Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

31 July, 2013

Saman Hospital, Buah Dada Terlalu Besar



Saman-Hospital
Dalam mencipta kerjaya sebagai model, Josie Cunningham, 23, telah melakukan pembedahan membesarkan payu daranya.
Namun, pembedahan tersebut telah menyebabkan payu dara bernilai £4,800 menjadi terlalu besar.
Justeru, model tersebut bercadang untuk menyaman National Health Services (NHS) kerana kecuaian pembedahan tersebut menyebabkan dia menjadi bahan tawa orang ramai.
Josie bertindak untuk menyaman setelah mengambil kira kecuaian klinikal dan tekanan emosi.
Ibu tunggal beranak dua itu menyatakan dia akan menuntut lebih daripada £10,000.
Memetik laporan The Sun, Josie menjalani pembedahan tersebut menerusi NHS pada Januari setelah memberitahu pakar bedah bahawa dia kecewa dengan payu daranya yang kecil.
Dia mahukan payu daranya yang bersaiz 32A ke 36DD dan bercadang untuk menjadi model tanpa baju (topless model).
Josie yang kecewa terhadap pembedahan tersebut terpaksa menjalani pembedahan kali ke dua untuk mengecilkan ‘sedikit’ saiz payu daranya yang menjadi bahan ‘pembuli online’.
Dalam pada itu Josie menafikan yang dia ada meminta supaya saiz payu daranya menjadi 36DD.
“Saya tergesa-gesa untuk menjalani pembedahan tersebut. Saya tidak pernah memberitahu saya mahukan saiz 36DD – saya lebih suka jika sekadar saiz B.
“Tetapi mereka memberitahu, disebabkan saya tidak mempunyai tisu payu dara, payu dara saya perlu dibuat lebih besar,” kata Josie.
Pada masa yang sama, Josie dikatakan turut menerima tawaran bernilai £1,500 bagi mendapatkan rawatan botox untuk menangani masalah peluh yang ‘luar biasa’.
Oleh: Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...