Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

12 April, 2012

Impak Hatimu Milikku



Nera
Nera
GOSIP ini sudah lama bertebaran cuma ia belum pernah diperjelaskan oleh gadis cantik yang dipilih sebagai penghias muka depan Rentak Artis Popular (RAP) hari ini.
Perihal yang lama membungkam itu menyorot kisah mistik yang membelenggu persekitaran hidupnya. Nera dikatakan mewarisi saka dan terikat dengan pantang larang di mana jika dia berkeinginan memotong rambut, hal itu harus dilakukan di kubur nenek moyangnya.
  • Foto
  • Foto
Terbeliak bebola matanya saat mendengar perkhabaran itu sebelum menafikan.

“Gosip itu mengarut! Saya tidak pernah mendengar gosip itu sebelum ini dan ini adalah kali pertama saya diajukan mengenainya. Jika ada yang mendakwa bintang Akademi Fantasia (AF) 9 yang mempunyai saka itu adalah saya, rasanya mereka mungkin tersalah orang atau terdengar khabar angin yang belum tentu benar.


“Apa yang pasti, keluarga saya tidak mempunyai saka dan tidak mempercayai amalan sebegitu. Kalau ada yang tidak percaya, bolehlah ke salun rambut yang sering saya kunjungi.“Yang pasti bukan di kubur (ketawa). Saya penakut, tak mungkin saya memotong rambut di kubur,” tegasnya.

Kehadirannya di pejabat RAP Jumaat lalu bukan sekadar untuk memperjelaskan isu berkenaan, sebaliknya usaha menjejak gadis 20 tahun kelahiran Likas, Sabah itu lebih sebulan yang lalu lantaran namanya semakin menjadi sebutan ramai seiring single pertamanya, Hatimu Milikmu yang mendaki carta dan menggila putarannya di radio.

Akui pemilik nama cukup indah, Queennera Francine Francis Kitingon, Hatimu Milikku membawa makna besar dalam hidupnya sehingga mula merasakan kehangatan bergelar artis.

“Sejauh mana lagu itu membawa nama Nera? Rasanya setinggi Kota Kinabalu (ketawa) kerana walaupun AF9 sudah lama berakhir, lagu itulah yang membuatkan sampai hari ini orang masih kenal Nera.

“Mana-mana Nera pergi pasti ada yang memperkatakannya. Nera sangat bersyukur kerana Astro memberi kepercayaan kepada Nera untuk menyanyikan lagu itu malah Nera turut rasa berbangga dapat bekerjasama dengan komposer yang berkebolehan seperti Kuncidemak.

“Nera sukakan lagu-lagu tulisannya dan salah satu daripadanya adalah Ombak Rindu. Kerana lagu Hatimu Milikku juga sedikit demi sedikit pandangan orang terhadap Nera mula berubah. Sewaktu di AF9 dulu ramai yang mendakwa Nera hanya menjual rupa selain merendah-rendahkan vokal Nera.

“Rezeki lagu berkenaan, sekarang Nera berpeluang membuat pelbagai persembahan dan melaluinya Nera gunakan untuk membuktikan kemampuan. Kalau bolehlah, Nera mahu merakamkan semula lagu itu untuk memberi penghayatan yang lebih baik.

“Masa rakamannya dibuat, Nera masih di AF9. Dalam keadaan sangat letih, sakit tekak serta kurang persediaan Nera merakamkan lagu itu dan ia juga adalah pengalaman pertama Nera masuk studio,” katanya.

Besarnya impak lagu Hatimu Milikku sehingga namanya dicalon dalam kategori Artis Wanita Popular Online yang diperkenalkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu.

Mengakui AF9 adalah pertandingan nyanyian terbesar pernah disertainya, anak sulung daripada dua beradik itu adalah pemenang tempat kedua dalam pertandingan Miss Earth-Water Sabah 2010. Pertandingan bersempena Pesta Menuai itu, dalam bahasa orang Sabah dipanggil Pertandingan Unduk Ngadau.

Menuntut penuntut tahun akhir jurusan Diploma In Tourism di Asian Tourism International College, yang bercita-cita menjadi pramugari semasa kecilnya tekad untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.

“Ikutkan ini tahun akhir Nera tetapi kerana bercuti satu semester ketika menyertai AF9 tahun lalu, pengajian Nera berbaki satu tahun lagi. Kesibukan sebagai pelajar juga membataskan aktiviti nyanyian Nera namun tetap berusaha memenuhi jika kelapangan.

“Boleh dikatakan hampir setiap bulan Nera akan turun ke Kuala Lumpur untuk memenuhi sesi fotografi, rakaman program, undangan persembahan serta promosi yang diaturkan pihak Astro.

“Apapun jua yang Nera lakukan sekarang ini, pelajaran tetap di tangga pertama.
Nera mahu menjadi artis yang berilmu bukan sekadar berbakat atau rupa saja.
Ilmu bagi Nera adalah jaminan masa depan yang tidak boleh dijual beli,” katanya.

Masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan glamor sebagai artis, akui Nera kebebasannya kini terbatas. Kadang-kadang di kuliah juga dia berasa aneh apabila teman-teman yang dulunya menyapa dengan panggilan Queen kini memanggilnya Nera.

“Dulu kawan-kawan panggil Queen. Tetapi sekarang semua menyapa dengan nama Nera. Memang rasa janggal namun, paling penting sama ada Queen ataupun Nera, orangnya tetap sama tidak pernah berubah walau seinci pun,” katanya.

Barangkali ramai yang tidak tahu Nera adalah anak saudara kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Bapa Nera adalah adik kandung kepada tokoh politik itu.

Walaupun, nama keluarga sangat berpengaruh di Sabah, Nera lebih gemar menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.

“Nera tidak pernah membangga-banggakan latar belakang keluarga tetapi ada kalanya tidak boleh disorok kerana Kitingan itu adalah nama keluarga kami.

“Pun begitu, terus-terang Nera lebih senang memilih kehidupan seperti orang kebanyakan dan bersederhana dalam serba-serbi. Cara amalan orang tua Nera juga tidak mewah, biasa-biasa saja,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...