Empat tahun dahulu saya adalah perokok tegar. Tiga kotak sehari rokok cengkih adalah amalan saya. Hasilnya, saya sering terbatuk-batuk. Untuk saya ini adalah hukum karma.
Ketika saya belajar dahulu kawan serumah saya ialah seorang anak muda punk dari Plymouth. Kawan saya ini cukup suka dengan Guiness Stout. Setelah tamat belajar saya difahamkan kawan saya ini telah menjadi seorang pamadat arak. Ini juga hukum karma.
Hukum karma ini agak senang untuk difahami - apa yang kita semai, itulah yang kita tuai. Kalau kita menyemai padi, maka padilah yang akan kita tuai. Jika kita menanam budi, maka kebaikanlah yang kita terima. Konsep hukum karma ini jika kita perhatikan kelihatan memiliki persamaan dengan konsep dosa dan pahala.
Karma adalah perkataan Sanskrit sama seperti asal-usul perkataan dosa dan pahala. Dalam Islam, dosa dan pahala hanya akan dihitung sesudah kita wafat. Manakala hukum karma ini berlaku dimuka bumi ini ketika kita masih hidup.
Contohnya: jika manusia meneruskan merosakkan alam - menebang hutan tropika - maka hukum karma akan sampai. Suhu kepanasan akan meningkat. Air batu dan salji di Kutub Utara akan cair. Akhirnya banyak kawasan bumi subur akan menjadi padang pasir dan manusia akan dilanda kebuluran.
Jika kita terus membuang plastik merata-rata, maka dunia kita yang sebuah ini akan tercemar. Sungai akan menjadi kotor bertoksik. Ikan akan mati. Akhirnya hukum karma akan sampai kepada diri kita kembali.
Justeru, hukum karma dari satu segi dilihat memiliki jalur ilmiah yang saintifik - sebab dan musabab. Dalam tulisan ini bukan niat saya untuk memberi tarbiah agama atau falsafah. Saya hanya ingin menerangkan bahawa apa sahaja yang kita lakukan ketika kita menjadi warga alam ini pasti akan membawa padah. Ada balasan baik dan ada balasan buruk.
Minggu ini saya terbaca satu laporan dari akhbar New York Post tentang anak menantu Perdana Menteri Malaysia. Berita yang sama juga keluar dalam akhbar The Daily Mail kota London. Ini berita sensasi yang melaporkan tentang menantu Najib Razak yang baru berumur 24 tahun ini adalah seorang kaki kelentong dan kaki putar alam.

Dilaporkan bahawa, Daniyar Nazarbayev ini telah menipu kelulusan sekolah untuk memasuki sebuah universiti tersohor di Amerika.
Lebih memeranjatkan lagi ialah, menantu Najib Razak ini juga terlibat dalam kes penipuan jual beli kondo yang bernilai RM 60 juta di New York. Ini kes tipu besar.
Sebenarnya, kes tipu surat sekolah, tipu surat beli rumah atau kondo bukan sesuatu yang memeranjatkan. Apa yang menjadi berita ialah si Daniyar ini telah bertunang dengan anak dara Najib yang ditemui ketika sesama belajar diuniversiti.
Kisah saman penipuan jualbeli kondo di New York ini meledak menjadi berita dunia kerana si Nooryana yang bermulut besar ini adalah anak perempuan kepada Perdana Menteri Malaysia.
Kalau tidak kerana si Daniyar ini anak menantu Najib, kes kelentong dan kes tipu jual beli kondo ini tidak akan menjadi berita dunia. Yang menjadikan ianya berita dunia ialah terkaitnya nama Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.
Tidak cukup dengan berita 'tipu beli kondo' - akhbar ini juga melaporkan bahawa si Daniyar dan ibunya telah menyamar sebagai Daniyar Nazarbayev dan Maira Nazarbayev. Sebenarnya si Maira ini tidak ada sangkut paut lagi dengan bekas suaminya Bolat Nazarbayev.
Si Ibu dan si Anak ini dengan cepat dan licik telah menukar nama mereka menjadi Nazarbayev. Ini kerana nama Nazarbayev ini berkait rapat dengan nama keluarga Presiden Kazakhtan yang bernama Nursultan Nazarbayev.
Kebelakangan ini Najib Razak walaupun telah banyak membuat 'pengumuman', tetapi masih lagi dianggap seorang Perdana Menteri yang lemah. Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah dua kali secara terbuka mengatakan bahawa Najib ini lemah.
Dihadapan ketua-ketua bahagian United Malays National Organisation Kedah dan Johor, Mahathir telah menyatakan bahawa kerajaan pentabiran Najib Razak ini amat lemah.
Dalam bulan Ogos tahun lalu, akhbar terbesar Kompas dari Jakarta telah melaporkan bahawa si Maira besan kepada Najib dan Rosmah ini ada berkaitan dengan Mafia Rusia.

