat gambar Altantuya berdiri di depan kedai Louis Vuitton, Buddha Bar, Cathderal Notre Dame dan seluruh lokasi lain di Paris," komen Berthelsen kepada Malaysiakini.
Berthelsen, bekas wartawan Asia Wall Street Journal di Malaysia, juga berkata keluarga Altantuya telah enggan mengulas lanjut mengenai gambar-gambar tersebut.
Walau bagaimanapun, pada bulan April tahun ini, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu memberitahu satu sidang akhbar yang dihoskan oleh Suaram di Kuala Lumpur bahawa visa anak perempuannya ke Perancis telah dikeluarkan di Kuala Lumpur di bawah nama itu "Amina Abdullah" dan bahawa dia telah sepatutnya untuk memasuki Paris selepas terbang ke Jerman.Amaran dakwaan foto Altantuya-Najib
Laporan FMT berkata bukti terbaru dari penyiasatan polis Perancis menimbulkan amaran pada kewujudan gambar wanita Mongolia itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Altantuya dan sekutu rapat beliau, Abdul Razak Baginda di Paris, yang didakwa diambil di antara 2004 dan 2006.
Gambar yang dikatakan telah dikenali pasti pada perbicaraan pembunuhan Altantuya semasa kenyataan saksi yang juga sepupunya Burmaa Oyunchimeg, yang telah menemani Altantuya ke Kuala Lumpur untuk memeras wang komisen yang dijanjikan daripada Abdul Razak.
Gambar tersebut adalah bukan antara harta benda Altantuya selepas tubuhnya - dibungkus ke dalam bit beserta bahan letupan tentera gred C4 - dijumpai dalam satu kawasan pembersihan hutan di Shah Alam pada Oktober 2006.
Dua pegawai polis yang pernah menjadi pengawal peribadi Najib Altantuya telah disabitkan dengan pembunuhan Altantuya dan dihukum mati.Mereka kini menunggu rayuan mereka.
Abdul Razak juga didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, tetapi beliau telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
FMT melaporkan bahawa kertas siasatan Perancis polis mendedahkan bahawa Najib Altantuya - yang merupakan Menteri Pertahanan pada masa itu - dan Razak Baginda, berada dalam lawatan rasmi ke Paris dari 16 Jun hingga 18 pada tahun 2000.
Dokumen tersebut boleh di muat turun di ( SINI )
Najib juga melawat Perancis pada Julai 2001, Julai 2003, Jun 2005 dan Oktober 2007 tetapi ia adalah mungkin bahawa Najib dan rombongannya telah memasuki Perancis melalui saluran diplomatik, kata laporan FMT.
Pegawai gergasi pertahanan milik kerajaan DCNS juga telah memaklumkan kepada polis Perancis bahawa mereka tidak pernah bertemu dengan orang yang dinamakan Altantuya dan tidak tahu yang dia hadir semasa rundingan untuk perjanjian Scorpene, kata laporan itu.
Dokumen-dokumen sulit juga menimbulkan persoalan tentang peranan Altantuya sebagai penterjemah bagi perjanjian itu sejak pegawai DCNS juga telah memaklumkan kepada polis Perancis bahawa rundingan untuk kapal selam telah dilakukan di Malaysia, bukan di Perancis.
"Satu bekas pengurus jualan rasmi DCNS di Malaysia, Fredric Faura - memberitahu penyiasat Perancis bahawa rundingan telah dijalankan dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa Perancis, jadi tidak perlu bagi seorang jurubahasa," FMT ditambah dalam laporannya.
"Tambahan pula, Altantuya tidak bercakap Perancis, jadi dia tidak dapat bertindak sebagai jurubahasa Bahasa Inggeris-Perancis."
Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI )
25 June, 2012
TERKINI!! Skandal Shafie Apdal "Spedo" Zahida Rafik AKHIRNYA Ke SPRM!
Wanita KEADILAN hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembiyaan kewangan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal sebanyak RM1.5 juta kepada artis terkenal, Zahida Rafik.
Laporan itu dibuat oleh Ketua Wanita KEADILAN Ampang, Salmah Ismail pada jam 10.00 pagi tadi.
Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Zuraida Kamaruddin tidak dapat hadir kerana sedang menghadiri persidangan Parlimen. Laporan tersebut berdasarkan maklumat oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi sebelum ini bahawa wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun artis itu melalui lima transaksi (urusniaga) berlainan dari Oktober 2011 sehingga Januari 2012.
“Kami mempunyai bukti yang cukup dan kini bersedia untuk mendedahkan perkara ini secara berperingkat.
“Tujuan pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan atau menggangu hubungan intim Menteri dan artis tersebut tetapi ingin memastikan bahawa Menteri tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi beliau,” kata Zuraida dalam satu kenyataan.
Menurutnya, laporan itu dibuat memandangkan pihak menteri tidak memberikan maklum balas berhubung perkara ini.
Dalam laporan Jalan Pulang pada 22 Mei lalu, skandal seks melibatkan pelakon gebu Zahida Rafik dengan seorang menteri kabinet sedang hangat diperkatakan dan Zahida telah menyelar bekas pemandunya dan menuduh lelaki itu berbohong.
Zahida yang berusia 28 tahun berasa marah terhadap bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mendedahkan hubungan sulitnya dengan Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
“Saya mahu tahu apa lagi yang akan dia bohongkan. Sudah tentulah semua ini tak benar. Saya tak dapat nak cakap apa lagi, jadi biarlah peguam saya yang uruskan. Kita tunggu dan lihat,” Zahida dilaporkan memberitahu The Star, sebuah akhbar yang dikawal kerajaan.
Hanya beberapa minggu yang lalu, Zahida memanggil Noor Azman yang berusia 38 tahun seorang pencuri dan melaporkan kepada pihak polis bahawa lelaki itu telah melarikan RM200,000 wangnya.
Ini telah menyebabkan pemandu itu melaporkan Zahida kepada pihak polis bahawa beliau sebenarnya ditugaskan Shafie untuk memerhatikan pergerakkan Zahida dan membawa wanita itu ke hotel-hotel ternama untuk melakukan hubungan intim mereka.
RM 1 juta dimasukkan sekaligus!
Shafie adalah seorang Naib presiden Umno dan beragama Islam; sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak maka tidak hairanlah cerita ini menjadi sesuatu yang sensasi.
Rakyat bukan sahaja terkejut dengan tuduhan zina tetapi juga terkejut bagaimana Shafie mampu mengeluarkan wang yang begitu banyak untuk perempuan simpanannya itu.
Dalam sidang media pada hari Khamis lepas, Noor Azman mendedahkan bahawa pernah mengarahkan dia untuk memasukkan RM1 juta untuk Zahida dalam bentuk tunai- semuanya sekaligus!
Menurut Noor Azman yang meletak jawatan pada 29 Februari, Zahida tidak pernah mendapat kurang daripada RM100,000.
Gangguan dan siasatan berat sebelah
Noor Azman juga mendakwa diganggu polis yang berat sebelah. Semenjak skandal itu tersebar, Noor Azman juga diganggu di rumahnya.
Peguam beliau, Latheefa Koya mendedahkan bahawa pihak polis ada bertanya jika Noor Azman mahu menukar peguamnya apabila mereka member tekanan kepadanya setelah membuat laporan. “Pihak cawangan khas yang menyiasat.
Azman juga bertanya jika motif beliau adalah untuk menamatkan karjaya politik Shafie dengan mendedahkan hubungan sulitnya,” Beritahu Latheefa kepada sidang media.
Dalam laporan polisnya, Noor Azman telah menyatakan bahawa dia ditugaskan mendepositkan wang tunai untuk Zahida yang mencecah RM 1.5 juta dalam jangkamasa 4 bulan.
Dia merupakan anak buah kepada seorang penyanyi, Tengku Intan Tengku Abd Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan.
Sebuah banglo juga? Mengapa SPRM membisu?
Selain daripada pemberian wang yang berjumlah besar, laporan ada menyebut mengenai banglo mewah bernilai RM 3 juta di Ampang yang dipercayai dibeli oleh Shafie untuk Zahida. Rumah itu dipercayai dinamakan atas salah seorang ahli keluarga Zahida.
