Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

18 July, 2013

Wanita dibogel, terselamat dari dirogol kerana hamil


Hot Pregnancy
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang wanita yang mengandung lima bulan terselamat daripada menjadi mangsa rogol dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di kondominium Pudu Ulu, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 11.40 malam, mangsa berusia 25 tahun itu bukan saja dipukul, malah dipaksa berbogel sebelum dicabul dua penceroboh bersenjatakan pistol.
Selepas diperlakukan demikian kira-kira 20 minit, kumpulan terbabit melarikan wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai lebih RM8,000.
Menurut sumber, dua penjenayah itu pada mulanya mahu merogol mangsa selepas memaksanya berbogel, namun berubah fikiran apabila mendapati wanita terbabit mengandung.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang bersendirian di rumahnya terkejut apabila melihat dua lelaki berada di ruang tamu rumahnya.
“Seorang daripada suspek memegang pistol manakala rakannya menampar mangsa beberapa kali sebagai amaran.
“Penjenayah itu memaksa mangsa menanggalkan pakaiannya dipercayai mahu merogolnya.
“Bagaimanapun, dua penjenayah terbabit membatalkan hasrat mereka apabila mendapati mangsa mengandung,” katanya.
Sumber berkata, dua penjenayah itu menggeledah rumah mangsa selepas mengikat tangan dan menutup mulut wanita terbabit menggunakan tuala.
“Penjenayah bergegas meninggalkan rumah berkenaan selepas memperoleh wang tunai dan berlian bernilai lebih RM8,000,” katanya.
Katanya, mangsa yang berjaya membuka ikatan tangannya menjerit meminta pertolongan jiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...