Berita ini telah menggegarkan katil Najib dan Rosmah. Ketua pengarang Kompas telah dipanggil datang ke Putrajaya untuk menerangkan duduk berita.
Awal tahun ini pula satu Malaysia telah gempar dengan berita bahawa Tuan Hakim sebuah mahkamah di Perancis akan memanggil Najib Razak ke Paris sebagai saksi. Mengikut laporan media, Najib Razak diperlukan sebagai saksi dalam kes jual beli kapal selam Scorpene.
Di Perancis, syarikat DCNS - pembuat kapal selam ini sedang menghadapi tuduhan rasuah. Pihak pendakwa memerlukan Najib Razak menjadi saksi kerana pada ketika perjanjian jual beli ini dimeteraikan - Najib ialah Menteri Pertahanan.
Apabila saya membaca berita-berita ini, saya merasakan semua ini adalah hukum karma. Saya kini menjadi yakin bahawa hukum karma sedang datang bertalu-talu menghempap Najib Razak.
Kalau mengikut falsafah dan konsep hukum karma - apa yang kita tanam - itu yang kita tuai - maka semua ini memaksa saya berfikir dalam untuk melihat apakah sebenarnya yang telah dilakukan oleh Najib Razak sehingga dia bertalu-talu dipukul oleh hukum karma. Saya ingin mencari sebab musabab yang menyebabkan hukum karma ini sampai.
Dari surah orang politik yang dulunya satu pasukan dengan Najib, kini orang besar dalam Parti Keadilan Rakyat, saya pernah diberitahu bahawa Najib Razak ini seorang politikus yang amat berhati-hati. Malah bulan lalu Najib sendiri telah membuat kenyataan bahawa dia hanya membuat keputusan setelah memikirkan satu-satu pekara dengan masak.

Kenyataan ini dibuat apabila ditanya wartawan tentang tarikh PRU13.
Jika kita perhatikan, semenjak Najib mengambil alih dari Abdullah Badawi, dia tidak banyak membuat apa-apa kenyataan yang boleh dilihat kontroversi. Malah kalau dibandingkan dengan Abdullah Badawi, si Najib ini lebih banyak membisu dari bersuara.
Lihat sahaja kes keganasan dan serangan terancang terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Serangan ganas telah berlaku berkali-kali. Nama dan wajah si Penyerang diketahui umum, tetapi tidak ada apa-apa tindakan diambil oleh pihak polis.
Najib Razak sebagai Perdana Menteri telah menjadi Senyap bin Sunyi. Najib tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang keganasan politik yang semakin menjadi-jadi.
Bila saya ulang baca tentang jalan politik Najib Razak ini, maka saya sampai kepada babak pemilihan Presiden United Malays National Organisation pada tahun 1987.

Ini perebuatan jawatan yang akan menentukan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam pertandingan tahun 1987 ini, Ku Li cukup yakin - melalui tim B - yang dia boleh menyingkirkan Mahathir Mohamad. Malah sebelum pertandingan berjalan, kumpulan Ku Li telah merasa amat yakin yang Ku Li akan menyandang kerusi Presiden. Ketika pertandingan ini berjalan, Najib Razak ialah Pemangku Ketua Pemuda United Malays National Organisation.
Mengikut surah yang saya dengar, Najib Razak telah bersetuju akan membawa undi Pahang dan undi pemuda kepada Ku Li. Tetapi di saat-saat akhir Najib Razak telah belot. Kaum kerabat dan penyokong Ku Li merasa yang Ku Li telah ditikam dari belakang oleh Najib Razak.
Justeru, saya bertanya pada diri saya sendiri - apa Daniyar Nazarbayev ini juga sedang menikam Najib Razak sebagai hukum karma? Mungkin apa yang saya tulis ini tidak masuk akal. Malah ada yang akan menganggap saya sedang menyebarkan fahaman khurafat.
Mungkin ramai pula yang berpendapat bahawa hukum karma ini datangnya dari roh arwah Altantuya Shaaribu. Hujah ini juga masuk akal. Sama ada Najib terlibat atau tidak bukan persoalan, tetapi apabila nama kapal selam Scorpene disebut maka akan muncul nama Altantuya dan nama Najib.
Kepada yang tidak percaya dengan hukum karma, tulisan ini tidak akan membawa apa-apa makna. Kepada yang percaya, saya ingin menerangkan bahawa, apa yang saya tulis ini hanya dari apa yang saya tahu dan dari apa yang saya baca. Tidak lebih dari itu.
Mustahil kita akan mengetahui semua yang telah disemai oleh Najib Razak sehinggakan dia menuai masalah keluarga yang tidak putus-putus. Atau mengikut kepercayaan Melayu Kuno, cincin intan yang dipakai oleh ibu mertua Daniyar itu mungkin menyimpan badi.
Badi ini samalah seperti yang akan saya terima jika saya meneruskan menghisap cengkih. Badi yang menimpa Najib ini satu kisah yang lain pula.

No comments:
Post a Comment