Sementara itu, terdapat desakan terhadap SPRM untuk menyiasat bagaimana Shafie boleh mampu mengadakan hidup yang begitu mewah.
Shafie dan Zahida juga telah mengugut Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang yang membongkar skandal tersebut.
“Kita mahu tahu dari mana datangnya wang itu,” ujar Zuraida yang juga hadir dalam sidang media tersebut.
Beliau juga menyebut bahawa seks hanyalah sebahagian kecil dalam skandal itu dan bukanlah isu sebenar iaitu rasuah.
Sementara itu, spekulasi bertiup kencang bahawa Shafie telah mengahwini Zahida secara rahsia.
Walaubagaimanapun, pelakon itu tetap tegas mengatakan bahawa dia tidak mengenali Shafie apatahlagi menerima wang daripada menteri itu.
Shafie juga telah menepis dakwaan itu.
GLOSARI:
Spedo - Bahasa di kalangan artis tempatan yang bermaksud ditaja atau disponsor untuk memperolehi habuan tertentu, termasuk hubungan seks yang dibalas dalam bentuk kemewahan seperti rumah, kereta dan tanah.
kredit: Jalan Pulang
PBO: yang busuk bukan boleh lamaa2 simpan. pasti satu hari akan dihidu juga.
Isteri minta upah RM3 dengan suami jika mahu berasmara
Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.
Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan
cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja. (metro)
22 June, 2012
Gambar Pasangan Melayu Wanita Bertudung Kantoi Buat Maksiat Dalam Kereta
Pasangan kekasih kantoi sedang buat maksiat sambil meramas payudarawanita dalam kereta. Namun malang tidak berbau apabila aksi pasangan kekasih tersebut dirakam oleh orang awam pada petang semalam di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek, Kuantan. Jom saksikan beberapa keping gambar pasangan ini sedang buat maksiat.
Tujuh Hikmah Diharamkannya Zina
Assalamualaikum wr wb
Saya sedih dengan merebaknya kes hamil di luar nikah di masyarakat saya tinggal saat ini. Sepertinya doktrin bahawa zina itu adalah perbuatan keji dan dosa besar tidak membuat para pelaku takut berzina. Mungkin dengan menjelaskan hik mah di sebalik pengharaman zina masyarakat akan semakin sedar dan bersama-sama menekan budaya perzinaan ini. Apa sajakah hikmah di sebalik pengharaman zina?
Hamba Allah
Waalaikumussalam wr wb
Betapa besarnya bahaya dan kerosakan yang ditimbulkan perbuatan zina itu, bagi individu, keluarga, dan masyarakat Islam sehingga Allah SWT meletakkannya selepas pembunuhan dan mempersekutukan Allah (syirik). "Dan, orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina. "(Surah al-Furqan [25]: 68-69)
Imam al-Syathibi dalam kitabnya al-Muwafaqatmenegaskan, sesungguhnya syariat itu adalah demi kemaslahatan manusia, di mana semua taklif (perintah dan larangan) adalah untuk mengelakkan mafsadah (kerosakan), untuk mendapatkan maslahat (kemaslahatan), atau untuk mendapatkan kedua-duanya. Imam Ibnu Qayyim juga menjelaskan dalam kitabnya I'lam al-Mu waqqi'inbahwa sesungguhnya syariat Islam itu dasar dan asasnya adalah di atas hikmah dan untuk kebaikan umat manusia, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Syariat itu seluruhnya adalah keadilan, rahmat, kebaikan, dan hikmah.
Di antara hikmah pengharaman zina adalah, pertama, menjaga kehormatan perempuan agar tidak dijadikan barang yang diperjualbelikan kerana Islam datang untuk memuliakan manusia, baik laki-laki dan perempuan. Kedua, mencegah percampuran nasab kerana dengan dibolehkan zina bererti memasukkan anak yang bukan dari benihnya ke dalam keluarga yang nantinya akan mewarisi. Bukan anaknya dan memperlakukannya sebagai mahram padahal bukan mahramnya.
