Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

01 August, 2013

Nasib Malang Seorang Suri Rumah


Azman menunjukkan telefon bimbit yang dirampas daripada suspek yang terbabit dalam kejadian samun dan seks oral di Pagoh 16 Julai lalu.
MUAR – Seorang wanita terpaksa melalui detik yang mencemaskan apabila dipaksa melakukan seks oral selepas disamun di rumahnya di Pagoh, 16 Julai lalu.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika wanita malang itu berada di rumah bersama anak sulungnya berusia sembilan bulan, sementara suaminya keluar bekerja.

Menurutnya, suspek berusia 28 tahun bertindak menceroboh masuk rumah mangsa yang kemudiannya mengacukan pisau di leher mangsa dan memaksanya melakukan seks oral.

“Suspek kemudian berjaya melarikan diri serta membawa bersama wang tunai RM250.

“Selepas kejadian itu, mangsa terus membuat laporan polis. Susulan kejadian itu, kita berjaya menahan suspek pada 25 Julai di Kluang pada jam 10.40 malam.

“Kita merampas satu beg tangan dan empat unit telefon bimbit yang mengandungi pelbagai gambar dan video klip lucah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut ke atas suspek sedang dilakukan termasuk untuk mengetahui tujuan dia menyimpan koleksi bahan lucah itu.

“Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman sehingga hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 379 kerana samun serta 377 (c) kanun keseksaan kerana memaksa melakukan seks oral,” katanya.-sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...