Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

18 July, 2013

Kemaruk Nak Beromen, Sanggup Panjat Rumah Kekasih


Hanya kerana mahu memadu kasih, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di bandar ini ponteng sekolah.
Tujuannya hanya kerana mahu menemui kekasihnya berusia 17 tahun di Kampung Keru, dekat sini, 13 Julai lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar perempuan itu sanggup memanjat tingkap rumah kekasihnya bagi melampiaskan nafsu ketika umat Islam lain berpuasa.
Menurut sumber, ketika kejadian ibu remaja lelaki terbabit sedang tidur selepas bersahur dan langsung tidak menyedari kehadiran remaja perempuan itu yang masuk secara sembunyi melalui tingkap.
“Namun, perbuatan terkutuk remaja berkenaan disedari jiran tetangga setelah dia keluar dari rumah kekasihnya dari tingkap sama sekitar jam 1.30 petang.
“Susulan kejadian tersebut, ibu remaja perempuan berkenaan yang dimaklumkan mengenai perbuatan terkutuk anaknya itu mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum akhirnya remaja perempuan itu menyatakan dirinya telah dirogol tetapi atas dasar suka sama suka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan ibu mangsa membuat laporan polis pagi semalam.
Katanya, siasatan polis telah membawa kepada penahanan suspek lelaki di rumahnya di Kampung Keru.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 13 Julai lalu antara jam 7 pagi hingga 1.30 petang di rumah suspek dan mangsa pula dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk menjalani pemeriksaan.
“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
“Oleh itu, saya tegaskan kepada mana-mana individu yang melakukan persetubuhan dengan remaja bawah umur walaupun atas dasar suka sama suka atau dengan kerelaan ia adalah satu kesalahan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...