Ketiga, mencegah banyaknya anak yang diabaikan orang tua akibat malu anaknya lahir dari hasil perzinaan. Dan, melindungi bayi-bayi yang dibunuh ibunya sendiri ketika masih dalam kandungan (aborsi). Keempat, menjaga keutuhan dan ketenteraman dalam rumah tangga.
Kelima, pengharaman zina sesuai dengan fitrah manusia yang mempunyai rasa ghirah / cemburu terhadap kehormatannya, di mana tidak mungkin seseorang boleh menerima dan rela melihat isteri, anak, ibu, dan saudari nya menjadi barang yang diperjualbelikan dan dijadikan pemuas nafsu orang lain. Sebagai mana nasihat Nabi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Baihaqi, dan Thabrani, kepada pemuda yang meminta izin kepada Beliau untuk dibiarkan melakukan zina, dengan menanya kan kepada dia apakah rela orang lain berzina dengan ibu, anak, sau dari dan ahli keluarganya yang lain .
Keenam, mencegah tersebarnya kejahatan, khususnya pembunuhan, disebabkan rasa cemburu, di mana seorang suami boleh membunuh isterinya dan lelaki yang berzina dengannya kerana rasa marah, cemburu ketika melihat isterinya berzina dengan lelaki lain, atau lelaki boleh membunuh suami wanita yang dizinahinya.
Ketujuh, mencegah penyebaran penyakit berjangkit yang merupakan hukuman dari Allah atas tersebarnya perbuatan keji tersebut, seperti HIV / AIDS. Rasulullah bersabda, "Tidaklah tampak zina di dalam suatu kaum, kemudian dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya." (HR. Ibnu Majah, al -Hakim dan Abu Nu'aim). Wallahu a'lam bish shawab.
Kenapa saya letak jawatan dari Kerajaan Selangor? - Rafizi Ramli
Posted: Fri, 22 Jun 2012 02:44:00 +0000
Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman."
Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas kerja-kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor, dilantik lebih dua tahun lalu.
Kata Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak.
"Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa.
"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat, dan akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online dengan merujuk kepada spekulasi mengenai tarikh PRU13.
Rafizi juga menegaskan bahawa jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan.
"Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi.
Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam.
"Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter sekitar 3 petang semalam.
Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."
"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.
"Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," kata pemimpin muda ini yang akhir bulan lalu menyertai Debat Sinar bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu."
"Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.
"Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya.
"Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi.
Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13.
Difahamkan beliau akan mencuba nasib di kawasan Pandan, yang kini disandang oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
KINI!! Skandal Shafie Apdal "Spedo" Zahida Rafik AKHIRNYA Ke SPRM!
Laporan itu dibuat oleh Ketua Wanita KEADILAN Ampang, Salmah Ismail pada jam 10.00 pagi tadi.
Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Zuraida Kamaruddin tidak dapat hadir kerana sedang menghadiri persidangan Parlimen. aporan tersebut berdasarkan maklumat oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi sebelum ini bahawa wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun artis itu melalui lima transaksi (urusniaga) berlainan dari Oktober 2011 sehingga Januari 2012.
“Kami mempunyai bukti yang cukup dan kini bersedia untuk mendedahkan perkara ini secara berperingkat.
“Tujuan pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan atau menggangu hubungan intim Menteri dan artis tersebut tetapi ingin memastikan bahawa Menteri tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi beliau,” kata Zuraida dalam satu kenyataan.
Menurutnya, laporan itu dibuat memandangkan pihak menteri tidak memberikan maklum balas berhubung perkara ini.
Dalam laporan Jalan Pulang pada 22 Mei lalu, skandal seks melibatkan pelakon gebu Zahida Rafik dengan seorang menteri kabinet sedang hangat diperkatakan dan Zahida telah menyelar bekas pemandunya dan menuduh lelaki itu berbohong.
Zahida yang berusia 28 tahun berasa marah terhadap bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mendedahkan hubungan sulitnya dengan Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
“Saya mahu tahu apa lagi yang akan dia bohongkan. Sudah tentulah semua ini tak benar. Saya tak dapat nak cakap apa lagi, jadi biarlah peguam saya yang uruskan. Kita tunggu dan lihat,” Zahida dilaporkan memberitahu The Star, sebuah akhbar yang dikawal kerajaan.
