Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya.
Pada suatu hari, selesai waktu pejabat, pasangan skandal ini terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan bermain papan jongket sampai akhirnya mereka tertidur.
Boss tersebut hanya tersedar dari tidurnya pada jam 8 malam. Beliau pun kelam kabut menyarung kembali pakaiannya.
Dalam fikirannya, isterinya pasti akan bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.
Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah.
Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang masam!
“Abang ni pergi ke mana hah? Sampai malam baru nak nampak muka?!” tanya si isteri.
“Abang tak mahu berbohong lagi, sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam,” jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.
Si isteri memandang dari atas ke bawah…dam terpandang kasut suaminya yang kotor berlumpur itu/
“Bohonggg… ni mesti abang pergi main golf la kan?…” (special effect: bunyi cengkerik)
* Heh…anda boleh bayangkan perasaan si suami sekarang?
No comments:
Post a Comment