Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 June, 2012

Perbezaan Seks Lelaki dan Wanita di Hari Tua



Diantara lelaki dan wanita memang terdapat jurang dalam menjalinkan hubungan seksual. Lelaki lebih aktif seksual mereka dalam jangka waktu yang lebih lama berbanding wanita.
1. Setelah melangkah usia 30 tahun, seorang lelaki masih akan aktif secara seksual selama 35 tahun, sementara wanita akan aktif selama 30 tahun lagi.
2. Setelah melangkah usia 55 tahun, kebanyakan lelaki hanya boleh mengharapkan 15 tahun untuk aktif secara seksual. Sedangkan wanita akan aktif secara seksual selama 10 tahun.
3. Perbezaan seksual antara lelaki dan wanita yang paling ketara adalah ketika kedua-duanya berada pada usia 75 dan 85 tahun. Lelaki yang masih aktif secara seksual di usia tersebut sebanyak 38.9 peratus sedangkan wanita sebanyak 16.8 peratus.
4. Para penyelidik juga mendapati bahawa orang yang lebih sihat ketika muda akan aktif secara seksual lebih lama ketika tua. Lelaki lebih aktif dalam masalah seksual berbanding wanita untuk sebahagian besar hidupnya.
5. Secara keseluruhan, lelaki lebih mungkin untuk aktif secara seksual, mempunyai kehidupan seks yang berkualiti dan tertarik pada seks daripada wanita.
6. Kelaziman aktiviti seksual lelaki di usia menengah terus menurun dari masa ke masa, dan penurunannya lebih drastik pada wanita.
7. Sementara itu, minat pada seks stabil untuk lelaki sepanjang hidupnya, tetapi pada wanita akan menurun secara ketara di pertengahan usia 60 tahun.
8. Kepuasan seksual pada wanita menurun kerana masalah kekeringan vagina atau sakit selama hubungan seksual.
Penyelidik mengatakan jurang antara lelaki dan wanita dalam masalah seksual memang besar, tetapi dapat saling mengurangkan perbezaan tersebut dengan mencipta perkongsian seksual yang baik diantara pasangan.
Menjaga kerjasama yang baik dalam berhubungan seksual dari sejak awal pernikahan, akan membuat hubungan seksual anda bersama pasangan tetap stabil hingga kemudian hari.
p/s: Stacy Tessler Lindau, MD dan Natalia Gavrilova, PhD, penyelidik dari University of Chicago yang melaporkan hasil kajiannya seperti disiarkan medpagetoday, Rabu (20/6/2012)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...