Hanya beberapa minggu yang lalu, Zahida memanggil Noor Azman yang berusia 38 tahun seorang pencuri dan melaporkan kepada pihak polis bahawa lelaki itu telah melarikan RM200,000 wangnya.
Ini telah menyebabkan pemandu itu melaporkan Zahida kepada pihak polis bahawa beliau sebenarnya ditugaskan Shafie untuk memerhatikan pergerakkan Zahida dan membawa wanita itu ke hotel-hotel ternama untuk melakukan hubungan intim mereka.
RM 1 juta dimasukkan sekaligus!
Shafie adalah seorang Naib presiden Umno dan beragama Islam; sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak maka tidak hairanlah cerita ini menjadi sesuatu yang sensasi.
Rakyat bukan sahaja terkejut dengan tuduhan zina tetapi juga terkejut bagaimana Shafie mampu mengeluarkan wang yang begitu banyak untuk perempuan simpanannya itu.
Dalam sidang media pada hari Khamis lepas, Noor Azman mendedahkan bahawa pernah mengarahkan dia untuk memasukkan RM1 juta untuk Zahida dalam bentuk tunai- semuanya sekaligus!
Menurut Noor Azman yang meletak jawatan pada 29 Februari, Zahida tidak pernah mendapat kurang daripada RM100,000.
Gangguan dan siasatan berat sebelah
Noor Azman juga mendakwa diganggu polis yang berat sebelah. Semenjak skandal itu tersebar, Noor Azman juga diganggu di rumahnya.
Peguam beliau, Latheefa Koya mendedahkan bahawa pihak polis ada bertanya jika Noor Azman mahu menukar peguamnya apabila mereka member tekanan kepadanya setelah membuat laporan. “Pihak cawangan khas yang menyiasat.
Azman juga bertanya jika motif beliau adalah untuk menamatkan karjaya politik Shafie dengan mendedahkan hubungan sulitnya,” Beritahu Latheefa kepada sidang media.
Dalam laporan polisnya, Noor Azman telah menyatakan bahawa dia ditugaskan mendepositkan wang tunai untuk Zahida yang mencecah RM 1.5 juta dalam jangkamasa 4 bulan.
Dia merupakan anak buah kepada seorang penyanyi, Tengku Intan Tengku Abd Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan.
Sebuah banglo juga? Mengapa SPRM membisu?
Selain daripada pemberian wang yang berjumlah besar, laporan ada menyebut mengenai banglo mewah bernilai RM 3 juta di Ampang yang dipercayai dibeli oleh Shafie untuk Zahida. Rumah itu dipercayai dinamakan atas salah seorang ahli keluarga Zahida.
Sementara itu, terdapat desakan terhadap SPRM untuk menyiasat bagaimana Shafie boleh mampu mengadakan hidup yang begitu mewah.
Shafie dan Zahida juga telah mengugut Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang yang membongkar skandal tersebut.
“Kita mahu tahu dari mana datangnya wang itu,” ujar Zuraida yang juga hadir dalam sidang media tersebut.
Beliau juga menyebut bahawa seks hanyalah sebahagian kecil dalam skandal itu dan bukanlah isu sebenar iaitu rasuah.
Sementara itu, spekulasi bertiup kencang bahawa Shafie telah mengahwini Zahida secara rahsia.
Walaubagaimanapun, pelakon itu tetap tegas mengatakan bahawa dia tidak mengenali Shafie apatahlagi menerima wang daripada menteri itu.
Shafie juga telah menepis dakwaan itu.
GLOSARI:
Spedo - Bahasa di kalangan artis tempatan yang bermaksud ditaja atau disponsor untuk memperolehi habuan tertentu, termasuk hubungan seks yang dibalas dalam bentuk kemewahan seperti rumah, kereta dan tanah.
kredit: Jalan Pulang
PBO: yang busuk bukan boleh lamaa2 simpan. pasti satu hari akan dihidu juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)