19 Apr - Satu pendedahan dibongkar mengenai
hubungan sulit diantara seorang pelakon tempatan dan dengan seorang menteri
berstatus VIP yang juga merupakan seorang ahli parlimen.
Menurut laporan MalaysiaKini, skandal tersebut membabitkan transaksi wang
berjumlah RM1.5juta dalam tempoh 4 bulan perkenalan mereka dan hubungan sulit
tersebut telah berlanjutan sejak 3 tahun lalu. Berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh Noor Azman Azemi, 38 tahun pada 13 Mac lalu di Balai Polis Ampang, Azman turut mendedahkan jumlah wang yang telah diterima oleh pelakon wanita itu, RM58,000 (Oktober), RM112,000 (November), RM330,000 (Disember) dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Laporan tersebut juga ada menyebut mengenai hubungan sulit mereka dimana pasangan ini akan berjumpa pada setiap hujung minggu di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Dakwan Noor Azman lagi, perjumpaan sulit itu pasti akan diberikan wang saguhati diberikan kepada artis berkenaan dan dimasukkan ke akaunnya.
"Pada setiap pertemuan yang berlangsung, VIP tersebut akan memberikan duit sebanyak RM100,000 hingga RM200,00 untuk saya dan juga untuk artis berkenaan dan dimasukkan ke dalam akaun bank pelakon."
Sebelum itu, satu laporan akhbar ada memberitahu bahawa pelakon tersebut kehilangan wang yang dilarikan pemandu peribadinya yang berjumlah RM200,000 setelah diarahkan oleh pelakon tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.
No comments:
Post a Comment