KUALA LUMPUR: Ibu tunggal yang menjadi mangsa
kerakusan bekas suami perlu berani tampil membuat aduan serta merujuk masalah
dihadapi kepada pihak berkuasa.
Pegawai Tugas Khas (Ibu Tunggal) Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Khaty Kassim berkata, pihaknya sentiasa terbuka
menerima aduan daripada mangsa penganiayaan untuk dibantu.
“Bagi kes Elina, kami mendapat aduan berhubung penderaan bekas suaminya daripada rakan mangsa yang kebetulan mengetahui peranan dan usaha PPIM dalam membela nasib golongan sebegini.
“Berdasarkan maklumat yang diberi, kami
mengambil inisiatif menjejaki mangsa di rumahnya dan terkejut mendapati dia
dalam keadaan trauma akibat didera bekas suaminya,” katanya.
Menurut Khaty, rentetan pertemuan itu, dia berusaha mendekati mangsa dan memujuk supaya Elina menceritakan masalah dihadapinya.
“Sebagai permulaan, kami bawa ibu malang itu membuat laporan di balai polis berdekatan dengan harapan tindakan segera diambil bagi mengelakkan wanita itu dicederakan bekas suaminya
Mengulas lanjut berhubung statistik yang direkod PPIM, Khaty berkata, pihaknya kini berdepan 15 kes berkaitan ibu tunggal dengan empat daripadanya membabitkan pergolakan rumah tangga dan penganiayaan suami kepada bekas isteri.
; color:black'>
“Selepas keluar penjara pada usia 35 tahun, saya cuba berubah termasuk mencari pekerjaan, namun sia-sia kerana permohonan ditolak dengan alasan saya bekas banduan
“Saya kembali menagih dadah dan akhirnya disahkan menghidap HIV positif ketika berusia 40 tahun. Ia berlaku kerana saya berkongsi jarum suntikan dengan penagih lain,” katanya.
Bagaimanapun, Kak Bi berkata, dia bersyukur kerana ketika berusia pertengahan 40-an, dia menerima bimbingan dan perlindungan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketika itulah berkenalan dengan arwah suami yang juga seorang sukarelawan.
“Arwah suami juga penghidap HIV positif, hubungan kami bertambah rapat dan mengambil keputusan berkahwin pada Oktober 2010.
“Saya dan suami kemudian berpindah ke rumah ibunya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Namun kebahagiaan kami hanya berkekalan lima bulan kerana suami meninggal dunia Mac lalu,” katanya.
Menurut Kak Bi, usahanya untuk kembali mendapatkan perlindungan dengan NGO terbabit gagal apabila permohonannya ditolak kerana tiada kekosongan di rumah perlindungan.
Katanya, dia merahsiakan penyakitnya bagi mendapatkan pekerjaan di beberapa restoran tetapi pengurusan restoran, enggan menerimanya dengan alasan mereka memberi keutamaan kepada pekerja Indonesia.
“Sejak sembilan bulan lalu, saya menyimpan impian untuk keluar daripada kehidupan ini kerana ia cukup menyeksakan. Setiap hari, saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan jalan yang benar dan memberi saya peluang,” katanya
No comments:
Post a Comment