Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

28 June, 2012

Seorang Kakitangan Awam Dibicarakan Kes Khalwat Dengan Pembantu Kedai







D
Dungun – Seorang kakitangan awam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas satu tuduhan khalwat dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi kelmarin.

Gambar: Remaja lelaki dari Kampung Paya (kanan) yang dituduh berkhalwat dengan jurujual wanita masuk ke dalam kenderaan pegawai penguat kuasa syariah.

Tertuduh lelaki, 36, yang berasal dari Pulau Serai Dungun dituduh mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana didakwa berkhalwat bersama pasa-ngannya, seorang wanita berstatus ibu tunggal berumur 37 tahun.

Menurut fakta kes, tertuduh lelaki, seorang kakitangan Kementerian Kesihatan itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa syariah di sebuah chalet di Jalan Paka. Dungun kira-kira jam 2.13 pagi, 23 Mac lalu.

Ketika serbuan dilakukan, selepas pintu dibuka oleh tertuduh lelaki, pemeriksaan menemui seorang wanita yang sedang berbaring dalam bilik berkenaan dan soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Selepas kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh perempuan yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan berdekatan pekan lama Kuala Dungun itu, bagaimanapun mengaku bersalah dan dikenakan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Penolong Pegawai Kesihatan berkenaan yang difahamkan bertugas di Pejabat Kesihatan Dungun dan sudah berkahwin itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
 Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memutuskan kesnya akan disebut semula pada 24 September depan nanti dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 untuk membolehkan dia dibebaskan sebelum menunggu tarikh perbicaraan akan datang.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang jurujual wanita berumur 19 tahun didenda RM2,500 kerana didapati bersalah berkhalwat dengan pasangannya, remaja lelaki berumur 19 tahun di sebuah hotel di sini kira-kira jam 12.10 pagi pada Februari lalu.

Gadis berasal dari Padang Jambu dan pasangan lelaki dari Balai Besar itu yang masing-masing membuat pengakuan bersalah menjelaskan denda. Kesalahan khalwat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 boleh membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...