20 April 2012
KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1 petang tadi akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.
Seorang jurucakap polis berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa.
"Ayah lelaki tersebut terdengar bunyi enjin dan radio yang terpasang di dalam bengkel dan mengesyaki sesuautu yang mencurigakan membawa kepada penemuan kedua-dua mayat," kata jurucakap itu.
Kedua-dua mereka dikatakan sudah berkahwin dan sedang berhadapan masalah rumah tangga dengan pasangan masing-masing.
Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Bernama
No comments:
Post a Comment